++ Suntikan Semangat! ++

Friday, April 26, 2013

- How to Survive a Relationship with a Writer -

Assalamualaikum. :D

Malam tadi duk berfesbuking tetiba terjumpa gambar ni. Baca pastu gelak sengsorang. Hahaha. :D




I love number 1 till 10. Yeahh, it's a true fact.

1. Never ever ask when the book will be published.

Why? Sebab bila asyik duk tanya aje bila nak terbit, bila nak terbit, itu boleh meninggalkan kesan yang sangat mendalam kat jiwa si penulis. Terutama bila si writer tu tengah stuck nak siapkan manuskrip, diasak pulak dengan pertanyaan bila buku nak terbit, dan si writer tu akan rasa tertekan. Bila tertekan, haa pandai2 lah pulihkan sendiri. Hoho.


2. Do not ask a writer if they wish they had written the latest best-seller.

Don't. Lebih2 lagi kalau buku2 yang si writer tulis tak meletop di pasaran, lagilah soalan tu boleh membuatkan si writer tu tertekan yang hamat. So... just don't.


3. Never say you are thinking of writing a book. Never ever say you'd also write a book if only you had a time.

This has got 2 reason. First, si writer tu akan rasa excited sebab orang yang dia sayang pun berkongsi minat dengan dia. Jadi, bila uolls dah cakap yang uolls nak tulis buku jugak, jadi si writer ni akan menunggu masa tu tiba. Selagi tak tiba, selagi tu dia akan keep asking. Jadi kalau rasa tak mampu, janganlah ngangade keluarkan statement nak tulis buku jugak.

Second reason, si writer tu mungkin akan rasa tercabar sebab dia akan ada saingan daripada orang terdekat. Lagi parah, kalau buku yang uolls tulis tu lagi hebat daripada buku dia. She might not say it, but kat hati siapa yang tahu kan? ;)


4. Don't call the police if you happen to see a writer's browsing history. The average writer is not planning to poison you, hire a hitman, or move to Afghanistan. It's simply research.

Ya ini sangat betul. Kalau si writer tu bercadang nak tulis satu cerita berkisahkan tentang pembunuhan bersiri, dia akan mula buat research pasal pembunuhan, atau mungkin juga cara2 membunuh yang berkesan tanpa dapat dijejak, atau mungkin juga cara si pembunuh tu melarikan diri daripada polis. Haaa, kalau uolls ternampak artikel2 research tu dalam laptop dia, janganlah pi call polis pulak cakap dia tengah buat rancangan nak membunuh pulak. It's just a research. A simple research. Nak menulis buku, fakta haruslah betul. Jadi... fahamilah si writer itu. :D


5. Leave a writer alone if the writer is actually writing. You have no idea how difficult it is to enter the zone.


Yessss. Sekali si writer tu dah mula duduk kat depan laptop dia, jari-jemari di atas keyboard, atau lagi best dia mungkin akan pasang lagu2 yang liriknya berkait dengan cerita yang sedang dikarang, tolongggg laa jangan kacau. *ini pesanan untuk kawan2 aku jugak. :P* You have no idea how difficult seorang writer tu nak masuk ke dalam 'zone cerita' and stick with it. Janganlah masa tu jugak uolls datang nak mengacau, nak bercerita itu ini, kalau tak nak kena marah, better shut up dan duduk diam.

Boleh jadi jugak si writer tu tak suka + malu bila ada orang duduk dekat dengan dia masa dia menulis. Sama macam aku jugaklah. Tengah duk syok2 mengarang, bila terasa aje ada bayang melintas kat belakang, automatik jari akan berhenti menaip. Kawan2 aku selalu cakap "Alaa bukan aku tengok pun!" . Kawan, it doesn't matter korang tengok ke tidak, tapi kami writers tak suka diganggu, ditengok atau diperhati ketika kami sedang berimaginasi jauh ke awan biru. :P


6. Don't pick unfair fights with a writer. Writers do get their revenge in print.

This is my most favourite. Haha. Betul tu, jangan cuba2 carik gaduh ya. Sebab si writer tu boleh gunakan nama uolls untuk watak antagonis dalam cerita yang dia tulis, dan mungkin dia akan matikan watak tu dengan cara yang paling kejam. *evil laugh* . Kita tak boleh nak balas dendam dalam dunia realiti, kita balaslah dalam fantasi. Kan? :P


7. If you do want to fight, make it memorable. The writer is always looking for material.

Yang ni pun betul. Kalau rasa nak gaduh, gaduh la betul2 dalam erti kata sebenarnya. Sebab lepas tu, si writer tu akan dapat bahan untuk cerita dia. Apa yang dia lalui dalam hidup dia (gaduh dengan pakwe etc), dia akan jadikan material berharga untuk cerita yang dia karang.

