++ Suntikan Semangat! ++

Monday, September 2, 2013

- Cerpen : Dipanah Cinta 21 Jam -



Hey hey hey! :)

Sorry sebab lama menyepikan diri dari blogging. Kesian kat pengunjung blog sebab dihidangkan dengan cerita yang bosan2. Itu pun kalau ada pengunjung la...

So, here is the new cerpen. Satu kisah yang simple, idea yang tiba-tiba popped up dalam kepala lepas tengok satu filem Inggeris. Kalau rasa tak best, ampun dan maaf dipinta. Kalau rasa menyampah dengan beberapa patah BI yang diguna, ampun dan maaf jugak dipinta. Sebab sekarang tengah stuck dengan beberapa American TV series jadi lidah macam ngengade nak speaking. Hahah.

Enjoy reading. :)

~~~~~~~~~~~~~~




LEHER dipanjangkan untuk mengintai ke dalam rumah banglo putih dua tingkat itu. Tertinjau-tinjau dia di situ sambil kepala berfikir cara untuk masuk ke dalam tanpa diketahui tuan empunya rumah.

"Hoi!" Ima menepuk bahu Asyiqin. Terperanjat gadis itu lalu berpaling ke arahnya.

"Sakitlah! Apa?" Asyiqin menjegilkan matanya.

"Yang kau duk mengintai macam ni kenapa?  Jomlah kita masuk," ajak Ima tak dapat nak bersabar lagi.

"Kau gila? Aku ni dahlah datang tak diundang lepas tu nak main redah macam tu aje. Kalau dia nampak macam mana?" Asyiqin menggumam dengan riak risau. Tak pernah dibuat orang menghendap kekasih sendiri di rumah 'madu'. Kalau tidak kerana paksaan Ima, dia lebih rela duduk di rumah menonton filem yang baru dimuat turun dua hari lepas.

"Who cares?" Ima buat muka selamba sambil bersedia untuk masuk ke dalam. Dia pun sebenarnya salah seorang tetamu malam itu tapi disebabkan dia tak suka si birthday girl, jadi malaslah nak datang. Kalau bukan sebab dia baru dapat info daripada seseorang yang mengatakan Irwan bermain kayu tiga di belakang Asyiqin dengan perempuan lain dan perempuan yang dimaksudkan adalah rakan 'jauh'nya sendiri memang dia pun tak akan tunjuk muka.

"Ehhhh Ima!" Cepat-cepat Asyiqin menahan. "Kau gila?"

Ima mengeluh panjang. "Kau nak kebenaran ke tak?"

Asyiqin mengangguk tiga kali.

"So... ikut aku." Ima terus tarik tangan Asyiqin untuk masuk ke rumah banglo yang sudah dipenuhi tetamu itu.

Birthday party yang sangat... euw. Asyiqin sendiri tak tahu macam mana nak gambarkan keadaan dalam rumah itu. Dengan pakaian si perempuan tak cukup kain, ruang yang bingit dengan lagu yang dipasang dan tak kurang juga dengan yang asyik menari. Asyiqin menyorok di tepi tiang dengan helaan nafas panjang. Ini ke kerja Irwan di belakangnya selama ini? Depan bukan main baik. Belakang ligat, siap pasang lain lagi tu. Asyiqin mengetap bibir dengan perasaan kesal.

"Nampak Irwan tak?" Ima melilaukan mata ke sekitar rumah itu.

"Aku nak balik," jawab Asyiqin tak ada mood.

"Laa... dah susah-susah datang senang-senang pulak nak balik. Kejaplah..." Ima memegang tangan Asyiqin. Misi tak selesai lagi, mana boleh blah macam tu aje.

Asyiqin menggeleng. "Kau staylah, aku nak balik."

"Ekinnnn!" Ima bulatkan matanya. "Semudah tu nak mengalah?"

Asyiqin diam. Matanya kembali dipanahkan ke dalam ruang rumah itu. Dalam ramai-ramai tetamu, hanya dua wajah yang menarik perhatian.

Melihat Asyiqin begitu, Ima ikut memandang ke arah yang sama. Jelas, Irwan bersama seorang perempuan dalam situasi yang sangat menjengkelkan. Yup, that's our birthday girl. Walaupun dia belum pernah jumpa Irwan secara empat mata dan hanya tengok dari gambar, dia yakin dia tidak silap orang. Memang tak salah dia paksa Asyiqin datang sini.

