++ Suntikan Semangat! ++

Monday, June 22, 2015

- BUNGA DI TAMAN LARANGAN -


Assalamualaikum. :)

Sorry sbb dah agak lama menghilang. Know that I'm really reaaaalllyyy realllllyyyyyyy busy right now. Seminggu dua ni memang berjaga malam sampai pagi sbb siapkan final project. But then they surprised me with this news. Thank you LoveNovel. *love*

Tadaaaa!



Alhamdulillah, novel ke7 saya bakal menemui pembaca tak lama lagi. In fact, dah siap menunggu di ofis LoveNovel untuk ditandatangan. Dalam kesibukan saya yg tak terhingga ni, saya akan luangkan masa jgk untuk pergi signing nanti, istimewa buat mereka yg sudi dapatkan BDTL. I appreciate every single one of you. <3 nbsp="">


Details:

TAJUK : BUNGA DI TAMAN LARANGAN
PENULIS : AYUMI SYAFIQAH

NO ISBN : 978-967-0907-06-2

HARGA SEMENANJUNG RM26, AHLI RM23
HARGA SABAH / SARAWAK RM29 , AHLI RM26

***

Ini bukan kisah kahwin paksa, bukan jgk kisah perampas dan org ketiga, bukan juga cinta bersegi2. Ini kisah tentang Syarizad yang mula belajar tentang sucinya cinta tanpa dendam di hati, dan masih mampu hidup bahagia setelah bermacam-macam rintangan yg perlu dilalui..


Sedikit teaser.. bila bad girl bertemu ustaz..

~~~~

Syarizad menutup semula buku notanya. “Hmm... Encik Ben,” panggilnya.

“Ya,” jawab Ben. Masih lagi sibuk mencari-cari fail di atas rak besar di belakang mejanya.

“Encik Ben nampak hensem sangat pakai baju Melayu,” puji Syarizad sambil tersenyum-senyum. Dah mulalah nak keluar segala ‘hormon’ gatal.

Ben sekadar tertawa kecil. Sudah biasa sangat Syarizad memuji dalam nada begitu sampaikan dia sudah faham sangat. “Pagi tadikan saya tak masuk ofis. Pergi masjid dari rumah, dapatlah pakai baju Melayu ni. Kalau tak, pergi solat jumaat dengan kemeja ajelah,” jelasnya. Setelah jumpa fail yang dicari, terus tangannya menarik fail itu dari atas rak.

Syarizad hanya mengangkat kening. Hati semakin dingin mendengar kenyataan itu. Memang ciri-ciri jejaka idaman gadis-gadis.

“Awak tahu apa keistimewaan hari jumaat?” Ben bertanya sambil duduk di atas kerusinya.

Syarizad diam memasang telinga. Satu lagi tazkirah?

“Hari jumaat ialah penghulu segala hari. Hari mustajabnya doa dan hari penghapus dosa. Ada banyak amalan-amalan sunat yang kita boleh buat hari jumaat ni. Antaranya, bercukur, potong kuku, berselawat sebanyak mungkin, baca surah Al-Kahfi... Oh ya, surah Al-Kahfi ada banyak keistimewaan tau? Antaranya, Allah ampunkan dosa-dosa kita antara dua jumaat.” Ben tersenyum tenang sambil memandang ke arah Syarizad. Gadis itu dilihatnya tunduk ke lantai tanpa menjawab apa-apa. Dia tahu, jauh di sudut hati Syarizad sebenarnya tersentuh, tetapi gadis itu cuba menafikan semuanya. Entah kenapa, Ben merasakan satu tanggungjawab dalam hatinya untuk membimbing gadis itu kembali ke jalan yang benar. Kalau pun tidak banyak, cukuplah kalau dia dapat membuka hati gadis itu sedikit.

“Encik Ben ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau tak, saya nak keluar dulu.” Syarizad meminta izin. Satu benda yang dia tidak suka tentang Ben, lelaki itu suka berceramah kepadanya tentang agama. Walaupun disampaikan secara halus, dia tetap rasa bagai ditampar kuat-kuat. Nak menggoda lebih-lebih pun sudah tidak menjadi.

“Pasal malam ni, jangan lupa.” Ben mengingatkan. Tidak mengapa kalau Syarizad cuba mengelak, yang penting dia mendengar. Yang selebihnya, dia hanya mampu berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hati Syarizad untuk berubah.

“Oh... Saya takkan lupa, jangan risau.” Syarizad tersenyum. Lega apabila Ben tidak lagi mengasaknya soal agama.

“Bagus. Saya jemput awak lepas isyak. Pastikan awak solat dulu tau, nanti balik kalau penat awak boleh terus tidur.” Sempat lagi Ben berpesan. Masih cuba menyelitkan peringatan dalam ayatnya tadi.

Terus senyuman Syarizad berubat kelat. Ingatkan dah habis, rupa-rupanya belum. Tanpa membalas apa-apa, dia terus keluar dari bilik Ben. Dia duduk di tempatnya semula sambil melepaskan nafas berat. Panjang menungannya, seolah-olah tembus skrin komputer di atas mejanya. Setiap kata-kata Ben kembali terngiang-ngiang di fikiran. Betapa dia sudah terlalu ‘jauh’ sehinggakan dia rasa malu. Malu dengan Ben dan yang penting malu dengan diri sendiri.