Someone said, writers see the world differently. Every person we meet, every face we see, every hand we touch, could become story fabric. Indeed.


8. If your writers wander off at a party, don't panic. Writers love to inspect the host's bookshelves and medicine cabinets.

Haaa betul. Haha. Mata seorang writer memang takkan pernah duduk diam ke mana aje dia pergi. Jadi kalau pergi rumah orang dan tempat yang dia tuju adalah rak buku, sila faham. :D


9. Buy your writer notebooks and cute pens as gifts. Do not buy flowers. Chocolate is also acceptable.

Buku nota dan pen sangat2 diperlukan orang si writer. Tengah2 dating tu kalau tetiba dia dapat idea, dia catat kat mana2 yang dia boleh catat. Jadi, kalau uolls belikan dia buku nota yang kecik dan jugak pen yang cute, itulah peneman dia setiap masa. Flowers? Ohh, takyah lah. Si writer kalau menulis dia tak perlukan bunga ok Tapi as for chocolate, penghilang stress ketika menulis. :D


10. Leave your writer alone when a REJECTION LETTER arrives. After the deadly silence, screaming, crying, moaning, and muttering have subsided, offer your writer a cup of coffee or tea. And a cupcake. And a huge hug.

Rejection letter?! Okey, jangan main2 dengan dua patah perkataan tu yang membawa maksud yang sangat mendalam untuk si writer. Silap hari bulan, boleh menangis sepanjang hari tanpa henti. Jadi masa tulah, uolls kena jadi peneman rapat dia, hiburkan hati dia dan bagi dia semangat untuk menulis lagi, lagi dan lagi. :)


Simple kan nak survive relationship dengan penulis ni? Tengok tu sebagai contoh, hadiah mahal2 tak payah beli. Cukup sekadar buku nota dan pen je. Nanti masa uolls busy nak lepak tengok bola dengan member ke, nak main game sepanjang hari ke, don't worry sebab si writer akan isi masa keseorangan dia dengan menulis. Trust me. Hahaha.


ps... entry ini ditulis cuma untuk hilangkan kebosanan. ^__^

~end


- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur -


*log in* *scroll2 news feed* *notification masuk* *someone adds a photo of you* *click*

Waaaa... gambar SHDM! Ya Allah... terasa nak menjerit pastu guling2 sambil nangis *over*. Like seriously, aku dah meroyan sangat2 tunggu nak peluk SHDM tu. So kepada yang dah dapat SHDM, ketahuilah bahawa anda telah berjaya membuatkan saya nangis satu baldi hari ni. Haha.

Esok malam aku naik bas, pagi ahad tu aku turun KL. Pukul 11 pagi, aku akan mula bertugas kat pwtc untuk yang sudi datang jumpa nanti. Hehe. Kalau nak tahu lagi jadual penulis2 KN yang lain, check this out! :D


Kalau rasa nak datang jumpa budak Ayumi ni, sila2 lah datang tarikh yang berkenaan ya. Kalau tak nak beli novel pun takpe, kita jumpa2 je untuk beramah mesra. Kalau tak jumpa Ayumi pun, boleh datang jumpa penulis2 lain. Pintu booth KN terbuka luas untuk anda semua! :)

Tapi kalau ada yang datang nak jumpa Ayumi, seriously sangatlah berbesar hati. InsyaAllah ada something untuk anda semua nanti ya. Jumpa di sana!

ps... kalau tak jumpa Ayumi nanti, sila intai bawah meja. Huahua.

~end


Wednesday, April 24, 2013

- When my friends talk about 'love-thing', I ... -

Assalamualaikum...

Haaa rajinnya aku update blog 2 3 hari ni. Haha. Almaklumlah tengah cuti, ada wifi kat rumah kan senang. Hehe. Cer baca tajuk, macam... macam.. erhmm okey. Layan ajelah aku membebel malam ni. Phewww.