"Ekin..."

"Aku keluar kejap," kata Asyiqin.

"Tapi..." Ima tidak sempat menahan apabila tiba-tiba sekumpulan gadis datang menerpa ke arahnya.

"Tak sangka you datang juga malam ni. Ingatkan tak datang." Salah seorang daripada gadis itu bersuara menegur Ima.

Ima garu kepala dengan muka kelat.

"Let's get some drink. Dah lama I tak borak dengan you..." Seorang lagi bersuara dan tanpa isyarat terus menarik Ima pergi bersama mereka.

Asyiqin mengeluh. Now I'm all alone. Dia terus keluar. Kasut Conversenya disarung semula sambil mata melilau ke sekitar luar rumah itu. Takkan nak balik dulu? Nanti apa pulak kata Ima. Dahlah datang sekali dengan kereta Ima tadi.

Asyiqin mengeluh lagi. Dia membawa kaki ke sebelah kiri rumah. Kawasan di situ gelap. Yang ada cuma pokok-pokok bunga yang tertanam. Fikirannya jauh menerawang. Sungguh hatinya sakit mengenangkan dia cuma menjadi bahan mainan di mata Irwan. Kenapalah dia terlalu bodoh mempercayai lelaki itu selama ini?

Air mata yang hampir gugur dikesat pantas.  Asyiqin tunduk menendang-nendang batu-batu kecil di tepi longkang. Entah macam mana tendangan yang perlahan itu boleh terkena seseorang.

"Aduh!"

Asyiqin terperanjat. Tangannya pantas menekup mulut. Alamak! Ada orang ke kat sini?

"Oi apa ni baling-baling batu!" Marah suara itu.

Suara lelaki. Asyiqin garu kepala. Apa nak buat ni? Nak lari aje ke?

Tak sempat Asyiqin cabut lari apabila seorang lelaki tiba-tiba muncul depan mata sambil menggosok-gosok kepalanya.

"Yours?" Lelaki itu menghulurkan batu di tangan kepada Asyiqin.

"Err..." Teragak-agak Asyiqin mengambil batu itu. "Sorry... saya tak sengaja tersepak kuat tadi. Saya tak tahu ada orang kat sini," ujarnya.

Lelaki itu sengih kelat. "It's okay. Saya terkejut aje tadi. Tak adalah sakit sangat sebenarnya," balasnya. Kemudian dia berpaling dan kembali duduk bersandar di tepi dinding rumah.

Asyiqin mengetap bibirnya. Lega. Tapi... nak masuk ke nak terus tercegat kat sini? Lelaki tadi dipandang semula. Esok aje duduk di situ sambil melayan lagu dari telefon bimbitnya. Tidak sempat otak berfikir panjang, kakinya sudah menghampiri lelaki itu lalu duduk di sebelahnya.

Lelaki itu mengerut dahi. Earphone ditanggalkan lalu memandang gadis yang tidak dikenali itu pelik. "Kenapa tak masuk dalam?"

"Err..." Asyiqin menggosok-gosok tapak tangannya. "Saya... sebenarnya saya ni uninvited guest. Jadi macam pelik pulak nak masuk dalam join dia orang," jelasnya.

"Ohh..." lelaki itu mengangguk. "Samalah kita. Saya ni sebenarnya unwanted guest." Dia sengih.

"Maksudnya?" Asyiqin pula yang kerut dahi.

Lelaki itu menyandarkan kepalanya ke dinding. "Tuan empunya rumah ni sebenarnya... ex-girlfriend saya." Selamba dia bercerita tanpa rasa malu.

Asyiqin terdiam. Ex-girlfriend?

"You mean... birthday girl?"

"Yup." Lelaki itu ketawa kecil. "Dia jemput saya datang sebab dia nak tunjukkan pada saya yang kononnya dia dah ada pengganti yang lagi hebat daripada saya. Maklumlah, saya ni siapa? Kekasih baru dia tu lagi hebat kut..." keluhnya sambil merenung kejauhan.

Asyiqin terus terkunci mulut. Ya Allah... kecilnya dunia. Dia sudah tak tahu nak kata apa lagi.

"Awak?" Lelaki itu menoleh ke arah Asyiqin. "Kalau tak dijemput kenapa datang?"

