Assamualaikum...
Hari ni tak nak update n3. Errmmm, sejujurnya aku cakap mood menulis tengah terbang melayang2 di udara sampai tangan ni dah tak tercapai nak gapai balik. Puitis, kan? Tapi tu tak bermakna aku akan biarkan blog ni sunyi. Aku akan cuba jugak cari balik mood yang dah hilang tu. Kan dah janji nak tamatkan SC sebelum raya, kan? *Tadah tangan, mohon kepada Allah supaya kembalikan mood yang dah hilang tu. sob3*
Hari ni aku nak cite sikit macam mana aku boleh terjebak dengan dunia penulisan ni. Sebenarnya, minat menulis dalam diri aku kesan masa aku darjah 2. Masa tu, kalau cikgu suruh tulis karangan, akulah insan yang paling bahagia dalam kelas. Sekejap aje siap satu karangan. Kalau time exam pulak, markah untuk karangan haruslah A okey. Tak tahu kenapa, tapi aku rasa macam dah temui sinar kebahagiaan tiap kali aku pegang pensil dan mula coretkan sesuatu atas kertas kajang ataupun buku latihan. *silalah kagum wahai kalian semua. heheh*
Sampailah aku darjah 6, aku terasa nak tulis something yang lain daripada karangan2 biasa yang selalu aku tulis dalam kelas, exam ataupun homework yang cikgu bagi. Masa tu jugak tengah minat gegila dengan AF2. Aku pun ambik ajelah nama2 pelajar dalam AF2 tu untuk jadikan watak dalam cerita aku. *silalah kutuk kalau rasa ini sangat entah apa2* Betul, ini bukan auta semata. Ini fakta. Buku2 latihan yang tak habis guna masa darjah 5 aku ambik, aku gunting kertas2 yang masih kosong kat belakang tu then aku kepitkan sekali. Pastu aku jadikan kertas2 yang dah dikepit tu sebagai buku untuk aku menulis. Aku tulis apa eh masa tu? Ermmm... haa! Aku tulis cite cinta la kunun. Tapi cite tu takde plot, takde draf aku main hentam aje ikut suka. kekeke. Masa tu the only one yang baca hanyalah Sarah. Sanggup tau dia baca cite yang sangat takde rupa cite tu. hahaha.
Masuk sekolah menengah, minat tu kembali terpendam ke lubuk hati. Aku baru terfikir, kenapalah aku tulis cite mengarut tu dulu? Buat malu kaum kerabat aje kalau diorang tahu. Jadi sebab tu aku pendamkan ajelah minat aku. Aku sebenarnya tak berapa pasti betul ke tak aku nak jadi penulis. Tapi lelama, minat tu macam timbul balik. Ohh ya, lepas UPSR aku mula baca novel2 cinta. Dari situlah aku mula fikir, kenapa aku tak boleh tulis cite2 macam gini gak, kan? Aku pun mulalah cari buku2 nota kat kedai, yang cantik sikitlah kannn... Menggunakan pen, aku mula tulis satu kisah. Kalau tak silap aku, masa tu nama heroin aku Nazirah, nama hero aku Zafirul. Kisahnya pasal... errr... pasal dendam. Okey aku dah lupa whole story. Tapi kalau aku tulis balik cite tu sekarang, okey tak? hihi.
Tapi cite tu tak habis pun. Tak sampai separuh aku dah stop sebab tetiba dapat idea untuk cite baru. Aku pun start tulis cite baru. Heroin aku Natrah, hero pulak Nazril. Kisah yang ni pulak pasal... err... pasal 2 orang sahabat jatuh cinta pada lelaki yang sama, lepas tu si pompuan tu mengalah. Cliche, right? Sila mengaku. Yang ni pun tak habis gak tulis, setakat habis dalam bayangan otak aje. heheeee.
Lepas tu aku dapat idea baru, hero Emeriz, heroinnya pulak Erneelya. Fuhhhh nama! Kelassss ko jah. hahaaaa. Yang ni pulak kisah Erneelya si anak angkat keluarga Emeriz. Masa kecik2 hubungan cuma sekadar abang-adik. Tapi lepas Emeriz sambung belajar kat obersi dan lepas beberapa tahun diorang jumpa balik, masing2 saling jatuh cinta. Haaa.... best tak? hik3. Yang ni pun tak habis. Tulis sikit lepas tu terbiar, tertunggak dan tertangguh. hehehe.
3 cerita sepanjang aku form 1 tapi satu pun tak jalan. kekeke. Masa aku form 2, aku cuba lagi tulis. Kali ni nama si heroin... errr lupa. Hero-heroin dua2 dah lupa. haha. Macam biasa, tertunggak jugak. Kisah ni pasal cinta monyet. Tapi lepas sekolah, si lelaki itu koma. Masa lelaki tu koma, si pompuan tu jumpa lelaki lain. Ehh ye ke? Siyes lupa. hehe. Lepas tu aku dapat lagi idea untuk tulis baru. Heroinnya Sherlizad, heronya pulak Asyraf. Ni cite kawen paksa tau. Yang ni nampaklah jugak progressnya sebab aku tulis nak sampai separuhlah jugak. Tapi yelah... orang kata syok sendiri. Takde sokongan sape2, tulis pun sembunyi2 sorok2, last2 semua tu terbiar macam tu aje. Sedih, kan?
Masuk form 3, sume orang duk sibuk pasal PMR. Aku pun dah janji dengan diri nak fokus betul2 dengan PMR aku, tak nak sangkut macam UPSR dulu. Kawan2 duk sibuk2 aje tanya sesama sendiri, bila besar nanti nak jadi apa? Kalau tak dapat masuk kelas sains, nak buat apa eh? Boleh sambung belajar ke tak nanti eh? Masa nilah aku mula terfikir pasal cita2. Jujur aku cakap aku takde cita2 masa tu. Bila orang tanya, aku diam dan lepas tu copy jawapan kawan. Antaranya, doktor *sangat takleh blah :P* , cikgu, peguam... haha tak mature nya diriku waktu itu. Tapi satu yang pasti, aku nak jadi penulis. Aku betul2 nak jadi penulis tapi aku tak berani nak cakap kat sape2. Takut cita2 aku tu diperlekehkan. Sampailah satu hari, aku bagitau kat kawan2 rapat. Alhamdulillah, diorang support. Mereka tulah Sarah, Yuni, Wani, Sherah dan Are. :')
Dekat2 nak PMR tu, aku dapat idea untuk KPH. Tapi masa tu nama hero aku bukan Zafril tau, tapi Zafrul. Sampailah satu hari tu, aku terbaca satu berita kat surat khabar tentang sorang artis yang bernama Zafrul tu... errr... okey tak nak cite. Aku pun rasa semacam aje. Tak nak kasi imej buruk kat hero sendiri, aku pun tukar U kepada I. Then jadilah Zafril. hihi. Qarissa pulak, memang dari awal lagi nama dia Qarissa. Korang tahu dari mana aku dapat nama ni? Sebenarnya ni aku ambik dari nama seorang pelakon Indon. Nama dia Carissa Putri. Ni dia orangnya. ;-)
Kenal sape? Pelakon Ayat2 Cinta. Watak Maria kalau tak silap. Cuma aku tukar Carissa Putri jadi Qarissa Puteri. kekeke. :P
Tapi masa tu PMR, jadi tak boleh nak menulis lebih2. Nanti PMR ke mana, novel pun ke mana. Jadi lepas habis aje PMR, aku mula tulis KPH dalam buku log. Tapi masa tu semangat asyik down aje. Tulis sikit, tutup. Tulis sikit lagi, tutup lagi. Last2 terbiar aje. Sampailah masuk form 4. Aku mula tulis cerpen. Tarikh 30 Ogos 2009 takkan ku lupa. Bermula tarikh nilah, aku mula dapat keyakinan untuk tunjukkan karya2 aku pada kawan2. Bermula daripada Yuni, Wani, Sarah, Fatin dan kemudian merebak satu kelas. Ohh, terharunya! :')
Kemudian barulah aku terfikir pasal KPH yang tertunggak tu. Aku pun amik balik buku log tu, lepas tu aku mula sambung. Berkat sokongan kawan2, KPH siap dalam bentuk buku log. *senyummmm* . Syukur sesangat masa tu. hehe. Tapi, tak semua orang suka apa yang aku buat. Betapa sedihnya hati ni bila ada orang sekeliling yang dekat dengan aku selalu memperlekehkan minat aku, selalu mengejek dan menjatuhkan semangat aku. Sedih tauuu? Berkat sokongan Kak Jannah, aku mampu jugak berdiri kat sini untuk terus kejar cita2 aku. *senyummmm lagi*
Macam yang aku dah cite dalam n3 [Jom Kenal Kau Pemilik Hati] , aku siapkan manuskrip penuh selepas SPM. Macam2 perasaan aku lalui sepanjang proses siapkan manuskrip ni tau.
Alhamdulillah, KN terima untuk terbit. Tapi perjalanan tak semudah yang disangka. Macam2 aku kena lalui untuk tengok KPH diterbitkan. Air mata ni kalau tampung, memang dah penuh berbaldi2.
Ekceli banyak lagi nak cite ni tapi biarlah aku sambung dalam part 2 tu pulak. Kat situ nanti aku akan ceritakan perjalanan sepanjang usaha nak siapkan manuskrip. Dan, insya-Allah aku akan ceritakan jugak kisah aku dan manuskrip Aku Masih Cinta. *ambik tisu lap air mata*. Okey dadaaaa...
psssttt... KPH really means a lot to me. :')
~to be continued
Friday, July 27, 2012
Tuesday, July 24, 2012
- Projek Sebelum Raya -
Assalamualaikum...
