++ Suntikan Semangat! ++

Saturday, May 30, 2015

- Cerpen: Bungaku Mewangi -


Assalamualaikum. :D Pin-pin tuan rumah nak lalu. Macam sepi gila je blog ni kan? So here I am, datang ketuk pintu dgn cerpen baru. Nak masukkan novel tak dapat sbb ke-busy-an yg melanda. So here lah, cerpen yg baru siap ditulis. Fresh lagi! 

Sebenarnya tajuk mcm takde kaitan dgn cerita, in fact mcm tak match langsung. Tapi takpelah, yg penting ceritanya. Idea yg saya dpt masa naik bas nak balik kampung tadi (cuti gawai) so kisah ceritanya of courselah pasal balik kampung, cuma saya tukar daripada naik bas kepada kapal terbang, saya ambik latar belakang situasi saya duduk sorang2 kat KLIA masa nak balik kampung cuti mid-sem hari tu. Hihi..

Dan sebab I'm obsessed with Kai (The Vampire Diaries: Season6) jadi Kai pun dapat jadi hero dalam cerpen ni. Haks..

How adorable is he?


Enjoy!


~~~


BUNGAKU MEWANGI


SORRY beb, aku boleh hantar kau sampai sini aje. Dah janji nak pergi rumah kakak aku sebelum dia turun pergi kerja. Anak dia tak ada orang jaga.” Syanti melambai ke arah Hannah yang sudah pun turun dari kereta.
            Hannah membalas lambaian itu sebelum Ford Fiesta putih itu meluncur laju meninggalkannya. Tali beg di bahu dibetulkan lalu dia berpusing untuk melepasi pintu masuk utama KLIA 2 yang dipenuhi orang ramai itu. Jam dipandang. Baru pukul 8.30 pagi. Waktu flightnya berlepas sepatutnya pukul 11.50 pagi tapi disebabkan Syanti ada hal lain lepas ni dan malam tadi pun dia tumpang tidur di rumah Syanti selepas pulang dari majlis pernikahan rakan mereka di Johor, jadi dia pun terpaksalah datang awal pagi begitu untuk pulang ke Kuala Terengganu sempena cuti pertengahan semester.
            Hannah bergerak masuk ke Starbuck Café. Dapat hirup latte pagi-pagi macam ni pun best. Sambil menunggu minumannya siap, Hannah berdiri di tepi sambil berpeluk tubuh. Matanya meliar ke sekeliling. Ada ramai pelancong asing yang turut menjamu minuman di kafe itu, tak kurang juga dengan pengunjung tempatan. Dah namanya airport, tentulah ramai orang. Terasa ada sepasang mata yang memandang, dia menoleh ke arah kiri. Dia nampak seorang lelaki sedang duduk di meja paling hujung dengan sebuah buku di tangan, kopinya di atas meja, ekor mata lelaki itu pula melirik ke arahnya. Apabila dia cuba membalas, cepat-cepat lelaki itu mengalihkan mata dan tunduk, khusyuk membaca bukunya semula.
            Apahal pulak main intai-intai ni? Hati Hannah berdetik tak senang.
            Selepas mengambil minumannya dari kaunter, dia segera keluar dari kafe itu dan berjalan melepasi sliding door untuk duduk di bangku di tepi pokok sambil mengambil angin pagi. Kopinya dihirup sedikit lalu diletakkan di bangku sebelah. Headphone yang sudah disambungkan ke pemain MP3nya diletakkan di atas kepala dan sebuah novel Inggeris bertajuk Love, Lies & Lemon Pies dikeluarkan dari beg untuk mula membaca.