"Hmm..." Asyiqin menarik nafas. "You won't believe it."

"Talk to me," ujar lelaki itu tenang. Gaya macam dah lama kenal.

"Boyfriend baru ex-girlfriend awak tu sebenarnya... boyfriend saya. Atau mungkin saya boleh kata... ex." Ada gelak kecil di hujung ayatnya. Hatinya rasa pedih tiba-tiba.

Lelaki itu pula yang terdiam. Tanpa sedar sepasang matanya merenung wajah Asyiqin. Bagai ada sesuatu tentang gadis itu yang menarik hatinya untuk lebih mengenali.

Asyiqin mengesat mata yang basah. "You must think I'm pathetic." Dia ketawa lagi. Ketawa pedih.

"Danial, call me Dan." Lelaki itu memperkenalkan dirinya tiba-tiba.

Asyiqin menoleh ke arah Danial. Seulas senyuman diukir sebelum membalas, "Asyiqin. Call me Ekin."

"Ekin... saya tak rasa awak macam tu pun. Saya cuma rasa yang that guy memang bodoh sebab lepaskan awak demi Elina," ujar Danial tenang.

"And why is that?" Asyiqin menagih jawapan.

"Sebab... hmm..." Danial menggumam sendiri. "I've known Elina for five years. Believe me... any guy yang interested dengan dia memang takkan bertahan lama. She's the type of girl yang tak pernah puas dengan apa yang dia ada."

Asyiqin setia mendengar.

"Saya yang bodoh selama ni sebab tunggu dia. Bila dia dah bosan dengan kekasih-kekasih dia yang lain, baru dia datang menggedik dekat saya. Then bila dia bosan dengan saya, she left me for your..." Danial pandang Asyiqin. "... boyfriend."

"Ex-boyfriend." Asyiqin membetulkan.

"Yaa right." Danial mengangguk-angguk sebelum ketawa kecil. "Dulu saya buta, tak nampak keburukan dia sebab yang saya fikir cuma saya nak dia.
 That's all. Tapi bila dah bersama dia, baru saya tahu her true colour," tambahnya lagi.

Asyiqin kembali diam. Walaupun baru duduk tak sampai beberapa minit dengan Danial, dia berasa seolah-olah sudah mengenali lelaki itu bertahun-tahun.

"Saya pun tak sangka yang Irwan sanggup permainkan saya. Sepatutnya dari dulu lagi saya dengar cakap kawan-kawan saya yang dia cuma nak jadikan saya alat. Tapi saya bodoh..." Asyiqin menunduk sayu. "Hari tu ada kawan saya bagitahu saya yang Irwan ada jalin hubungan dengan seorang perempuan di belakang saya. The funniest part is, perempuan tu sebenarnya kawan kepada kawan baik saya. Dia dapat jemputan daripada perempuan tu ke birthday party malam ni dan dia ajak saya sekali. So... here I am..." Asyiqin pura-pura ketawa. Sepasang matanya berkaca lagi.

Sekali lagi wajah Asyiqin menjadi mangsa renungan mata Danial. Ikutkan hati nak aje dia tolong sapu air mata gadis itu. Tapi memikirkan akibat dan situasi mereka sekarang, terus dibatalkan niatnya itu.

"Wanna go somewhere?" Tanya Danial.

"Ke mana?" Asyiqin berminat ingin tahu.

"Tempat yang sesuai untuk lepaskan perasaan. Kalau awak nak saya boleh bawakan," pelawa Danial sambil tersenyum manis.

Asyiqin diam berfikir.

"Jangan risau, saya bukannya orang jahat. Tapi kalau awak keberatan, it's okay," ujar Danial tenang. Dia bingkas berdiri. iphone 5nya disimpan ke dalam poket seluar.

Asyiqin berfikir-fikir lagi. Lagipun Danial nampak macam orang baik-baik. Kalau tidak, takkan dia yang pendiam ni boleh duduk bercerita dengan lelaki itu tentang masalah peribadi masing-masing.

"Err... awak!"

Danial yang sudah membuka langkah kembali berpaling.

"Saya ikut boleh?" Tanya Asyiqin ragu-ragu.

Danial tarik senyum. "Jom."

