++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, August 10, 2014

- Tempahan novel: KERDIPAN BINTANG CINTA -


Assalamualaikum :)

Dah berbulan-bulan KERDIPAN BINTANG CINTA di pasaran, kan? Tapi stok novel dgn saya masih lagi ada. Jadi pada sesiapa yang sudi nak dapatkan KBC daripada saya, boleh emel saya di ayumi.syafiqah18@gmail.com

Book details:

TAJUK: KERDIPAN BINTANG CINTA
HARGA SM/SS: RM 20 (include postage)



~sedutan~


TUGASAN berkumpulan yang diberikan Encik Nawawi membuatkan Danisya mengecilkan dirinya sendiri di bahagian paling belakang kelas. Setiap kumpulan perlu ada sekurang-kurangnya empat orang ahli. Kalau seorang kawan pun dia tak ada dari kelas itu, macam mana nak dapat kumpulan?
            Danisya menundukkan kepala sambil tangan kanan membetulkan rambut yang sengaja dijuntaikan ke depan dahi, menutup kesan lebam dek hantukan ke dinding petang semalam. Hairband di atas kepalanya diusap-usap sendiri, menutup rasa gelisah yang kian menghentak-hentak jiwanya ketika itu.
            “Danisya Aimi...”
            Panggilan itu membuatkan Danisya mengangkat kepala. Lurus matanya memandang Encik Nawawi di bahagian depan kelas.
            “Awak dah ada kumpulan?” tanya Encik Nawawi. Kesepian Danisya membuatkan dia yakin yang gadis itu belum ada kumpulan.
            Danisya menggeleng-geleng.
            Encik Nawawi meliarkan mata ke sekitar kelas.
“Ada kumpulan yang masih tak cukup ahli?” soalnya kepada setiap pelajar. Namun yang dia dapat hanyalah gelengan dan pandangan yang aneh.
            “Tak ada, sir,” jawab beberapa orang pelajar secara serentak.
            Encik Nawawi memalingkan kepalanya ke sebelah kanan kelas. “Arnold? Your group?”
            Arnold dan dua orang ahli kumpulannya, Liza dan Umi, saling berpandangan. Masing-masing seolah-olah bercakap melalui pandangan mata.
            “Okey, Danisya... awak join group Arnold,” putus Encik Nawawi.
            “Whattt?” Liza dan Umi sama-sama terkejut. Sementara Arnold menyumpah sendiri dalam hati.
            “Danisya,” tegur Encik Nawawi sambil memberi isyarat supaya gadis itu duduk menyertai kumpulan Arnold.
            Danisya mengangguk takut-takut. Kalau diberi pilihan dia sendiri tidak mahu menyertai kumpulan itu, tapi apa lagi dia boleh buat? Redakan sajalah...
            “Saya akan edarkan guideline untuk awak semua siapkan assignment tu.” Encik Nawawi mengedarkan kertas-kertas di tangannya kepada seisi kelas.
            Danisya mengambil kertas yang dihulurkan Shamila. Belum sempat kertas itu diberikan kepada Liza, gadis itu sudah terlebih dahulu merampas daripadanya. Danisya kelu di situ tanpa kata. Kepalanya ditundukkan membaca arahan yang tertulis pada kertas itu tentang assignment yang perlu disiapkan.
            Masing-masing khusyuk mendengar penerangan daripada Encik Nawawi. Setiap persoalan yang tak difahami akan ditanyakan terus. Cuma Danisya yang terus diam dengan kepala yang menunduk.
            “Any questions, just come to my office later. Okay, class dismissed.” Encik Nawawi mengakhirkan kelas itu tepat pukul 11.00 pagi.
            Danisya mengemas barang-barangnya. Ketika hendak mencapai buku Library Skillsnya, terasa bahunya kanannya ditepuk. Danisya kembali mendongakkan wajah.
            “Kau jangan ingat bila Sir Nawi suruh kau masuk group kita orang, kau boleh goyang kaki tak buat apa-apa. Sebagai permulaan, aku nak kau cari maklumat pasal salah satu database. Aku nak kau pilih database mana dan buat semua description pasal database tu. Hantar pada aku minggu depan. Faham?” Liza angkat sebelah keningnya ke arah Danisya. Umi dan Arnold di sebelah sekadar tersengih-sengih. Seronok membuli agaknya.
            Danisya mengangguk teragak-agak. “Okey.”
            Lalu ketiga-tiga mereka berlalu keluar dari kelas itu.
Danisya menghela nafas panjang Rasa ‘sakit’ itu kembali menghentak-hentak sudut hatinya. Buru-buru dia mengemas barang-barangnya kemudian berlari meninggalkan kelas untuk ke tandas. Danisya masuk ke salah satu tandas kecil lalu mengunci pintu rapat-rapat. Begnya digantung pada penyangkut di situ setelah mengeluarkan sebilah pisau lipat yang seolah-olah sudah menjadi ‘teman akrab’nya semenjak dua tiga menjak ini.
            Dia duduk di atas mangkuk jamban yang sudah ditutup dengan penutupnya. Hujung seluarnya dilipat hingga ke paras lutut. Dengan mata yang dipejamkan, perlahan-lahan betisnya ditoreh dengan pisau itu. Darah panas meleleh keluar bersama dengan air mata yang semakin lebat menuruni pipi. Hairannya, bukan kesakitan yang dirasai sebaliknya kepuasan kerana dapat melepaskan tekanan emosi melalui aliran darah itu.
            Pedih... tetapi pedih yang melegakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kata mereka:












Saya anggap KBC memang betul-betul masterpiece saya sbb saya sendiri dapat rasa kelainan masa menulis dan KBC juga merupakan satu permulaan untuk saya bertukar kpd genre 'lain' pula slps ini, insyaAllah. :)

Kalau ada yg nak beli novel-novel saya yg lain boleh jgk nak emel (kecuali KPH). InsyaAllah saya bagi harga murah-murah2 je hehe. Thank you.

~end

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...