Kawan2 aku ramai yang dah berpunya. U know, when your friends keep talking about their loved ones, and you stand there like... Eh, ada wifilah kat sini! >__<
Awkward, right? Situasi tu dah biasa bagi aku. Kalau kat kolej nuh, kawan2 aku selalu jugak cerita pasal pakwe diorang, macam tu macam ni, gaduh gitu gaduh gini, kekadang pulak cerita yang sweet2 gula2 kapas. Itu tak kira lagi bila bukak twitter, most of my friends suka tweet2 pasal cinta, jodoh, kahwin dan yang seumpama dengannya. Kat blog pun tak kurang hebatnya, suka tulis2 berkenaan cinta hati masing2. Aku pulak, baca, baca, baca dan terus baaaaaccccaaaaa sampaikan kekadang aku terfikir, "sampai bila nak asyik baca aje? Turn aku pulak bila?". Auwww >___< *rasa nak lempang diri sendiri*

Itu baru bercinta, belum kira lagi yang dah bertunang dan ada jugak yang dah selamat bernikah. Okay, I'm happy for them. Kata orang, cinta tak mengenal usia. Cewah.

Once, my friend asked, "kenapa susah sangat nak jumpa lelaki yang betul2 boleh terima kita seadanya? Mostly lelaki zaman sekarang nak perempuan yang cantik2 je, yang tak cantik macam kita ni mana ada orang nak pandang."

Jawapan aku satu je, rileks kawan. Toksah nak difikir soal cinta, jodoh dan kahwin semua2 tu. Bukan ke semua tu Allah yang tentukan? Aku pernah baca dalam satu artikel, kita memang tak tahu siapa jodoh kita. Mungkin kita dah jumpa orang tu, mungkin jugak kita dah kenal orang tu dari kecik lagi, mungkin jugak orang tu belajar satu tempat dan satu kelas dengan kita, mungkin jugak kita berselisih dengan orang tu hari2 cuma kita aje yang tak perasan, mungkin jugak orang tu duduk di seat belakang kita masa dalam bas nak balik kampung, mungkin jugak orang tu selalu intai2 kita dari jauh atau mungkin kita yang intai2 dia dari jauh, atau bermacam2 jenis kemungkinan lagi. Cuma Allah belum temukan kita dengan dia dalam erti kata sebenar, belum wujudkan perasaan cinta tu dalam hati kita dengan hati dia, itu bermakna kita belum bersedia untuk tu. Maksud bersedia kat sini, mungkin iman kita belum cukup kuat. Mungkin Allah nak bagi peluang untuk kita perbaiki diri kita dulu sebelum kita ditemukan dengan orang yang boleh jaga kita sampai bila2, mungkin jugak sebab kita belum mampu ubah diri kita jadi hamba Allah yang taat, yang soleh, dan yang patuh.

Bayangkan, kalau kita jumpa awal dengan jodoh kita, kita saling jatuh cinta, bercinta, hari2 jumpa, kalau tak jumpa pun contact dari jauh, bergayut tiap2 malam sampai ke pagi, SMS setiap masa, setiap saat dan waktu, mengadu setiap cerita tanpa langsung ada had. Bila sentuh soal kahwin, orang akan cakap, "aku belajar pun tak habis lagi. Nantilah dulu, bila dah kerja, dah kumpul duit barulah kahwin." Then tell me, berapa tahun nak berhubungan macam tu? Cuba hitung sendiri berapa banyak dosa yang kita akan kumpul.

Be positive, sebab tu Allah belum temukan kita dengan orang yang tepat. Sebab Dia tak nak kita hanyut dengan cinta yang belum pasti, sebab Dia sayang kita lebih daripada segala2nya.

Jangan salah faham, aku tak kata aku baik. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terfikir nak ada kekasih, nak bercinta, ada orang sayang, orang ambik berat every single second, tapi tiap kali 'perasaan' tu datang, aku akan ingat balik apa yang aku baca tu. Muhasabah diri sendiri yang banyak dosa ni, slowly 'perasaan' tu akan hilang.

Kata orang, kalau sayang kat seseorang tu, janganlah bagitahu dia sebab nanti Allah akan kurangkan rasa sayang tu untuk dia. Sebaliknya, berdoalah pada Dia moga ada jodoh yang menanti di hujung jalan. ^__^

Kawan2 yang belum ada yang punya, just chill and live your life happily. Tak salah nak merindu orang yang kita sayang, tapi biarlah rindu tu kita sampailah dengan cara yang betul. Doa kepada Allah, biar dia pun dapat rasakan rasa rindu yang sama.

