++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, May 27, 2014

- Tips Menulis Ayumi Syafiqah -


Assalamualaikum. :D

Dah dua tahun berlalu sejak aku tulis entri CARA AYUMI MENULIS dan DARI TANGAN PENULIS KE MEJA EDITOR ni tapi sampai sekarang masih ramai yg baca dan tinggalkan komen. Utk komen2 yg berbalas lambat tu I am soooorry sbb kekadang tak perasan komen masuk dan kekadang tu busy sampai tak sempat pun nak intai komen dan balas. Tapi aku cuba jugak balas satu-persatu. :)

Sooo... as the time goes by, seorang Ayumi Syafiqah sudah membesar menjadi lebih matang. *Hopefully* Sebab umur tahun ni dah masuk 21 tahun jadi cara pemikiran, cara penulisan dan cara menghadapi sesuatu situasi tu dah jauh berbeza. Jadi utk entri kali ni, mari kita belajar cara menulis versi Ayumi Syafiqah 21 tahun. Haha.

Jom menulis!



1. BUKU NOTA. Ini adalah antara benda yg sgt sgttt sgtttt penting bagi seorang AS. Sbb dgn buku nota nilah aku boleh tulis, catat dan conteng segala mcm benda yg aku nak masukkan dlm manuskrip. Kalau duduk dlm kelas sementara tunggu lecturer dtg, atau tgh tunggu kwn2 siap nak pergi kelas sama2, atau sambil2 tunggu makanan siap utk makan, masa tulah boleh digunakan utk mencatat. Sebelum ni aku just guna note dalam phone sbb senang, tak pyh bwk buku nota pegi mana2 tapi semenjak kes segala isi dlm phone hilang dan tak dpt diselamatkan, aku dah serik. So now aku lebih prefer buku nota. Tak perlu mahal2 pun, yg kecik comel tu laaaagi sesuai tau.

Buku nota bkn cuma utk conteng draf, tp jugak utk tulis semua nama watak dlm manuskrip. Yerlah, manusia biasa ni mmg cpt lupa. Karang bab 1 nama Bedah, bab 12 dah jadi nama Gayah. Selain tu jgk, boleh jgk buat conteng2. Maksud conteng2 kat sini bkn conteng2 draf, tapi conteng yg betul2 conteng. Sambil otak jauh melayang, tgn pulak bergerak laju atas kertas lukis bentuk yg aku sendiri pun tak faham apa, dan masa tulah idea akan dtg. Nampak mengarut, tapi menjadi. Boleh cuba kalau nak. :)



2. PERBUALAN. Kadang2, benda yg kita biasa bualkan tu boleh jadi story fabric tau. Contohlah mcm tgh sembang2 dgn kwn2, lepas tu diorang tetiba bwk gosip. Bkn nak ajar orang bergosip ni, tapi nak ckp daripada cerita gosip tu, boleh jadi idea dlm manuskrip. Sbb gosip ni lebih kpd realiti, dan kalau kita tulis based on realiti, cerita tu akan lebih hidup dan dkt dgn pembaca. *ini pendapat AS je, no offense pd yg tak setuju*

Tak semestinya kita aje yg kena berbual. Kadang2 masa tgh naik bas lepas tu dengar org depan atau org belakang sembang pun, apa yg diorg sembangkan tu boleh jadi bahan utk kita. Alah, bkn kita kenal pun sape diorg dan diorg bkn kenal sape kita. Ambik idea utk buat bahan cerita tanpa perlu malukan sesiapa. ;)



3. DRAMA REALITI. Maksud kat sini, apa saja yg berlaku di sekeliling kita. Contohnya, nampak seorg perempuan nak ambik duit kat mesin ATM tapi tiba2 mesin tu rosak. Daripada situ, kita boleh cerita di mana tiba2 ada lelaki dtg nak baiki dan diorg pun berkenalan. *abaikan contoh mengarut ni, ini sekadar contoh mcm mana nak kaitkan situasi sekeliling utk jadikan bahan cerita*. Senang kan? Apa yg perlu dibuat, buka mata lebar2 dan pandang sekeliling setiap kali pegi ke mana2.

