++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, September 2, 2014

- 1 manuskrip, 1 minggu -


Assalamualaikum. :D

Tajuk macam havoc aje. >.< Actually baru-baru ni aku baru siapkan manuskrip bertajuk PJMK dan sudah pun lulus penilaian dgn satu penerbit, cuma skrg ni perlu diedit sehabis dan semantap yg mungkin (puan editor pun salah seorg penulis otai dan dia bagi byk sangat ilmu-ilmu berguna dalam proses edit manuskrip). Jadi sbb tu otak aku tgh stress dgn apa yg aku nak edit dlm manuskrip tu dan GK pun terpaksa hold dulu walaupun baru masuk bab 3. -,-

Panjang haa intro aku. So mehlah kita teruskan ke topik utama.
PJMK aku siapkan dalam masa seminggu. Macam mana? Sebelum tu, tanya dulu pada diri sendiri sanggup tak berkurung dalam bilik, kurangkan online Facebook + Twitter, lupakan drama-drama best di TV dan korbankan masa utk aktiviti-aktiviti lain? Kalau sanggup, jom kita mulakan.


1. Bangun pagi, mandi dan bersiap, breakfast, lepas tu terus masuk bilik. Aku bukannya jenis bangun awal pagi sangat pun tapi once dah bangun je memang takkan bazirkan masa lagi. Duduk dalam bilik dari pagi sampai ke tengah hari, tengah hari sampai ke petang, dan petang sampai ke mlm. Aku cuma stop menaip kat laptop utk solat dan mkn. (Untung jgk utk aku sbb ada mak yg sgt supportive jadi bila aku berkurung dlm bilik tak keluar-keluar sampai lupa mkn, dia sendiri yg akan hantarkan makanan masuk dlm bilik ;) ). 

Aku selalu mkn lunch lambat. Pukul 4-5 tu baru nak lunch, lepas tu sambung lagi sikit sampai pukul 6-6.30. Masa nilah aku break, pergi duduk dpn TV dan lyn apa saja drama/cerita yg ada utk clearkan otak.

Waktu mlm aku akan keluar dari bilik dan heret laptop duduk dpn TV. Disebabkan aku tulis tu masa minggu kedua syawal jadi byk filem-filem je yg diorg tayang kat TV. Sambil-sambil tgk movie tu aku menaip jgk cuma tak selaju waktu siang sbb fokus dah terbahagi 2. Especially bila tgk KL Zombie sbb nak tgk Zizan. :D


2. Buku nota sentiasa ada kat sebelah. Even masa aku break waktu petang nak dekat maghrib tu, aku tengok TV dengan buku nota kat tgn. Tak caya boleh tanya mak/adik-beradik aku heheh. Sambil tgk TV sambil tangan pegang pen dan tulis apa saja idea yg ada dlm kepala utk aku masukkan dlm manuskrip. Ini jgk utk memudahkan aku sbb aku tak perlu bazirkan masa yg lama utk fikir idea. Duduk je dpn laptop, terus menaip laju-laju sbb plot cerita dah ada.

Jujur ckp, utk PJMK aku tak ada buat draf sgt sebab sepanjang aku menulis flow idea yg datang mmg cantik. Jadi once aku menulis, terus aje pecut laju-laju. Tapi bila tgh menaip tu tetiba ada idea, cepat-cepat grab buku nota dan catat. Akan ada nanti masa yg sesuai untuk aku masukkan idea tu dalam manuskrip aku.


3. Jumlah pages? Honestly, aku tak tahu berapa jumpa pages yg aku tulis sehari. Since utk manuskrip ni aku guna single spacing (before 0, after 0) aku dpt 255 pages semua sekali. Memang tulisan sgt rapat-rapat dan boleh juling mata kalau tenung lama-lama hihi.

Contoh:


Sorry terpaksa blurkan. Hehe..


Seminggu ada 7 hari (tapi aku buat 8 hari) jadi 255 bahagi dgn 8, itulah lebih kurang jumlah pages sehari. Tp menaip byk2, of course consequencenya ada. Wrist aku mmg sakitlah kan... mak aku gak yg rajin tlg urutkan hehe. Kalau tak urut pun waktu tidur tu pastikan lengan letak betul2 atas tilam biar dia dpt rehat yg secukupnya untuk diguna lagi hari berikutnya. :D


4. Boleh nak guna internet, tapi cuma utk cari info. Macam aku, aku byk luangkan masa baca blog-blog orang utk dapat idea dan gambaran yg lebih jelas tentang apa saja yg aku nak. Facebook mmg aku jenguk kejap-kejap je dan Twitter tu pun jengah dan tweet-tweet sikit-sikit. Inilah yg dinamakan pengorbanan. >.<


Okey, itu saja kot apa yg boleh dikongsi. So dah tahu dah apa yg aku buat utk siapkan manuskrip dlm masa seminggu, bolehlah cuba-cuba (itu pun kalau sanggup -- macam aku tahan sakit kepala hampir setiap hari dan byk lagi). Kalau rasa tak sanggup, buat slow-slow, ambik feel, cuba fahamkan keseluruhan cerita, susun plot baik-baik, kembangkan watak dan perwatakan mengikut flow cerita, go through chapter by chapter dgn penuh teliti. Barulah dpt hasilkan karya yg berkualiti, insyaAllah (ini nasihat puan editor yg sgt sporting tu dan dia byk encourage aku utk buat yg terbaik utk PJMK).

Good luck guys!


~end


1 comment:

Sirlar said...

Assalam. Boleh jawab salam saye, tak makruh, saye perempuan. Hihi. Hi. Waah, hebatnya kak Ayumi buat ni, iq tinggi ye? Nak buat 10 muka sehari pun susah utk saye. Gudluck kak Ayumi. ^-^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...