~~~~~~~~~

"AWAK selalu datang sini?" Tanya Asyiqin sambil matanya meliar di sekitar Taman Tasik Titiwangsa itu.

Danial senyum segaris. "Selalu jugak. Biasa kalau saya nak cari ketenangan saya akan datang sini malam-malam dan duduk sini sampai pagi."

"Duduk aje sampai pagi?" Asyiqin terkejut dengan penjelasan lelaki itu.

"Boleh dikatakan macam tulah..." Danial duduk di satu bangku. "Tengok bulan... tengok bintang... tengok tasik... dan apa-apa aje yang boleh ditengok, yang buatkan hati saya jadi tenang," jelasnya lagi sambil sepasang mata jauh merenung ke langit tinggi.

Asyiqin duduk di sebelah Danial. Tak tahu kenapa dia boleh percayakan lelaki itu sampai begitu sekali sampaikan boleh ikut lelaki itu ke sini. Mungkin sebab keserasian yang wujud antara mereka walaupun hanya berkenalan lebih kurang sejam yang lepas.

"So... tell me about yourself." Danial membetulkan duduknya. Bersedia mendengar cerita Asyiqin.

Asyiqin senyum nipis. "Life saya biasa-biasa aje. Kang tak sampai suku saya cerita awak dah ngantuk dulu." Dia ketawa kecil.

"Saya suka dengar cerita. Come on..." pinta Danial lagi. "Anggap aje ni macam bed time story," sengihnya lagi.

Asyiqin mengangguk. "Okey... hmm..." Duduknya dibetulkan. "Nama penuh saya Kamalia Asyiqin Binti Fahmy. Mak dan ayah saya asal dari Kedah. Saya belajar kat shah alam dan lepas tu dapat kerja kat KL. Sekarang saya tinggal dengan kawan saya kat KL sebab dia dapat sebuah rumah sebagai hadiah dari parents dia lepas grad."

Asyiqin berhenti sekejap menarik nafas. Danial di sebelah masih tekun mendengar.

"Saya kenal dengan Irwan masa saya mula-mula kerja. Dia kawan bos saya. Entah macam mana saya boleh tersangkut dengan dia sedangkan kawan-kawan kat pejabat dah banyak cerita yang dia tu kaki perempuan. Mungkin Allah nak tunjukkan kebenaran pada saya, perempuan yang jalinkan hubungan dengan dia sebenarnya kawan kepada kawan saya. Jadi... saya pergi rumah dia walaupun tak dijemput dan akhirnya saya end up kat sini dengan awak." Asyiqin berpaling ke sebelah dengan senyuman tawar.

Danial mengangguk-angguk faham. Dalam hati terdetik rasa kasihan buat gadis itu. Terlalu jujur sampaikan kekasih sendiri ambil kesempatan. Mujur masih sempat berhenti sebelum jadi makin parah.

"Your turn," ujar Asyiqin. "Saya pun nak dengar bed time story," guraunya.

Danial spontan ketawa. "Okey... hmmm..."

Asyiqin sabar menunggu lelaki itu buka mulut.

"Saya dulu belajar kat Australia. Saya kenal Elina pun kat sana. Tapi masa tu dia tak pernah pandang saya. Saya aje yang terhegeh-hegeh minat kat dia. Tapi lepas kita orang habis belajar, baru dia mula tunjuk minat dekat saya. Itu pun sekejap aje. Tak lama lepas tu dia kenal Irwan dan... blink! She left me." Danial senyum. Baru sedar kebodohan diri sendiri.

"Macam epik pulak kisah kita ni, kan?" Kata Danial sambil tersenyum sendiri.

"So... tragic," tambah Asyiqin dan mereka ketawa bersama.

Dari kisah diri masing-masing, Danial dan Asyiqin tidak sedar hubungan yang baru terjalin itu sudah semakin mesra. Jarum jam terus berdetik, dan mereka masih di situ bercerita tentang berbagai-bagai kisah.