Hai2 semua. Okey, macam yang tertulis pada title kat atas. Aku ada beberapa projek yang nak disiapkan sebelum raya. Bila dah raya nanti, aku nak raya puas2. Tak nak fikir hal2 novel atau apa saja yang berkait dengan menda tu. Sebab nanti lepas raya, insya-Allah aku akan mulakan kehidupan kat UiTM sebagai siswi ijazah *tuuuttt* hihi. Tak ramai yang tahu kat mana aku belajar nanti dan course apa aku akan ambik nanti. Errmmm... takyah laa bagitahu. Bagi yang dah tahu, diam2 sudah. Tak nak kecoh2 k. :P
Projek yang pertama : Siapkan manuskrip penuh Jadual Cinta Kita <--- bagi yang belum baca sila klik sini. Novel ni novel duet dengan Kak Rinsya Ryc. Jadi kitorang tengah bertungkus lumus nak siapkan manuskrip novel ni tau. Mujurlah duet, jadi boleh bagi2 tugas. Dia buat part tu, aku buat part tu. Bila dia takde idea, aku back up. Bila aku takde idea, dia pulak back up. Senang kan? :-)
InsyaAllah tak lama aje lagi manuskrip penuh akan siap. Doa2 kan ye semua peminat2 JCK. hehe. :-)
Projek yang kedua, nak tamatkan Syhhh... Cinta sebelum raya jugak. Tinggal tak banyak bab dah, sikit lagi dah nak tamat. Ohh, bagi yang tak tahu tu aku bagitau kat sini eh. SC tu aku akan tamatkan kat sini je. Maksudnya takkan jadi manuskrip laa. Itu orang panggil mininovel. Kan? :-)
Projek selepas raya? Insya-Allah aku akan mulakan e-novel baru. Yang ni pun aku nak tamatkan kat blog aje. Ermm... hari tu pernah cakap nak stop penulisan alam maya kan? Selepas berfikir-fikir, aku tak jadi teruskan niat. Buat apa nak rasa down sampaikan terpaksa halang minat dan cecita sendiri, kan? :-)
Bila nak mula? Insya-Allah selepas aku sah bergelar pelajar UiTM. Mungkin buat pengisi masa lapang. Kalau nak baca, harap sabar tunggu. hehe.
Jadi aku nak mintak doa semoga semuanya berjalan lancar macam yang dah diatur. Sayang awak2 semua ketat2!! :-)
~end
Hai2 semua. Okey, macam yang tertulis pada title kat atas. Aku ada beberapa projek yang nak disiapkan sebelum raya. Bila dah raya nanti, aku nak raya puas2. Tak nak fikir hal2 novel atau apa saja yang berkait dengan menda tu. Sebab nanti lepas raya, insya-Allah aku akan mulakan kehidupan kat UiTM sebagai siswi ijazah *tuuuttt* hihi. Tak ramai yang tahu kat mana aku belajar nanti dan course apa aku akan ambik nanti. Errmmm... takyah laa bagitahu. Bagi yang dah tahu, diam2 sudah. Tak nak kecoh2 k. :P
Projek yang pertama : Siapkan manuskrip penuh Jadual Cinta Kita <--- bagi yang belum baca sila klik sini. Novel ni novel duet dengan Kak Rinsya Ryc. Jadi kitorang tengah bertungkus lumus nak siapkan manuskrip novel ni tau. Mujurlah duet, jadi boleh bagi2 tugas. Dia buat part tu, aku buat part tu. Bila dia takde idea, aku back up. Bila aku takde idea, dia pulak back up. Senang kan? :-)
InsyaAllah tak lama aje lagi manuskrip penuh akan siap. Doa2 kan ye semua peminat2 JCK. hehe. :-)
Projek yang kedua, nak tamatkan Syhhh... Cinta sebelum raya jugak. Tinggal tak banyak bab dah, sikit lagi dah nak tamat. Ohh, bagi yang tak tahu tu aku bagitau kat sini eh. SC tu aku akan tamatkan kat sini je. Maksudnya takkan jadi manuskrip laa. Itu orang panggil mininovel. Kan? :-)
Projek selepas raya? Insya-Allah aku akan mulakan e-novel baru. Yang ni pun aku nak tamatkan kat blog aje. Ermm... hari tu pernah cakap nak stop penulisan alam maya kan? Selepas berfikir-fikir, aku tak jadi teruskan niat. Buat apa nak rasa down sampaikan terpaksa halang minat dan cecita sendiri, kan? :-)
Bila nak mula? Insya-Allah selepas aku sah bergelar pelajar UiTM. Mungkin buat pengisi masa lapang. Kalau nak baca, harap sabar tunggu. hehe.
Jadi aku nak mintak doa semoga semuanya berjalan lancar macam yang dah diatur. Sayang awak2 semua ketat2!! :-)
~end
Sunday, July 22, 2012
- Syhhh... Cinta! 8 -
Bab 8
“MANA Suzy tahu ni?” Pandangan Datin Fazila tajam
memanah ke wajah Suzy. Cerita yang dibawa gadis itu benar-benar
memeranjatkannya.
“Hari
tu Suzy dengar Kemi cakap telefon dengan Razzi. Lepas tu, elok pulak dia naik
kereta dengan Raffi pergi kondo. Hah, kalau dah macam tu gayanya, apa lagi
kalau bukan ada hubungan sulit, kan?” Suzy mencucuk ‘jarum’. Melihat dari riak
muka Datin Fazila, dia yakin umpannya sudah hampir mengena.
Datin
Fazila terdiam. Kemilia menjalinkan hubungan Razzi dan Raffi serentak?
Benarkah?
“Aunty...
aunty kena percaya cakap Suzy ni. Suzy tak tipu!” Sungguh-sungguh Suzy berkata.
Dia mahu Datin Fazila percaya pada kata-katanya biarpun dia sendiri ragu dengan
hakikat yang sebenar-benarnya.
“Susah
aunty nak percaya kalau tak ada bukti,” balas Datin Fazila perlahan. Soalnya,
cerita yang Suzy bawa itu melibatkan kedua-dua anaknya. Sebab itulah susah
sangat dia nak percaya kalau tak ada bukti.
“Jadi...
aunty nak cakap yang Suzy tipu?” Riak wajah Suzy berubah sedih. Sengaja nak
tarik perhatian. “Sampai hati aunty...”
“Bukan
macam tu, Suzy. Aunty tak cakap Suzy tipu. Cuma manalah tahu kut-kut Suzy
tersilap dengar atau tersilap tengok ke. Hal ni serius, tak boleh dibuat
main...” jelas Datin Fazila. Jantungnya berdebar-debar mengenangkan kemungkinan
kata-kata Suzy itu benar belaka. Bagaimana kalau Razzi dan Raffi betul-betul
kemarukkan Kemilia? Masalah tu!
“Kalau
aunty nak bukti, Suzy boleh cari bukti!” Mata Suzy bersinar-sinar, membayangkan
rancangan yang terangka dalam kepala bakal terlaksana tidak lama lagi.
“Suzy
nak buat apa?” Datin Fazila bimbang pula. Wajah Suzy yang bersalut mekap tebal
itu direnung curiga.
Suzy
tidak menjawab, sebaliknya tersenyum penuh misteri.
KEMILIA memegang kepala yang terasa pening.
Digagahkan kaki untuk melangkah ke dapur. Setelah mendapatkan seteguk minuman,
dia beralih ke ruang tamu pula. Telefon bimbit yang terdampar di atas meja
dicapai. Sambil menyandar di sofa, jarinya mendail nombor telefon Razzi.
“Assalamualaikum,
sayang...” ucap Razzi dengan suara ceria.
“Waalaikumussalam,”
balas Kemilia dengan suara lemah, kontra sekali dengan nada suara Razzi tadi.
“Kenapa
ni? Tak sihat lagi eh?” tanya Razzi lembut. Ketika itu juga, melintas rasa
terkilan di hatinya kerana terpaksa membatalkan janji untuk pulang ke Kuala
Lumpur hujung minggu itu kerana ada hal penting yang memerlukan dia untuk terus
tinggal di Kedah dalam satu jangka waktu lagi.
“Kepala
rasa pening... asyik muntah-muntah aje. Dah berapa hari dah macam ni. Tak tahu
kenapa,” adu Kemilia perlahan. Kolam matanya bergenangan tiba-tiba.
“Pergi
klinik nak?”
“Nak
pergi dengan apa? Teksi?”
“Biar
saya call Raffi, mintak tolong dia hantar awak pergi klinik. Okey?” cadang
Razzi. Risau hatinya memikirkan keadaan Kemilia. Sudahlah isterinya itu tingga
sendiri. Kalau pitam atau pengsan ke, siapa yang nak tolong?
“Tak
menyusahkan dia ke? Dah banyak kali sangat mintak tolong dia,” balas Kemilia
serba salah. Walaupun Raffi tidak pernah menolak permintaan Razzi, tetapi dia
tetap berasa tidak sedap hati.
“Tak
ada susahnyalah. Dia sendiri yang bagitahu saya, kalau nak mintak tolong
apa-apa cakap aje kat dia. Kejap lagi saya call dia, k?” Lembut Razzi bersuara.
Dia yakin Raffi tidak akan keberatan untuk membantu. Lagipun, siapa lagi yang
boleh diharapkan kalau bukan Raffi? Nak minta tolong Wajihah, adiknya itu belum
punya kereta sendiri.
“Hmm...
okey.” Kemilia tidak mampu untuk membantah lagi. Dia sudah tidak tahan
menanggung kesakitan itu. Sebaik saja talian ditamatkan, Kemilia bingkas menuju
ke arah biliknya.