Okeyyyy. Panjang gila der membebel2. Sebenarnya aku pun tak sangka aku boleh tulis benda2 gini. Ni kalau aku baca balik, mesti rasa hantuk kepala kat dinding. Haha. :3

So kawan, sebelum jumpa your Mr Right tu, keep in my mind that Allah is saving you for someone special. :')

~end


Tuesday, April 23, 2013

- Jom Kenal Status Hati : Dia Milikku -

Assalamualaikum...

Tadi duk belek2 post lama dalam blog, pastu terpandangkan pos Jom Kenal Kau Pemilik Hati tu. Kalau untuk KPH dulu ada buat, tak adillah kalau tak buat untuk SHDM ni pulak kan? :p

Nak tahu sejarah penulisan SHDM? Cekidaut!

Aku mula tulis SHDM masa sekolah lagi sebenarnya. Sama macam KPH, aku tulis masa aku form4, tapi dalam buku ajelah. Tapi SHDM ni tak pernah habis pun aku tulis. Lepas manuskrip KPH siap, baru aku tulis balik dari awal. Untuk watak Edryzal, kekal dari awal dapat idea sampai tamat. Tapi untuk watak Kirana, asyik tukar2 aje.

Mula2, nak buat Kirana tu kerja dekat kedai baju biasa aje. Lepas tu tulis dalam berapa helai, cancel balik sebab macam tak best. Bukan macam tapi memang tak best pun. Lepas tu tukar buat Kirana tu jadi pekerja dekat sebuah spa. Pun tak best. Tukar lagi, buat Kirana jadi pekerja butik. Yang ni aku dah taip dalam 10 bab camtu lah. Tapi masa tengah syok2 duk taip tu kan *masa tu kat asasi UiTM Kuantan* tetiba black out! Tanpa amaran, dengan kejamnya ia merampas hasil kerjaku begitu saja. Sob3. Masa tu dah pasrah gila dah. Tapi bila on balik laptop, Alhamdulillah... ada lagi sebab autosaved. Cuma ada lah dalam beberapa perenggan ayat yang aku dah taip hilang sebab tak sempat nak save. Wuwuwu.

Tapi bila fikir2 balik, apa yang aku taip tu sangatlah entah apa2. Aku pun delete semua sekali. *padahal masa black out kemain nak meraung*. Sekarang ni macam menyesal pulak delete. Kalau tak, boleh compare balik dengan manuskrip yang dah siap. Haha.

Sampailah one day, aku tengah tolong mak aku buat kuih asam gupal *orang teganu je tau kot* tu, kat TV tengah main cite Majalah 3 tu. Tengok pengacara dia, aku ternampak2 heroin sendiri. Daannnnnnn, akhirnya aku decide untuk buat Kirana jadi pengacara TV. Lagipun, sesuai dengan watak dia yang create yang ramai peminat satu Malaysia. Whoaah! :O

Macam yang aku cerita dalam Something About SHDM, aku pun mulalah tulis manuskrip penuh. Manuskrip ni ambik masa dalam 2 bulan je. Alhamdulillah sangat, idea untuk cerita ni tak tersekat2. Smooth je dia mengalir macam air sungai. Ecewah!