            Terasa macam baru sepuluh minit duduk di situ, dan lagu Love Me Like You Do nyanyian Ellie Goulding sudah bertukar kepada lagu-lagu lain dan berhenti di lagu Art of Moving On nyanyian Heffron Drive, dia terasa seolah-olah ada mata yang memerhati. Hujung mata diangkat sedikit. Lelaki yang dia nampak di Starbuck tadi duduk di bangku bertentangan dengannya, nampak santai dengan kaki yang disilangkan sambil baca buku. Mulalah Hannah rasa tak senang hati semula. Tapi dia cuba untuk tak fikir lebih-lebih dan buat-buat selamba sambung baca novel. Tapi apabila kisah Mac dan Lottie seakan-akan tidak menarik perhatian lagi dek kerana anak mata lelaki itu yang tidak henti-henti menghala ke arahnya, dia terus tutup novelnya dan sumbat semula ke dalam beg bersama headphone. Lattenya dihabiskan. Selepas membuang bekas minuman plastik ke dalam tong sampah, dia segera galas backpacknya dan bergerak masuk ke dalam semula. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi, dia putuskan untuk masuk saja ke dalam balai berlepas.
            Kalau diikutkan, dia langsung tak rasa gembira pulang ke kampung. Semuanya sebab perancangan orang tuanya yang mahu menemukan dia dengan anak kawan baik mereka. Kata mereka, anak lelaki kawan mereka itu baik orangnya dan sangat sesuai untuk dijadikan calon suami.
            “Mak, kakak belajar lagi, kan?”
            “Tapi kakak dah final sem, apa salahnya kita rancang sekarang, kan?”
            “Tapi…”
            “Jumpa dia dulu, kenal-kenal. Okey?”
            Setelah melepasi pemeriksaan kastam di Balai Perlepasan Domestik, Hannah segera menuruni eskalator untuk ke Gate K. Kemudian melilau matanya mencari pintu Gate K8. Pintu masih tertutup dan ruangan menunggu masih kosong. Lalu dia memutuskan untuk duduk di situ. Sama macam tadi, headphone diletakkan di atas kepala yang dilitupi cotton wide shawlnya bersama sebuah novel untuk dibaca di tangan.
            Baru selesai dua muka surat, terasa ada kelibat yang tiba-tiba muncul dan duduk di bangku, berjarak tiga bangku darinya. Hannah angkat muka. Masih lagi lelaki yang sama. Tapi kali ini lelaki itu mengukirkan senyuman buatnya apabila pandangan mereka bertemu. Hannah tidak membalas sebaliknya kembali tunduk. Dia cuba fokus dengan novel di tangan tapi kehadiran lelaki itu buat dia rasa tidak selesa. Sekali, tak dirancang. Dua kali, kebetulan. Tiga kali?
            Lalu Hannah angkat kepala. “Ehem…”
            Lelaki itu mendongak ke sebelah. Keningnya diangkat.
            Hannah menanggalkan headphone di kepala. “Are you stalking me or something?”
            Lelaki itu tersenyum dengan soalan itu. “Why? Do you feel like I’m stalking you?”
            “No, but it seems like it.”
            “Sorry, but I don’t see any signs saying that I can’t sit here. Plus, I’m waiting for this gate to open.” Jari telunjuknya terhala ke arah nombor K8 yang tertulis di atas pintu di depan mereka.
            Hannah julingkan mata dalam diam dan kembali tunduk. Okey, positif. Mungkin mereka sama-sama nak naik flight yang sama untuk pergi ke tempat yang sama. Sebab tu asyik sama aje dari tadi. Hannah cuba untuk fokus semula. Baru selak helaian ketiga, sebatang pen tiba-tiba jatuh. Hannah melirik dengan ekor mata. Lelaki itu tunduk mengambil pen itu dan duduk semula di bangku. Tapi yang peliknya, dia sudah bergerak satu bangku dan itu bermakna hanya berjarak dua bangku dari Hannah. Hannah kerut dahi tapi masih tak mahu cakap apa-apa. Tak ada mood nak berbual, apatah lagi dengan orang yang dia tak kenal.
            “Student?” Lelaki itu bertanya tiba-tiba.
            Hannah masih tak angkat muka. “Yup.”
            “Balik kampung sebab cuti ke?”
            Angguk.
            “Samalah. Cuma, saya dah kerja. Ni pun pagi tadi sempat masuk ofis kejap. As you can see, still wearing this jacket.” Dia ketawa kecil.