~~~

Anyway, thank you so much for your support selama ni. Ketahuilah saya takkan mampu menulis tanpa sokongan para pembaca sekalian. And this is something very special I can give to all of you. 

Much love,
AS.

~end

2 comments:

Anonymous said...

Tulis selagi kita mampu tulis. Pandang pada lembaran kertas yang kosong itu kerana ia menunggu kita mencoretkan segala seni yang tercipta. Jangan pandang pada kertas yang ronyok di dalam bakul sampah kerana ia sangat tercemar dan layak dibuang supaya kebersihan terjaga. Kertas yang kotor itulah kata-kata cacian dan makian yang tercoret di lembaran yang koyak itu yang telah menghancur lumat hati seorang penulis yang tak pernah memberitahu pengkritik itu bagaimana dia menulis. Buang kertas yang ronyok itu dan bersihkan kerana ia mampu mengubah kita menjadi lebih baik dari semalam. Contohnya tempat yang kotor dan tak dihuni oleh orang, bila dibersihkan bagaimana keadaannya? Itulah perumpamaannya. Saya juga sedang bertatih-tatih menulis manuskrip. Dulu saya pun pesimis seperti pengkritik novel yang lain tapi bila mencabar diri untuk menulis manuskrip baru saya faham perasaan menulis. Kesusahan yang perlu ditanggung, pengorbanan dan pelbagai lagi sehingga kadangkala diri menjadi bingung kerana tertekan ketika menulis. Chaiyok kak AS dan penulis yang lain. Cuba kak ayumi baca setiap hentaman yang diberi oleh pengkritik novel yang membaca karya-karya Siti Rosmizah. Saya jadi kagum pada penulis Siti Rosmizah kerana walaupun novel-novelnya terutama yang bestseller dikritik hebat tapi beliau tetap terus menulis, menulis dan menulis. Mungkinlah penulisan kita sekarang kurang baik dan banyak perlu dibaiki tapi di masa depan setelah banyak kritikan dan ilmu yang kita pelajari mengubah diri kita menjadi penulis yang lebih baik dan kita juga tak boleh pesimis pada kritikan itu kerana setiap pengkritik meluahkan secara jujur apa yang ada dalam hati mereka termasuk saya. Kita tak nampak kesalahan kita tapi orang lain nampak kerana setiap masa mereka perhatikan kita sebagaimana kita perhatikan mereka. Bila kita berubah, berubah dan selalu berubah inshaa ALLAH mereka akan menerima kita dengan baik dan memohon maaf atas kritikan mereka. Tenanglah kak ayumi, bintang tak akan berkelipan andai tiada malam yang gelita :) . doakan saya berjaya untuk menulis manuskrip novel :)
Maaf jika panjang sangat ayat saya hihi. Saya pun pandai cakap Terengganu, saya orang kelantan dan berharap jugak agar dapat signature kak yumi. Tak pernah perasankan novel kak yumi tapi bila baca blog kak rasa nak beli pula tapi tak tahu bila hihi :3
Harap kak yumi tak peninglah baca ayat saya sebab komen guna telefon aje jadi terbatas skrin tu hihi

Anonymous said...

Rasanya ada tulisan saya yang saya terpotong jadi harap maaf jika ayat agak berbelit. Hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...