Okey, jom kenal dengan watak2 dalam SHDM! :D

~~~

1. The heart stone Edryzal ~


“Habis kau nak suruh aku buat apa? Belai kau, tatang kau… macam tu?”


“Kau tahu tak? Disebabkan kau tu dikenali ramai, tak pasal-pasal cerita pasal aku sekali masuk dalam surat khabar. Kenapalah aku kena terjebak dengan orang macam kau ni?!”



2. The wonderful + gedik2 Kirana ~

“Edry tu… memang tak kena langsung dengan taste aku. Tapi tak apa, disebabkan mak aku suka sangat dengan dia… aku akan ubah dia jadi macam mana yang aku nak!”


“Habis aku nak buat apa lagi? Kalau aku ego, dia pun ego, sampai bila-bila pun aku dengan dia takkan baik. Aku dengan dia akan kahwin tak lama lagi. Takkan kau nak aku biar aje hubungan kitorang dingin tanpa langsung ada usaha apa-apa? Aku tak nak jadi isteri hanya di atas kertas saja!”



3. Dahlia the best mother in law~

“Tak, dia takkan marah. Lagipun, takkan dia nak biar Kira balik sorang-sorang malam-malam ni naik teksi? Dia kan sayang Kira.”


“Oh! Kalau macam tu, eloklah kalau Kira balik sekarang. Kang kalau malam sangat, bahaya pulak anak dara drive sorang-sorang…”



4. Kamariah the sporting mother~

“Kamu berdua tak ada gaduh-gaduh ke? Mak bukan apa, risau jugak kalau hubungan kamu berdua tak okey. Mak ni dah berangan-angan dah nak dapat menantu. Jiran-jiran kita semua mak dah bagitahu. Jangan nanti tak jadi… sudahlah ya?”

“Orang kahwin ni, Sya… kenalah banyakkan bersabar. Isteri kena ikut semua cakap suami. Apa yang suami suka, itulah yang kita kena buat. Bila suami balik kerja kenalah sambut. Sambut tu pulak… mestilah dengan senyuman, pakai lawa-lawa. Hilang penat suami tu bila tengok isteri dia lawa untuk dia…”



5. Wani dan Ja the crazy and caring friends ~

“Macam mana bakal suami kau? Hensem? Kaya? Ada kereta besar tak?”

“Kira, aku ingat lagi apa yang kau pernah cakap pada aku dulu. Kau kata kau takkan putus asa untuk buat Edry jatuh cinta pada kau. Kau akan gunakan tempoh setahun yang ada ni untuk rebut hati dia. Tapi kenapa sekarang bila dia dah betul-betul jatuh cinta dengan kau, kau nak tinggalkan dia pulak?”


6. Yusrizal the sweetest brother ~

“Lupakanlah kenangan lama tu. Tak payah nak ingat lagi. Sekarang ni, Kirana yang ada depan mata kau. Cuba hargai dia.”

“Kalau betul kau cintakan dia, beritahu dia. Luahkan pada dia apa yang kau rasa pada dia. Mungkin itu yang dia harapkan daripada kau selama ni. Manalah tahu lepas dengar semua luahan kau, dia akan tarik balik keputusan dia tu.”



7. Erema the understanding sister ~

Edry dah cukup kecewa bila Lena tinggalkan dia dulu. Tapi dia mula berubah sedikit demi sedikit lepas dia kenal Kira. Itu tandanya, Kira dah berjaya buat dia lupa semua kisah silam dia. Walaupun sebelum ni Edry tak pernah mengaku, tapi akak tahu dia sayangkan Kira. Dia cuma takut nak luahkan sebab dia takut Kira akan tinggalkan dia sama macam yang Lena buat pada dia dulu.”

~~~

Kalau rasa nak cerita yang ringan, boleh baca dalam keadaan santai tanpa perlu serabutkan fikiran, sweet2 tapi dalam masa yang sama boleh rasa geram, bolehlah dapatkan Status Hati : Dia Milikku. :)





~end


Monday, April 22, 2013

- But loving him was RED -


You never ask, so don't expect me to answer you honestly. You never give, so don't hope for me to pay it back. You never say, so don't wish I could reply. But one thing I want you to know, even though I never show you the truth, deep down my heart I just want you to know.

Know what? Just listen to this song.

~~~~~

Red - Taylor Swift

Loving him is like driving a new Maserati down a dead end street
Faster than the wind, passionate as sin
Ended so suddenly
Loving him is like trying to change your mind
Once you're already flying through the free fall
Like the colours in Autumn so bright
Just before they lose it all

Losing him was blue like I'd never known
Missing him was dark grey all along
Forgetting him was like trying to know somebody you never met
But loving him was red

Touching him was like realizing all you ever wanted was right there in front of you
Memorizing him was as easy as knowing all the word to your old favourite song
Fighting with him was like trying to solve a crossword
and realizing there's no right answer
Regretting him was like wishing you never found out
love could that strong

Remembering him comes in flashbacks and echoes
Tell myself it's time now gotta let go
But moving on from him is impossible
When I still see it all in my head
It's burning red

Darling, it was red
Ohh, losing him was blue like I'd never known
Missing him was dark grey all along
Forgetting him was like trying to know somebody you never met
'cause loving him red
Ohh red
Burning red
Red ed ed ed...

And that's why he's spinning round in my head
Comes back to me
Burning red
Red ed ed ed...

'cause love was like driving a new Maserati down a dead end street.

~~~~~

All this while I've been searching for words that I could give to you so that you would understand what's been said by my heart for you. But now, I've found it. I hope, you listen to this song and try to understand every single word contained in it. Only then, you could understand my feelings towards you. Never fade, never lost, never ended.


Ever read this quote? Yeah, it's true.


p/s: Thank you Taylor, for creating such a beautiful song. You read my mind, didn't you?