"Dulu masa belajar, saya selalu bet dengan kawan-kawan. Siapa yang dapat tackle minah salleh yang paling cun dia yang menang. Tapi tak adalah bagi duit ke apa, just dapat kepuasan," cerita Danial.

"Teruknya perangai..." kutuk Asyiqin. "Habis tu awak menang ke tak?" Tetap berminat nak tahu juga.

"Eh... of course menang. See the leg la!" Danial berbangga diri.


Asyiqin mencebik. "Untunglah ada rupa. Saya ni memang tak ada siapa nak pandang pun. Sebab tulah kut Irwan buat main aje." Nada suara bertukar sayu tiba-tiba. Hati siapa yang tak sedih apabila sedar diri cuma layak dijadikan barang mainan? Sedangkan hati tulus menyayangi, dibalas dengan racun yang sangat berbisa.

"Janganlah cakap macam tu," tegur Danial. "Irwan yang bodoh sebab tak nampak keistimewaan awak. Tapi saya nampak..." ujarnya sambil menguntum senyum penuh makna.

"Apa yang awak nampak?" Asyiqin kerut kening. Malas dah layan perasaan sedih. Lagipun dia tak mahu Danial kasihankan dirinya. I'm not a pathetic girl!

"Hmm... awak fun," kata Danial.

"And how is that supposed to be... keistimewaan?" Asyiqin angkat kening. Sengaja menduga.

Danial tarik senyum segaris sebelum menjawab. "See? Bila saya cakap tu keistimewaan awak, awak pulak tak percaya."

Asyiqin terdiam.

Danial membetulkan duduknya memandang Asyiqin. "Awak kena percayakan diri awak sendiri. Setiap orang ada keistimewaan dan kekurangan. Kalau awak nak orang nampak keistimewaan awak, awak sendiri kena percaya yang awak istimewa," ujarnya sambil merenung wajah gadis itu. Mata bertentang mata, bagai ada sesuatu yang terpancar terus ke hati.

Asyiqin tidak tahu apa yang harus dijawab. Kali pertama dia menjadi rapat dengan orang lelaki dalam tempoh masa yang singkat, kali pertama seorang lelaki menyedari keistimewaan yang sebelum ini dia tak pernah nampak, kali pertama seorang lelaki membuat dirinya berasa sangat istimewa. Kali pertama...

Lagu Heart Attack yang tiba-tiba 'menyerang' mengejutkan Asyiqin. Buru-buru dia mengeluarkan Xperia Lnya dari poket seluar.

"Helo..." sapa Asyiqin. Sempat mengerling ke arah Danial yang sudah kembali menyandar di bangku.

"Kau kat mana weh? Puas aku cari ni!" Suara panik Ima muncul di telinga.

"Err... aku..." Asyiqin mengetap bibir. Ya Allah... macam mana boleh lupa terus kat kawan dia yang seorang tu?

"Aku pergi jalan-jalan kejap. Kau baliklah dulu," sambung Asyiqin. Rasa bersalah sebab tinggalkan Ima macam tu aje.

"Kau jalan-jalan ke mana? Sedar tak sekarang ni pukul berapa?" Ima membebel-bebel keras.

Asyiqin memandang jam di tangan. Sudah pukul 11.45 malam. Dia tiba di party tadi dalam pukul 9, ikut Danial ke sini pukul 10, dan sudah hampir dua jam duduk berbual tapi langsung dia tak sedar. Teruknya aku!

"Hmm... aku tak ke mana pun. Kau janganlah risau. Nanti aku balik sendiri," ujar Asyiqin cuba menenangkan Ima.

"Kau sure ke ni? Dah nak tengah malam dah ni, Ekin..." Ima ragu.

"Sure, aku okey. Aku janji nanti aku balik cukup dengan tangan dan kaki. Promise!" Bersungguh Asyiqin berjanji. Terdengar tawa kecil yang terlepas dari bibir Danial.

"Okey... tapi kalau ada apa-apa terus call aku. Okey?"

"Okey. Promise."

Talian diputuskan.

"Nak balik dah?" Danial mengaju soalan.

Telefon bimbit disimpan semula. Asyiqin angkat bahu. "Awak?"

"Saya ingat nak duduk sini dulu. Tapi kalau awak nak balik..."

