++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, March 12, 2015

- Tips Penulisan: FAQs -


Salam. :)
Sem baru dah mula, means dah mula stres fikir pasal assignment dan project. Nak-nak pulak skrg ni dah final sem sebelum LI next sem.
How time flies.

So hari ni topik kita, ialah FREQUENTLY ASKED QUESTIONS.
Ni antara soalan-soalan yang aku selalu dapat daripada adik-adik penulis baru, atau ada jugak daripada penulis-penulis lain yg nak cuba masuk ke penerbit lain yg diorg tak pernah cuba sebelum ni.

Saja aku nak share dgn pembaca blog, kot-kotlah membantu ke kan. Selain daripada tak nak biarkan blog sunyi lama sgt heheee..

~~~



1. MACAM MANA PILIH PENERBIT? / MACAM MANA NAK TAHU PENERBIT TU BAGUS ATAU TAK?

J: Dulu masa aku mula-mula masuk dunia penulisan ni pun, aku terkial-kial gak nak pilih penerbit yg terbaik. Jadi aku buat muka tak malu tanya penulis-penulis senior, tapi mostly masa tu aku tanya penulis dari penerbit yg sama aje sbb mmg masa tu satu penerbit tu aje pun yg aku kenal hehe.. Jadi utk pilih penerbit..

First, make sure tahu genre-genre novel atau jenis-jenis novel atau buku yg penerbit tu terbitkan. Mmg byk penerbit yg terbitkan novel-novel cinta, tapi kena tahu jgk cinta yg mcm mana. Cinta islamik ke, cinta yg berilmu ke, cinta yg sweet diabetes ke, cinta yg berunsurkan kemanusian dan kekeluargaan ke. Ingat ye, lain penerbit lain format dan expectation.

Second, tahu format manuskrip sesebuah penerbit tu. Format ni dari segi jumlah muka surat, line spacing, font type and size, dan mcm mana cara nak hantar manuskrip tu. Sama ada melalui pos ataupun emel.

Ketiga, dapatkan sebanyak info yg boleh. Contohnya, sama ada penerbit tu telus atau tak dari segi bayaran royalti, dari segi pengurusan, dari segi editing manuskrip dan beberapa lagi.

Keempat, tak salah nak cuba penerbit baru, tapi pastikan yg awk betul-betul yakin yg penerbit tu mmg boleh berdiri dan bersaing dgn penerbit-penerbit lain. Almaklumlah, sekarangkan saingan mmg sengit jadi utk sesuatu penerbit baru tembus di pasaran tu mungkin agak susah. 

Kalau tanya personal opinion aku, aku lebih prefer penerbit yg aku boleh berkomunikasi dengan mudah. Maksudnya mcm mana kita nak contact penerbit/editor/sape-sape yg terlibat tentang manuskrip, pemasaran, royalti dan sebagainya.


2. BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK PENILAIAN MANUSKRIP?

J: Again, lain penerbit lain cara dan prosedurnya. Aku tak boleh nak sebutkan secara spesifik kat sini nama-nama penerbit tu tapi yg aku boleh cakap, ada penerbit yg bagi jawapan sama ada lulus atau tak dalam masa sebulan, ada yg bagi dalam masa sebulan hingga tiga bulan, ada jgk yg bagi masa tiga bulan hingga enam bulan. Buka website penerbit tu atau terus tanya pada mereka yg berkenaan utk jawapan yg lagi sahih.



3. APA PROSEDUR YANG PERLU DIIKUT UNTUK TERBITKAN NOVEL?

J: Aku cuma akan bercakap dari pengalaman aku sendiri, maksudnya daripada pengalaman aku sepanjang tiga tahun bergelar seorg penulis novel dan terlibat dengan 4 buah penerbit.

Mula-mula mestilah kita hantar manuskrip dan lepas tu tunggu sampai terima jawapan sama ada lulus atau tidak. Lepas tu, kita akan diminta utk tulis sinopsis/blurb, biodata dan segala jenis mak nenek yg akan dimasukkan dalam novel yg dah terbit nanti, dan lepas tu kita akan diberi surat setuju terbit ataupun apa-apa perjanjian yg berkaitan. Dan lepas tu kita tunggu ajelah bila penerbit akan maklumkan novel kita akan terbit.

