++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, December 8, 2013

- Kerdipan Bintang Cinta / Dis2013 -


Assalamualaikum :)

Hari ni ada benda nak share kat sini. Alhamdulillah, novel keempat dah selamat diterbitkan. Cuma belum dapat tengok dan pegang lagi. Kata penerbit, Kerdipan Bintang Cinta akan ada di pasaran bermula 31 Disember 2013, dgn nama pena Yumi Zinnita.

Tetiba aje Kerdipan Bintang Cinta ni terbit, dari mana datangnya? Sebenarnya, dulu aku pernah tempek kisah ni kat blog ni dengan tajuk Bintang Berkelip Melukis Cinta. Tapi aku stop dan terus delete semua sekali sebab manuskrip tu ditolak sebuah penerbit dan aku down sgt2 masa tu, jadi aku ambik masa untuk olah balik dari awal, edit seedit editnya biar jadi lg baik, dan lepas tu aku cuba hantar ke EMP. Alhamdulillah, BBMC atau tajuk barunya KBC diterima untuk diterbitkan.

Kalau tanya perasaan, dah tentulah happy dan sgt3 bersyukur. KBC pernah ditolak dgn alasan tiada daya tarikan dan tiada kelainan, tapi akhirnya diterima di tempat lain. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Betullah kata orang, rezeki Allah tu kita tak tahu. Dia tak beri apa yang kita mintak, tapi Dia beri apa yang kita perlu. *taip sambil nangis*

Jadi bagi sesiapa yang dah baca BBMC dan sudi nak dapatkan KBC, jangan terkejut nanti kenapa cerita dah berubah dari yg asal sebab aku dah edit jadi hampir 40% plot cerita dah ditukar. InsyaAllah, hasilnya akan lebih baik drpd yang lama. :)

Sedikit sedutan dlm KBC, antara babak yg aku suka sgt <3 p="">
~~~~~



“MACAM MANA awak boleh pandai masak?” Danisya mengajukan soalan sambil menoleh ke sebelah kanannya. Izdham duduk di situ bersilang kaki.

“Belajar.” Sepatah Izdham menjawab. Ketika itu dia sedang menemani Danisya menunggu pemandunya datang menjemput. Walaupun Danisya mengatakan lelaki tua yang selalu menghantar dan menjemputnya itu sebagai pak ciknya, Izdham yakin itu sebenarnya pemandu peribadi Danisya. Satu sifat gadis itu yang dia puji, tidak meninggi diri.

“Maksud awak... belajar yang betul-betul belajar?” Danisya belum puas hati dengan jawapan lelaki itu.

“Ada ke orang belajar main-main?” Izdham sengih mengusik.

Danisya menggeleng dengan muka polos.

“Belajar kenalah ambik masa. Almost three years jugaklah saya menuntut dengan pak cik saya tu. Bukan senang nak sampai tahap sekarang ni,” jelas Izdham. Dalam diam dia berharap masa terus berhenti agar dia terus dapat berbual begitu dengan Danisya. Walaupun cuma duduk berdua di kaki lima bertemankan asap kenderaan yang lalu-lalang, langsung tak menghalang rasa bahagia yang tumbuh di hati setiap kali berada dekat dengan gadis itu.

“Awak belajar dengan Chef Daud?” Danisya masih galak bertanya. Entah sejak bila dia jadi peramah begitu pun dia tak tahu.

“Yup.” Izdham mengangguk. “Dulu-dulu ayah saya nak saya jadi doktor tapi... dah tak ada rezeki, kan?” Ada gelak kecil di hujung ayatnya. Kalau Danisya betul-betul pasang telinga, pasti gadis itu akan perasan nada pasrah yang terselit pada gelak itu. Kemudian Izdham termenung panjang.

“Daripada doktor ke... tukang masak. Jauh sangat larinya,” gumam Danisya lalu ketawa kecil.

Tercuit hati Izdham mendengar tawa itu. Kedengaran sangat ikhlas dan jujur. “Saya tak nak jadi doktor jadi bila pak cik saya ajak saya ikut dia pergi Tokyo, saya setuju. Kat sanalah saya belajar banyak benda pasal masakan,” tambahnya lagi.

“Jadi maksudnya awak tak belajar kat universitilah?” Danisya meneka lagi.

Izdham mengangguk. “Tak semestinya tak masuk U, tak boleh berjaya.”

~~~~~

Judul: Kerdipan Bintang Cinta
Penulis: Yumi Zinnita
Penerbit: Elee Mardiana Publication
Harga: SM RM25.00 / SS RM28.00
Order di page EMP (https://www.facebook.com/pages/EMP/330998857045143?fref=ts)

Kalau nak tanya apa2, boleh direct inbox di FB Ayumi Syafiqah, atau di fanpage Ayumi.Syafiqah, twitter Syafiqah Zaki (@AyumiSyafiqah), atau emel di ayumi.syafiqah18@gmail.com

InsyaAllah saya akan balas selagi termampu. :)

~end

5 comments:

ateh said...

Alhamdulillah....akhirnya terbit gak karya ni...tahniah ayumi :)
Kalau beli dgn emp boleh ke dpt sign ayumi kat novel tu?

Aziela said...

Oooo....sebab tu la lama menyepi yer Ayu? Tahniah yer. Tahniah sebab bangkit semula. Akak akan cari buku ni nanti. Lately pergi bookshop pun tak berselera jer rasa nak beli novel. Yours is my motivation. And, ada lagi tak misteri yang dia diculik dan diselamatkan oleh lelaki misteri tu?

Ayumi Syafiqah said...

@ ateh : trima kasih byk2. Kalau beli dgn emp, insyaAllah ada tandatangan nanti. Kata kak elee, prtengahan bln 1 nanti akan ada sesi tndatangan utk yg order online :)

@ kak aziela : haah, lama la jgk menyepi hari tu sbb cari smangat. Hehe.. Plot cerita ditukar, tp part Dani diculik lelaki misteri tu still ada. InsyaAllah yg lps edit ni better. Tq so much kak :')

Anonymous said...

novel ni best sangat! saya baru hbs baca. klu boleh nak tahu, penerbitan apa yg tolak cerita ni? ;)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous:

Unfortunately tak boleh bgtau demi menjaga hubungan baik dgn semua pihak hehe :) Thank u for reading <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...