            Hannah melirik sekali lagi. Dia nampak nama yang tertulis pada jaket hitam yang dipakai. Khairy. Kemudian dia tunduk semula.
            “Saya sengaja mintak cuti sebab ada hal penting nak settle kat kampung. By the way, you can call me Kai.” Lelaki itu pandang Hannah lagi. “Nama awak?”
            “Sorry, I don’t talk to strangers.” Dingin Hannah balas.
            Kai angkat kening. “Oh, but you did talk to me just now, didn’t you?”
            Hannah tutup buku dan pandang muka Kai. Kai senyum. “Sorry, tapi dari tadi saya nampak awak sorang-sorang. Itu yang saya tegur. Manalah tahu kalau-kalau awak perlukan kawan sementara tunggu gate ni buka.”
            “Tak, saya tak perlukan kawan.” Hannah pakai semula headphonenya. Dia mula rasa jengkel. Apahallah mamat ni? Dahlah tak kenal, lepas tu nak mesra-mesra pulak. Gerutunya dalam hati.
            Kai ketawa kecil. “Why so moody? Come on, orang balik kampung patutnya happy. Tak happy ke nak jumpa family?”
            “Kalau family tak paksa buat apa yang kita tak suka, happylah jugak kut.” Entah macam mana Hannah boleh jawab macam tu. Sedar-sedar aje dah jawab. Walaupun suaranya perlahan, tapi Kai masih dapat dengar.
            Kai terangguk-angguk. “Family awak paksa buat apa?”
            “Tak ada apa.”
            “Let me guess. Awak kena kahwin paksa ke apa?” Kai senyum, dan senyuman itu nampak sangat nakal sampai Hannah rasa macam nak sepak.
            Hannah ketap bibir. Headphonenya ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam beg bersama novelnya. Pergi tandas lagi bagus. Tapi belum sempat dia bangun, suara Kai menahan.
            “Saya boleh tengokkan beg kalau awak nak,” kata Kai. Kali ini senyumannya ikhlas.
            Hannah ragu-ragu. Boleh percaya ke mamat ni? Tapi memang dia ingat nak tinggal. Sebab beg tu berat dan dia nak pergi buang air kecil di tandas. Tak ke menyusahkan kalau bawa?
            “Tak percaya?” duga Kai.
            “Why should I? Saya bukannya kenal awak pun.” Bukan bermaksud nak prejudis sangat, tapi dia memang tak kenal lelaki itu dan tak berminat pun nak kenal.
            Kai senyum lagi. “Well… saya tak boleh nak bagi jaminan apa-apa. Kalau awak tak percaya, tak apalah.” Dia duduk menyandar, menyilangkan kaki, meluruskan pandangan ke depan. Muka orang tak bersalah.
            Hannah mengeluh perlahan. “I’ll be back in five minutes.” Lalu dia bergerak ke arah tandas, tanpa perasan senyuman manis di bibir Kai. Masuk ke tandas, telefon pintarnya berdering. Panggilan daripada emak. Dia terus jawab. “Kakak dah kat airport tapi flight pukul 11.50 nanti.”
            “Okeylah kalau macam tu. Nanti dah sampai telefon mak. Mak pergi dengan angah nanti.”
            “Ayah?”
            “Ayah kerja.”
            “Okey.”
            Selesai urusan di tandas, dia kembali ke ruangan menunggu. Kai masih duduk dalam posisi yang sama. Begnya juga kekal tak bergerak. Kai melemparkan senyuman manis. Hannah balas teragak-agak, pahit. Lalu dia duduk semula di tempatnya tadi.
            Kai pandang jam tangan. “Ada kira-kira dalam dua jam lagi sebelum depart. Might as well make the best of it.”
            “What do you mean?” Hannah pandang Kai dengan pelik.
            “Awak stay Kuala Terengganu kat mana?”
            “Why do you care?”
            “Why can’t you tell me?”
