++ Suntikan Semangat! ++

Monday, August 25, 2014

- Gadis Kesayangan: Bab 3 -





“ASHI baru aje nak berkawan dengan Hafidh tu tapi acik dah kata macam-macam, siap tuduh dia nak flirt lagi tu. Angah boleh bayangkan tak?” Arshiya mengeluh berat. Sebelah tangannya memegang dahi.
            Akil ketawa. “Acik tu biasalah... Dia bukannya apa, tak nak adik kawan dengan entah siapa-siapa.”
            “Masalahnya, dia tak cuba pun nak kenal Hafidh tu. Apa salahnya rendahkan sikit ego dia, tanya Hafidh tu siapa, cuba berbaik-baik. Ini tak, terus menuduh macam-macam. Geram betul!” rungut Arshiya lagi. Wajahnya masam mencuka.
            “Habis tu ni sampai bila nak merajuk dengan acik?” tanya Akil. Kalau dia ada di Malaysia, lagi mudah nak pujuk adik kesayangannya itu. Tapi disebabkan dia jauh, hanya mampu memujuk melalui skrin komputer.
            Arshiya menongkat dagu sambil mata memandang ke atas, berfikir-fikir. Kemudian bahunya dijongket. “Nak acik pujuk dulu.”
            Akil ketawa. “See?”
            “See apa?” Arshiya terkebil-kebil.
            “Adik rasa macam adik dah boleh berdikari, dah mampu buat semua benda sendiri, dah sedia nak berkawan dengan orang lelaki, hakikatnya you are still our little sister. Sebab tu along, angah, acik dengan alang jadi over protective macam ni tau?” Akil senyum menjelaskan.
            Arshiya diam. Dia tahu angah betul tapi masih cuba tidak mahu mengaku salah. Ketukan di pintu mengejutkannya. Kepalanya ditoleh ke arah pintu. Acik ke?
            “Adik, adik buat apa tu? Jomlah turun makan, alang dah masak sedap-sedap kat bawah tu tau?”
            Arshiya kembali pandang skrin komputer. Angah sedang tersengih ke arahnya sambil angkat kening.
            “Alang panggil turun makan,” ujar Arshiya.
            “Baguslah tu. Pergi turun makan dulu,” suruh Akil.
            “Tapi tu alang, Ashi nak acik,” tingkah Arshiya.
            Akil ketawa. Arshiya kalau merajuk boleh tahan juga. “Angah ada kerja sikit, nanti ada masa kita chat lagi okey?”
            Arshiya mengangguk, sedar yang dia tidak boleh selalu mengganggu angahnya itu. “Okey.” Tetingkap Skype yang terpampang di skrin komputer ditutup. Kemudian dia bangun ke pintu bilik. Wajah alang yang sedang tersenyum menyapa pandangan sebaik saja daun pintu dibuka.
            “Adik kesayangan alang ni merajuk lagi?” Sengaja Alzam buat suara lembut macam tu.
            Arshiya jongket bahu dengan wajah tak ada perasaan. Pintu dibiarkan terbuka lalu dia bergerak ke arah katil. Alzam ikut sama masuk.
            “Tak nak cerita kat alang acik buat apa tadi?” tanya Alzam sambil duduk di sebelah Arshiya.
            Arshiya menggeleng-geleng.
            “Habis tu macam mana alang nak pujuk kalau alang tak tahu adik merajuk pasal apa?” tanya Alzam lagi.
            “Ashi tak nak alang pujuk. Ashi nak acik,” jawab Arshiya.
            Alzam ketawa kecil. “Acik keluarlah, dik. Ke mana entah dia pergi.”
            “Jumpa aweklah tu! Kalau awek merajuk cepat aje dia pujuk. Kalau Ashi merajuk, tak nak pulak pujuk,” cebik Arshiya. Selagi acik tak tunjuk muka selagi tu moodnya tak akan baik.
            Alzam memaut bahu Arshiya. “Okey, alang tahu adik marah acik lagi tapi makanan yang alang masak kat bawah tu is too delicious to be wasted. Jom makan?”
            Arshiya menjeling ke wajah alang yang sedang tersengih. Alang sengaja sengih comel-comel macam tu sebab nak tarik perhatian. Arshiya tahan gelak. Alang can be so cute sometimes! “Okey.”
            “Good girl.” Alzam menggosok kepala Arshiya lalu bangun menarik tangan adiknya itu untuk keluar dari bilik.

“NASIB baik jugak acik. Kalau along, tak tahulah macam mana. Silap hari bulan dia kurung aku dalam rumah tu sebulan,” bebel Arshiya sambil melangkah masuk ke dewan kuliah.
            Alia di sebelah ketawa. “Aku tak fahamlah dengan abang-abang kau tu. Kenapa dia orang nak kongkong kau sangat eh?” Dia duduk di atas sebuah kerusi, bersebelahan dengan Arshiya.
            Arshiya mengeluh panjang. “Lepas parents aku meninggal, abang-abang aku yang ambil alih tugas jaga aku. Along aku masa tu baru lepas grad ijazah dia. Aku pulak baru 11 tahun. Sejak tu dia jadi over protective. Dia jani dengan parents aku yang dia akan jaga adik-adik dia dengan baik, especially aku.”
            “Sebab kau satu-satunya adik perempuan yang dia ada?” sambung Alia, mula mengerti.
            “Dan sebab aku adik yang paling dia sayang,” tambah Arshiya pula.
            Alia mengangguk-angguk. “Aku rasakan... ada satu cara aje nak buat along kau tu berhenti kongkong kau.”
            Arshiya mengerut dahi memandang Alia. “Apa dia?”
            Alia tersenyum penuh makna. “Carikan dia calon isteri.”

