++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, April 16, 2015

- Fesyen Kebaya Kimono -



Pernah dengar tentang Fesyen Kebaya Kimono? Fesyen Kebaya Kimono atau juga dikenali dengan nama kimono cardigan semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita, terutama sekali buat mereka yang sukakan fesyen dan selalu mengikut trend fesyen terkini.

            Kebaya kimono menyerupai baju kebaya yang digayakan orang Melayu sejak turun-temurun cuma ia mempunyai potongan yang senteng dan tidak berbutang di bahagian depan. Tetapi ia masih boleh digayakan oleh mereka yang gemarkan fesyen menutup aurat kerana kebaya kimono juga sesuai dikenakan bersama inner atau apa saja jenis pakaian yang sesuai untuk dipakai di bahagian dalam, sesuai dengan corak kebaya kimono yang dipakai.

            Bagi mereka yang ingin menggayakan kebaya kimono pada hari raya yang bakal tiba tak lama lagi, entri ni akan berikan tips tentang cara penggayaan kebaya kimono yang sesuai supaya si pemakai kelihatan bergaya dan dalam masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri tradisional yang penuh keaslian dan keayuan.

            Pemakai boleh memilih sama ada bahagian depan dibiarkan tanpa butang atau juga boleh digayakan bersama kerongsang mengikut kesesuaian. Kebaya kimono juga sesuai digayakan bersama kain songket dan pelbagai jenis skirts mengikut citarasa si pemakai. Antara contoh skirts yang sesuai dikenakan termasuklah pleated skirts dan flare skirts.









Selain itu, kebaya kimono juga sesuai digayakan bersama seluar seperti jeans, harem pants dan palazzo pants yang bersesuaian.



Kebaya kimono mempunyai bermacam-macam corak dan warna dan untuk mencantikkan lagi penampilan, si pemakai boleh memilih untuk mengenakan selendang atau tudung dengan pelbagai jenis corak dan warna juga untuk kelihatan lebih bergaya pada hari raya nanti. :)


~end




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...