++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, August 21, 2014

- Gadis Kesayangan: Bab 2 -


Hye all. :D Thank you for all the comments utk GK bab 1. Ada yg tegur pasal nama panggilan antara acik dan alang, kan? Actually saya pun tak pasti tp daripada apa yg saya tanya orang lain, acik tu panggilan anak ke3 dan alang panggilan anak ke4. Tapi kalau saya salah, nanti saya akan tukar balik. Don't worry. Hal kecik aje tu. hehe.. Apapun thank u pada yg menegur. Really appreciate it. :)

Enjoy reading bab2! Maaf didahulukan untuk semua kekurangan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



SEHELAI kertas ditayangkan di depan mata. Arshiya terkebil-kebil. “Apa ni?”
            “Baca,” suruh Alham sambil angkat kening.
            Arshiya menurut. Berkerut-kerut dahinya membaca tulisan yang tertulis di atas kertas itu.

1.    Jangan keluar dari kawasan kampus from the moment acik hantar sampai acik ambik semula.
2.          Don’t talk to any guy yang sengaja nak flirt.
3.           You can enjoy the concert but never be the one who sings on the stage
4.           Bila acik call/text, you have to answer immediately

“Itu aje syarat-syarat acik kalau adik nak pergi konsert tu. Think you can handle it?” tanya Alham sambil menyandar di pintu rumah.
Arshiya buat muka. “Well... at least better than along’s rules. Ashi boleh ikut semua ni as long as you don’t tell along. Is that okay?”
Alham tersenyum. “Anything for you, lil sis.” Kemudian dia keluar dari rumah sesudah menyarung kasut.
Arshiya mengikut acik masuk ke dalam kereta. Kertas yang diberi acik tadi dilipat elok-elok dan disimpan dalam beg. Tak kisahlah dengan syarat-syarat tu, asalkan acik sudi ‘seludup’ dia keluar dari rumah dengan alasan kononnya nak bawa dia pergi jalan-jalan kepada along.
Arshiya menanggalkan tali pinggang keledar setelah kereta acik berhenti di kawasan kampusnya.
“Ingat, jangan langgar semua apa yang acik tulis dalam kertas tu.” Alham mengingatkan. Kalau apa-apa jadi kepada Arshiya, dia juga yang akan kena jawab dengan along nanti.
Arshiya mengangguk sambil mengangkat tabik. “Acik jangan risau. Ashi janji nanti Ashi balik cukup kaki dan tangan.” Dia sengih.
Alham mengangguk.
Arshiya turun dari kereta. Sempat berbalas lambaian dengan acik sebelum kereta itu bergerak pergi. Acik nak ke mana? Hmm, mana lagi kalau bukan dating dengan awek. Arshiya membuka langkah mendapatkan Alia yang sudah menunggu sejak tadi.
“Akhirnya! Berjaya jugak kau datang.” Alia tersengih menyambut.
Arshiya angkat kening. “After a lot of effort.”
“Thanks to acik,” tambah Alia.
“Memanglah, drama escape aku,” ujar Arshiya buatkan Alia ketawa. Arshiya memaut bahu sahabatnya itu lalu mereka beriringan ke arah pentas yang sederhana besar untuk semua pelajar yang terlibat untuk buat persembahan.
“Dah lama ke start?” tanya Arshiya sambil matanya melilau ke sekeliling.
“Baru lagi. Baru dalam dua, tiga orang yang perform,” jawab Alia. “Tapi favourite band aku belum.”
Arshiya mengangguk-angguk. Favourite band Alia? Siapa lagi kalau bukan Erroband. Arshiya tak kenal, malah tak pernah tonton pun persembahan kumpulan underground tu.  Setakat tahu nama daripada Alia. Yalah, dia manalah boleh keluar tonton persembahan kat mana-mana sesuka hati. Lainlah Alia.
“Aku hauslah, nak pergi sana kejap beli air.” Arshiya meminta diri dan terus berjalan ke arah deretan khemah yang menjual bermacam-macam jenis makanan dan minuman. Arshiya berhenti di depan sebuah gerai yang menjual minuman.
“Nak apa, dik?” tanya si penjual.
“Hmm...” Belum sempat Arshiya menjawab, ada suara lain pula yang menyampuk.
“Air guava tu satu, kak.”
Arshiya spontan berpaling ke arah lelaki yang berdiri tegak di sebelahnya. Alah, baru aje nak beli guava tu! “Kak, air guava ni dah habis eh?” tanya Arshiya.
“Ha’ah dik, cukup untuk satu gelas aje,” jawab si penjual itu. Matanya terkebil-kebil, merenung ke arah Arshiya dan lelaki di sebelahnya bersilih ganti.
“Alah...” Arshiya mencemikkan wajahnya. Kecewa! “Tak apalah...” Baru saja dia berkira-kira untuk beredar tiba-tiba lelaki di sebelah memanggil.
“Excuse me...” tegur lelaki itu.
Arshiya berpaling semula.
“Awak nak ke air tu?”
Arshiya diam. Terpinga-pinga.
“Kalau awak nak, it’s okay. You can have it,” ujar lelaki itu lalu tersenyum manis.
“Tapi awak...” Arshiya serba salah. Biar betul mamat ni?
Lelaki itu senyum lagi. “It’s okay, saya boleh beli air lain,” jawabnya. Kemudian dia menoleh ke arah si penjual tadi. “Bagi air guava tu kat adik ni,” beritahunya.
Arshiya cuma diam. Namun dia tetap tidak dapat menolak rasa gembira. “Terima kasih, awak,” ucapnya.
Lelaki itu mengangguk, masih tersenyum. Arshiya ikut sama tersenyum. Pertama kali dapat berbual mesra begitu dengan orang lelaki. Walaupun cuma beberapa patah, itu sudah cukup dikira ‘mesra’ oleh Arshiya.
“Awak... perform?” tanya lelaki itu sejurus kemudian.
“Eh tak, saya cuma audience,” jawab Arshiya.
Lelaki itu mengangguk-angguk. “Saya Hafidh.”
“Arshiya.”
“Nice...”
“What nice?” tanya Arshiya hairan.
“Huh? Err... maksud saya, nice... name... and you... nice...” Tidak semena-mena Hafidh menggelabah. Ayat dan grammar terus berterabur.
Arshiya menyimpan senyuman. “Okey.” Okey? What?
“Saya pergi dulu,” ujar Hafidh meminta diri. Nampak anggukan di kepala Arshiya, dia segera berlalu pergi.
Arshiya masih tersenyum-senyum.