SUZY keluar dari keretanya sambil menanggalkan kaca
mata hitamnya. Dengan lenggok yang menggoda, dia berjalan masuk ke halaman
rumah Datin Fazila. Biasalah, hari-hari minggu kalau tak kerja lain dia pasti
datang menempel ke rumah itu. Proses merapatkan diri dengan bakal mentualah
katakan. Dia tersenyum-senyum sendiri.
Senyuman
Suzy mati kala terpandangkan Raffi yang baru saja keluar dari pintu rumah. Dia
segera mendekati lelaki itu. “Hai, Raffi!” sapanya dengan lagak mesra.
Raffi
yang baru saja hendak masuk ke kereta terus menoleh ke belakang. “Eh, Suzy...”
Suzy tersenyum manis. “You nak ke mana
ni?”
“Hmm...” Raffi berfikir-fikir sebentar
apa yang mahu dijawab. Takkan nak bagitahu dia nak pergi ambil Kemilia? Hisy,
cari nahas namanya tu! Kang tak pasal-pasal timbul pula gosip kononnya dia dan
Kemilia ada hubungan sulit. “Hmm... I nak pergi jumpa kawan. Ada hal penting
sikit,” jawabnya setelah tidak mampu berfikir jawapan yang lebih kukuh daripada
itu.
Suzy mengecilkan anak matanya sambil
berpeluk tubuh. Melihat daripada reaksi Raffi, dia hampir pasti lelaki itu mahu
pergi menemui Kemilia. Aha! Peluang keemasan!
“Err... okeylah, I pergi dulu. You
pergilah masuk dalam. Mama mesti happy bila tengok you datang,” ujar Raffi
dengan senyuman yang sengaja dimaniskan. Kemudian dia terus menghilang ke dalam
kereta. Sekejap saja, dia sudah memandu pergi.
Suzy
tidak masuk ke rumah, sebaliknya mendapatkan keretanya semula. Kaca mata
hitamnya disarungkan semula. Hari ini dia mahu mencari bukti. Dia mahu membuka
mata Datin Fazila tentang keburukan Kemilia. menjalin hubungan dengan dua
beradik dalam satu masa ya? Kau tengoklah nanti! Senyum sinis terukir di bibir
Suzy. Seolah-olah sudah terbayang di matanya pelamin indah dia bersama Razzi
nanti.
Kereta
dipandu mengikut arah kereta Raffi. Sengaja dia memandu agak berjarak dari
kereta Raffi, takut mudah dikesan lelaki itu. Ketika kereta Raffi membelok
masuk ke simpang kondominium yang sama dengan tempoh hari, Suzy menekan brek.
Keretanya berhenti di bahu jalan. Hampir pasti tekaannya tadi betul.
Sepuluh
minit menanti, barulah bayang kereta Raffi muncul keluar dari simpan
kondominium itu. Suzy segera menekan pedal minyak. Sambil mengikut kereta Raffi
dari belakang, sempat lagi hatinya menyumpah-nyumpah geram.
“Tak
guna punya perempuan! Disebabkan kau, Razzi sanggup tangguhkan perkahwinan dia
dengan aku. Tapi belakang dia, boleh pula kau main kayu tiga? Dengan adik Razzi
pulak tu! Urgh!” Suzy menggerutu geram. Ketika kereta Raffi berhenti di sebuah
klinik, Suzy memperlahankan keretanya. Sempat matanya mengintai kelibat Kemilia
keluar dari kereta Raffi. Lelaki itu pula membantunya berjalan masuk ke dalam
klinik. Suzy mencebik sakit hati.
Keretanya
diparkir agak berjarak dari kereta Raffi. Tak kisahlah perlu menunggu sampai
dua jam pun, dia rela kalau itu dapat memberinya ‘pulangan’ yang lumayan.
KEMILIA keluar dari bilik doktor dengan senyuman
manis. Jawapan yang diterima daripada doktor tentang penyakit yang melandanya
sejak kebelakangan ini benar-benar menggembirakan hatinya. Melihat dirinya,
Raffi yang sedari tadi menunggu di bangku segera bangkit berdiri.
“Doktor
cakap apa? Tak ada apa-apa yang serius, kan?” tanya Raffi. Kemilia kakak
iparnya, jadi tidak salah rasanya kalau dia mengambil berat tentang wanita itu.
“Doktor
cakap... tak lama I akan jadi ibu. I’m pregnant!” jawab Kemilia dengan senyuman
lebar. Rasa pening dan meloyanya tadi seolah-olah lenyap begitu saja setelah
mendapat tahu ada satu nyawa lain dalam rahimnya kini.
Raffi
terkejut. “Really? Wah, tahniah! Dah bagitahu abang?” Jelas dia teruja dengan
berita itu.
“Hmm...
belum, kejap lagilah. I ingat nak buat surprise kat dia. Ohh ya, you jangan
bagitahu siapa-siapa tau? Jiha pun tak boleh tahu lagi,” pinta Kemilia senang
hati.
Raffi
tertawa kecil seraya mengangguk. “Tak ada hal.”
“Thanks...”
balas Kemilia. Dalam hati melantun rasa syukur kerana Allah menghantar Raffi
kepadanya.
“So...
you nak ke mana lepas ni?”
“I
ingat nak baliklah. Nak rehat aje kat rumah.”
“No,
no...” Raffi menggeleng-geleng. “Tadi abang ada pesan, dia minta I bawak you
pergi makan. Jom!”
“Err...
tak menyusahkan you ke?” Kelat wajah Kemilia bertanya. Memang dia belum makan
sedari pagi tadi lagi dan perutnya sekarang sudah mula berkeroncong.
Raffi
menggeleng lagi. “Untuk bakal anak buah I jugak, kan?”
Kemilia
tersenyum seraya menganggukkan kepala.
NAMPAK saja kelibat Kemilia dan Raffi keluar dari
klinik, badan Suzy terus tegak. Tertinjau-tinjau dia memerhatikan tingkah
kedua-duanya. Tak adalah nampak mesra sangat, tapi bibir kedua-duanya tidak
putus-putus dihiasi senyuman. Pabila kereta Raffi mula bergerak, Suzy ikut sama
menukar gear lalu menekan pedal minyak.
Dalam
kepalanya tertanya-tanya apa tujuan Raffi membawa Kemilia ke klinik. Tak sihat
ke? Tapi nampak macam okey aje tadi. Siap senyum-senyum lagi tu. Kenapa ek?
Kereta
Raffi membelok masuk ke sebuah restoran. Suzy ikut sama berhenti. Setelah
memakirkan kereta, dia keluar dari kereta. Langkah Raffi dan Kemilia diikut
dari belakang masuk ke dalam restoran itu. Lagaknya betul-betul macam spy yang
tak bergaji. Masuk saja ke dalam restoran itu, Kemilia dan Raffi dilihatnya
mengambil tempat di sebuah meja. Suzy pantas mengatur langkah mendapatkan meja
paling hujung. Kaca mata hitamnya dibetul-betulkan, berharap dengan cara itu
Kemilia dan Raffi tidak nampak dirinya di situ.
Suzy
hanya memesan segelas jus oren. Gelagat kedua-duanya diperhati dengan ekor
mata. Telinga dipasang rapi, mahu mendengar dengan jelas setiap apa yang
dibualkan mereka berdua.
“Makan
banyak-banyak, baby you tu mesti lapar...”
Kata-kata
Raffi itu singgah di telinga Suzy. Spontan matanya terbuntang. What?! Baby?
“Alaaa...
kalau makan banyak, gemuklah I nanti.”
Itu pula
suara Kemilia. Suzy terasa nafasnya semput seketika.
“Tak
apalah gemuk, yang penting baby you sihat. Kan?”
Nak
pitam! Tak sanggup lagi menunggu di situ, Suzy segera bangun dari kerusi. Setelah
membayar harga minumannya, dia terus berlalu keluar dari restoran itu dengan
raut wajah tegang. Enggan percaya, tetapi buktinya sudah jelas di depan mata.
Kemilia
mengandung? Anak Raffi?!
KETIKA ralit menonton TV, Kemilia tersentak mendengar
bunyi loceng di pintu rumah. Digagahkan badannya untuk bangkit menghampiri
pintu. Sebaik saja daun pintu terkuak, wajah Raffi sedang tersenyum menyapa
matanya.
“Eh,
Raffi... ada apa datang malam-malam ni?”
“I
datang bawak makanan. You mesti tak makan lagi, kan?” Raffi bersuara mesra. Beg
plastik berisi makanan di tangan diangkat tinggi, mahu menunjukkannya kepada
Kemilia tersenyum.
Kemilia
tersenyum. “Tahu-tahu aje you ni. Masuklah...” Gril dibuka lalu mempersilakan
Raffi masuk. Tiada lain di dalam kepalanya, hanya menerima seorang tetamu
merangkap adik ipar. Jadi tidak salah rasanya dia mempelawa Raffi masuk. Lagipun
takkan nak biarkan aje Raffi berdiri di luar? Tambahan pula, jiran-jiran di
sini bukannya peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling.
Raffi
mengangguk lalu segera masuk ke rumah. Beg plastik berisi makanan kini bertukar
tangan.
“You
duduklah dulu, I ke dapur kejap,” ujar Kemilia. Melihat anggukan Raffi, dia
segera berlalu menuju ke dapur. Nasi goreng yang dibawa Raffi dipindahkan ke
dalam pinggan. Sedang ralit membancuh minuman, dia terdengar bunyi loceng dari
pintu rumah. Sebentar kemudian, terdengar pula suara-suara kuat yang saling
bertingkah dengan suara Raffi.