            “Because… I don’t know you. You can be a serial killer.”
            Kai ketawa. Baru Hannah perasan lesung pipit kecil di bawah pipi kanannya. “You’re right. I can be. But I’m telling you, I’m not.
            “Serial killer takkan mengaku yang dia tu serial killer.”
            “Do I look like a serial killer?”
            “I don’t know. I haven’t met any serial killers.”
            Kai gelak lagi. Hannah buat muka bodoh. Entah apa yang kelakar pun tak tahu.
            “Saya stay dekat Teluk Ketapang,” ujar Kai. Kalau Hannah tak nak berkongsi tak apa, biar dia yang bercerita.
            “Dekat dengan pantai?” Tertarik pula Hannah nak tahu.
            “Yup. Bila-bila awak pergi pantai tu, calllah saya. Boleh saya temankan.” Kai sengih.
            “Tak ada kerja pulak saya nak ajak awak teman,” balas Hannah selamba.
            Kai ketawa nipis. “Why not? I can be a good company.”
            “Yeah. Like you are right now,” jawab Hannah memerli. “Plus, I don’t have your number.” Bukan bermaksud nak minta nombor telefon Kai, tapi dia cuma balas apa yang lelaki itu katakan tadi. Tak sangka pula yang Kai terima mesej itu dari sudut berbeza.
            Kai senyum. Terus dia keluarkan dompet dan ambil sekeping kad lalu hulurkan kad itu kepada Hannah. “Here, now you have it.”
            “What makes you think I want it?” Hannah dapat idea untuk membalas.
            Kai letakkan kad itu di atas bangku di sebelah Hannah. Ketika itu baru Hannah perasan cuma tinggal satu bangku jarak antara mereka. Bila masa mamat ni tukar tempat?
            “Saya ni ikhlas nak berkawan. Kalaulah nanti tiba-tiba awak rasa nak keluar pergi pantai ke, lepas tu awak tak ada kawan. Saya boleh temankan. Tapi kalau awak tak nak, awak boleh simpan aje kad tu. Manalah tahu kut-kut nanti awak ada masalah ke… kereta rosak tepi jalan ke… you can call me.”
            Ayat terakhir itu buatkan Hannah tersenyum. Bibirnya dikebam untuk menghalang senyuman itu daripada terukir jelas. “Awak ni mekanik ke apa?”
            “Boleh jugaklah nak panggil mekanik. Cuma saya repair benda lain, bukan kereta.”
            “Awak repair apa?”
            “Security. Tapi, mungkin perkataan ‘urus’ lebih sesuai.”
            “What kind of security?” Berminat pula Hannah nak tahu.
            Kai jelingkan mata ke arah kad yang masih terbiar di atas bangku di antara mereka. Faham maksudnya, Hannah ambil juga kad itu. Muhammad Khairy B. Khairan, IT Security Manager of ProIT Services. Keningnya terangkat.
            “Sekarang awak dah tahu banyak pasal saya but you can’t even tell me your name. That’s not fair,” rungut Kai.
            Hannah senyum nipis sambil masukkan kad itu dalam poket begnya. “Hannah.”
            Kai terangguk-angguk. “Belajar kat mana?”
            “UiTM.”
            “Shah Alam?”
            Hannah angguk.
            “Course?”
            “Sorry, I think that’s all you can know for now.” Hannah tahan senyum.
            “For now?” Kai buat muka sambil mengangguk. “So that means we will have ‘for later conversation’?”
            Hannah tergelak kecil. Cepat-cepat dia palingkan muka ke depan. Kai tersenyum. Gelak gadis itu sangat comel.
            “Nanti sampai sana siapa yang ambil?” Kai tukar topik.
            “Mak dengan adik saya.”
            “Perempuan?”
            Hannah jeling. “Lelaki.”
            Kai sengih tak bersalah.