~end


Thursday, April 11, 2013

- Status Hati : Dia Milikku / officially released! -

Assalamualaikum...

Bangun2 je pagi ni dapat surprise dari KN. Okey sebenarnya baru je baik demam ni campur dengan insiden jari kaki hampir patah minggu lepas *nasib baik takde pape lepas xray heheh*, hari ni tetiba macam dapat suntikan semangat 20 jarum! Nak tahu kenapa?

Untuk yang menanti *macam saya* Tadaaaaa!!!




Mohon cakap cover ni comel. Heheh. Alhamdulillah sangat2... syukur ke Hadrat Allah sebab masih diberi peluang untuk tengok novel ke2 ni diterbitkan. Percayalah, novel ni bukan yang terbaik. Novel ni bukan novel yang saya harap dapat dipuji melambung tinggi, bukan novel yang mampu puaskan hati semua orang, bukan novel yang terbaik sampaikan semua orang wajib beli, tapi ia ditulis dan dikarang ikhlas dari hati. Kau Pemilik Hati mungkin banyak kekurangan dan tak kurang jugak dengan yang ni, tapi kalau sudi beri saya peluang ke2, why not order sekarang dengan KN? ;)


~~ blurb...



“Aku takkan kahwin selagi aku tak jumpa dengan lelaki yang kacak, kaya, berpelajaran tinggi, berkerjaya, ada kereta dan rumah besar, romantik dan yang paling penting... setia!”

Itulah jawapan Kirana setiap kali diajukan persoalan tentang jodoh. Baginya, usia 26 tahun masih terlalu muda untuk seorang gadis berkerjaya sepertinya menamatkan zaman bujang. Apatah lagi ketika itu dia sedang berada di puncak karier yang selama ini diusahakan dan diidamkan.

Berlainan pula situasinya dengan Kamariah. Bagi emak Kirana itu, gadis seusia Kirana sudah cukup layak untuk bergelar isteri. Sering kali dia mendesak Kirana mencari jodoh, namun anaknya itu masih tetap berdalih. Hinggalah pada suatu tahap, Kirana sudah tidak tahan lagi dengan desakan emaknya yang hampir sama setiap hari. Lalu dia dengan rela hati meminta agar emaknya itu mencarikan jodoh untuknya. Carilah lelaki mana pun, yang penting lelaki itu harus memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya!

Namun, sikap dan pendirian Kirana mula goyah saat dia bertentang mata buat pertama kali dengan lelaki bernama Edryzal itu. Perasaan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menggambarkannya. Cinta? Takkanlah secepat itu! Habis tu apa? Kirana bingung dengan hati sendiri. Yang pasti, kehadiran lelaki bermata sedih itu dalam hidupnya telah membuka pintu hatinya untuk mengerti makna sebuah perasaan suci. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila Edryzal terus bersikap dingin tanpa sebab.

“Mama aku yang nak sangat masuk meminang kau. Apa lagi yang boleh aku kata kalau dia dah beria-ia sangat?”

Jawapan selamba yang keluar dari mulut Edryzal benar-benar membuatkan Kirana panas hati. Sikap dingin dan kaku lagi keras lelaki itu membuatkan Kirana rasa tercabar. Tak pernah ada seorang lelaki pun yang berani menolaknya selama ini. Jadi tidak semudah itu dia akan menyerah kalah kepada Edryzal! Lalu, azam ditanam dalam hati. Kirana nekad akan membuat Edryzal jatuh cinta padanya sebelum tarikh perkahwinan mereka tiba.

Berjayakah Kirana merealisasikan impian perkahwinan indahnya selama ini? Tidakkah terkesan walau sedikit pun di hati Edryzal dengan usaha Kirana untuk merebut cintanya? Dan, mampukah Kirana menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah sekian lama terukir indah di hati Edryzal?