Kemilia mula tidak sedap hati. Bergegas dia
berlalu keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Dan, langkahnya terhenti bila
melihat tiga batang tubuh sedang merenungnya dengan mata mencerlung. Mama, papa
dan Suzy! Sementara Jiha di belakang sekadar berdiri sambil menggigit bibir.
Raffi pula berdiri tegak dengan kepala menunduk. Ya Allah... Kemilia rasa nak
pitam!
*-*-*-*-*
Fuhhh~ Siap pun akhirnya. hehe. Nak marah? Geram? Sorry tauuuuu. :D
K nanti sambung lagi. hehehe ;-)
~bersambung~
Friday, July 20, 2012
- Marry Your Daughter -
Assalamualaikum...
Hari ni nak share satu link. The Quartet Minds <-- klik sini k. :-)
Apa tu? Sebenarnya tu projek 4 penulis. Kami2 ni ialah : Kak Rinsya Ryc, Kak Yusnida Tajudin, Moon Leeya Zafrina dan juga Ayumi Syafiqah.
E-novel Marry Your Daughter ni akan ditulis secara bergilir2 oleh 4 penulis ni dan akan diupdate setiap 2 minggu sekali. 2 minggu lepas Kak Rinsya dah tulis bab 1, dan baru aje kejap tadi aku dah update bab 2 pulak. Nak baca? Sila sila. Supportlah kami k.
Oh ye, sambil2 tu layan lagu tema Marry You Daughter dulu ye. hehe~
Hari ni nak share satu link. The Quartet Minds <-- klik sini k. :-)
Apa tu? Sebenarnya tu projek 4 penulis. Kami2 ni ialah : Kak Rinsya Ryc, Kak Yusnida Tajudin, Moon Leeya Zafrina dan juga Ayumi Syafiqah.
E-novel Marry Your Daughter ni akan ditulis secara bergilir2 oleh 4 penulis ni dan akan diupdate setiap 2 minggu sekali. 2 minggu lepas Kak Rinsya dah tulis bab 1, dan baru aje kejap tadi aku dah update bab 2 pulak. Nak baca? Sila sila. Supportlah kami k.
Oh ye, sambil2 tu layan lagu tema Marry You Daughter dulu ye. hehe~
Brian McKnight - Marry Your Daughter
Sir, I'm a bit nervous
About being here today
Still not real sure what I'm going to say
So bare with me please
If I take up too much of your time.
See in this box is a ring for your oldest.
She's my everything and all that I know is
It would be such a relief if I knew that we were on the same side
Cause very soon I'm hoping that I...
Can marry your daughter
And make her my wife
I want her to be the only girl that I love for the rest of my life
And give her the best of me 'til the day that I die, yeah
I'm gonna marry your princess
And make her my queen
She'll be the most beautiful bride that I've ever seen
I can't wait to smile
When she walks down the aisle
On the arm of her father
On the day that I marry your daughter
She's been here every step
Since the day that we met
(I'm scared to death to think of what would happen if she ever left)
So don't you ever worry about me ever treating her bad
I've got most of my vows done so far
(So bring on the better or worse)
And 'til death do us part
There's no doubt in my mind
It's time
I'm ready to start
I swear to you with all of my heart...
I'm gonna marry your daughter
And make her my wife
I want her to be the only girl that I love for the rest of my life
And give her the best of me 'til the day that I die, yeah
I'm gonna marry your princess
And make her my queen
She'll be the most beautiful bride that I've ever seen
I can't wait to smile
As she walks down the aisle
On the arm of her father
On the day that I marry your daughter
The first time I saw her
I swear I knew that I'd say I do
I'm gonna marry your daughter
And make her my wife
I want her to be the only girl that I love for the rest of my life
And give her the best of me 'till the day that I die
I'm gonna marry your princess
And make her my queen
She'll be the most beautiful bride that I've ever seen
I can't wait to smile
As she walks down the aisle
On the arm of her father
On the day that I marry your daughter
*-*-*-*-*
Huwaargghhh.. bestnya lagu ni. Sweet nak gila! Nak dengar? Klik [SINI] eh. K, cepat gi layan MYD sekarang! heeheh ;-)
~end
Thursday, July 19, 2012
- Kejora di Langit Cinta -
Assalamualaikum...
Hari ni nak wat review novel. Ekceli dah lama dah habis baca novel ni, dalam seminggu lebih camtu tapi baru berkesempatan nak update kat sini. Novel yang dimaksudkan? Tadaaaaaa! :-)
Kejora di Langit Cinta karya Anis Ayuni terbitan Alaf21. Anis Ayuni ni memang favourite writer aku. Daripada 10 novel dia,7 aku dah baca, 3 lagi belum. hehe~ Okey tanak cakap banyak, jom kita mulakan review novel ni.
Kejora di Langit Cinta mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Nur Faradila yang sudah pun kehilangan ayahnya. Sejak ayah dia meninggal, dia tinggal bertiga aje dengan mak dan adik perempuan dia. Apa yang mengusik hati aku ni, ayah dia sebenarnya berkahwin lain dalam diam. Masa ayah dia kahwin tu, Faradila dengan mak dan adik dia ada kat Mekah untuk tunaikan umrah. Masa tu jugak, Faradila kenal dengan seorang lelaki bernama Khalish. Ohh, what a sweet moment masa tuh! :-)
Tapi dalam2 sweet tu, rupanya ada kisah duka. Boleh bayangkan tak perasaan seorang wanita bila dapat tahu suami dia berkahwin lain tanpa pengetahuan dia, dan rahsia tu hanya terbongkar selepas suami dia tu dah meninggal dunia. Lebih sakit, bila isteri kedua yang tak sedar diri tu perampas cuba tuntut hak dia tanpa langsung fikir perasaan isteri tua. Sadis kan? Hampir2 nangis masa baca tu~
Aku suka watak si hero, Khalish. Sweet sangat! Ohh ya, Khalish ni orang ganu tau? hehe~ *ok takde kaitan pun dengan sweet. :P* Watak Khalish digambarkan sebagai seorang lelaki yang tampan dan sangat sweet *bagi aku dia sweet sangat tak tahu kenapa. hehe*. Dahlah kenal kat Mekah, pastu diorang sama2 berdoa pulak supaya ditemukan jodoh. Dalam diam dan dengan hati yang penuh rasa malu pada Dia, Faradila dan Khalish sama-sama berdoa agar ada jodoh antara mereka berdua. Sweet kan? :')
Selain kisah keluarga Faradila dan juga Khalish, Anis Ayuni selitkan juga kisah kehidupan seorang cikgu. Macam mana sabar dan kuatnya semangat seorang cikgu dalam menghadapi kerenah murid2 di sekolah. Jadi sesiapa yang bercita2 nak jadi cikgu, disyorkan sangat2 untuk baca novel ni. Banyak pengajaran yang akan kita dapat kalau betul2 menghayati dengan mata hati. :-)
Apa yang aku suka tentang novel ni? First sekali, cara garapan Kak Anis Ayuni yang sangat santai tetapi dalam masa yang sama boleh membuai perasaan. Seriously tak tipu. Walaupun novel ni cerita dia simple, tapi menusuk ke hati tau. Memang feeling habislah masa baca!
Bagi aku, novel ni lain daripada yang lain. Kenapa aku cakap lain? Sebab konflik dia tak melibatkan antara Faradila dan Khalish, tapi konflik lebih kepada kisah keluarga. Tak bosan pun ok. Macam aku cakap tadi, betul2 membuai jiwa. So di sini aku nak tegaskan yang novel ni memang tersangat2 best. Pegang aje langsung tak boleh nak lepas dah. Buat pecutan baca dari awal sampai akhir, memang betul2 tinggalkan kesan dalam hati. Ohh, how I wish I could be like Faradila. :)
Scene favourite? Ohh, masa Khalish lamar Faradila. Dalam kereta depan mak dan kakak dia. Siap pasang lagu I Do lagi masa tu. Rasa nak guling2 sebab sweet sangatttttt. ahaksss~
Happy ending itu wajibkan? Macam tu jugaklah dalam novel ni. So awak2 semua, tak payah tunggu2 lagi. Sila dapatkan novel ni secepatnya! Sangat2 best dan tak menyesal ok. :-)
psssttt... best tau kalau dapat husband macam Khalish. ekekeke :P
~end
Hari ni nak wat review novel. Ekceli dah lama dah habis baca novel ni, dalam seminggu lebih camtu tapi baru berkesempatan nak update kat sini. Novel yang dimaksudkan? Tadaaaaaa! :-)
Kejora di Langit Cinta karya Anis Ayuni terbitan Alaf21. Anis Ayuni ni memang favourite writer aku. Daripada 10 novel dia,7 aku dah baca, 3 lagi belum. hehe~ Okey tanak cakap banyak, jom kita mulakan review novel ni.