            “Just because we’re talking right now, doesn’t mean I will allow you to date my sister. Not that I have any sisters, anyway.”
            Kai masih senyum. “Ingatkan bila dah berkawan dengan kakak, ada canlah nak tackle adik.”
            Hannah mencebik.
            Kai ketawa kecil. “Tentu dalam kepala awak sekarang, awak cakap ‘semua lelaki sama!’”
            “I don’t know. I haven’t met all men in this world.” Selamba Hannah menjawab.
            Kai ketawa lagi. Cara selamba gadis itu buat hatinya terusik. “Kalau betullah tekaan saya tadi yang awak kena kahwin paksa, your future husband must be so lucky.”
            Hannah mengeluh. Sebelah tangan menggosok dahi. Setiap kali teringatkan hal itu, dia rasa macam masa depannya gelap. Kenapalah dalam banyak-banyak kes kahwin paksa, dia kena jadi salah seorang ‘mangsa’? Walaupun emak dan ayah cakap dia cuma perlu berkenalan dulu, dia yakin dia tahu penghujungnya macam mana nanti. Kalau pun dia boleh terima lelaki itu, belum tentu lagi lelaki itu boleh terima dia. Dia tak mahu jadi isteri yang dibenci macam dalam novel-novel yang dibaca atau drama-drama yang ditonton di TV selama ini.
            “Awak cuma kenal saya dengan nama. Mana awak tahu dia akan bertuah dapat saya?” duga Hannah.
            “Jadi betullah awak kena paksa kahwin?” gurau Kai.
            Hannah kecilkan mata. “Shut up.” Kemudian dia pandang ke depan semula.
            Kai ketawa. “Saya rasa…”
            “Can we talk about something else, please?” sampuk Hannah. Tak sanggup rasanya nak bercakap tentang hal itu. Lagipun dia baru lagi kenal Kai, belum masanya nak bercerita tentang hal-hal peribadi.
            Kai mengangguk. “Okey. So… what do you want to talk about?”
            “Hmm…” Hannah berfikir-fikir. Dia tunduk mengambil novel dari dalam begnya. “About this.”
            Kai angkat kening. “Novel?”
            “Yup. Tadi saya nampak awak baca buku. Buku apa awak baca?” tanya Hannah. Dia sudah semakin rasa selesa berbual dengan Kai. Mungkin sebab Kai pun nampak macam orang baik-baik dan dia perlu berhenti berfikiran negatif terhadap semua orang.
            “Saya tunjuk tapi awak jangan gelak. Okey?”
            Hannah tersenyum. “Kenapa tak boleh gelak?”
            “Sebab…” Kai tunduk ambil buku yang dibaca tadi. “This is a really girly book.” Novel Inggeris bertajuk Famous in Love ditunjukkan kepada Hannah.
            Hannah tak dapat menahan diri daripada ketawa. Novel yang dipegang dibawa ke mulut, menutup wajahnya yang merah ketawa daripada tatapan mata Kai. Kai yang nampak macho, tapi baca buku jiwang macam tu. Mak aii… Kelakar okey!
            “I warned you not to laugh, didn’t I?” tegur Kai. Tapi dia tak marah pun, cuma rasa malu sikit tu adalah.
            Hannah masih ketawa. “Sorry, sorry, cuma… kelakar sangat. Kalau dah tahu buku tu too girly, kenapa baca?”
            “Sebab…” Kai tunduk membelek-belek buku itu. “I’m trying to know someone.”
            “Siapa?” Dahi Hannah berkerut sedikit.
            Kai masih tunduk. “Hmm…”
            Tengok dari reaksi lelaki itu, Hannah rasa macam dapat baca. Tentulah ‘someone’ yang dimaksudkan tu seorang perempuan. Kai sanggup baca buku yang dianggap too girly itu disebabkan seorang perempuan. How sweet is that?