Tapi, ada juga penerbit yg lain prosedurnya. Lepas hantar manuskrip, penerbit akan contact sama ada via emel atau phone call dan bagitahu manuskrip kita lulus penilaian. Dan lepas tu penerbit akan highlight mana-mana bahagian yg perlu diedit dan kita sbg penulis kena patuhlah dgn apa yg editor nak. Tapi tak semua penulis boleh terima bila minta diedit. Kalau macam tu, jawabnya cari penerbit lain yg akan terima manuskrip kita seadanya. Tapi kalau aku, editor mintak aku akan edit sbb bagi aku, eloklah editor dulu yg kritik daripada nanti bila dah terbit kena hentam habis-habisan dgn readers. Tak sanggup mak, nyah.


4. SATU BAB KENA MASUKKAN BERAPA MUKA SURAT?

J: Terpulang. Ikut pada kesesuaian perjalanan cerita. Macam aku, kalau aku tulis guna 1.5 spacing aku akan buat dalam 6-10 muka surat satu bab, tapi manuskrip yg aku tengah tulis sekarang satu bab dah makan berbelas muka surat. Paling banyak pun maybe dlm 15 muka surat mcm tu. Bila aku guna single spacing, satu bab cukup dalam 3-5 muka surat.


5. BILA HANTAR MANUSKRIP, KENA HANTAR SATU-SATU BAB KE SEMUA SEKALI?

J: Semua sekali ye, dik sayang. 


6. ROYALTI?

J: Bayaran royalti tak sama antara semua penerbit. Ada penerbit yg dah tetapkan berapa ringgit yg penulis akan dapat atas satu buku, ada jgk penerbit yg tetapkan berapa percent yg penulis akan dapat daripada harga buku.

Ada penerbit yg bayar dalam tempoh enam bulan, ada penerbit yg bayar dalam tempoh setahun, ada jgk penerbit yg bayar selepas novel-novel habis dijual, ada jgk penerbit yg tak bayar langsung. Yg terakhir ni doa-doalah moga tak terkena.

Dan sekiranya ada cetakan baru, bayaran royalti akan berterusan mengikut jumlah cetakan novel tersebut.

Tapi, tetapkan dalam hati, MENULIS BUKAN KERANA ROYALTI SEMATA-MATA. Okey? :)


7. SATU MANUSKRIP BOLEH HANTAR BANYAK-BANYAK TEMPAT KE?

J: Mungkin boleh kot, tapi dinasihatkan janganlah buat macam tu. Hantar satu tempat dulu dan lepas tu tunggu sampai dapat jawapan. Lepas dah dapat, decide sama ada nak proceed dgn penerbit tu atau ckp baik-baik dgn penerbit yg awak nak cuba hantar dekat tempat lain. Tapi make sure awak dah jelaskan dgn penerbit yg pertama tu dan belum sign apa-apa surat supaya tak jadi apa-apa masalah di kemudian hari. Dan andainya manuskrip ditolak, masih boleh cuba hantar kat tempat lain. Boleh pilih sama ada nak hantar manuskrip yg sama, atau edit balik mana-mana yg patut supaya tak ditolak kali ke2 oleh penerbit yg seterusnya pulak.



8. BOLEH KE SESEORANG PENULIS TU TERBITKAN NOVEL DENGAN BANYAK PENERBIT?

J: Take me as an example. hehee... Boleh as long as takde apa-apa perjanjian antara awak dan penerbit pertama yg awak akan kekal menulis dgn diorg. Ada penerbit yg nak penulis yg SETIA, ada yg tak kisah penulis tu nak terbitkan novel dgn mana-mana penerbit yg lain.


9. BOLEH KE SESEORANG PENULIS TU GUNA BANYAK NAMA PENA?

J: Terpulang. Ada penulis yg willingly tukar nama pena bila dia tukar penerbit, dan ada jgk penulis yg diminta tukar nama pena bila bertukar penerbit. Tukar nama pena pun ada baik dan buruknya.

Yg baiknya, katakanlah nama pena awak mula-mula ABC, dan adalah beberapa pembaca yg sgt tak suka dgn cerita-cerita yg awak karang dan mmg takkan beli lagi karya-karya awak lepas ni. Tapi bila awak tukar nama pena kpd DEF tanpa dedahkan identiti, pembaca yg tak suka tadi takkan tahu itu karya awak dan mungkin mereka akan beli dan beri peluang utk mereka tukar mindset tentang karya-karya awak.

Yg buruknya, hilang followers sbb diorg tak tahu yg awak terbitkan novel baru dgn nama pena baru.

Jadi, fikirlah baik-baik okey adik kakak.


