++ Suntikan Semangat! ++

Monday, August 8, 2016

- Dongeng Yang Sempurna -


Assalamualaikum :)

Susah betul nak update blog. Tapi satu hal yang masih tak berubah dari dulu, saya tetap akan cari masa untuk update blog dan tulis something setiap kali ada novel baru akan keluar.

So here's the cover of my new novel (Ogos 2016 - Anaasa Publication)



Blurb ~~


“I hate birthdays. They just remind me of how old I am and how long I’ve been alone in my whole life.” – Azy Rania.

Sejak bertemu Farish Luqman, Azy mula percaya dengan cinta pandang pertama. Kehadiran Farish memberi satu sebab untuk dia tidak berasa sunyi lagi seumur hidupnya. Namun, tidak semudah itu jalan untuknya mengejar bahagia. Azy pasrah apabila dia tahu lelaki yang dia cintai dalam diam itu rupa-rupanya lelaki yang telah lama bertakhta di hati kakaknya sendiri. Sedar diri hanyalah watak ketiga dalam kisah cinta Maiya dan Farish, dia nekad mengundur diri. Farish pula pasrah melupakan cinta yang kian mekar untuk Azy.

Kehadiran wasiat arwah ibu yang tidak pernah dikenali selama ini mengubah segala-galanya. Hakikat yang jodoh antara dia dan Farish sudah ditentukan bertahun-tahun lalu mengikat Azy dalam dilema. Menerima bermaksud mengkhianati. Namun jika itu satu-satunya harapan yang ada untuk dia menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, Azy rela dibuang oleh keluarganya sendiri.

“Sebaik saja pernikahan itu sah, Azy bukan anak papa lagi.” – Aswad.

Mahligai yang dibina nyata penuh dengan keindahan, sehingga takdir yang tercorak memaksa Azy untuk berkorban sekali lagi. Dia rela pergi buat selamanya andai itu dapat membahagiakan insan-insan yang dia sayang, yang pernah dia lukai.

Farish terluka. Seolah-olah segala yang dia lakukan untuk Azy selama ini hanyalah sia-sia. Namun tiada apa yang mampu dia lakukan untuk membaiki semuanya.

Azy membawa diri, menjejaki sejarah yang ditinggalkan oleh arwah ibunya di bumi Australia. Mampukah pencariannya itu menemukannya dengan kebahagiaan? Atau bayang Farish akan tetap menghantui hati dan fikirannya buat selama-lamanya?

“Abang tunggu kat mana?” – Azy.

“Luar hati Azy, tunggu Azy jemput masuk.” – Farish.

~~~~~

Semenanjung: RM 26
Sabah/Sarawak: RM 29
Pre-order di Facebook Anaasa Publication. :)

~~~~~

Nak teaser? Nah sikit je.

~~~~~


MAJLIS masih lagi diteruskan dengan persembahan seterusnya tapi Azy sudah keluar dari dewan untuk mengambil angin malam di luar. Duduk sendiri di atas bangku sambil merenung ke arah bintang. Setiap bintang yang dia pandang, hanya mengingatkannya kepada Farish. Kenapa semakin hari berlalu, semakin dia rasa rindu terhadap lelaki itu?

“Kenapa duduk seorang kat sini?”

Suara itu menyentakkan Azy. Kepalanya tertoleh ke sebelah. Hanya Allah yang tahu betapa terkejutnya dia melihat Farish tercegat di situ, bersama senyuman manis di bibirnya. Farish mendekati bersama satu kotak kecil di tangan lalu duduk di sebelah Azy.

Azy tertelan liur. “Ap... Apa Abang Farish buat kat sini?”

“Malam ni kan Azy perform, takkanlah abang nak lepaskan peluang, kan?” Farish tersenyum.

Azy sudah tidak mampu bersuara lagi.

“Beautiful song...” kata Farish perlahan.

Azy masih diam. Masih tidak dapat mencerna apa yang sedang berlaku ketika itu. Farish muncul tiba-tiba pada saat dia sedang teringatkan lelaki itu. Apa maksud semua ini?

Farish membuka kotak kecil di tangannya. Azy terkejut melihat sepotong kek ada di tangan Farish.

“Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Your favourite.” Farish tersenyum lagi.

Azy terkebil-kebil merenung kek itu.

Farish mengeluarkan plastik kecil yang berisi sebatang lilin dari poket seluarnya bersama lighter. Lilin itu diletakkan di atas kek dan mula menyalakannya. Melihat wajah Azy yang masih terkejut, dia tersenyum lucu. “Jangan risau, abang dah lama tak merokok. Ni cuma lighter lama.”

Azy tertelan liur lagi. Sempat lagi Farish buat lawak dalam keadaan macam ni?

Farish mendekatkan kek itu dengan Azy. “Happy birthday,” bisiknya perlahan.

Sebak mula hadir di sudut hati Azy. Sepasang matanya mula bertakung air jernih. “Abang Farish...”

“Abang tak nak nyanyi sebab suara abang tak sedap jadi abang cuma mampu bagi kek ni kat Azy. Itu pun abang beli. Kalau abang buat sendiri, alamatnya terbakarlah dapur mummy.” Farish tersengih sendiri.

Azy menahan air mata daripada gugur. “Mana Abang Farish tahu?”

“Nazirul yang bagi tahu.”

Nazirul? Macam mana pula Nazirul boleh bagi tahu Abang Farish?

“Dia called abang. Mula-mula abang hairan jugak macam mana dia dapat nombor abang, tapi abang agak-agak yang dia dapat dari telefon Azy,” cerita Farish.

“Kalau dia bagi tahu Abang Farish pasal birthday Azy, tentu dia bagi tahu yang Azy tak suka birthday,” balas Azy.

“Yup.” Farish mengangguk. “Sebab tu abang nak tahu kenapa.”

Azy menarik nafas. “I hate birthdays. They just remind me of how old I am and how long I’ve been alone in my whole life.”

Farish merenung wajah Azy dalam-dalam. “You are not alone. You have me.”

Azy menggeleng-geleng dengan senyuman pahit. “Abang Farish bukan hak Azy.”

Farish memandang ke arah kek itu semula. “Tiuplah.”

Azy meniup juga lilin itu akhirnya. Farish kemudian mencabut lilin itu dan meletakkannya di atas bangku di sebelah. Kek itu dicubit sedikit dengan tangannya dan disuakan ke mulut Azy. Perlahan-lahan Azy membuka mulut menyambut suapan itu.

“Sedap?” Farish bertanya sambil tersenyum.

Azy mengangguk. Senyuman Farish dibalas juga. Tuhan... Kalau malam ini aku katakan aku masih cintakan dia, berdosakah aku?

~~~~~

Terima kasih untuk semua pembaca yang masih support Ayumi Syafiqah/Zinnita sampai sekarang. I love you all! *love*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...