            “Are you trying to impress her?” duga Hannah. Namun dalam bertanyakan soalan itu, ada terdetik satu rasa kurang senang dalam hatinya. Bukan mudah untuk dia sukakan seorang lelaki, apatah lagi untuk duduk berbual mesra begitu. Tapi apabila dia mula selesa dengan Kai, dia dapat tahu yang Kai sebenarnya sudah berpunya. Memang semua lelaki yang sudah berpunya suka flirt dengan perempuan lain ke macam mana? Atau dia yang perasan sendiri sedangkan Kai cuma bermaksud untuk berkawan biasa, tanpa ada niat lain?
            “I’m told that she loves reading book. This kind of book. So…” Kai senyum nipis ke arah Hannah.
            “Tak apa, saya faham.” Hannah berdeham sekali. “Awak dah habis baca ke?”
            “Belum. Separuh pun belum sampai.”
            “Nak saya ceritakan ke? Saya boleh bagitahu cerita dia macam mana dan lepas tu awak boleh bagitahu that someone yang awak dah habis baca.”
            “Awh… that is so nice of you,” gurau Kai.
            Hannah senyum. Namun tiba-tiba saja dia rasa senyuman itu tawar. “Okey. So… cerita dia macam ni.” Dia betulkan duduk dan mula bercerita. Kisah Paige yang jatuh cinta kepada dua jejaka, Rainer dan Jordan. Tapi keadaan antara mereka tidak mudah, hingga memaksa Paige untuk memilih di antara dua.
            “Jadi siapa yang dia pilih akhirnya?” Wajah Kai nampak penuh dengan riak ingin tahu.
            “Yang tu… apa kata awak habiskan sendiri?”
            “Laa… tak syoklah macam tu.”
            “Hei, saya dah tolong ceritakan banyak. You just need to read the ending. Finish the book, get the girl. The end.” Hannah tunduk untuk menyimpan semula novelnya ke dalam beg. Beberapa orang penumpang pesawat yang lain sudah mula memenuhi ruangan menunggu di situ tapi dia cuba untuk tidak hiraukan mereka. Hanya ada kurang sejam lagi masa untuk berbual dengan Kai dan selepas ini mereka akan berpisah dan jalani hidup macam biasa. Dia dengan hidupnya yang belum tentu lagi cerah atau gelap, dan Kai dengan gadis yang sudah mendapat tempat di hatinya.
            Kai tersenyum. “Thanks, by the way.”
            “Sama-sama.” Hannah balas senyuman itu sekilas sebelum kembali pandang ke depan. “Apa lagi yang that someone suka selain baca novel?” Daripada bercakap tentang hal dia, baiklah sembang pasal ‘that someone’ yang dia pun tak tahu siapa. Bolehlah dia lupakan sekejap tentang masalahnya yang satu itu.
            “Hmm… Dia suka bunga,” jawab Kai.
            “Bunga apa?”
            “Macam-macam bunga. Tapi mostly, bunga lili. White lilies.
            Spontan kepala Hannah tertoleh ke arah Kai. “White lilies?”
            “Yup. Kenapa? Pelik ke?” Kai kerut kening.
            Cepat-cepat Hannah menggeleng. Dia pun suka bunga lili putih. Kebetulan?
            “Dia cakap white lilies melambangkan purity.”
            “Oh, jadi dia tu purelah?” gurau Hannah. Selebihnya dia cuma nak buang rasa tak enak dalam hatinya. Sebab dia pun anggap benda yang sama. Bunga lili putih melambangkan kesucian dan keaslian. Purity. Without a fake. Dan semua yang rapat dengannya tahu tentang hal itu.
            Kai ketawa. “If by pure you mean original, yes, she is.”
            “She sounds lovely,” balas Hannah.
            Kai tersenyum. Ketika itulah pintu K8 dibuka. Hannah cepat-cepat bangun menggalas beg. Tanpa menunggu Kai, dia segera berjalan ke arah pintu itu, sengaja berasak di tengah-tengah penumpang lain. Dia tak mahu Kai dekat dengannya lagi. Kalau boleh biarlah sampai di situ saja perkenalan dan perbualan singkat mereka. Dia tak mahu jumpa atau ada kaitan apa-apa lagi dengan lelaki itu. Apa saja yang dia rasa sepanjang perbualan mereka tadi, biarlah habis sampai di situ saja.