SORAKAN penonton bergema kuat ketika Arshiya kembali ke sebelah Alia. “Kenapa kecoh sangat ni?”
            “Erroband nak nyanyi dah!” kata Alia sambil terlompat teruja.
            Arshiya terangguk-angguk. Oh, jadi bukan cuma Alia peminat Erroband tu, ramai lagi. Muzik mula dimainkan kuat. Arshiya memakukan pandangan ke arah pentas. Eh, macam kenal bunyi muzik ni. Lagu When She Was Mine!
            “Favourite akulah lagu ni!” kata Arshiya. Lagu nyanyian asal kumpulan Lawson itu memang dia minat sangat-sangat. Bibir digerakkan untuk mengikut alunan yang dinyanyikan vokalis Erroband dengan lirik yang sudah dihafal sepenuhnya.
Everywhere I go
Everything I do
Reminds me of you
Just the picture on the wall
I’m surrounded by it all
Gotta walk before I fall
            “Cuba kau tengok vokalis dia, hensem kan?” Alia bertanya dengan suara yang dikuatkan sedikit untuk menyaingi kekuatan bunyi muzik lagu itu.
            Arshiya merenung ke arah vokalis yang dimaksudkan. Yup, memang hensem. Bukan cuma rupa, malah gaya pun dia memang. Matanya dilarikan pula ke arah anggota-anggota yang lain sehingga berhenti pada drummer. Mata Arshiya mengecil. Eh, itu bukan ke Hafidh? Hafidh dummer? Drummer dalam Erroband? Serius? Walaupun wajahnya sedikit terlindung, Arshiya yakin dia tidak silap orang.
I wonder if she’s out there
I wonder where she goes, she goes
I wonder what she’s doing
Will I ever know?
Everything was easy
Everything was simple
Never felt so good
When she was mine
I wanted to remember
Never missed the second
Now I wish I could forget, forget
When she was mine
            Muzik terus kuat dimainkan disertai dengan sorakan pada penonton namun Arshiya terus ralit merenung ke arah Hafidh yang ralit bermain drum di atas pentas.
I’m down on my knees
Gotta see her, gotta see her
I try to forget but I need her, but I need her
I’m down on my knees
Gotta see her, gotta see her
I try to forget but I need her, I need her
When she was mine...
            Tamat saja nyanyian Erroband, sekali lagi tepukan gemuruh kedengaran. Arshiya ikut bertepuk tangan. Senyuman menghiasi bibirnya. Agak-agak, ada lagi tak peluang untuk berjumpa Hafidh nanti?