"It's okay... saya stay dengan awak," ujar Asyiqin sambil mengukir senyuman. Dia sendiri tak pasti kenapa dia membuat keputusan begitu sedangkan risikonya sangat tinggi berdua-duaan dengan lelaki yang tak dikenali.

Oh, pembetulan. Lelaki yang sedang dikenali.

Danial senyum. "Okey..."

~~~~~

ASYIQIN tahu kalau dia balik ke rumah, dia akan menghabiskan sepanjang malam dengan menangisi hubungan cinta yang sudah sampai ke penghujung. Tapi duduk berbual dengan Danial berjam-jam lamanya, dia mampu senyum dan ketawa semahunya. Walaupun baru kenal, Asyiqin sudah berani membuat kesimpulan bahawa Danial seorang lelaki yang sangat memahami.

"Cuba teka binatang apa yang selalu buat orang confuse?" Danial bermain teka-teki pula.

 Asyiqin diam berfikir. "Hmm... entah."

"Jawapan dia, siput!" Danial tersengih.

"Kenapa siput?" Asyiqin kerut dahi. Tak faham.

"Haa tengok... kan awak dah confuse. Saya pun sama," jawab Danial dengan muka selamba.

"Mana aci macam tu!" Asyiqin ketawa lagi.

Malam terasa bergerak pantas. Sedar-sedar saja, jarum jam sudah menunjukkan pukul 4.00 pagi.

"Hmm... maybe I should take you home," ujar Danial sambil bingkas bangun.

Asyiqin mengangguk. Beriringan kedua-duanya menghampiri kereta Danial.

"Esok kerja?" Tanya Danial sesudah masuk ke kereta.

"Esokkan ahad? Mestilah tak," jawab Asyiqin.

"So... wanna hang out?" Danial senyum menunggu jawapan. Positif yang Asyiqin akan setuju.

"Hmmm... sounds good."

"Pukul 9.00 saya ambik awak. Okey?"

Asyiqin tidak berfikir lama untuk memberi jawapan. Senyumannya sahaja sudah cukup untuk meluahkan apa yang ada di hati.

Danial sembunyi senyuman gembira. Kereta dipandu ke rumah Asyiqin mengikut arah yang ditunjukkan gadis itu sendiri.

"Thanks for tonight. Walaupun saya baru kecewa, tapi saya tak rasa pun kekecewaan tu bila duduk bersembang dengan awak," ujar Asyiqin setelah sampai di rumah Ima. Dia yakin mesti Ima terus tidur selepas pulang dari rumah Elina tadi.

"Sama-sama," balas Danial dengan senyuman manis. Tak sangka pertemuan singkat itu begitu merapatkan mereka berdua.

Asyiqin melambai kecil kemudian berpaling untuk masuk ke rumah.

"Err... wait!" Danial menahan tiba-tiba.

Asyiqin memusingkan tubuhnya semula. "Kenapa?"

"About that guy... apa awak nak buat lepas ni?" Sempat lagi Danial bertanya soalan itu. Seolah-olah kalau tak tanya, soalan itu akan terus menghantuinya sampai ke subuh nanti dan hanya akan terjawab selepas dia datang menjemput Asyiqin pukul 9.00 nanti.

"Ohh pasal tu..." Asyiqin menunduk. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Laju ibu jari bermain di skrin, menaip sesuatu.

"Awak buat apa?" Danial tak sabar mahu tahu.

"Asking for a break up," jawab Asyiqin sambil tersenyum. Perit yang dirasai tadi bagaikan memudar perlahan-lahan.

"Tak menyesal?" Tanya Danial penuh hati-hati.

Asyiqin menggeleng. "Sebelum dia tinggalkan saya, baik saya tinggalkan dia dulu. Sekurang-kurangnya, saya tak adalah nampak bodoh sangat. Kan?"

Danial tertawa kecil. Kepalanya mengangguk. "Good night. Eh, maksud saya... good early morning."

Asyiqin membalas dengan senyuman manis.

~~~~~

KEPADA Ima, dia meninggalkan nota yang berbunyi,

Malam tadi aku balik kau dah tidur. Pagi ni aku keluar kau tak bangun lagi. Don't worry, aku okey.

