++ Suntikan Semangat! ++

Friday, September 6, 2013

- This Is Not The End -


Assalamualaikum :)

Hai hai semua pengunjung blog. :)
Ada tak yang baca #BintangBerkelipMelukisCinta ? *tanya sebab sedar diri ni tak hebat*. Okey dukacita dimaklumkan petang tadi aku terima rejection letter daripada penerbit untuk BBMC. *senyum pasrah*
Macam yang sesetengah penulis pernah rasa, penolakan itu menyakitkan. Tapi aku terima dengan hati yang pasrah. Mungkin tak ada rezeki kali ni.

Jadi BBMC akan dipadam terus dari blog ni sebab aku ada satu plan untuk dia. InsyaAllah aku akan rombak balik, make over balik biar jadi lebih baik *atau dalam erti kata lain, biar tak kena reject lain kali*. Doakan aku terus kuat tempuh apa saja dugaan dalam dunia penulisan ni. Aku cintakan dunia penulisan. Setiap kali terasa nak give up, setiap kali tu aku pujuk hati, ini yang aku nak dari dulu lagi. Takkanlah disebabkan 'hal kecil' sampaikan nak mengalah. Kan? *senyum pasrah lagi*


Untuk pembaca AMC pulak, ada berita baik. AMC akan terbit hujung tahun ni kalau tak ada aral melintang dengan tajuk baru. Yang tu biarlah aku simpan dulu. Nanti-nanti baru kita umum ya.

Isnin ni start semester baru. Usah ditanya bila #YangSempurnakanku nak disambung sebab semangat dah terasa hilang nak sambung cerita tu.




Till then.

~end


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...