++ Suntikan Semangat! ++

Friday, April 18, 2014

- Post-mortem of Ayumi's -

Assalamualaikummmm :D

Wahhhhhhhh lama gila hilang menyepi! Bertapa dalam gua ke apa aku ni? Ngeeee. Sebenarnya takdelah gua pun, duk atas puncak bukit je. Hehe. Tarikh hari ni 19 April 2014, means? Dah hampir 2 tahun since novel pertama aku Kau Pemilik Hati diterbitkan di pasaran. So hari ni nak buat 'bedah siasat' untuk keempat2 novel aku. Bagi yang belum tahu, ya, Ayumi Syafiqah DAH TERBITKAN EMPAT BUAH NOVEL. *big smile* :)

KAU PEMILIK HATI (tulis tahun 2011, terbit Jun 2012 dgn Kaki Novel)


Novel ni mengisahkan kisah cinta antara Zafril dan Qarissa. Cerita ni simple2 aje. Malah aku selalu cakap dulu cerita ni childish dan sgt2 teruk sampaikan orang ckp aku ni melampau sebab sanggup rendahkan karya sendiri sedemikian rupa. *thank u sis, I learned my lesson*. So laa ni, nak cakap yang KPH karya yang aku banggakan sebab KPH karya pertama. Apa2 pun kalau orang tahu aku ni penulis novel dan tanya novel apa aku tulis, KPH tetap akan jadi tajuk pertama yang aku sebut.

KPH ~~ Kisah Adam Zafril yang jatuh cinta pandangan pertama pada Qarissa Puteri yang garang. Zafril cuba dekati Qarissa, tunjukkan betapa dia ikhlas nak berkawan tapi Qarissa tak pernah pandang. Tapi last2, Qarissa terpaksa kahwin dengan Zafril atas permintaan papa dia sendiri, Dato' Rashid. Disebabkan Zafril ni pekerja kesayangan Dato' Rashid, dia kenal hati budi Zafril dari kecik jadi dia yakin yang Zafril boleh bimbing Qarissa jadi wanita yang lebih baik dan solehah.

Mampu ke Zafril? Boleh ke Zafril? Kalau dia kenal Qarissa betul2, sayang tu ada lagi ke tak? Nak tahu, bolehlah dapatkan KPH dan selami kisah mereka berdua ni. Pesanan penaja -- don't expect too much. :)


STATUS HATI: DIA MILIKKU (tulis tahun 2011, terbit Mei 2013 dgn Kaki Novel)



Novel ni aku tulis lepas akak aku merungut nak baca novel yang watak perempuannya mainkan peranan lebih dalam merebut cinta. Atau dalam erti kata lain, PERIGI CARI TIMBA. Ada yang terima, ada yang tak. Tapi serius, novel ni novel yang paling senang untuk aku tulis. Aku admire watak Kirana dan aku jatuh cinta dengan watak Edryzal. First time pergi Pesta Buku Antarabanga Kuala Lumpur untuk sesi signing dan bertemu pembaca atas nama novel ni, pengalaman yang sangat2 berharga!

SHDM ~~ Kisah Illsya Kirana yang jatuh cinta dengan Edryzal yang dingin dan kaku. Bermula dengan perkenalan ringkas oleh kedua2 orang tua, Kirana makin lama makin jatuh cinta. Walaupun dia sedar Edryzal cuma terima dia demi mama dia, dia tetap tak putus asa untuk buktikan yang dia boleh buat Edryzal jatuh cinta pada dia, tanpa sedar apa yang dia buat tu hanya buatkan hati dia lebih sayangkan Edryzal dari hari ke hari.

Lepas tu apa jadi? Berjaya ke tak Kirana tu? Atau Edryzal tak kisah pun kalau Kirana putuskan pertunangan mereka di akhir cerita? Pesanan penaja -- sabarkan hati layan perangai Edryzal dan baca dengan senyuman. :)


TAK MAMPU MENJAGA CINTAMU (siap tulis 2011, edit balik 2012, terbit November 2013 dgn Love Novel)



Kalau ikutkan aku tulis TMMC dulu sebelum SHDM, tapi disebabkan novel ni terpaksa experience bermacam2 benda yang sampai satu tahap buatkan aku hampir give up, akhirnya SHDM yang keluar dulu. Apa2 pun, kisah Naqiu dan Anatasya tetap abadi dalam hati. Sebab bagi aku TMMC novel PALING DEWASA yang aku pernah tulis walaupun hakikatnya I was only 18 back then. Berbanding dua novel sebelum ni, TMMC dapat sedikit kritikan. Tapi takpe. I was waiting for it though. >.<

Pergi Pesta Buku 1Malaysia Kuala Lumpur atas nama TMMC dan dapat temuduga daripada wartawan Kosmo! untuk promosi. Alhamdulillah. :')

TMMC ~~ Kisah Naqiu Uzairi yang jatuh cinta tanpa sedar dengan Dian Anatasya yang pada asalnya cuma jadi bahan mainan. Bila dah sedar perasaan sendiri, semua tu dah terlambat. Anatasya menjauh dengan hati yang terluka. Sobssss.