~~~

Okay, that's it kot. Kalau ada yg tertinggal ke maaflah. Mcm biasa nak tanya soalan boleh tanya. Tp cakap awal-awal eh kalau aku lambat reply itu maksudnya aku sibuk dan tak sempat nak check blog. Kalau emel pulak dan aku masih tak reply, pun maksudnya aku busy dan jawapan yg perlu direply tu panjang dan aku perlukan masa utk duduk dan cerita satu-satu. Tp janganlah emel dan ckp 'nama saya XXX dan harap awk boleh bagi tunjuk ajar' mcm tu aje. Aku pun terkebil-kebil, tak tahu nak bagi tunjuk ajar kat bahagian mana. Make sure spesifikkan okey. Tp setakat ni I managed to reply to every email walaupun memakan masa selama tiga bulan. Eheh..

Anyway, harapnya dgn sedikit perkongsian ni dapat bagi clearer picture dekat mereka yg teringin nak terjun ke bidang penulisan tapi tak tahu byk info.
Nak share kat kengkawan pun boleh.

TAPI sekali lagi diingatkan, aku tulis ni based on my own experiences dan mungkin lain penulis akan bagi jawapan yg lain. Okey?



Bye!

~end


9 comments:

Maya said...

Untuk Soalan 7 itu..
apa yg. saya faham 1 manuskrip hanya boleh dihantar ke 1 penerbitan saja.. kecuali jika manuskrip itu telah ditolak dan dicuba ke penerbitan lain. Kerana bila 1 manuskrip itu ke banyak penerbitan; & semua penerbitan terima pula manuskrip itu akan mengundang masalah kepada penulis/penerbit.

princess lyra said...

terima kasih atas info. saya pun sedang cuba menghabiskan satu manuskrip yang setahun penuh idea, lepas tu setahun terbengkalai tak dapat siapkan and tahun ni nak habiskan then try hantar untuk penilaian. hahaha....cinta kita tulis hanyalah cinta biasa...tq awak for all the info.

Anonymous said...

Akak. Saya penulis kat satu penerbit ni tapi saya agak kurang puas hati dengan service diorang pada saya; tak inform saya manuskrip lulus ke tak, tahu-tahu dah nak terbit dah buku saya. And pembayaran royalti pun macam err... haha Penerbit ni, akak pun pernah terbit dengan dia :)

So, I've been planning to cari penerbit lain for my third manuscript and saya nak tanya akak, penerbit mana yang aka syorkan? yang ada editor diorang sendiri untuk editkan manuscript and bukannya kita yang kena edit balik, keputusan penilaian cepat and pembayaran royalty yg memuaskan? :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous:

Penerbit yg akak pernah terbit dgn dia? Hehehe >.<
Semua penerbit ada editor dan tugas dia cuma edit olahan ayat, typo, grammar atau tatabahasa dan potong part2 yg tak sepatutnya dan kalau takde editor yg edit manuskrip kita sepenuhnya. Normallah kalau editor suruh kita edit. Kalau nak cari yg editor edit semua, mmg takde dik.
Jadi susahlah akak nak rekemenkan sbb setiap penerbit ada lain2 syarat. Good luck cari sndiri ok :)

Anonymous said...

Akak. Akak akan recommend lovenovel atau kakinovel ? :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous:

Lovenovel :)

Anonymous said...

Kak, boleh x buat n3 ttg penulisan cara nk bina ayat especially part perbualan sbb agak kaku sikit penulisan part perbualan. Macam mana nk mulakan dan tamatkan perbualan itu kelemahan sy. Klu bleh bg contoh ayat2 utk novel. Sy buat satu bab lebih kurang 9-10 muka surat dh okey ke? Biasanya brapa lama masa utk habiskan penulisan? Kak ayumi biasanya menulis waktu malam atau siang atau tak kira waktu? :) tq kerana byk bg maklumat ttg penulisan. Selamat maju jaya

Anonymous said...

Assalamualaikum
Boleh sy tahu apa emel kakak?
Rasa-rasanya kalau saya tanya kat sini nanti panjang sangat cerita dia :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous 1: Nanti kalau akak ada masa akak share lagi yang selanjutnya okey. Yg pasal 9-10 muka surat untuk satu bab tu dah ok dah. :)


@ Anonymous 2: emel ayumi.syafiqah18@gmail.com :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...