++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, September 21, 2014

- Loket Zinnia / September 2014 -


Assalamualaikum! :)

Sorry, been missing for these past few weeks sbb semester 5 baru aje mula and I need some times utk sesuaikan diri. Walaupun dah 2 tahun lebih kat kampus yg sama tapi tiap kali mula sem baru, perasaan tu tetap sama. It's been quite tough for me tho, esp bila fikir mcm mana nak survive dgn setiap subject yg makin lama makin killer. *dah nama pun senior kan, tak lama lagi nak grad*

So baru-baru ni dapat hadiah yg mampu buat saya tersenyum je sepanjang hari. Tak payah bebel panjang-panjang, jom tengok cover Loket Zinnia.

Tadaaaa!!



Sesiapa yg pernah baca e-novel bertajuk KATAKAN KAU BAHAGIA kat blog ni suatu masa dulu, LOKET ZINNIA is a new version of KKB. And I promise u LZ is wayyyyy betterrrr than KKB. I put my heart and soul in this novel *setiap kali terbit novel pun ayat sama kan* but this is the truth. Kalau tak percaya, boleh dapatkan LZ dgn pembelian online atau bila masuk kedai buku nanti okayyy. :)))


*****


Dua tahun menyulam cinta bersama Hayyan Rizqi, Zenia cukup bahagia. Apatah lagi apabila Hayyan sering ada menemani hari-harinya sepanjang bergelar mahasiswa. Segala kekurangan Zenia diterima Hayyan seikhlas hati. Sikap Hayyan yang penuh kasih sayang pula mengikat hati Zenia untuk terus jatuh cinta. Janji untuk hidup bersama selepas tamat pengajian dilakar indah berdua, semakin utuh dari hari ke hari.

I’m gonna be your husband someday, so don’t forget to put my name on the list. Okay?” – Hayyan.

Namun, cinta yang disangkakan akan berakhir bahagia, terputus di tengah jalan apabila Azfar muncul dalam hidup Zenia. Pesona Azfar membuatkan hati Zenia tersasar jauh. Bicara dan janji manis lelaki itu menjadikan Zenia lupa siapa yang selama ini menghuni hatinya. Lalu, Hayyan dicurangi dengan tegar. Dia leka dengan cinta yang ditabur Azfar sehingga sanggup menduakan Hayyan yang setia.

            Pada ketika seluruh jiwa dan raga diserahkan kepada lelaki itu, Zenia ditinggalkan bagaikan sampah. Zenia merayu, tetapi Azfar tetap melangkah pergi. Zenia hilang punca. Ingin dipohon kemaafan Hayyan, dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu lagi. Ingin pulang ke pangkuan keluarga, terasa maruahnya hancur dengan cemuhan yang tiada henti. Lantas, ke mana lagi harus dibawa diri yang bagai sudah tiada harganya lagi?

Bersama Adam, Zenia belajar membina kehidupannya semula jauh dari segala-galanya... sehinggalah takdir membawa Hayyan dalam hidupnya buat kali kedua.

“Selepas apa yang terjadi, kenapa dia juga yang awak pilih?” – Hayyan.

“Sebab saya tak mampu nak pilih awak, Hayyan...” – Zenia.

Janji yang pernah terlakar, masihkah ada ruang untuk memulakannya sekali lagi?


*****

TERBITAN BULAN SEPTEMBER
LOKET ZINNIA OLEH AYUMI SYAFIQAH
ISBN: 978-967-11741-4-2
HARGA: RM22 (SM) RM25 (SS)
BUAT TEMPAHAN DI: LOVENOVEL ENTERPRISE

