++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, September 3, 2017

- Novel Ayumi Syafiqah & Zinnita -


Salam.

Omg lama gila tak update blog ni. Setahun kot? Entah ada lagi tak orang jenguk hehe. Tapi takpelah. Memandangkan sejak Ogos 2016, saya dah keluarkan beberapa lagi novel, jadi post ini untuk cover semua sekali, termasuk yang terbaru Ogos 2017.

So, presenting...


Pada Janjimu Kuterikat (Disember 2016)


Terbitan Intens Idea. Cerita ni diterbitkan akhir tahun lepas. Berkisarkan tentang janji cinta monyet yang akhirnya mengikat hati si Fazira yang dah jatuh cinta dengan lelaki lain.
Untuk order sila ke Facebook Intens Idea Fauziah Ashari.

Next.


Ganggu (April 2017)



Terbitan Dear Novels. Novel bergenre psycho thriller berkisarkan Mikayla yang baru keluar dari pusat psikiatri dengan satu misi untuk menyiasat siapa sebenarnya pembunuh bersiri yang bertanggungjawab membunuh ahli keluarga dan rakan-rakannya dua tahun yang lalu.

Actually this is not my first thriller. My first thriller (action + supernatural) was rejected a few years back and it took me some time to regain my confidence back and tadaaaa... Ganggu (the original title was Deux) diterbitkan.
Untuk order sila ke Facebook Penerbitan Dear Novels atau Penerbitan Fajar Pakeer.

And next.


The Story of Another Us (April 2017)


Terbitan Jemari Seni (Story). Anyone dah baca Unce Upon a Bucket List? Well, this one is the sequel. It's a story about Shika's journey to Perth, Australia, to look for the man she loves who has disappeared since a year ago.
It's not meleret-leret like most sequels, I promise. hehee...
Untuk order sila ke Facebook Jemari Seni atau official website Jemari Seni.

And this one. The LATEST ONE.


Mahkota Kertas (Ogos 2017)


Terbitan LoveNovel. Kisah Maissa yang suka benda-benda paranormal dan Shad yang selalu confused bab hati dan perasaan. Not a typical love story, I promise. Untuk order sila ke Facebook Penerbitan Love Novel.

Sebenarnya masih ada manuskrip yang masih dalam barisan untuk diterbitkan. Mungkin hujung tahun ni, mungkin dibawa ke tahun depan. I'm trying to switch from romance to other genres - mystery/ fantasy/ thriller/ action. Karya terbaru saya boleh dibaca di Wattpad, cari nama AyumiSyafiqah.

Dan untuk mereka yang tinggalkan komen tapi tak berbalas, ketahuilah saya sangat jarang jenguk sini sekarang ni. So untuk sebarang pertanyaan, any questions related to publishing or writing, atau nak mintak tips penulisan apa-apa, send me emails at this address -- ayumi.syafiqah18@gmail.com okay? Saya akan cuba balas semua selagi termampu.

Akhir kata, terima kasih utk yang masih menyokong Ayumi Syafiqah dan Zinnita.
X.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...