++ Suntikan Semangat! ++

Wednesday, April 24, 2013

- When my friends talk about 'love-thing', I ... -

Assalamualaikum...

Haaa rajinnya aku update blog 2 3 hari ni. Haha. Almaklumlah tengah cuti, ada wifi kat rumah kan senang. Hehe. Cer baca tajuk, macam... macam.. erhmm okey. Layan ajelah aku membebel malam ni. Phewww.

Kawan2 aku ramai yang dah berpunya. U know, when your friends keep talking about their loved ones, and you stand there like... Eh, ada wifilah kat sini! >__<
Awkward, right? Situasi tu dah biasa bagi aku. Kalau kat kolej nuh, kawan2 aku selalu jugak cerita pasal pakwe diorang, macam tu macam ni, gaduh gitu gaduh gini, kekadang pulak cerita yang sweet2 gula2 kapas. Itu tak kira lagi bila bukak twitter, most of my friends suka tweet2 pasal cinta, jodoh, kahwin dan yang seumpama dengannya. Kat blog pun tak kurang hebatnya, suka tulis2 berkenaan cinta hati masing2. Aku pulak, baca, baca, baca dan terus baaaaaccccaaaaa sampaikan kekadang aku terfikir, "sampai bila nak asyik baca aje? Turn aku pulak bila?". Auwww >___< *rasa nak lempang diri sendiri*

Itu baru bercinta, belum kira lagi yang dah bertunang dan ada jugak yang dah selamat bernikah. Okay, I'm happy for them. Kata orang, cinta tak mengenal usia. Cewah.

Once, my friend asked, "kenapa susah sangat nak jumpa lelaki yang betul2 boleh terima kita seadanya? Mostly lelaki zaman sekarang nak perempuan yang cantik2 je, yang tak cantik macam kita ni mana ada orang nak pandang."

Jawapan aku satu je, rileks kawan. Toksah nak difikir soal cinta, jodoh dan kahwin semua2 tu. Bukan ke semua tu Allah yang tentukan? Aku pernah baca dalam satu artikel, kita memang tak tahu siapa jodoh kita. Mungkin kita dah jumpa orang tu, mungkin jugak kita dah kenal orang tu dari kecik lagi, mungkin jugak orang tu belajar satu tempat dan satu kelas dengan kita, mungkin jugak kita berselisih dengan orang tu hari2 cuma kita aje yang tak perasan, mungkin jugak orang tu duduk di seat belakang kita masa dalam bas nak balik kampung, mungkin jugak orang tu selalu intai2 kita dari jauh atau mungkin kita yang intai2 dia dari jauh, atau bermacam2 jenis kemungkinan lagi. Cuma Allah belum temukan kita dengan dia dalam erti kata sebenar, belum wujudkan perasaan cinta tu dalam hati kita dengan hati dia, itu bermakna kita belum bersedia untuk tu. Maksud bersedia kat sini, mungkin iman kita belum cukup kuat. Mungkin Allah nak bagi peluang untuk kita perbaiki diri kita dulu sebelum kita ditemukan dengan orang yang boleh jaga kita sampai bila2, mungkin jugak sebab kita belum mampu ubah diri kita jadi hamba Allah yang taat, yang soleh, dan yang patuh.

Bayangkan, kalau kita jumpa awal dengan jodoh kita, kita saling jatuh cinta, bercinta, hari2 jumpa, kalau tak jumpa pun contact dari jauh, bergayut tiap2 malam sampai ke pagi, SMS setiap masa, setiap saat dan waktu, mengadu setiap cerita tanpa langsung ada had. Bila sentuh soal kahwin, orang akan cakap, "aku belajar pun tak habis lagi. Nantilah dulu, bila dah kerja, dah kumpul duit barulah kahwin." Then tell me, berapa tahun nak berhubungan macam tu? Cuba hitung sendiri berapa banyak dosa yang kita akan kumpul.

Be positive, sebab tu Allah belum temukan kita dengan orang yang tepat. Sebab Dia tak nak kita hanyut dengan cinta yang belum pasti, sebab Dia sayang kita lebih daripada segala2nya.

Jangan salah faham, aku tak kata aku baik. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terfikir nak ada kekasih, nak bercinta, ada orang sayang, orang ambik berat every single second, tapi tiap kali 'perasaan' tu datang, aku akan ingat balik apa yang aku baca tu. Muhasabah diri sendiri yang banyak dosa ni, slowly 'perasaan' tu akan hilang.

Kata orang, kalau sayang kat seseorang tu, janganlah bagitahu dia sebab nanti Allah akan kurangkan rasa sayang tu untuk dia. Sebaliknya, berdoalah pada Dia moga ada jodoh yang menanti di hujung jalan. ^__^

Kawan2 yang belum ada yang punya, just chill and live your life happily. Tak salah nak merindu orang yang kita sayang, tapi biarlah rindu tu kita sampailah dengan cara yang betul. Doa kepada Allah, biar dia pun dapat rasakan rasa rindu yang sama.

Okeyyyy. Panjang gila der membebel2. Sebenarnya aku pun tak sangka aku boleh tulis benda2 gini. Ni kalau aku baca balik, mesti rasa hantuk kepala kat dinding. Haha. :3

So kawan, sebelum jumpa your Mr Right tu, keep in my mind that Allah is saving you for someone special. :')

~end


3 comments:

kisahkasihkita said...

dats dem true dear.. mcm akk dgn hubby dulu, kitorg kwn mcm geng samseng kg dusun je.. end up, kawen dgn dia.. redha jer.. alhamdulillah, dh nk masuk 15thn.. pd akk senang je, baiki diri kita, Allah akn hantar jodoh yg baik sbg pelengkap kita kt dunia and hoping till jannah.. =)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Hehee.. betul tu kak yati. :D

Aziela said...

Well said, Ayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...