Senyuman manisnya menyambut Danial pagi itu. Walaupun masing-masing tak cukup tidur, tapi tetap ceria dapat menatap wajah antara satu sama lain.

"Awak dah breakfast?" Tanya Danial ketika keretanya sudah mula dipandu.


"Belum." Asyiqin menggeleng-geleng.

"Kita pergi breakfast dulu. Lepas tu kita tengok wayang nak?" Cadang Danial. "Kita tengok cerita... The Conjuring. Cerita hantu tu..."

Asyiqin tergelak. "Okey."

Hari itu terasa amat ceria. Asyiqin merasakan luka di hatinya malam tadi telah benar-benar terubat dengan adanya Danial di sisi. Telefon bimbit diletakkan di dalam beg sampaikan dia langsung tak dengar panggilan bertubi-tubi yang masuk daripada Irwan.

Irwan? Asyiqin pasti dia sudah tidak memerlukan lelaki itu lagi.

"Starbuck is my favourite place." Danial senyum memberitahu.

"Kalau awak nak belanja saya hari ni, mungkin Starbuck pun akan jadi favourite place saya." Asyiqin berkias.

Danial tergelak. Faham dengan maksud gadis itu. "Fine. Saya belanja."

Asyiqin senyum lebar. "Thank you!"


Sementara menunggu Danial membeli minuman, Asyiqin melilaukan mata ke sekitar ruang luar Mid Valley Megamall itu. Tapi dalam ramai-ramai pengunjung yang datang, sepasang matanya hanya tertarik ke satu wajah.

Mungkin perasan dirinya direnung, Irwan berpaling. Matanya bertemu sepasang mata milik Asyiqin. Liur ditelan. Tanpa sedar laju kakinya mendapatkan gadis itu.

"Ekin..."

"What?" Asyiqin buat muka selamba. Kalau sebelum ini jantung sering berdebar-debar setiap kali bertemu kekasih hati, kini perasaan yang tinggal hanyalah benci.

Irwan terbera sekejap. Ketika menerima SMS Asyiqin setelah dia mencelikkan mata pagi tadi, dia berharap semua itu hanya gurauan semata. Mana mungkin gadis seperti Asyiqin meninggalkan dirinya begitu saja. Kalau rakan-rakannya tahu, habis jatuh air muka.

"Apa maksud you?" Irwan menagih jawapan.

"Hai... muka dah hensem, poket dah penuh. SMS ringkas macam tu pun takkan tak boleh faham kut?" Asyiqin menyindir sinis.

Irwan menggelengkan kepalanya dengan muka bengang. "So you're breaking up with me?"


"I DID break up with you." Asyiqin membetulkan ayat Irwan. Sungguh hatinya sakit memandang muka itu. Macam minta penampar.

Irwan buat muka. "Ohh... so do you think I care? Nak break up, okey kita break up. Satu I nak you tahu, I tak rugi apa-apa pun putuskan hubungan dengan you. I've got someone better than you." Sinis sekali bunyinya.

Asyiqin menyabarkan hati. "Good for you. Bye!" Tangan kanan dilambaikan lalu dia memusingkan tubuh untuk beredar. Ketika itu dia terpandangkan Danial yang sedang tercegat merenung ke arahnya dan Irwan.

Danial mendekati Asyiqin. "Wanna go somewhere?"

Asyiqin diam tidak menjawab. Cuba menahan air mata agar tidak gugur di situ. Benarlah kata orang. Kadang-kadang, strangers lebih memahami kita berbanding dengan orang kita sudah lama kenal. Bekas air di tangan Danial dicapai, sekadar mengalih tumpuan lelaki itu daripada terus merenung wajahnya.