Pegi melancong kat tempat kita tak pernah pegi, mkn kat restoran yg kita tak pernah mkn, minum air yg kita tak pernah minum, beli barang yg kita tak pernah beli, guna software baru yg kita tak pernah guna, anythingggg..... boleh dijadikan bahan cerita.Yg penting, rajin explore. :)


4. BACA. Lebih byk baca, lebih byk info kita dpt, lebih byk ilmu yg kita boleh kongsi dgn orang lain. Maksud baca kat sini, baca apa2 saje bahan bacaan. Tapi jgn pulak baca benda2 yg tak elok, karang dpt imaginasi yg tak sepatutnya pulak. Heheh.. Bila tgh menulis dan lepas tu nak cari info utk apa fakta yg kita tgh tulis, baca lagi. Dan jugak tanya pada mereka yg lebih pakar supaya fakta tak lari. :)



5. PENGALAMAN. Antara khayalan dgn pengalaman, aku lebih suka tulis something berdasarkan pengalaman sendiri. Tak semestinya pengalaman yg best2 atau yg baru2, pengalaman zaman budak2 pun boleh masuk sekali. Contohnya, dulu2 masa kecik pernah tersalah naik kereta masa balik sekolah. Malu tak usah cerita. Haa, kan boleh masuk dlm novel tu. Hihi.. Pengalaman melancong, pengalaman first time masuk sekolah, pengalaman hari pertama kat universiti, semuanya boleh masuk.

Tapi tak semua kena ada pengalaman. Kalau nak tulis cerita bunuh2, takkanlah kita nak pergi membunuh dulu baru dpt tulis ye tak? Dan inilah yg dikatakan khayalan. :D


6. PISS ME OFF? K. Kalau rasa marah dgn orang tu atau orang ni, haa boleh balas dlm manuskrip. Guna aje nama mereka2 tu utk watak antagonis aku. Guna nama orang yg sakitkan hati aku, or org yg selalu buat aku menyampah, bila tulis tu terasa lagi berkesan. Ihiks...



7. FOKUS. Yg ke7 dan seterusnya ni khas utk para penulis yg masih belajar macam aku. *Sep sikit!* Selalu la org cakap kat aku "Ayumi macam mana boleh menulis laju sgt?" atau "Ayumi macam mana bahagikan masa antara belajar dgn menulis?" atau "Ayumi masa bila awak menulis ye?" atau mcm2 lagi jenis soalan yg lebih kurang sama. Okay, meh nak share sikit apa yg seorang Ayumi ni buat selama ni.

Masa kat kolej atau masa tengah sem dgn kesibukan assignment dan test yg menimbun, aku jarang menulis. Kalau menulis pun, aku akan tulis masa awal2 sem (sbb masa tu tak sibuk lagi) ataupun masa weekend. Tapi bila dah mula sibuk dgn mcm2 kerja, aku akan kepit buku nota ke mana2. Jadi bila ada idea, aku akan tulis dulu dlm buku nota tu. Tak kisahlah apa jenis idea pun, yg penting tulis dulu takut nanti lupa. Pendek cerita, sepanjang sem tu mmg aku jarang menulis tapi idea dan plot cerita sentiasa ada. Jadi bila final exam habis dan cuti mula, masa tulah aku akan pecut menulis selaju yg mungkin. Takkan ada masalah kekeringan idea sbb the whole sem aku dah cari idea sebanyak yg mungkin sbg 'stok' utk aku menulis masa cuti.


