++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, December 9, 2014

- SEMINIT PUN TAK LUPA / Dis2014 -


Assalamualaikum. :)

Hey gengs, whoaaaaa it's been a whileeeeeee since my last update kan? Been very busy, almaklumlah dah masuk tahun terakhir kat uni. 
Anyway, here I am bawak berita gembira buat mereka yg pernah luangkan masa baca kisah Rafiqi dan Dilara kat blog ni dulu.....


Tadaaaa!!

Cantik takkk??


Novel ke6 saya, bertajuk SEMINIT PUN TAK LUPA, Rafiqi and Dilara's fairytale. <3 p="">

~blurb~

“Saya janji akan buat awak happy every single day yang saya ada.” – Rafiqi.


DILARA dan Rafiqi bertemu di kolej. Saat cinta menggebu, dunia Rafiqi berubah 360 darjah apabila berita tentang mama yang hilang 13 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

“Sekali Fiq keluar dari rumah ni, Fiq bukan anak papa lagi.” – Datuk Maslan.

RAFIQI yang tabah…Hidup susah dan bekerja apa saja untuk sesuap nasi. Hatinya menangis sayu. Dia hilang seorang ayah, dia hilang sahabat, dia hilang kekasih yang dia cinta, tapi dia ada kasih sayang mama. Itu sudah cukup dibandingkan dengan apa saja yang dia ada di dunia ini.

MASA berlalu, Dilara dengan kerjayanya sebagai pramugari…dintai Ham’zalah, encik pilot yang kacak… Namun hatinya sunyi lalu dia tekad mencari Rafiqi…

Dilara menelan air liur. “Ermm… Saya nak cari Fiq kat kampung mama dia,” ujarnya.
“And?”
Nash kerut muka. Lantunan bola pun sudah berhenti. Mata Nash tajam ke arah Dilara. Atas bawah dia melihat gadis yang masih beruniform pramugari.
Biar betul nak main basketball pakai skirt macam tu? Terkangkang karang, mana nak letak muka. Nash tunduk lalu senyum. Memang parah kalau berskirt dan terlompat-lompat nanti.
“Boleh ke tidak?” Dilara tanya. Janganlah Nash menolak permintaannya yang kecil ini.
Nash angkat muka. Dipandang pula ke arah Murnirah yang sekadar jongket bahu.
“Ehem...” Nash seolah-olah membetulkan peti suaranya.
“Aku tahu kau orang berdua tak faham dan please, jangan mintak aku explain apa-apa. Just… Nash, tolonglah ajar saya main. Sikit pun okey, saya hargai sangat-sangat,” pinta Dilara lagi. Nadanya sudah separuh merayu. Hanya ini salah satu cara untuk dia memikat Rafiqi semula.

NAMUN siapa Rafiqi saat Dilara menemuinya?

“Aku yakin jodoh aku dengan dia. Empat tahun ke, sepuluh tahun ke, even dua puluh tahun sekali pun, aku sanggup tunggu.” – Dilara

~~~

Tajuk: Seminit Pun Tak Lupa
Penulis: Ayumi Syafiqah
Harga: RM23sm/RM26ss
Harga Promosi: RM20sm/RM23ss
Terbitan: Intens Idea
Order: Facebook Intens Idea Fauziah Ashari

~~~~

Ada yg tanya,
"Kau terbit novel berapa kali dalam setahun?"

Aku jawab,
"Selagi ada peluang, aku rebut."

:)


~end

4 comments:

Anonymous said...

salam...novel nie dh ada kt kedai ke? beli terus dng pnulis blh dk?
ara

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ ara : Belum masuk kedai lagi dan penulis x jual sbb duk kat kolej. :)

Anonymous said...

Salam. Akak, kalau Kaki Novel, diorang ada editor sendiri untuk edit manuscript kita kan. Tapi kalau Love Novel macam mana pulak eh? Doing editkan sendiri jugak ke?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous : mana2 penerbit pun ada editor diorg sndiri. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...