Mampu ke Naqiu raih kemaafan Anatasya? Kalau pun Anatasya maafkan, mampu ke hubungan tu tetap disaluti rasa percaya yang tak akan pernah goyah? Pesanan penaja -- the term they used to describe this novel, MONOTONE! So, think wise before u get it. :)


KERDIPAN BINTANG CINTA (siap tulis 2012, terbit Februari 2014 dgn Elee Mardiana Publication)

First look. :)

Official! Jadi kalau nak cari kat kedai, cari cover ni ok! :)

KBC adalah kisah yang PALING SUSAH DAN SUKAR untuk ditulis sebab aku kena buat macam2 research dan study. Pernah kena reject sampai hampir buat aku berendam dalam tab air mata. Bangun balik, polish sehabis dan sebaik mungkin. Cuba nak buka mata orang yang aku bukan cuma boleh tulis kisah cinta semata, tapi kisah cinta yang berilmu. Tapi ada price to pay bila aku guna nama pena Yumi Zinnita, orang tak tahu yang Yumi Zinnita dan Ayumi Syafiqah tu orang yang sama. Truth is, a bit kecewa tapi aku selalu pujuk hati, gagal sekali tak bermakna gagal selama2 nya kan? Usaha lagi, lagi dan lagi. Doa jangan putus.

KBC ~~ Kisah Danisya Aimi yang menderita kemurungan sejak bertahun2 selepas tragedi hitam dalam hidup, bertemu dengan Kamal Izdham yang ada seribu satu rahsia. Izdham dibesarkan dengan kekasaran dan ketegasan hinggakan dia tak dapat lalui zaman remaja yang indah macam orang lain. Tapi bila dia jumpa Danisya, hidup dia rasa lebih bermakna. Andai nanti rahsia dia terbongkar, mampu ke Danisya terima dia macam mana dia terima Danisya sepenuhnya tanpa syarat?

Pesanan penaja -- sedia tisu. :)

Tahun ni? InsyaAllah, more are coming. Yang menunggu dalam barisan sekarang ada tiga. Tajuk2 nya -- LOKET ZINNIA (Katakan Kau Bahagia), SEMINIT PUN TAK LUPA (Kod Janji 5272) dan BUNGA DI TAMAN LARANGAN (tak pernah letak di blog). Bila mereka2 ni nak keluar? Dua daripadanya insyaAllah dalam tahun ni, satu lagi kita hantar tahun dpn. Dalam senyap2 ke-busy-an kononnya, sempat cekau masa buat manuskrip heheheeeee. >.<


Sampai ke tahap ni, aku sgt2 bersyukur dan gembira dengan pencapaian sendiri. Di usia 21 tahun *tahun ni dah 21!* aku mampu terbitkan empat buah novel dan byk lagi akan menyusul, insyaAllah. Inilah harta aku yg paling berharga. Tiap kali sedih dgn apa yang berlaku dalam hidup, sedih dgn expectation org, sedih dgn they way they treat me, sedih dgn apa yang aku tak mampu dpt selama ni, aku selalu remind diri aku sendiri dgn apa yang aku ada ni. Alhamdulillah. Terima kasih, Allah. :)

 Apa pun, terima kasi banyak2 sebab masih sudi support karya2 Ayumi Syafiqah/Yumi Zinnita. Tanpa anda semua, dah lama berhenti menulis. Terima kasih, terima kasih, terima kasih! :D

Sekian saja post-mortem drpd saya. Anything u want to say regarding my novel, boleh contact saya di Facebook: Ayumi Syafiqah, Twitter: Syafiqah Zaki (@AyumiSyafiqah), Instagram: ayumisyafiqah dan emel: ayumi.syafiqah18@gmail.com :)


~end

3 comments:

mawar kamila said...

tahniah! tahniah!
moga terus sukses ye ayumi syafiqah... ^_^"

aishah nin said...

salam ukhuwah. Semoga anda kaya dan beraya dunia kahirat. Ameen :)

Aziela said...

Subhanallah Ayuu.... Dah 4? Kisah Dani dah keluar? Nampak sangat akak jarang ke kedai buku. I am proud at least sebab 3 daripada 4 akak dah ada. Insya Allah, akan cari yang ke empat nie.

Kena buat promosi lebih sikit la kot kan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...