Kejora di Langit Cinta mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Nur Faradila yang sudah pun kehilangan ayahnya. Sejak ayah dia meninggal, dia tinggal bertiga aje dengan mak dan adik perempuan dia. Apa yang mengusik hati aku ni, ayah dia sebenarnya berkahwin lain dalam diam. Masa ayah dia kahwin tu, Faradila dengan mak dan adik dia ada kat Mekah untuk tunaikan umrah. Masa tu jugak, Faradila kenal dengan seorang lelaki bernama Khalish. Ohh, what a sweet moment masa tuh! :-)
Tapi dalam2 sweet tu, rupanya ada kisah duka. Boleh bayangkan tak perasaan seorang wanita bila dapat tahu suami dia berkahwin lain tanpa pengetahuan dia, dan rahsia tu hanya terbongkar selepas suami dia tu dah meninggal dunia. Lebih sakit, bila isteri kedua yang tak sedar diri tu perampas cuba tuntut hak dia tanpa langsung fikir perasaan isteri tua. Sadis kan? Hampir2 nangis masa baca tu~
Aku suka watak si hero, Khalish. Sweet sangat! Ohh ya, Khalish ni orang ganu tau? hehe~ *ok takde kaitan pun dengan sweet. :P* Watak Khalish digambarkan sebagai seorang lelaki yang tampan dan sangat sweet *bagi aku dia sweet sangat tak tahu kenapa. hehe*. Dahlah kenal kat Mekah, pastu diorang sama2 berdoa pulak supaya ditemukan jodoh. Dalam diam dan dengan hati yang penuh rasa malu pada Dia, Faradila dan Khalish sama-sama berdoa agar ada jodoh antara mereka berdua. Sweet kan? :')
Selain kisah keluarga Faradila dan juga Khalish, Anis Ayuni selitkan juga kisah kehidupan seorang cikgu. Macam mana sabar dan kuatnya semangat seorang cikgu dalam menghadapi kerenah murid2 di sekolah. Jadi sesiapa yang bercita2 nak jadi cikgu, disyorkan sangat2 untuk baca novel ni. Banyak pengajaran yang akan kita dapat kalau betul2 menghayati dengan mata hati. :-)
Apa yang aku suka tentang novel ni? First sekali, cara garapan Kak Anis Ayuni yang sangat santai tetapi dalam masa yang sama boleh membuai perasaan. Seriously tak tipu. Walaupun novel ni cerita dia simple, tapi menusuk ke hati tau. Memang feeling habislah masa baca!
Bagi aku, novel ni lain daripada yang lain. Kenapa aku cakap lain? Sebab konflik dia tak melibatkan antara Faradila dan Khalish, tapi konflik lebih kepada kisah keluarga. Tak bosan pun ok. Macam aku cakap tadi, betul2 membuai jiwa. So di sini aku nak tegaskan yang novel ni memang tersangat2 best. Pegang aje langsung tak boleh nak lepas dah. Buat pecutan baca dari awal sampai akhir, memang betul2 tinggalkan kesan dalam hati. Ohh, how I wish I could be like Faradila. :)
Scene favourite? Ohh, masa Khalish lamar Faradila. Dalam kereta depan mak dan kakak dia. Siap pasang lagu I Do lagi masa tu. Rasa nak guling2 sebab sweet sangatttttt. ahaksss~
Happy ending itu wajibkan? Macam tu jugaklah dalam novel ni. So awak2 semua, tak payah tunggu2 lagi. Sila dapatkan novel ni secepatnya! Sangat2 best dan tak menyesal ok. :-)
psssttt... best tau kalau dapat husband macam Khalish. ekekeke :P
~end
Monday, July 16, 2012
- Review KPH by Yusnida Tajudin -
Assalamualaikum...
Bangun pagi2 ni dah di-surprise-kan dengan review KPH daripada Kak Yusnida Tajudin atau lebih mesra dipanggil Kak Yus. Nasib baik tak menitis aje air mata ni. Terharu guling2 tau! hehe... Memandangkan tulisan2 kat blog Kak Yus takleh copy, ni aku dah screen capture. Boleh baca eh. :-)
~~~~~~~~~~~~~
cc : Yusnida Tajudin @ Biar Jemari Berbicara
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ohh Kak Yus... siyes rasa nak terbang pi KL sekarang gak. Pastu nak peluk Kak Yus ketat2!! Terharu uolls. Sebab aku tak expect pun Kak Yus akan buat review sampai camni. Terima kasih banyak Kak Yus. Saaaayaannggg Kak Yus tau! <3
Ayat last2 tu paling touching. Almaklumlah, memang kebelakangan ni semangat aku nak menulis down sangat2. huhu~
Bagi sesapa yang dah beli dan baca KPH, terima kasih jugak aku ucapkan. Aku mengaku KPH memang cliche pun. Sikit pun aku tak nafikan. Tapi sebab ada yang beli, baca dan cakap best, Alhamdulillah sangat2. Thanks awakkkkk :')
~end
Bangun pagi2 ni dah di-surprise-kan dengan review KPH daripada Kak Yusnida Tajudin atau lebih mesra dipanggil Kak Yus. Nasib baik tak menitis aje air mata ni. Terharu guling2 tau! hehe... Memandangkan tulisan2 kat blog Kak Yus takleh copy, ni aku dah screen capture. Boleh baca eh. :-)
~~~~~~~~~~~~~
cc : Yusnida Tajudin @ Biar Jemari Berbicara
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ohh Kak Yus... siyes rasa nak terbang pi KL sekarang gak. Pastu nak peluk Kak Yus ketat2!! Terharu uolls. Sebab aku tak expect pun Kak Yus akan buat review sampai camni. Terima kasih banyak Kak Yus. Saaaayaannggg Kak Yus tau! <3
Ayat last2 tu paling touching. Almaklumlah, memang kebelakangan ni semangat aku nak menulis down sangat2. huhu~
Bagi sesapa yang dah beli dan baca KPH, terima kasih jugak aku ucapkan. Aku mengaku KPH memang cliche pun. Sikit pun aku tak nafikan. Tapi sebab ada yang beli, baca dan cakap best, Alhamdulillah sangat2. Thanks awakkkkk :')
~end
Friday, July 13, 2012
- lambai lambai UiTM -
Assalamualaikum...
Korang2 yang baru dapat result UPU semalam mesti tak habis2 lagi fikir pasal tu kan? Aku pun camtu. hehe~ Eh lupa, sorry tau lama tak update blog. Nanti aku update n3 KEMIRAZZI. Hope boleh siap hari ni and malam ni aku publish. InsyaAllah :-)
Okey, berbalik pada topik kita tadi. Akhirnya, penantian pun berakhir. Aku dah dapat jawapan nak sambung belajar kat mana bulan September ni.
Soalan :
1. Dapat sambung course apa?
2. Dapat sambung kat universiti mana?
Jawapan :
1. Course? Satu yang aku boleh cakap, lari jauuuhhhhh dari apa yang aku belajar masa asasi dulu. Dulu aku belajar asasi TESL, but now dah tercampak ke kursus lain. Sedih? Tipulah kalau tak. Nangis? Tak nak ngaku. ngeeeeeeeee~ :P
Perasaan sekarang? Dah boleh terima walaupun semalam rasa macam nak tadah air mata dalam baldi. hihihi~ Tak pe, aku yakin dengan rezeki Allah. Dah Dia tentukan rezeki aku kat situ, larilah aku terjun gunung sekali pun, tetap akan sampai kat situ jugak kennnnn? Jadi aku dah boleh terima semuanya dengan hati yang terbuka walaupun tetap tak boleh lari dari rasa terkilan tengok kawan2 lain yang sebelum ni sama2 berjuang untuk TESL dapat apa yang diorang nak. :-)
2. Universiti? Sila rujuk pada title di atas. ehek~ Ya, aku dapat UiTM. Tapi UiTM mana tu tak diberitahu lagilah. Hari Isnin ni baru tahu. Jadi sila jangan tanya, I'll not reveal it. Nanti kalau ada antara korang2 yang jumpa aku kat sana, sila say hi ye. Eh lupa, sebelum tu bagi salam dulu. ihiks~
Okey dah tanak merapu panjang2. Sakit otak ar 2 3 hari ni. Fening2~~ Harap korang sabar tunggu aku update n3 'Syhhh... Cinta!' k. Mucho love!! <3
~end
Korang2 yang baru dapat result UPU semalam mesti tak habis2 lagi fikir pasal tu kan? Aku pun camtu. hehe~ Eh lupa, sorry tau lama tak update blog. Nanti aku update n3 KEMIRAZZI. Hope boleh siap hari ni and malam ni aku publish. InsyaAllah :-)
Okey, berbalik pada topik kita tadi. Akhirnya, penantian pun berakhir. Aku dah dapat jawapan nak sambung belajar kat mana bulan September ni.
Soalan :
1. Dapat sambung course apa?
2. Dapat sambung kat universiti mana?
Jawapan :
1. Course? Satu yang aku boleh cakap, lari jauuuhhhhh dari apa yang aku belajar masa asasi dulu. Dulu aku belajar asasi TESL, but now dah tercampak ke kursus lain. Sedih? Tipulah kalau tak. Nangis? Tak nak ngaku. ngeeeeeeeee~ :P
Perasaan sekarang? Dah boleh terima walaupun semalam rasa macam nak tadah air mata dalam baldi. hihihi~ Tak pe, aku yakin dengan rezeki Allah. Dah Dia tentukan rezeki aku kat situ, larilah aku terjun gunung sekali pun, tetap akan sampai kat situ jugak kennnnn? Jadi aku dah boleh terima semuanya dengan hati yang terbuka walaupun tetap tak boleh lari dari rasa terkilan tengok kawan2 lain yang sebelum ni sama2 berjuang untuk TESL dapat apa yang diorang nak. :-)
2. Universiti? Sila rujuk pada title di atas. ehek~ Ya, aku dapat UiTM. Tapi UiTM mana tu tak diberitahu lagilah. Hari Isnin ni baru tahu. Jadi sila jangan tanya, I'll not reveal it. Nanti kalau ada antara korang2 yang jumpa aku kat sana, sila say hi ye. Eh lupa, sebelum tu bagi salam dulu. ihiks~
Okey dah tanak merapu panjang2. Sakit otak ar 2 3 hari ni. Fening2~~ Harap korang sabar tunggu aku update n3 'Syhhh... Cinta!' k. Mucho love!! <3
~end
Friday, July 6, 2012
- Kau Pemilik Hati... Bawaku Ke Syurga -
Kesinambungan kisah Zafril dan Qarissa... ditulis sepenuh hati dan seikhlas jiwa. Semoga dapat beri para pembaca pengajaran walaupun sebesar kuman. Maaf untuk segala salah silap, sesungguhnya saya pun hamba-Nya yang tidak sempurna dan masih banyak lubang di sana sini... Hayati kisah ni dengan mata hati... semoga dapat merasai mesej yang cuba saya sampaikan... :-)
Sob3~ *ambik tisu lap air mata* Sedih... sebab lepas ni saya akan berpisah dengan Zafril dan Qarissa... Tak dapat lagi nak berkisah pasal diorang ni. Nanti kalau rindu, bacalah KPH lagi k? hehe~ Maaf untuk segala kekurangan, kalau ada salah info ke apa. Almaklumlah, ilmu agama masih lagi cetek di dada ini. Tapi saya berusaha untuk menambahkannya dari hari ke hari. Semoga puas hati dengan karya saya kali ni. Terima kasih semua... <3<3<3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AKU tersenyum memandang kuah tomyam yang sudah siap
dimasak di dalam periuk. Puas hati dengan rasanya, aku lantas mematikan suis
dapur elektrik. Apron yang melekat pada tubuh aku tanggalkan. Sekejap lagi, aku
mahu ke rumah mama. Mama yang mengajak aku ke sana untuk makan tengah hari
bersama. Kerana itulah sejak tadi aku bertungkus-lumus memasak kuah tomyam itu.
