++ Suntikan Semangat! ++

Saturday, May 18, 2013

- Stopping By. :) -

Assalamualaikum! :)

Yeaayyy blog saya dah berwajah baru! Haha.

Sorry sebab lambat nak boleh update satu2 entry tu. Sekarang ni aku dah mula masuk zone ke-busy-an yang melampau2. Memang hari2 hadap laptop, tapi bukan menaip novel/manuskrip, sebaliknya duk menaip assignment yang tak pernah habis. Makin buat makin rasa macam banyak pulak. Eh?

Kalau ikutkan hati, memang banyak sangat2 idea yang tersumbat dalam kepala ni. Tapi nak buat macam mana kan? Study is my priority now. Apa2 pun tetap utamakan pelajaran. Jadi wahai idea, sila bertahan dalam kepala otak tu dan jangan keluar selagi belum sampai masanya okey? :)

Ni tetiba terupdate template blog ni sebab tadi duk buat assignment html, kena reka website sendiri, tetiba pulak teringat kat blog yang dah berhari2 terbiar ni. Aku pun cubalah godek2 template html tu setakat yang mampu. Susah. :(

InsyaAllah sikit masa lagi bila free, aku akan mulakan projek baru. I mean mininovel, novel yang simple, pendek dan boleh tamat kat blog dalam masa yang singkat. Soon okey? Lepas habis semester 2. Haha.

Bintang Berkelip Melukis Cinta akan diupdate slow2. Takde masalah sebab cerita tu dah siap taip sampai akhir cerita (sekarang dalam penilaian dengan editor) jadi boleh nak update je, cuma kena cari masa untuk mencelah dan buka blog. Kalau kebetulan cari bahan assignment dengan internet *macam sekarang dah melencong dari assignment sob3*, bolehlah update. So, later2 ai update k? :)

~end


2 comments:

izrah zulkarnain said...

Blog akak dah comel. Lagi kemas. Suka suka suka :D

Aziela said...

yeayy...ada mini novel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...