++ Suntikan Semangat! ++

Monday, August 11, 2014

- Tips Penulisan: watak, konflik, huraian -


Assalamualaikum. :)

I received good feedback from previous entry (Tips Menulis Ayumi Syafiqah) and then someone suggested to me to write another entry pasal tips penulisan tentang perkembangan watak, konflik dan huraian. Maybe sbb aku ada update kat fb yang aku baru siapkan satu manuskrip dlm masa seminggu. Gila tak? -__- Ok kalau nak tahu cara nak siapkan manuskrip dlm masa seminggu tu nanti kita cerita next entry okay? Hihi.


WATAK.

Kenapa watak-watak ni penting dalam sesebuah karya? Sebab tanpa watak, siapa lg yang nak gerakkan sesuatu cerita tu, kan? Apa biasanya aku buat untuk kembangkan watak-watak ni?

Mula-mula, aku akan jot down nama-nama semua watak dalam buku nota. Pilih nama (bab ni paling suka -- google menggoogle nama hero + heroin + watak-watak sampingan) dan tulis siapakah watak-watak tu. Contoh:

Ali - hero
Bedah - heroin
Salmah - kawan baik Bedah
Abu - ayah Ali
Gayah - emak Bedah
etc.

Apa tujuan senaraikan semua benda ni? Sbb nanti takut lupa. Terutama sekali kalau watak tu cuma keluar dalam satu, dua scene aje, confirm akan lupa punya. Lepas tu susah payah pulak nak scroll balik ke atas cari nama watak tu.

Tentang ciri-ciri watak tu pulak aku tak pernah senaraikan pun. Kalau baca novel aku, akan fahamlah yg aku tak pernah describe sesuatu watak tu secara detail sebab aku tak nak tahap imaginasi pembaca terbatas dan ikut imaginasi aku. Aku pun tak nak paksa pembaca untuk bayangkan watak-watak tu mengikut apa yg aku bayangkan. Sbb tu aku tak pernah pun cerita dari segi bentuk muka, mata bundar ke sepet ke, bentuk bibir seksi atau tak, hidung, tahi lalat, badan ketak-ketak etc etc. Habis-habis pun aku cakap muka hero tu kacak dan heroin tu cantik/comel. That's it. Pembaca nak bayangkan kacak dan cantik tahap mana tu up to them la.

OK, bab-bab perkembangan watak ni aku tak berapa reti nak cerita sebenarnya. Sbb aku main tulis ikut suka hati aje. Cuma apa aku boleh cakap, awal cerita mestilah mula dengan watak utama. Kalau tak pun, jgn sampai watak tambahan mendominasi cerita melebihi watak utama. Untuk permulaan, biasanya aku panggil 'setting up the stage part', maksudnya just cerita siapa dia, nama dia, nama-nama ahli keluarga dia dan apa yg dia buat. Kalau belajar tunjukkan dia belajar (pergi kolej, buat assignment etc.), kalau kerja bgtau kerja apa dan kat mana. Lepas tu semakin byk pages semakin byk watak-watak yg perlu diperkenalkan dan bila dah sampai part konflik, setiap watak perlu dikembangkan dari segi emosi (kalau sedih dia perlu nangis), kekuatan dan mcm-mcm lg. (like I said, I don't know how to explain this part)


KONFLIK.

Ada aku terbaca satu quote, "Start your story with a conflict, don't waste pages setting up the stage". Aku ikut gak quote ni tapi biar ikut kesesuaian cerita jgk. Bagi aku, sesuatu konflik tu penting utk buat graf pembacaan cerita tu semakin naik dari muka surat ke muka surat. First 10 chapters yg paling penting sbb itu penentu sama ada seorg penulis tu berjaya tarik minat pembacaan utk teruskan pembacaan atau tak. Kalau tak menarik, itulah yg buatkan belum sampai separuh pun pembaca dah tutup buku dan simpan atas rak.

Honestly, aku tak suka cerita yg terlalu berkonflik, lepas satu satu dugaan melanda - ibarat kata sudah jatuh ditimpa tangga - jadi sbb tu novel-novel aku conflict semua ringan-ringan je. Kalau pun berat, masih tak mampu lawan konflik dalam novel-novel lain.

Satu aku belajar dari seorg otai, jangan setakat tulis konflik, tapi sebaliknya tunjukkan kpd pembaca.
Contoh:

A: Sepanjang keluar dari rumah, dia betul-betul menderita hidup sendiri. Dia rindukan kehidupan yang dahulu yang mewah dan cukup dari segala segi.