Walaupun sudah setahun lebih mendirikan rumah tangga, aku masih lagi belajar
memasak. Masih banyak yang perlu aku baiki untuk memastikan masakanku adalah
yang terbaik untuk suamiku.
Telefon
bimbit yang berdering mengalih tumpuanku. Segera aku keluar ke ruang tamu.
Telefon bimbit yang terletak di atas meja kopi itu aku capai. Membaca nama
suamiku di skrin, bibirku terus melebar. Tidak bertangguh walau sesaat, aku
terus menekan punat hijau.
“Assalamualaikum,”
ucapku mesra. Terbayang-bayang raut wajahnya yang kacak itu. Tiga hari berpisah
kerana dia terpaksa ke Sarawak untuk menguruskan projek di sana, sudah cukup
untuk membuahkan rasa rindu yang tidak terperi di hatiku.
“Waalaikumussalam,
sayang. Tengah buat apa? Rindu abang tak?”
Itulah
soalan yang sudah biasa ditanyakan untuku. Aku tersenyum sambil melabuhkan
duduk di atas sofa. “Baru aje siap masak, kejap lagi nak pergi rumah mama.
Mestilah rindu... Abang lambat lagi ke nak balik?” ujarku manja.
“Miss you too, honey. Abang tengah usaha
nak settlekan semua benda hari ni. Esok malam abang balik. Okey?” Lembut
suaranya membalas. Aah, memang itulah nada yang telah dikhaskan untukku selama
ini.
Aku
mengangguk dengan senyuman. “Okey...”
“Rafique
macam mana? Nakal tak bila papa dia tak ada ni?”
Aku
tertawa kecil mendengar soalannya itu. Serta-merta fikiranku terbayangkan wajah
anak kami yang baru berusia empat bulan itu. “Nakal... sebijik macam papa dia,”
jawabku sengaja mengusik.
“Eh,
papa dia mana ada nakal. Baik aje kat sini tau? Sikit pun tak pandang awek
lain,” jawabnya membuatkan aku tertawa.
“Boleh
percaya ke abang ni?” tanyaku masih belum puas mengusik. Walhal dalam hati
berbunga rasa indah mendengar kata-katanya tadi. Tahulah aku, hanya aku
satu-satunya wanita dalam hatinya.
“Tentulah
boleh... Abang kat sini buat kerja aje tau? Tak ada pun nak merayap pergi cari
makwe baru. Duk rindu-rinduan dengan yang kat sana tu aje...” ujar Zafril lagi
cuba meyakinkan aku.
Keningku
terangkat. “Ya eh?”
“Ya,
sayang. Lain kali ikut abang datang sini eh? Tak sangguplah nak pisah
lama-lama. Asyik teringat-ingat aje... nak buat kerja pun payah...”
Aku
ketawa. Dah mulalah tu dia nak tabur ayat-ayat manis. Alahai, boleh cair hati
dibuatnya. Itulah suamiku... Adam Zafril, dia yang sentiasa penuh dengan kasih
sayang yang romantis. Tidak pernah jemu mengucapkan cintanya padaku. Setiap
patah bicaranya sering saja membuai hati Hawaku. “Kalau Risa ikut, Rafique macam
mana?”
“Bawaklah
sekali. Bukan abang suruh tinggal pun...”
“Susahlah...
dahlah dia kecik lagi. Takkanlah dah nak bawak naik flight? Kesian dia...” Aku masih belum puas mengusik. Dapat
kubayangkan raut wajah tak puas hatinya kala ini.
“Hmm...
yalah, orang dah tak sudi nak buat macam mana, kan? Okeylah, ada banyak kerja
lagi ni. Bye...”
“Eh,
nantilah dulu...” Cepat-cepat aku menahan. Dia diam. Aku tersenyum, tahu dia
merajuk. “Sejak bila entah suami Risa ni pandai merajuk...” usikku lagi.
“Habis,
ingat Risa aje yang boleh merajuk? Abang nak jugak rasa sekali sekala...”
balasnya.
Aku
tergelak. “Okey, okey... Risa mintak maaf k? Nanti kalau abang pergi lagi, Risa
ikut...” ujarku sengaja mahu mengambil hatinya. Walhal aku tahu dia bukannya
merajuk betul pun. Sengaja nak mengada-ngada.
Dia
tertawa senang. “Ni yang buatkan abang makin sayang Risa ni...”
Aku
mencebik. “Yalah tu...”
Dia
ketawa lagi.
Aku
mengerling ke arah jam yang tergantung pada dinding. “Okeylah, abang... Dah
lewat ni, nanti mama tertunggu-tunggu pulak,” ujarku tanda mahu memutuskan
talian walaupun masih belum puas berbual dengannya. Rindu yang berkumpul dalam
dada masih belum terlerai sepenuhnya. Tapi kalau melayan lagi, sampai ke petang
pun belum tentu habis.
“Okey,
sayang. Abang pun ada kerja lagi lepas ni. Take
care tau? Tolong kiss pipi
Rafique untuk abang,” pintanya.
“Rafique
aje?” tanyaku. Aish... mengadalah pulak kau ni, Qarissa oii!
“Sayang
nak jugak ke?” Dia buat suara macam orang bodoh. Eii, geramnya!
“Tak.
Tak nak bagi pun tak apa...” rajukku.
Dia
ketawa. “Untuk sayang, nanti bila dah balik sana abang bagi okey? Nak banyak
pun boleh!”
Aku
tersenyum dengan kepala tergeleng-geleng. “Okeylah, cik abang sayang...”
“Kirim
salam dekat mama dan papa eh?” pesannya.
“Insya-Allah...”
“Love you...” bisiknya perlahan.
“Love you too,” balasku juga dalam nada
yang sama. Selepas berbalas salam, talian terus kumatikan. Sambil merenung
wajahnya bersama Rafique di skrin telefon bimbitku, aku teringatkan kisah kami
dulu. Kisah bagaimana bermulanya cinta antara aku dan dia. Tak sangka, jodoh
yang diatur oleh papaku sendiri akhirnya membawa kami berdua dalam kebahagiaan
yang bagai tiada penghujung. Walaupun rumah tangga kami pernah dilandai badai,
Alhamdulillah... Allah masih memberikan kami peluang untuk memulakannya sekali
lagi.
Sejenak,
aku terkenangkan saat ketika kali pertama aku menatap wajahnya. Ketika itu aku
baru saja memulakan kerja di syarikat papa. Hari pertama yang bagiku sangat
membosankan. Ketika mahu memasuki lif untuk turun ke bawah, aku terlanggar
Zafril yang kebetulan baru saja keluar dari lif yang sama. Jatuh terduduk aku
di situ, dan dia dengan selambanya mengutip fail dan kertas-kertas yang jatuh
di atas lantai. Masih aku ingat betapa garangnya aku pada waktu itu. Kata-kata
yang keluar dari mulut seorang gadis yang sombong dan angkuh, hanya dibalas
dengan senyuman dan jawapan yang selamba daripada Zafril.
“Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok orang ke?”
“Sorry... Saya tak sengaja terlanggar
awak tadi,”
Waktu
itu, aku hanya mencebik sinis. Langsung tak peduli dengan kata maaf yang
dihulurkan.
“Awak ni siapa? Pekerja baru ke? Macam
kenallah...” Dia bertanya lagi.
“Kalau
ya pun nak mengurat, tak payahlah nak guna taktik lapuk tu!” Aku menjawab
dengan penuh angkuh.
Zafril
hanya tersenyum sebelum menjawab, “Maaflah... saya bukan nak mengurat. Cuma
macam pernah jumpalah...”
Boleh
bayangkan tak betapa malunya aku waktu itu? Itulah... suka sangat menuduh tanpa
usul periksa. Siap perasan lagi orang nak mengurat. Kan dah tak pasal-pasal
malu sendiri. Sehingga sekarang, setiap kali berbual tentang itu dengan Zafril,
dia akan mentertawakanku semahunya. Dan aku, hanya mampu diam sambil buat muka
kayu.
Selama
setahun lebih hidup dengannya, Zafril sudah banyak membimbingku menjadi wanita
solehah. Dia yang banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Dia yang
sering dan tak pernah jemu mengingatkan aku tentang tanggungjawabku pada Yang
Maha Esa. Hampir setiap malam jika tiada halangan, dia akan mengejutkanku pada
tengah malam untuk bersujud pada-Nya. Aku akui, dia bukanlah manusia yang
sempurna. Tetapi dia adalah suami yang cukup sempurna untuk aku.