Danial mengerling ke arah Irwan yang sudah merah padam wajahnya. Tangan Asyiqin digenggam erat. "Ikut saya." 

~~~~~

DANIAL hanya merenung Asyiqin yang masih menangis. Esakan gadis itu benar-benar menyentuh hatinya. Tak tahu nak buat apa, sudahnya dia duduk di situ sehingga tangisan Asyiqin reda.

"Awak okey?" Penuh hati-hati Danial bertanya.

Asyiqin mengesat air matanya dengan hujung jari. "Sorry.... saya tak mampu nak tahan tadi..." Entah macam mana dia boleh menangis beria begitu di depan Danial. "You must think I'm pathetic." Sayu sebaris ayat itu kedengaran.

"Sikit pun tak." Ringkas Danial menjawab.

Asyiqin menoleh ke arah lelaki itu.

"Malam tadi awak nampak nekad nak putus dengan dia. Kenapa sekarang awak nangis pulak?" Lembut suara Danial menyoal. Wajah gadis itu direnung lagi.

Asyiqin merenung tasik yang beralun tenang itu. "Saya nangis bukan sebab putus dengan dia..."

"Habis tu?"

"Saya nangis sebab saya rasa bodoh sangat. Bodoh sampaikan saya benarkan orang lain perbodohkan saya," luah Asyiqin. Kalaulah boleh diselamkan kepala sendiri dalam air tasik itu untuk menghilangkan kebodohannya, dah lama dia buat.

"Jangan salahkan diri sendiri macam tu. Awak tak bodoh," tegur Danial.

"Itu kenyataan. Saya bodoh, saya benarkan dia permainkan saya, dan dia pun mesti anggap saya perempuan yang bodoh." Asyiqin mengesat matanya lagi.

Danial terdiam. Matanya merenung langit yang semakin suram. "Be with someone who makes you think that you are beautiful."

Asyiqin senyum pahit. "Saya takkan jumpa lelaki macam tu."

"Hisy, ada pulak macam tu. Yang sebelah awak ni apa?" Danial menceriakan suaranya.

Asyiqin berpaling ke sebelah. Mulut terkunci rapat. Jantung berdebar-debar.

"Saya rasa awak seorang gadis yang sangat istimewa. Bak kata Bruno Mars, you're amazing just the way you are. And it takes the right person to see the true beauty in you."

Asyiqin bagaikan terbius. Apa maksud Danial? Kenapa setiap kata-kata lelaki itu menyentuh setiap sudut hatinya? Kenapa renungan lelaki itu terasa seakan-akan tembus terus ke ruang hatinya?

"Ekin... saya tahu kita baru kenal. Baru aje..." Danial pandang jam di tangan. Sudah pukul 6.00 petang. Dia mula mengira-ngira dengan jemarinya sendiri.

Asyiqin menyimpan senyum.

"Hah, baru 21 jam kita kenal. Tapi tu tak bermakna saya tak boleh anggap awak lebih daripada seorang kawan, kan?" Ada senyuman manis di bibir itu.

"Maksud awak?" Asyiqin takut untuk meneka.

"Sudi tak awak jadi girlfriend saya? I mean, jadi seseorang yang istimewa dalam hidup saya, yang buatkan saya lebih semangat untuk lalui hidup saya hari-hari... yang akan jadi isteri saya suatu hari nanti?"

Terus terang sungguh kata-kata Danial itu. Asyiqin hilang suara. Bicara lelaki itu benar-benar membuat hatinya tersentuh.

"Awak tak menyesal?" Tanya Asyiqin perlahan.

Danial menggeleng. "I knew I saw something in you the moment we met last night."

Asyiqin menunduk terharu. Kalau ini takdir yang telah ditetapkan untuknya, dia akan menerima dengan hati yang ikhlas.

Bak kata Taylor Swift dan Ed Sheeran,

‘Cause all I know is we said "Hello"
Your eyes look like coming home
I know is a simple name
Everything has changed
All I know is you held the door
You'll be mine and I'll be yours
I know since yesterday is
Everything has changed

  - tamat -

7 comments:

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Kita sukaaaa! :D

nurul nuqman said...

Wow.simple n best

qminz said...

sumpah sweet!!!

ayumi buat dgn simple je, tp perasaan tu sampai tau.. amazing ^^

i like it very much ^^

ps: jgn lupa check inbox di fb ya..

Anonymous said...

idk why tapi intro dia keep remembering me icarly dgn victorious tu

Anonymous said...

Wow...best nya cite ne...best n padat...

Anonymous said...

Elakkan guna Bruno Mars.... He's the singer of It Will Rain lagu sesat tuh. Cari aja lain

Anonymous said...

perghh!!sweet beb-iezahtakuya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...