Semenanjung : RM 21, Ahli KN : RM 17
Sabah/Sarawak : RM 24, Ahli KN : RM 20
Free postage.
Boleh order di : http://www.kakinovel.com/


Ada yang tanya, nak beli direct dengan penulis boleh? Itu saya tak dapat nak jawab sebab sekarang saya duk kolej, susah nak uruskan hal pembelian novel tu nanti. Jadi mungkin saya tak jual sendiri untuk online. Tapi untuk kawan2 terdekat insya-Allah ye.


~~~


Untuk PBAKL, saya akan ada kat sana pada :

28 April, 11.00 pagi - 12.30 tgh hari
1 Mei, 11.00 pagi - 12.30 tgh hari

Sesiapa yang rasa dapat datang, mehlah kita jumpa ya! ^____^ *serius takut takde orang datang haha!*

Daaaannnnn.... ini sikit teaser saya bagi. Salah satu scene favourite saya dalam SHDM. :)

~~~



SENYUMAN Kamariah menyambut Edryzal dan Kirana di muka pintu petang itu. Tidak cukup dengan itu, Khalif dan Kamalia juga ikut sama ‘menempel’. Kirana hanya sekadar tergeleng-geleng melihat tingkah emak dan kedua-dua adiknya itu.
            “Edry dengan Sya dah makan? Mak ada masak tomyam tadi. Edry suka tomyam?” Becok mulut Kamariah bertanya itu dan ini. Langkahnya laju masuk ke dapur diekori Kirana dan Edryzal.
            Kirana mengerling ke arah Edryzal. Memberi isyarat agar lelaki itu menjawab soalan emaknya.
            “Belum makan… boleh tahan jugak lapar ni. Edry memang suka tomyam,” jawab Edryzal sambil mendekati meja makan yang terletak di tengah-tengah ruang dapur itu.
            “Hah, elok sangatlah tu. Edry duduk dulu, mak nak panaskan lauk kejap,” ujar Kamariah.
            Terangkat kening Kirana mendengar emaknya membahasakan diri ‘mak’ dengan Edryzal. Belum sah lagi jadi menantu, tetapi emak awal-awal lagi sudah memberi gelaran itu kepada Edryzal. Sedangkan dia sendiri masih memanggil mama Edryzal dengan panggilan auntie.
            “Duduklah, Sya. Yang tercegat kat situ kenapa?” tegur Kamariah bila melihat Kirana hanya berdiri tegak di depan pintu dapur.
            Kirana segera bergerak masuk ke dapur dan mengambil tempat di sebelah Edryzal. “Nak Sya tolong tak?”
            “Tak payah, Sya duduk aje. Mak nak panaskan lauk ni aje pun. Nasi semua dah siap hidang ni,” balas Kamariah. Lincah tangannya mengacau lauk di atas dapur gas.
            Kirana tersenyum sambil mengangguk. Agak lucu pula melihat tingkah emaknya itu. Teruja benar dia menerima Edryzal sebagai tetamu.
            “Kebetulan malam ni ada rumah terbuka kat rumah mak long. Bolehlah Sya dengan Edry ikut sekali,” beritahu Kamariah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan Edryzal.
            “Siapa lagi yang datang?” tanya Kirana dengan suara teruja. Dalam fikirannya sudah terbayangkan suasana di rumah mak long nanti. Mesti meriah!
            “Semua saudara-mara adalah agaknya. Bolehlah nanti Edry nak kenal-kenal dengan diorang. Dah nak kahwin ni, kenalah bergaul sesama keluarga. Tak bolehlah nak diam aje sepanjang masa,” celoteh Kamariah lagi.
            Kirana memandang Edryzal bersama senyuman. Edryzal membalas pandangan itu. Tidak semena-mena, dia juga ikut tersenyum.
            Usai makan, Kirana mengajak Edryzal untuk ke Pantai Batu Burok.
            “Jangan lama-lama sangat. Balik sebelum maghrib,” pesan Kamariah ketika Kirana tunduk menyalami tangannya.
            “Yalah, mak… Kejap aje, nak ajak Edry ambil angin kat pantai Terengganu,” balas Kirana.
            Kamariah sekadar mengangguk.
            Mengikut arah yang ditunjukkan Kirana, Edryzal memandu Lexus IS250nya ke arah Pantai Batu Burok. Sampai di pantai itu, mereka berdua mengambil tempat di atas pasir sambil menghadap laut. Angin yang bertiup lembut benar-benar memberi rasa nyaman pada kedua-duanya.
            “Edry… kalau saya tanya awak satu hal boleh tak?” Kirana memulakan perbualan. Takut juga sebenarnya mahu bertanya. Tetapi kalau tidak ditanya, sampai bila-bilalah persoalan itu akan terus menghantui benaknya.