******

-- special teaser --

ZENIA yang sedang ralit menonton drama Melayu yang ditayangkan di TV3 terganggu dengan suara Adam yang merengek-rengek mahu menelefon Papa Hayyannya.
            “Bolehlah, ma... Adam nak cakap dengan papa. Adam rindu papa!” Adam menghentak-hentak kakinya ke lantai dengan wajah yang tercemik.
            Zenia bangkit dari baringan. Hisy... susah jugak kalau macam ni. Kalau dia telefon Hayyan, nak ke lelaki itu jawab panggilannya? Hantar SMS pun langsung tak balas, apatah lagi kalau telefon.
            “Bolehlah, mama... Adam janji, sekejap aje Adam cakap dengan papa. Bolehlah, ma... bolehlah...” Adam terus merengek-rengek selagi permintaannya tidak dituruti.
            “Yalah, yalah... kejap.” Zenia mengalah akhirnya. Telefon bimbitnya dicapai. Setelah berfikir-fikir, ada baiknya kalau dia menghantar SMS dahulu mengatakan dia akan menelefon sebab Adam yang mahu bercakap dengan lelaki itu. Malas fikir panjang lagi, Zenia terus menaip satu ayat di ruangan pesanan ringkas.
            Adam nak cakap dengan awak. Saya call ya?
            Zenia termenung seketika setelah SMS itu dihantar, seolah-olah memberi peluang untuk Hayyan menyedari SMS itu dan membacanya.
            “Cepatlah, mama!” Adam menggesa lagi.
            Zenia terus mendail nombor telefon Hayyan. Kemudian telefon itu diberikan kepada Adam. “Tunggu kejap, biar papa angkat dulu,” ujarnya.
            Adam mengangguk-angguk. Lama kemudian, dia tersenyum. Mungkin kerana Hayyan sudah pun menyapa di hujung talian. “Papa! Ya... ni Adam ni,” ujar Adam dengan suara teruja.
            Zenia menyandar di sofa dengan keluhan lemah. Kalau bab Adam, cepat sahaja Hayyan lembut hati. Tapi kalau dia yang menelefon sebab dia sendiri nak bercakap dengan lelaki tu, dia berani kerat jari Hayyan tak mungkin akan jawab. Tiba-tiba sahaja, Zenia rasa sedih.
            Okey, Nia... logik sikit ya? Takkan dengan anak sendiri pun nak cemburu?
            “Adam sihat! Tadi kan masa kat sekolah...” Adam bercerita sambil berjalan masuk ke biliknya. Memang begitulah selalunya, kalau ada benda yang hendak diceritakan kepada Hayyan, dia lebih suka bercakap di dalam biliknya sendiri. Adam, Adam... kecik-kecik dah pandai.
            Zenia kembali merenung skrin TV. Tapi kali ini tiada satu apa pun yang menarik perhatiannya. Teringat tingkahnya yang asyik mengirim SMS kepada Hayyan siang tadi. Percayalah, Zenia sendiri tidak menyangka dia mampu melakukan kerja orang tidak siuman itu. Tetapi dia yakin Hayyan tetap membaca semua SMSnya walaupun lelaki itu tidak membalasnya.
            Malas menonton lagi, Zenia mematikan TV. Dia bangkit dari sofa dan berjalan perlahan menuju ke bilik. Ada baiknya dia tidur daripada berfikir yang bukan-bukan. Namun langkahnya terhenti di depan pintu bilik Adam. Telinganya menangkap sesuatu.
            “Kenapa papa tak nak cakap dengan mama? Papa dah tak kawan dengan mama eh? Papa marah mama ke?” Adam bertanya dengan nada polosnya.
            Zenia mengetap bibir. Dia ingin sekali mendengar jawapan Hayyan, tapi mana mungkin itu terjadi. Takkanlah dia nak bertanya kepada Adam pula? Nanti entah apa pula yang Adam fikirkan. Lagipun anaknya itu masih kecil, masih tidak tahu apa-apa tentang dirinya dan Hayyan. Cuma dia terkejut kerana Adam sendiri perasan hubungannya dengan Hayyan tidak lagi semesra dulu.
            “Papa janganlah marah mama lagi. Adam tak sukalah,” kata Adam dengan bibir yang dimuncungkan. Masih tidak menyedari mamanya memasang telinga di sebalik pintu yang terbuka luas.
            “Papa janji tau nanti papa tak marah mama lagi dah. Kesian mama... Hari tu Adam tengok mama nangis,” adu Adam lagi.
            Zenia menahan sebak di hati. Ohh Adam...
            “Okey, nanti Adam cium pipi mama sebelum tidur.”
            Zenia tersenyum dalam sebak. Pasti Hayyan yang meminta Adam mencium pipinya sebelum tidur untuk menghilangkan kesedihan di hatinya. Ohh Hayyan...
            Tidak mahu terus memasang telinga lagi, Zenia menyambung langkahnya menuju ke bilik. Kalau dulu Hayyan selalu menghubunginya waktu-waktu malam dan mereka akan berbual sampai ke pagi, kini lelaki itu lebih suka melayan celoteh Adam sebelum tidur.


*****


Nak bahan bacaan yg ringan tapi dalam masa yg sama ada 'rasa'? Bolehlah cuba dapatkan Loket Zinnia. :)


~end


3 comments:

monalita mansor said...

tahniah Yumi.

Anonymous said...

Congrats Kak! Love the cover so much!

Nad Simple said...

Tahniah sis :) Ni saya nk tanye, kita boleh hantar karya kat penerbit lain2 eh? Sebab saya ada nk hntr manuskrip ni.. Hope sis reply :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...