Suara
tangisan Rafique membunuh lamunanku. Lekas-lekas aku berlari menuju ke tingkat
atas. Rafique yang tadinya aku tidurkan di atas katil berteriak kuat. Aku
mengangkatnya ke dalam dukunganku. Aku mendodoikannya perlahan-lahan, membaca
salawat ke atas Nabi Muhammad dan juga surah-surah pendek untuk meredakan
tangisannya. Pipinya yang putih mulus itu kucium lama. Mengalir rasa kasih
seorang ibu untuk buah hatiku ini.
“Kita
pergi rumah nenek eh? Sekarang ni, jom mama mandikan Afiq dulu... hmm...”
Sekali lagi pipinya kucium sambil membawa anak kesayanganku itu ke bilik mandi.
RAFIQUE aku letakkan di atas kerusi yang sudah
dikhaskan untuknya di dalam kereta. Aku tidak mahu tingkahnya yang
kadang-kadang lasak itu membuatkan dia terjatuh dari kusyen kereta. Selepas
yakin dengan keselamatannya, barulah aku mula memandu ke rumah mama. Sambil
memandu, sempat lagi fikiranku menerawang jauh mengingati suamiku. Teringat apa
yang jadi sewaktu menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.
Ketika
itu, aku sedang mengandungkan Rafique. Usia kandunganku ketika itu sudah pun
mencecah enam bulan. Tiba-tiba saja, aku mengidamkan pizza. Bukan pizza yang
dibeli atau ditempah, tetapi pizza yang dibuat sendiri oleh suamiku.
“Sayang,
abang mana reti nak buat pizza. Kalau setakat masak nasi goreng ke, buat lauk
cincai-cincai tu bolehlah abang masak. Tapi pizza...”
“Alaa...
Risa nak jugak! Tak kira, abang tetap kena masakkan pizza untuk Risa!” Aku
berkeras. Tetap mahukan pizza hasil air tangannya.
Zafril
menggaru-garu kepalanya. Hendak tergelak aku melihatnya, tetapi aku tetap
menahan. Dia mengeluh panjang. “Abang nak buat macam mana?”
“Resepi
banyak apa kat dalam internet. Abang cari ajelah, mesti ada punya,” ujarku
tidak mahu mengalah.
Dia
menggeleng-gelengkan kepala. Redup renungannya menghala ke wajahku. Aku tahu,
dia cuba meminta simpati tetapi aku tetap berdegil.
“Empat
bulan Risa bawak perut ni tanpa abang. Kalau Risa mengidam nak makan apa-apa,
abang tak ada pernah ada dengan Risa. Salah ke kalau kali ni Risa nak makan
masakan abang?” Aku bersuara sedih. Bukan dibuat-buat, tetapi itulah yang aku
rasai waktu itu.
Dia
menghela nafas. Tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. “I’m sorry, okay?” ucapnya. Dahiku dikucup perlahan.
Kolam
mataku berkaca tiba-tiba. Aku menundukkan kepala.
“Okey,
okey... Abang janji, nanti abang buatkan pizza tu untuk sayang. Okey?” Zafril
mencuit daguku.
Aku
mendongak memandang wajahnya. “Janji?”
Dia
mengangguk sambil tersenyum. “Janji.”
Dan
aku terus memeluknya dengan erat. Aku tahu dia pasti akan menunaikan apa saja
permintaanku. Walaupun pada awalnya dia tidak tahu bagaimana mahu memasakkan pizza
untukku, dia tetap berusaha. Sampailah pada malam ulang tahun perkahwinan kami
yang pertama, dia menghidangkan pizza hasil air tangannya sendiri untukku.
Walaupun rupanya langsung tiada rupa pizza yang sebenar, aku tetap gembira.
Keharuan menyapa sudut hatiku.
“Tak
sedap eh?” Zafril menyoal perlahan. Raut wajahnya berkerut. Mungkin bimbang
dengan penerimaanku.
Aku
tersenyum memandangnya. Walaupun rasanya tidak seperti yang aku harapkan,
tetapi aku tetap gembira kerana dia sudi memenuhi permintaanku. “Kurang...”
jawabku jujur.
Dia
mengeluh kecewa. “Sorry...” ucapnya.
Aku
tersenyum. “Kenapa pulak sorry?”
“Yalah,
sebab abang tak mampu nak penuhi permintaan sayang. Padahal bukannya berat
sangat pun...”
Aku
memegang tangannya, sekali gus mematikan kata-katanya. “Ada tak Risa mintak
abang masak sedap-sedap?” tanyaku.
Dia
terdiam dengan muka blur. Aku senyum
lagi. “Walaupun kurang sedap, Risa dah cukup happy sangat sebab abang sudi masakkan untuk Risa. Abang jangan
risau, Risa akan habiskan jugak pizza ni. Okey?” Sebelah mata aku kenyitkan
padanya.
Dia
terkejut hingga hampir ternganga. “Eh, tak payahlah... Nanti kang Risa muntah
pulak makan pizza yang tak sedap ni...”
“Tak
apa, Risa okey. Walaupun kurang sedap, tapi Risa nak makan jugak. Tahu tak
sebab apa?”
Dia
menggeleng.
“Sebab
pizza ni... abang yang masak,” sambungku. Dua tiga saat berlalu sebelum aku
dapat melihat senyuman manis pada bibirnya. Dahiku dikucup sayang.
“Thanks, sayang...”
“Sama-sama,”
balasku bersama perasaan riang yang tak dapat diceritakan.
Aku
membelok masuk ke halaman rumah papa dan mama. Kedatanganku disambut dengan
senyuman oleh kedua-dua orang tuaku itu. Berebut-rebut kedua-duanya mahu
mendukung dan mencium Rafique. Aku yang melihat, hanya mampu tertawa senang
hati.
ESOKNYA selepas menghantar Rafique ke rumah umi, aku
memandu menuju ke rumah Shamin. Awal-awal lagi aku sudah berjanji untuk pergi
ke masjid bersama-sama dengannya. Memang setiap hari Ahad, masjid yang terletak
dekat dengan rumah Shamin mengadakan ceramah agama. Bayaran sedikit pun tidak
dikenakan. Ilmu ikhlas yang mahu diperturunkan oleh Ustazah Habsah. Jadi tidak
salah rasanya kalau aku mahu menyertai ceramah itu. Bukannya satu kerja yang
sia-sia, malah aku boleh mendapatkan banyak ilmu agama yang sangat cetek dalam
diriku ini. Mendengar dan mengamal, insya-Allah balasannya pahala daripada Yang
Maha Esa.
“Allah
menjadikan wanita itu sebagai makhluk yang sangat istimewa. Wanita dijadikan
sebagai anak, isteri dan juga seorang ibu...”
Aku
mendengar dengan penuh asyik. Setiap patah kata yang keluar dari mulut ustazah
itu aku cuba fahami dan cuba menghayatinya dengan mata hati. Tidak perlu buku
catatan, cukup sekadar menyimpan semuanya dalam fikiran dengan niat ikhlas
kerana Allah Taala.
“Sesungguhnya,
nikmat Allah itu terlalu besar untuk mahkluk yang bernama wanita. Bukan saja
pangkat ibu yang sungguh mulia, tetapi juga pangkat seorang isteri.
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul akan menjadi
pendamping suaminya di syurga kelak dan akan memperoleh kenikmatan yang sama
dengan penghuni-penghuni syurga yang lain... sesuai dengan amalnya di dunia
selama ini...”
“Tentunya
setiap wanita Islam di muka bumi ini mahu menjadi penghuni syurga, bukan?
Persoalannya, bagaimana mahu menjadi wanita yang dipilih Allah untuk menjadi
penghuni syurga? Hakikatnya, wanita yang bakal menjadi penghuni syurga adalah
seorang wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya.
Ada banyak ciri-ciri wanita penghuni
syurga ni. Yang pertama, wanita itu haruslah bertaqwa. Allah S.W.T telah
menggambarkan dalam Al-Quran tentang beberapa ciri orang yang bertaqwa...
Di
antara Firman-Nya yang bermaksud : Iaitu mereka yang beriman kepada
perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian
rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab
al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan
sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah
yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh
kejayaan... (al-Baqarah : ayat 2-5).”
“Ciri
yang kedua, beriman kepada Allah S.W.T., Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya,
Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahu pun yang
buruk. Ciri yang ketiga, bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembahkan
melainkan Allah Yang Satu, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya,
mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan
haji bagi yang mampu...”
Aku menunduk. Timbul keinsafan dalam
diriku mendengar setiap patah kata-kata itu. Terasa betapa banyaknya kekurangan
dalam diriku ini.
“Yang keempat, ihsan... iaitu
beribadat kepada Allah seakan-akan melihat Allah. Walaupun dia tidak dapat
melihat Allah, dia tahu Allah melihatnya...
Yang kelima, ikhlas beribadah
semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya,
takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan
bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan
yang diberikan kepadanya...”
Aku terus ralit mendengar. Banyak
lagi ciri-ciri yang disenaraikan Ustazah Habsah. Makin aku mendengar, semakin
aku terasa betapa banyaknya kekurangan pada diriku ini. Betapa ceteknya
pegangan agamaku selama ini. Timbul kesedaran dalam diriku untuk membaiki
semuanya ke arah yang lebih baik.