            “Apa dia?” Mendatar suara Edryzal membalas. Renungannya lurus ke air laut yang membiru.
            Kirana mengambil masa untuk menenangkan diri. Harap-harap, Edryzal tidak marah dengan soalan yang bakal diajukan. “Emm… awak pernah kecewa ke sebelum ni?” Dikuatkan hati untuk mengutarakan soalan itu pada Edryzal.
            Tersentak. Itulah yang Edryzal rasakan tika sebaris soalan itu melintasi telinganya. Namun dia tetap cuba berlagak tenang agar Kirana tidak dapat mengesan gejolak hatinya saat itu.
            “Yus yang ceritakan pada saya. Tapi… dia tak cerita detail,” ujar Kirana lagi. Riak wajah Edryzal tenang. Membuatkan dia makin berani untuk bertanya.
            “Dia cakap apa?” Perlahan Edryzal bertanya. Anak mata masih tidak dialihkan daripada memandang laut yang berombak tenang.
            “Dia cakap…” Kirana berdeham seketika. “Dia cakap… dulu awak pernah bercinta. Tapi perempuan tu kecewakan awak. Betul ke?”
            “Betul kau nak tahu?”
            Kirana diam seketika sebelum mengangguk.
            “Memang betul, dulu aku pernah bercinta. Tapi… dia tinggalkan aku macam tu aje macam orang tak ada hati,” cerita Edryzal akhirnya. Nadanya tenang sekali, langsung tidak menggambarkan rasa kecewa yang pernah dialami sebelum ini.
            “Kenapa?” Kirana menguatkan hati untuk bertanya walaupun hatinya bagai dijentik rasa cemburu mendengar pengakuan Edryzal bahawa dia pernah bercinta sebelum ini. Pastinya Edryzal amat menyayangi gadis itu. Kalau tidak, takkanlah dia kecewa sampaikan sikap dan sifatnya berubah 100%.
            “Dia curang dengan kawan baik aku…” jawab Edryzal masih dengan riak tenang.
            “Err…” Kirana jadi kehilangan kata. Terkejut.
            “Dia mengandungkan anak kawan aku…” tambah Edryzal lagi.
            Makin bertambah rasa terkejut Kirana. Tidak disangka sampai begitu sekali perbuatan bekas kekasih Edryzal itu. Sungguh! Kalau dia sendiri berada di tempat Edryzal, pasti tidak dapat menerima kenyataan yang amat menyakitkan itu.
            “Dia…”
            “Edry!” Kirana memanggil, memaksa agar Edryzal berhenti bercerita. Tidak sanggup lagi dia mendengar cerita yang selanjutnya. Fahamlah dia kini kenapa Yusrizal mengatakan Edryzal berubah sikap selepas peristiwa itu. Pengalaman lalu membuatkan dia hilang kepercayaan pada kaum perempuan. “Dahlah tu, saya tak nak dengar…”
            “Kenapa?” Kali ini renungan Edryzal jatuh pada wajah Kirana.
            “Saya boleh faham macam mana perasaan awak masa tu,” ujar Kirana. Renungan Edryzal dibalas penuh berani biarpun debaran mula terasa.
            “Kalau benda tu terjadi lagi, aku tak rasa aku boleh bertahan macam sekarang,” kata Edryzal penuh maksud mendalam.
            Kirana tersentak mendengar ayat itu. “Maksud awak?”
            Edryzal mengalih anak mata ke arah air laut semula.
            “Awak nak kata… saya akan buat macam tu kat awak?” duga Kirana. Ada rasa tidak senang melintas di hatinya.
            Edryzal diam. Biarlah Kirana fikir sendiri apa maksud sebenarnya.
            Kirana menghela nafas panjang. “Saya takkan buatlah benda bodoh tu. Zina tu dosa besar tau?” Tegas suaranya berkata. Sedikit terasa hati dengan kenyataan Edryzal tadi. Dia tidak suka Edryzal menyamakan dirinya dengan bekas kekasih lelaki itu. Tak sama dan takkan sama!
            Edryzal merenung Kirana semula. Sementara Kirana pula membuang pandang ke arah lain. Edryzal tersenyum tiba-tiba. “Aku tahu kau takkan buat.”
            “Mana awak tahu?” balas Kirana dengan wajah masam.
            “Sebab kau lain…” Hanya itu balasan Edryzal.
            Kirana terdiam. Lain? Lain bagaimanakah yang dimaksudkan Edryzal? Kata-kata itu dibiarkan tergantung di situ hingga akhirnya panggilan daripada emak memaksa mereka untuk pulang ke rumah.

~~~


Cuba dapatkan dulu, baca dan nilai dengan mata hati. Terima kasih. :)


Love,
Ayumi <3 p="">

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...