“THAT was great!” Hafidh tersenyum gembira sambil berbalas high five dengan anggota-anggota kumpulannya. Puas rasa hati dapat buat persembahan yang mampu menghiburkan semua penonton.
            “Dah boleh dah slow-slow buat album kan,” kata Adi, pemain bass Erroband.
            Mereka semua ketawa. Mata Hafidh terarah kepada seorang gadis yang sedang berdiri di depan tangga utama kampus. Gadis itu tertoleh-toleh seolah-olah sedang menunggu orang datang menjemput. Sesekali dia memandang ke arah jam tangannya. Arshiya. Hafidh tersenyum saat nama gadis itu meniti dalam hati.
            “Aku pergi sana kejap,” ujar Hafidh meminta diri. Langkah dilajukan ke arah Arshiya. “Assalamualaikum,” tegurnya.
            Arshiya tersentak dan terus menoleh. “Waalaikumussalam. Eh, awak...” Bibirnya mengukir senyuman.
            Hafidh membalas senyuman itu. “Buat apa kat sini?”
            “Tunggu abang saya datang ambik,” ujar Arshiya. Hatinya jadi resah tiba-tiba. Hafidh tak boleh ada kat sini. Nanti kalau acik nampak, matilah. Aduhai... macam mana ni?
            “Awalnya nak balik? Ada lagi yang belum perform tau?” Hafidh mengerutkan dahinya sedikit. Riak gelisah Arshiya menghantar tanda tanya dalam kepala.
            “Err... saya tak boleh balik lambat. Hmm...” Arshiya garu-garu kepala sendiri. Macam mana nak cakap supaya Hafidh pergi dan tinggalkan dia kat situ ya? Takkan nak halau kut?
            “Rugilah macam tu. Apa kata awak stay kejap aje lagi, bukannya lama pun.” Hafidh masih berusaha untuk menahan Arshiya daripada pulang. Sebenarnya nak cakap yang dia belum puas berborak dengan Arshiya, tapi tak tahu macam mana caranya. Takut juga kalau-kalau Arshiya salah faham.
            “Tak apalah. Lagipun tadi saya dah tengok awak perform, dah cukup dah tu,” ujar Arshiya sambil tersenyum segan.
            “You saw me?” tanya Hafidh terkejut.
            Arshiya mengangguk. “You were... great.”
            Hafidh pula yang ketawa segan.
            Arshiya terpandangkan kereta acik yang bergerak ke arahnya. Ah, sudah! “Err... Hafidh, saya rasa baik awak pergi sekarang kut...”
            “Kenapa?” Hafidh pelik.
            “Err... saya... hmm...” Arshiya tidak tahu bagaimana harus menjelaskan. Kereta acik kian mendekat dan jantungnya semakin berdegup laju. Dahi mula berpeluh. Lebih menyeramkan apabila kereta acik sudah berhenti betul-betul di depannya. Habislah...
            Alham turun dari kereta. Pandangannya jatuh ke arah Arshiya dan lelaki yang tidak dikenali di sebelah adiknya itu bersilih ganti. Arshiya tertelan liur tengok acik mula berjalan mendekatinya.
            “Abang awak?” tanya Hafidh. Senyuman mesra terukir di bibir sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
            Alham menyambut salam itu. “And you are...”
            “Hafidh, kawan Arshiya,” ujar Hafidh tanpa berselindung.
            Arshiya menundukkan kepala dengan mata yang dipejamkan. Ya Allah, janganlah acik marah. Please... Please...
            “Kawan?” Alham terangguk-angguk. Dia perasan riak takut Arshiya ketika itu. Tangannya menepuk-nepuk bahu Hafidh. “Well young man, you better watch yourself out.” Senyuman penuh makna diukirkan penuh makna buat Hafidh sebelum menarik tangan Arshiya supaya masuk ke kereta.
            Hafidh terpinga-pinga. Senyuman di bibir bertukar kelat. Tercegat di situ sehinggalah kereta yang dinaiki Arshiya dan abangnya hilang dari pandangan.

ALHAM mengerling ke arah Arshiya di sebelahnya. “I thought I told you not to talk to any guy yang cuba flirt,” ujarnya sambil terus memandu tenang.
            Arshiya mengeluh dengan mata yang dijulingkan. “He wasn’t flirting! He was just trying to be nice,” sangkalnya.
            “That’s how a guy gets close to a girl. You should learn about it, lil sis,” balas Alham mudah.
            Arshiya berpeluk tubuh. Sakit hati. Mana acik tahu semua tu? Oh lupa, acikkan ada ramai awek. Arshiya mencebik kecil. So much for the drama escape!
            “But don’t worry, acik takkan bagi tahu along,” tambah Alham kemudian. Dia mengerling ke arah Arshiya. Adiknya itu masih lagi diam dengan wajah yang lebih masam daripada cuka.
            Sampai di rumah, Arshiya terus turun dari kereta dan berjalan laju masuk ke dalam rumah. Dia cuma nak mengadu dengan angah. Itu saja.
            “Adik! Jom makan, alang dah masak sedap...” Alzam tidak jadi meneruskan ayat apabila tengok muka ketat Arshiya. Selamba adiknya itu berlari naik ke tingkat atas tanpa langsung mempedulikannya.
            Alham masuk ke rumah.
            “Kenapa tu?” tanya Alzam sambil memberi isyarat ke arah tangga.
            Alham jongket kening. Kalau dia beritahu alang, nanti along mereka juga akan dengar dan Arshiya yang dapat ‘habuan’. Jadi lebih baik diam.

~to be continued


1 comment:

kak edah said...

Best so protective abg2 dia kan.nk lagi he....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...