++ Suntikan Semangat! ++

Novel


1. KAU PEMILIK HATI (Jun 2012)



Apa akan jadi apabila Qarissa yang nakal dan garang2 manja itu dipaksa berkahwin dengan Zafril yang baik hati dan penyabar? Mampukah Zafril tetap bertahan dalam membentuk Qarissa menjadi isteri solehah yang akan menemaninya sehingga ke syurga?

Sequel Kau Pemilik Hati --> Bawaku ke Syurga


2. STATUS HATI: DIA MILIKKU (Mei 2013)


Kirana yang punya angan2 tinggi ditemukan dengan Edryzal yang berhati batu. Tapi yang berhati batu itu jugalah yang buatkan Kirana jatuh cinta tanpa sedar. Mampukah Kirana membuat Edryzal jatuh cinta kepadanya juga dalam tempoh setahun pertunangan mereka?


3. TAK MAMPU MENJAGA CINTAMU (November 2013)

Dahulu, Anatasya pernah terluka kerana Naqiu. Tetapi sekian lama cuba membenci, hanya nama Naqiu yang tetap menghuni kamar hatinya. Akankah lamaran ikhlas lelaki itu memadamkan kebenciaan dalam hatinya itu?




4. KERDIPAN BINTANG CINTA (Februari 2014)

Danisya pernah 'kehilangan' dirinya beberapa tahun lalu. Adakah kehadiran Izdham yang penuh rahsia mampu mengubati segala-galanya?



5. LOKET ZINNIA (September 2014)

Empat tahun lalu, Zenia nekad meninggalkan Hayyan kerana memilih untuk bersama Azfar. Tahun berlalu, takdir menemukan mereka untuk kali kedua. Sanggupkah Zenia melukakan Hayyan sekali lagi apabila dia tahu ada gadis lain yang menjadi penghalang cinta mereka berdua?




6. SEMINIT PUN TAK LUPA (Disember 2014)

Muhammad Rafiqi bahagia tinggal bersama papanya, bersahabat dengan tiga orang BFF sejati dan jatuh cinta dengan gadis selurus Nur Dilara. Namun, munculnya ibu yang telah lama hilang dari hidupnya membawa Rafiqi dalam satu kisah hidup yang tidak pernah dibayangkan selama ini.




7. BUNGA DI TAMAN LARANGAN (Jun 2015)

Syarizad sudah penat dilukai, lalu dia memutuskan untuk melukai. Mampukah kasih suci Ben Ikhzal menghapuskan dendam di hati? Atau memilih Amar Idlan yang sentiasa di sisi adalah jalan bahagia untuknya?






8. ONCE UPON A BUCKET LIST (coming soon - 2016)

Shika Khayla has always dreamed of a happy life, despite having to go through each day with the pain that nobody would understand. Fate brings her to meet Ezry Dylan and suddenly her life becomes brighter. But would the happiness stay with her when fate once again decides that they have to be apart?



9. PADA JANJIMU KUTERIKAT (coming soon - 2016)

Numa Fazira tidak menyangka janji cinta monyet yang pernah terukir bersama Zafirul Irsyad akan mengikat masa depannya, apatah lagi ketika hati sarat dengan rasa cinta untuk Muhammad Daris.


10. DONGENG YANG SEMPURNA (coming soon - 2016)

Demi wasiat arwah ibu yang tidak pernah dikenali, Azy Rania rela meninggalkan kehidupan lamanya bersuara papa yang disayangi lebih daripada segala-galanya. Mampukah cinta Farish Luqman membawa kebahagiaan itu dalam hidupnya semula?


~~~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...