B: Sepanjang keluar dari rumah, dia betul-betul menderita hidup sendiri. Awal pagi lagi dia sudah bangun dan keluar mencari kerja. Dia tidak punya kenderaan jadi dia terpaksa menggunakan kenderaan awam. Itu pun kadang-kadang dia terpaksa juga menggunakan tenaga yang ada untuk berjalan kaki sebab tidak punya wang yang cukup. Penat usah cerita, tapi dia perlu teruskan juga demi meneruskan hidup. Pernah terfikir untuk kembali semula ke rumah, namun semua itu tidak mampu dilakukan. Dia rindukan kehidupan yang dahulu yang mewah dan cukup dari segala segi.


Antara A dan B, mana nampak lebih real? Inilah yg dikatakan "jgn setakat tulis, tapi tunjuk" biar pembaca sama-sama rasa perasaan tu dengan kita.


HURAIAN.

Dari segi huraian, atau dalam kata lainnya naratif ni mmg aku suka. Aku suka buat naratif panjang-panjang, aku pun tak tahulah kenapa.. hehe. Sampai ada org cakap aku punya bahasa dah mcm standard DBP.
Oihh... (-..-|||)

Utk ayat selepas dialog perkataan biasa yg diguna -- ujar, kata, beritahu, maklum, tutur, ucap, lafaz, balas, jawab etc etc. Dari segi huraian pulak, aku biasa buat berdasarkan suasana sekitar.
Contoh:

Dia masuk ke rumah itu sambil matanya meliar ke sekeliling. Ruang tamu lengkap dengan sofa empuk yang pastinya mahal dan diimport dari luar negara. Sebuah potret keluarga tergantung pada dinding di tengah-tengah ruang tamu itu, memaparkan wajah setiap ahli keluarga yang sedang tersenyum manis.

"Jemput duduk, A," kata B mesra sebelum dia sendiri mengambil tempat di sebuah sofa.

A hanya menurut tanpa kata. Empuknya sofa itu sampai rasa macam nak tenggelam ke dalam.

"Dah lama sampai?" tanya B sambil memandang tepat ke wajah A.

"Baru lagi, dalam sepuluh minit macam tu," jawab A sambil tunduk memandang jam tangannya. Jam tangan murah, memang jauh bezanya kalau dibandingkan dengan jam yang tergantung pada dinding ruang tamu rumah itu. Kepalanya tunduk pula merenung karpet yang menjadi pengalas kakinya ketika itu. Fabriknya sangat lembut sampaikan dia rasa macam tak mahu angkat kaki sampai bila-bila.


Nampak tak? Kalau baca betul-betul tentu faham apa yg aku cuba maksudkan ni. Hehe.. Ini sebenarnya satu teknik kalau dah tak tahu sgt nak huraikan apa dlm sesuatu adegan/scene tu. Huraikan aje apa yg ada di sekeliling, ajak pembaca sama-sama 'tengok' dan 'nampak' apa yg kita cuba ceritakan.

Huraian jgk penting terutamanya dari segi perasaan. Kalau sedih, biarlah betul-betul sedih. Kalau marah, biarlah betul-betul marah.
Contoh:

A: Hatinya hancur luluh saat berita itu menyapa telinganya. Kolam mata bergenangan dengan air jernih. Pedih terasa di segenap jiwa. Dia cuba bertahan untuk tidak menangis namun sudahnya tangisannya pecah juga.

B: Dia memejam mata rapat-rapat, amarah terasa menghentak-hentak setiap sudut ruang dalam hatinya. Tubuhnya terasa menggigil. Giginya diketap kuat, menahan amarah yang sudah hampir meletus itu terhambur keluar.

Okey, sorry sbb ayat-ayat contoh tu cuma taip spontan masa tgh siapkan entri ni jadi mmg tak berapa nampak real sgtlah. Nanti dlm manuskrip tulis lg real okey adik-adik, kakak-kakak, abang-abang? :D

Hmm... sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis apa ni jadi sampai sini ajelah ye. Tak byk pun yg boleh dikongsi jadi setakat ni aje yg termampu. Utk next entry nanti aku cuba share topik lain pulak k. Ada soalan mcm biasalah, boleh tanya kat mana-mana aje uols suka. Nanti aiols balas. :)

Nah satu quote utk bagi semangat menulis kat korang. heheee..



~end

3 comments:

qminz said...

thanks for sharing, post yang sangat berguna kepada semua. yang dah keluar novel pun masih menuntut ilmu tau.. hehe..

Anonymous said...

Entri ni membuatkan sy ingin membeli novel yg dihasilkan anda.. wah! gittuw :D

Nabihah Taquddin said...

perkongsian yg amat berguna.. naik semangat sya utk siapkn mss yg sudah stahun sya usahakn.. all the best to you

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...