++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, April 23, 2013

- Jom Kenal Status Hati : Dia Milikku -

Assalamualaikum...

Tadi duk belek2 post lama dalam blog, pastu terpandangkan pos Jom Kenal Kau Pemilik Hati tu. Kalau untuk KPH dulu ada buat, tak adillah kalau tak buat untuk SHDM ni pulak kan? :p

Nak tahu sejarah penulisan SHDM? Cekidaut!

Aku mula tulis SHDM masa sekolah lagi sebenarnya. Sama macam KPH, aku tulis masa aku form4, tapi dalam buku ajelah. Tapi SHDM ni tak pernah habis pun aku tulis. Lepas manuskrip KPH siap, baru aku tulis balik dari awal. Untuk watak Edryzal, kekal dari awal dapat idea sampai tamat. Tapi untuk watak Kirana, asyik tukar2 aje.

Mula2, nak buat Kirana tu kerja dekat kedai baju biasa aje. Lepas tu tulis dalam berapa helai, cancel balik sebab macam tak best. Bukan macam tapi memang tak best pun. Lepas tu tukar buat Kirana tu jadi pekerja dekat sebuah spa. Pun tak best. Tukar lagi, buat Kirana jadi pekerja butik. Yang ni aku dah taip dalam 10 bab camtu lah. Tapi masa tengah syok2 duk taip tu kan *masa tu kat asasi UiTM Kuantan* tetiba black out! Tanpa amaran, dengan kejamnya ia merampas hasil kerjaku begitu saja. Sob3. Masa tu dah pasrah gila dah. Tapi bila on balik laptop, Alhamdulillah... ada lagi sebab autosaved. Cuma ada lah dalam beberapa perenggan ayat yang aku dah taip hilang sebab tak sempat nak save. Wuwuwu.

Tapi bila fikir2 balik, apa yang aku taip tu sangatlah entah apa2. Aku pun delete semua sekali. *padahal masa black out kemain nak meraung*. Sekarang ni macam menyesal pulak delete. Kalau tak, boleh compare balik dengan manuskrip yang dah siap. Haha.

Sampailah one day, aku tengah tolong mak aku buat kuih asam gupal *orang teganu je tau kot* tu, kat TV tengah main cite Majalah 3 tu. Tengok pengacara dia, aku ternampak2 heroin sendiri. Daannnnnnn, akhirnya aku decide untuk buat Kirana jadi pengacara TV. Lagipun, sesuai dengan watak dia yang create yang ramai peminat satu Malaysia. Whoaah! :O

Macam yang aku cerita dalam Something About SHDM, aku pun mulalah tulis manuskrip penuh. Manuskrip ni ambik masa dalam 2 bulan je. Alhamdulillah sangat, idea untuk cerita ni tak tersekat2. Smooth je dia mengalir macam air sungai. Ecewah!