ARSHIYA pandang jam tangan. Along sudah lambat 20 minit. Hai... pelik ni. Tak pernah-pernah pun along lambat sebelum ni. Kenapa hari ni tiba-tiba aje?
            Sementara di hujung sana, Hafidh sedang berjalan bersama rakan-rakannya sambil berbual rancak.
            “Fidh!” Adi memanggil tiba-tiba.
            Hafidh menoleh. Keningnya diangkat.
            “Tu bukan awek yang kau tegur masa konsert hari tu?” Adi memuncungkan bibir ke arah gadis yang dimaksudkan. Dia cam lagi wajah gadis itu sebab dia nampak Hafidh pergi tegur tempoh hari.
            Hafidh menoleh. Bibir perlahan-lahan menguntum senyuman melihat Arshiya. “Kau orang nak pergi minum, kan?”
            “Yup,” jawab Ariff.
            “Aku jumpa kau orang kat sana ajelah. Chow!” Hafidh mengangkat tangannya lalu terus berjalan mendapatkan Arshiya. Dia berdeham sekali, sengaja nak tarik perhatian Arshiya.
            Arshiya tersentak. Kepala ditoleh ke belakang. Spontan matanya terbuntang luas.
            Hafidh tersenyum kecil. “Kenapa macam nampak hantu?”
            Arshiya tersedar. Dia juga ikut berdeham, membuang rasa tidak senang yang tiba-tiba muncul entah dari mana. Kalau dengan acik tempoh hari pun dia sudah berdebar bukan main, sekarang lebih-lebihlah lagi. Along boleh muncul bila-bila masa saja bermula dari sekarang. Aduhai... nak buat apa ni?
            “Awak... awak buat apa kat sini?” tanya Arshiya dalam kegugupan.
            Hafidh tersenyum lagi. “Ini kolej untuk kegunaan semua student, kan?”
            Arshiya tergelak malu. Sedar dia baru saja tanya soalan bodoh. “Sorry.”
            “It’s okay. Awak buat apa kat sini? Tunggu abang awak datang lagi?” tanya Hafidh.
            Arshiya mengangguk. “So if you don’t mind, boleh tak awak pergi dulu?”
            “Kenapa? Awak takut abang awak nampak saya?” teka Hafidh. Selepas apa yang berlaku tempoh hari, dia sedar yang Arshiya takut kalau-kalau abangnya marah.
            “Kalau setakat nampak tu saya tak kisah, saya cuma takut apa yang abang saya akan buat lepas dia nampak awak,” jelas Arshiya.
            Hafidh ketawa. Mungkin rasa apa yang dikatakan Arshiya itu kelakar.
            Arshiya garu kepala. “Awak mesti ingat saya bergurau, kan? Tapi tolonglah percaya. Abang saya yang ni tak sama dengan abang saya yang ambik saya hari tu. He’s scrarier... and maybe the scariest brother in my family.”
            Hafidh merenung wajah Arshiya lama. Kenapa dia rasa macam ada perkara yang dia mahu tahu tentang gadis itu? “Berapa orang abang awak ada sebenarnya ni?”
            Arshiya mengangkat empat jari. Wajahnya kelat.
            Hafidh ketawa kecil. “Okey, saya boleh pergi tapi dengan satu syarat.”
            “Syarat apa?” Arshiya sudah semakin gelisah. Matanya melilau. Kut-kutlah along dah sampai ke, manalah tahu. Baiklah dia sediakan payung sebelum hujan.
            “Bagi saya nombor telefon awak?” pinta Hafidh terus terang, malas main pusing-pusing lagi.
            “Wha....?” Arshiya terkebil-kebil.
            Hafidh tersenyum. Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar.
            Arshiya memejam matanya seketika. Along memang tak izinkan dia bagi nombor telefon kat mana-mana lelaki. Kalau along tahu macam mana?
            “Tapi...”
            “Please...” Hafidh sudah separuh merayu. Wajahnya masih lagi manis dengan senyuman. Biar Arshiya tahu yang dia tidak akan mengalah dengan mudah.
            Sebuah kereta tiba-tiba melintas di depan. Arshiya terkejut. Hampir luruh jantungnya tadi. Nasib baik bukan along!
            “Saya bukan tak nak bagi tapi along saya yang tak bagi.” Arshiya cuba menjelaskan.
            “Dia takkan tahu kalau awak tak bagi tahu,” tingkah Hafidh.
            “Dia periksa telefon saya,” jelas Arshiya lagi.
            “I’ll just text you dan lepas tu awak boleh save nombor saya dengan apa-apa saja nama. Nama Bedah pun saya tak kisah,” ujar Hafidh. Ada-ada saja jawapannya untuk memangkah kata-kata Arshiya.
            Arshiya tiada pilihan. Lagi lama dia berdalih, lagi lama Hafidh akan ada di situ dan kemungkinan untuk along nampak Hafidh akan jadi lebih tinggi. “Fine!” Arshiya mengalah akhirnya.
            Hafidh tersenyum puas. Telefonnya diserahkan kepada Arshiya. Arshiya segera menyimpan nombor telefonnya dalam telefon Hafidh. Kemudian telefon itu diserahkan semula kepada lelaki itu.
            “Do not call me.” Sempat Arshiya memberi amaran.
            Hafidh mengangguk, masih tersenyum. “Thanks.”
            “Pergilah sekarang,” suruh Arshiya.
            “See you,” ujar Hafidh. Sempat melambai kecil sebelum beredar pergi.
            Arshiya melepaskan nafas panjang. Ketika itu juga dia nampak bayang kereta along semakin mendekat. Thank god!

~to be continued

2 comments:

DaisY CA said...

jantung sy pulak yg dup dap dup dap =,= haha

milleon jayaPF said...

wahhhhhh, best cerita ini.,. tolong lah buat lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...