            Masuk ke dalam gate itu, meliar mata Hannah mencari bangku kosong. Dia nampak satu, paling hujung, dan sekitarnya sudah dipenuhi penumpang yang lain. Cepat-cepat dia mendekati bangku itu dan duduk di situ. Pura-pura tidak nampak Kai yang sedang memanjangkan leher mencarinya, dia segera keluarkan headphonenya dan meletakkannya di atas kepala. Volume dari pemain MP3nya dinaikkan dan pura-pura ralit bermain dengan smartphonenya. Satu mesej WhatsApp daripada Syanti masuk ke telefonnya.
            Syanti Amran: Kau dah naik flight? ~11.32 am
            HannahHF: Belum. Baru masuk gate. ~11.32 am
            Syanti Amran: Ok. Dah sampai nanti bagitahu aku. ~11.33 am
            HannahHF: Ok. ~11.33 am
            Syanti Amran: Fly safe! ~11.33 am
            Sekali pun Hannah tidak mendongak ke arah Kai walaupun dia tahu lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Nampak sangat ke dia macam larikan diri? Ah, biarlah. Semua tu tak penting. Selepas ini dia takkan ada apa-apa hubungan lagi dengan lelaki itu. Jadi tak salah kalau dia jauhkan diri sekarang. Lagipun mereka bukannya berkawan pun. Dia cuma kenal Kai dua jam yang lalu, duduk berbual dan bergelak ketawa, dan sekarang tiba masanya untuk berpisah haluan.
            Panggilan untuk pesawat yang bakal berlepas pagi itu kedengaran. Hannah beratur sekali lagi untuk masuk ke dalam pesawat yang menanti. Sekali lagi juga dia menjauh dari Kai, mencuba sedaya upaya untuk tidak bertembung dengan lelaki itu. Masuk saja ke dalam pesawat, dia terus mencari tempat duduknya dan duduk diam-diam di situ, menunggu masa untuk pesawat itu berlepas. Namun ekor matanya degil, masih berusaha mencari di mana Kai duduk. Kelibat lelaki itu tidak kelihatan di mana-mana. Lalu dia putuskan untuk berhenti mencari dan membuang pandang ke luar cermin kecil di sisi kirinya.


PESAWAT mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tepat pukul 12.30 tengah hari. Selepas keluar dari balai ketibaan, Hannah menelefon emaknya untuk memaklumkan yang dia sudah sampai. Kemudian dia bergerak mencari tandas, dengan harapan apabila dia keluar nanti, dia masih tidak akan nampak Kai di mana-mana. Biarlah Kai pulang dulu sementara dia selesaikan urusan alam di tandas.
            Keluar dari tandas, Hannah terus bergerak keluar dari pintu utama lapangan terbang itu. Namun langkahnya terhenti apabila terpandangkan emaknya sedang berdiri di tepi pintu kereta, berbual dengan seorang lelaki. Dari arah belakang, dia seolah-olah kenal lelaki itu. Nampak sangat familiar. Ya Allah… itu Kai ke?
            Jantung Hannah rasa macam nak luruh. Dia telan liur, mencari kekuatan dalam diri yang sudah hilang entah ke mana. Macam mana emak boleh kenal Kai? Dan, macam mana Kai boleh kenal emak?
            Hannah tercegat di situ sampailah Kai bergerak meninggalkan kereta itu untuk ke kereta yang sudah menunggunya. Selepas Kai menghilang, barulah Hannah berjalan mendapatkan emak. Dia tunduk menyalami tangan emak.
            “Mak cakap dengan siapa tadi?”
            “Oh tadi? Itulah Khairy… Anak kawan mak yang mak cakap tu.”