Okey, jom kenal dengan watak2 dalam SHDM! :D

~~~

1. The heart stone Edryzal ~


“Habis kau nak suruh aku buat apa? Belai kau, tatang kau… macam tu?”


“Kau tahu tak? Disebabkan kau tu dikenali ramai, tak pasal-pasal cerita pasal aku sekali masuk dalam surat khabar. Kenapalah aku kena terjebak dengan orang macam kau ni?!”



2. The wonderful + gedik2 Kirana ~

“Edry tu… memang tak kena langsung dengan taste aku. Tapi tak apa, disebabkan mak aku suka sangat dengan dia… aku akan ubah dia jadi macam mana yang aku nak!”


“Habis aku nak buat apa lagi? Kalau aku ego, dia pun ego, sampai bila-bila pun aku dengan dia takkan baik. Aku dengan dia akan kahwin tak lama lagi. Takkan kau nak aku biar aje hubungan kitorang dingin tanpa langsung ada usaha apa-apa? Aku tak nak jadi isteri hanya di atas kertas saja!”



3. Dahlia the best mother in law~

“Tak, dia takkan marah. Lagipun, takkan dia nak biar Kira balik sorang-sorang malam-malam ni naik teksi? Dia kan sayang Kira.”


“Oh! Kalau macam tu, eloklah kalau Kira balik sekarang. Kang kalau malam sangat, bahaya pulak anak dara drive sorang-sorang…”



4. Kamariah the sporting mother~

“Kamu berdua tak ada gaduh-gaduh ke? Mak bukan apa, risau jugak kalau hubungan kamu berdua tak okey. Mak ni dah berangan-angan dah nak dapat menantu. Jiran-jiran kita semua mak dah bagitahu. Jangan nanti tak jadi… sudahlah ya?”

“Orang kahwin ni, Sya… kenalah banyakkan bersabar. Isteri kena ikut semua cakap suami. Apa yang suami suka, itulah yang kita kena buat. Bila suami balik kerja kenalah sambut. Sambut tu pulak… mestilah dengan senyuman, pakai lawa-lawa. Hilang penat suami tu bila tengok isteri dia lawa untuk dia…”



5. Wani dan Ja the crazy and caring friends ~

“Macam mana bakal suami kau? Hensem? Kaya? Ada kereta besar tak?”

“Kira, aku ingat lagi apa yang kau pernah cakap pada aku dulu. Kau kata kau takkan putus asa untuk buat Edry jatuh cinta pada kau. Kau akan gunakan tempoh setahun yang ada ni untuk rebut hati dia. Tapi kenapa sekarang bila dia dah betul-betul jatuh cinta dengan kau, kau nak tinggalkan dia pulak?”


6. Yusrizal the sweetest brother ~

“Lupakanlah kenangan lama tu. Tak payah nak ingat lagi. Sekarang ni, Kirana yang ada depan mata kau. Cuba hargai dia.”

“Kalau betul kau cintakan dia, beritahu dia. Luahkan pada dia apa yang kau rasa pada dia. Mungkin itu yang dia harapkan daripada kau selama ni. Manalah tahu lepas dengar semua luahan kau, dia akan tarik balik keputusan dia tu.”



7. Erema the understanding sister ~

Edry dah cukup kecewa bila Lena tinggalkan dia dulu. Tapi dia mula berubah sedikit demi sedikit lepas dia kenal Kira. Itu tandanya, Kira dah berjaya buat dia lupa semua kisah silam dia. Walaupun sebelum ni Edry tak pernah mengaku, tapi akak tahu dia sayangkan Kira. Dia cuma takut nak luahkan sebab dia takut Kira akan tinggalkan dia sama macam yang Lena buat pada dia dulu.”

~~~

Kalau rasa nak cerita yang ringan, boleh baca dalam keadaan santai tanpa perlu serabutkan fikiran, sweet2 tapi dalam masa yang sama boleh rasa geram, bolehlah dapatkan Status Hati : Dia Milikku. :)





~end


7 comments:

Aziela said...

Yes...x lama lagilah kan...? Alahai..this time tak dapat signature juga yer... Friday 26 nie, Insya Allah akak ke PBAKL kejap...Ayu ada x?

Aziela said...

Yes...x lama lagilah kan...? Alahai..this time tak dapat signature juga yer... Friday 26 nie, Insya Allah akak ke PBAKL kejap...Ayu ada x?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Ayu ada kat pbakl 28 dgn 1 mei kak. Tp maybe 4 mei tu ayu turun lg skali saja jalan2.. huhu

alam semula jadi said...

SHDM..buat drama..lagi best dpt tgk kt tv..hehe:)

Mia Zaidi said...

Boleh x kak ayumi buat drama utk slot zehra kt tv3 , nk sgt klau novel ni msuk tv , jln cerita dy best sgt , pndai kak ayumi karang , hope dpt buat yg best lgi ! Daebak !

TEAM SEO said...

Prediksi Togel
Togel Singapura
Agen Togel
Togel Online
Bandar Togel

Nonton Movie said...

Film Semi
Ganool
Nonton Movie
Nonton Film Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...