8. CUTI. Okay then masa cuti pulak, fokus menulis tahap ketinggian Namsan Tower tau. Aku akan cuba dapatkan 10-30 pages sehari. Dlm seminggu, aku dah boleh dpt lebih kurang 100 pages atau lebih. Pastu tanya lagi "Kau menulis hari2 ke?". Yes, aku menulis hari2. Tapi ada jugak hari yg aku tak menulis. Contohnya, tetiba masuk WhatsApp dari kwn2 aku ajak lepak, mmg aku tak menulis langsunglah hari keluar lepak tu. Jadi sehari sebelum keluar, aku akan gandakan jumlah pages. Kalau biasa 10-30 pages, aku akan up jadi 50 pages. Supaya bila keluar lepak, aku tak rasa bersalah tinggalkan manuskrip. Hehe..


9. REWARD. Ini pun penting bagi aku. Sebelum mula satu manuskrip, aku akan target bila siap. Kalau aku cakap "Okey, manuskrip ni aku akan tulis dlm masa sebulan!". Dan aku akan pastikan aku betul2 siapkan dlm masa sebulan. Bila aku berjaya capai target, aku akan reward diri sendiri. Contoh reward? Beli baju baru. Belanja diri sendiri makan makanan mahal2. Rancang trip atau holiday dgn kwn2.

Reward tak semestinya dlm bentuk duit. Mcm masa tulis manuskrip Bunga di Taman Larangan dan Seminit Pun Tak Lupa masa cuti sem lepas, aku cuma reward diri dgn TV show. Aku ni gila TV show dan masa tu kat US, MTV tgh tayang Teen Wolf season 3B. Eherher.. So I said to myself, "Kalau hari ni aku dpt siapkan 30 pages, baru dpt lyn episod baru Teen Wolf" atau "Kalau hari ni aku dpt taip sampai bab 50, baru boleh layan The Vampire Diaries". Haaa gitulah contohnya. Heee..

Bila dah buat undang2 macam tu, kenalah DISIPLIN. Jgn langgar dan jgn malas2 tau.



10. TENGOK NOVEL ORANG. Kalaulah tetiba malas yg amat nak menulis, aku akan buka FB, lepas tu tgk cover2 novel orang lain yg baru terbit atau tgk kat grup2 orang update teaser2 novel diorang, dan ckp kat diri sendiri "Aku pun nak terbit novel baru jugak!", dan lepas tu insyaAllah semangat akan datang. :)

~~~~~

Okey, itu saja kot tips yang aku boleh kongsi kali ni. Hopefully, bergunalah utk awak2 semua. Ayumi Syafiqah/ Yumi Zinnita seorang yg amatur dan gunakan cara yg amatur utk siapkan manuskrip. Tapi kalau awak2 pun nak pinjam cara seorang yg amatur ni, boleh sangat2 yang. Sama2 lah kita menulis dan perbaiki mutu penulisan dari semasa ke semasa.


Ada soalan? Boleh tinggal komen. Atau direct ke fb. Atau Twitter. Atau emel. InsyaAllah, aku reply selagi mampu.

Okay?

Okay.


ps.. Teen Wolf season 4 mula 23 Jun! Wehooo!


~end


4 comments:

mia kaftiya said...

goooood tippssss!!!. harus cuba bab fokus dan disiplin tu sebab mia kaftiya sangat pemalas u know. ihiks >__<

Anonymous said...

Oooooo..... Ya Allah, seronoknya bila dpt tips cenggini perghh. Tapi kan. Sy punya mss tak siap2 pun, dh hampir 6 bulan. Tu mesti masalah disiplin tu hahaha. Apa saya nk buat..

Bihurrunain said...

Terima kasih dik bagi tips... Akak pun tengah berusaha nak emnulis macam adik... hehe... Dasyatnya dapat tulis 50 muka dalam amsa satu hari... akak boleh tulis sampai 20 je paling banyak pun...

hehe..apa-apa pun, terima kasih tau bagi tips..

^____^

Barniyah Ammara said...

Wah.. Yang reward tu memang tak terfikir langsung. Nak try lah~ Thanks kak Yumi.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...