            Hannah terdiam. Senyuman emak buat dia rasa macam nak pitam. Kai… Khairy… Anak kawan mak?
            “Kakak lambat sangat keluar, tak sempat mak nak kenalkan dengan dia. Dia pun baru jugak sampai dari KL. Mak pun tak tahu yang dia balik dari KL hari ni. Mak dia pulak tak ada bagitahu. Entah-entah kakak jumpa dia dalam flight tadi tak?”
            Hannah rasa macam mulutnya terjahit rapat. Novel… Bunga lili… ‘That someone’… Semuanya terasa makin jelas sekarang.
            “Jomlah masuk, kita balik dulu. Nanti kita cerita lagi.”
            Tiada suara, cuma tangannya menarik daun pintu dan terus masuk ke dalam. Angah di kerusi pemandu hulurkan tangan untuk bersalam. Namun fikiran Hannah terus sesak dengan bayangan Kai.
            “Mak dah pernah jumpa Kai dua, tiga kali. Itu yang tadi bila dia nampak mak dia terus tegur. Mak suruh dia tunggu kejap, boleh mak kenalkan dengan kakak. Tapi dia cakap dia nak cepat, ada hal. Tak sempatlah jadinya,” cerita emak lagi.
            “Dia kenal kakak ke?” Berdebar-debar jantung Hannah bertanya.
            “Mak ada bagi gambar kakak kat mak dia. Mak dia dah tunjuk kat dia. Rasanya kalau dia tengok kakak, dia boleh cam.”
            Hannah bersandar dengan mata yang dipejamkan. Sejenak, dia teringat perbualan dengan Kai tadi. Satu-persatu masuk ke kepala, memberikan satu jawapan kepadanya.
            “Ni pun pagi tadi sempat masuk ofis kejap. As you can see, still wearing this jacket. Saya sengaja mintak cuti sebab ada hal penting nak settle kat kampung.”
            “Let me guess. Awak kena kahwin paksa ke apa?”
            “Kalau betullah tekaan saya tadi yang awak kena kahwin paksa, your future husband must be so lucky.”
            “I’m told that she loves reading books. This kind of book.”
            “Dia suka bunga. White lilies. Dia cakap white lilies melambangkan purity.”
            “If by pure you mean original, yes, she is.”
            Kai balik ke kampung, tempah flight yang sama dengannya, duduk perhatikannya, tegur dan ajak dia berbual, semata-mata untuk berkenalan dengannya, seorang gadis yang bakal menjadi isterinya, pilihan keluarga. Kai berikan kad namanya berserta nombor telefonnya supaya selepas ini dia boleh hubungan lelaki itu. Perlahan-lahan, bibir Hannah terukir senyuman. Kolam matanya bergenangan. Dan sekarang, dia tiada alasan untuk menolak kehadiran lelaki itu dalam hidupnya.

TAMAT.
Sunday, May 31, 2015,
1.48 am



~~~


Thanks for reading. Kalau nak sambungan komenlah. Kotlah saya rajin nak tulis lagi ke hehe...

oh ya, doakan saya mampu survive final semester ni before going for internship bulan 8 ni ok. Thanks. Bye!


~end

7 comments:

cik ecah said...

Ok, cerita ni sgt sweet..nak request sambung lagi cik writer, plz..;)

Syaf Ismail said...

nak sambungan please 😁

Anonymous said...

Akak nk sambungan. Anyway good luck akak :)

Anonymous said...

sambung pleaseee

kisahsayatulis said...

dah lama tak lepak sini.
cerita ni best.
harap penulis rajin buat sambungan.
hihi.. all the best! :D

Anonymous said...

Assalamualaikum Ayumi. If i may ask, novel Ayumi yang mana yang dah diadaptasi ke drama? Sorry for being random, cuma nak tahu sebab nak tengok kalau ada :D

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous: Novel yang diadaptasi ke drama? Takdelah setakat ni. Sorry. :D :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...