“Itulah ciri-ciri wanita ahli
syurga. Adakah kita semua ini termasuk dalam golongan itu? Mungkin ya, mungkin
jugak tidak. Masa yang ada inilah peluang untuk kita perbaiki mana yang silap
dan setiap kekurangan dalam diri kita...” ujar ustazah itu lagi.
“Ustazah, tadi ustazah ada menyebut
tentang isteri kaum Mukminin yang taat kepada Allah dan Rasul. Boleh tak
ustazah jelaskan lagi tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya? Maksud saya,
bagaimana mahu menjadi seorang isteri yang sempurna di mata suami dan mengikut
syariat Islam...” Salah seorang yang hadir dalam ceramah itu mengemukakan
soalan. Aku diam, sabar menanti jawapan daripada Ustazah Habsah.
Ustazah itu tersenyum panjang sebelum
menjawab, “Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud : Sesiapa sahaja isteri yang
meninggal dunia sedang suaminya reda terhadap pemergiaannya, maka ia akan masuk
syurga...”
“Cuma persoalannya, bagaimana mahu
menjadi isteri yang disayangi dan diredai suami? Bukanlah sesuatu yang sukar
ya, puan-puan. Adalah wajib bagi seorang isteri untuk merendahkan pandangannya
di hadapan suaminya, tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya
termasuk juga hartanya, menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya
biarpun sewaktu sibuk atau susah, meminta izin suaminya untuk keluar dari
rumah...”
“Nabi S.A.W.. bersabda bermaksud : 4
perempuan yang berada di neraka adalah perempuan yang kotor mulutnya terhadap
suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya
bersamanya ia mengherdiknya, perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa
yang di luar kemampuan si suami, perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup
kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah S.W.T. dan
enggan berbakti kepada suaminya (seorang isteri yang bersifat begini akan
dilaknati Allah S.W.T. kecuali bertaubat), wanita yang tidak menutupi dirinya
dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan
memperlihatkan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki)...”
“WEH,
kau ni asal termenung jauh aje?” Shamin menegur, terus membuatkan lamunanku
bubar. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah terpinga-pinga.
“Kau ni... tengah drive pun boleh berangan? Kau jangan,
Risa... Kang dengan aku sekali jadi arwah,” bebel Shamin.
Aku tergelak kecil sambil terus
fokus memandu. “Tak adalah, aku cuma teringat apa yang ustazah cakap tadi. Kena
sebijik dekat muka aku ni tau?”
“Yang mana?” Shamin buat muka blur.
“Eh, takkan dah tak ingat kut? Kau
pakai memori apa kat kepala tu?” gurauku sambil ketawa.
“Banyaklah kau punya memori!” Shamin
memuncung.
Aku tersengih. “Tak adalah... cuma
aku teringat kenangan lama. Yalah... kau tahulah aku dulu macam mana, kan?”
balasku tenang.
“Kalau kau rasa kau teruk, aku pun
dua kali lima aje tau? Silap-silap, lagi teruk daripada kau.” Shamin mengeluh
panjang. “Dahlah, tak payah ingat lagi. Yang penting sekarang, kita sama-sama
dah berubah. Kau dah ada anak, aku pun tak lama aje lagi dah nak kahwin. So... it’s time for us to think about our
future! Okey?” Shamin tersenyum manis memandangku.
Aku membalas senyumannya itu.
Kepalaku mengangguk-angguk. Benar, apa yang telah berlaku biarkan berlalu. Yang
penting, kami berdua sudah berusaha untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
“Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu
kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha
Pengasih (Surah Hud : 90).”
AKU
melilaukan mata ke segenap ruangan lapangan terbang itu. Dari jauh, aku sudah
nampak kelibat Zafril sedang melambai ke arahku sambil membawa bagasi miliknya.
Aku tersenyum, dengan harapan dia tidak perasan raut mendung yang sejak petang
tadi menghiasi wajahku. Sabar aku menunggu sehingga dia datang menghampiri.
“Assalamualaikum...” ucapnya bersama
senyuman.
“Waalaikumussalam,” balasku.
Tangannya kucapai dan kukucup penuh hormat. “Abang sihat? Ada sakit-sakit tak?”
tanyaku manja.
Zafril tersenyum. “Sihat, sayang. Cuma
rindu kat sayang dengan Rafique aje,” jawabnya.
Aku buat muka. Kononnya tak percaya
dengan apa yang dikatakannya.
“Betul... Nasib baik kita kat tempat awam sekarang. Kalau tak dah lama
abang peluk cium sayang kat sini jugak tau?” ujarnya dengan muka yang
dibuat-buat serius.
Aku tertawa halus. Lengannya kupaut mesra. “Jom balik,” ajakku.
“Rafique mana?” Dia bertanya sewaktu kami berjalan mendapatkan kereta
yang terletak di tempat parkir.
“Tadi Risa hantar kat rumah umi. Nanti kita singgah rumah umi kejap k?”
jawabku. Tanganku menekan kunci penggera kereta.
Zafril mengangguk sambil memasukkan begnya ke dalam bonet belakang
kereta. “Sini kunci...” pintanya.
“Nak buat apa?” Aku bertanya dengan lagak bodoh.
“Nak makan. Lapar...” jawabnya selamba.
Pantas aku mencubit lengannya.
“Aduh... sakitlah, sayang. Orang baru aje balik, dah dapat cubitan. Bukannya
nak bagi kiss ke, hug ke...”
“Haa dah, jangan nak mengarut,” pintasku laju membuatkan dia ketawa.
“Sinilah kunci... biar abang drive,”
pintanya lagi. Tangan kanannya ditadahkan di depan mataku.
“Abang kan baru sampai, mesti penat, kan? Jadi apa kata abang duduk kat
sebelah tempat pemandu tu, rehat. Biar Risa yang drive.” Aku memberi cadangan sambil tersenyum manis
semanis-manisnya.
Dia angkat kening. “Abang tak biasalah duduk sebelah kalau naik kereta
dengan Risa. Bak sini kunci, biar abang drive...”
“Tak payah. Abang rehat aje, biar Risa yang drive,” balasku juga tak mahu mengalah. Kunci kereta di tangan aku
sembunyikan ke belakang, seolah-olah dengan cara itu dia tidak akan dapat
mengambilnya.
Dia tersenyum, penuh makna. “Betul ni?”
Aku mengangguk sungguh-sungguh.
“Degil eh? Orang nak drive tak
nak kasi...” Pipiku dicubit perlahan.
“Alaaa... abang tu yang tak tahu bersyukur tau? Orang dah suka rela nak drive ni, terima ajelah... Tak payah nak
banyak songeh. Dah, dah... pergi masuk,” arahku pura-pura tegas.
Zafril ketawa sebelum terus masuk ke kereta. Aku pula masuk ke tempat memandu.
WALAUPUN
jam sudah menunjuk ke arah 11.00 malam, aku tetap menyediakan makanan untuk
Zafril. Katanya, dari tengah hari tadi dia belum sempat menjamah apa-apa
makanan dan dia rindu mahu makan masakanku. Entah apa yang bestnya masakanku yang langsung tak best tu. Bila aku katakan padanya begitu, dia dengan senyuman
menjawab, “Biarlah tak best bagi
orang lain, tapi dah cukup best bagi
abang. Kalau sayang masak hati nyamuk cecah sos pun abang telan tau? Air tangan
isteri tu kan pengikat hati suami?”
Aku tersenyum mengingati
kata-katanya itu. “Tunggu apa lagi? Makanlah... Tadi cakap lapar, kan?” tanyaku
bila melihat dia hanya diam duduk di kerusi makan. Malah asyik pula dia
merenung wajahku.
“Duduk sini kejap...” Zafril menarik
tanganku untuk duduk di sisinya. Aku menurut.
“Kenapa?” tanyaku hairan.
“Kenapa abang tengok sayang tak
berapa nak ceria aje hari ni? Ada yang tak kena ke?” soalnya perlahan. Nadanya itu
benar-benar menyentuh hatiku.
Aku menggeleng. “Tak adalah, Risa
biasa aje...”
“Tak biasa. I can feel it...” bisiknya.
Aku terdiam. Tunduk merenung jemari
sendiri. Tiba-tiba aku terasa jemariku digenggam erat.
“Cuba cakap dengan abang... Kenapa
ni? Ada apa-apa yang jadi ke sepanjang abang kat Sarawak?” Dia tetap mendesakku
untuk bercerita.
Aku hembus nafas panjang. Wajahnya aku
tatap. “Abang... abang rasa Risa okey tak?”
Zafril mengerutkan dahi memandangku.
“Maksudnya?” Jelas dia tidak faham dengan maksud soalanku tadi.
“Tak adalah...” Aku serba salah mahu
berterus terang apa yang aku rasakan ketika ini. “Risa rasa... Risa tak layak
untuk hidup sebagai isteri abang. Banyak sangat benda yang kurang dalam diri
Risa. Kadang-kadang Risa rasa... abang berhak dapat wanita yang lebih baik
daripada Risa. Risa tak layak untuk lelaki yang baik macam abang...” Esakan
yang cuba kutahan akhirnya keluar juga. Aku menunduk bersama air mata yang
menitis perlahan ke pipi.
“Ya Allah...” Zafril mengeluh
panjang. “Kenapa cakap macam tu? Abang tak pernah rasa Risa tak layak untuk
abang...”
“Tapi...”
“Sayang... dengar sini.” Tanganku
digenggam erat-erat. Perlahan kepalaku diangkat untuk memandang wajahnya. Dia merenung
redup ke dalam anak mataku. “Abang tak pernah harapkan wanita yang sempurna
sebagai isteri abang sebab abang tahu, abang sendiri pun tak sempurna. Cukuplah
abang ada seorang isteri yang boleh gembirakan abang masa abang sedih, yang
boleh bagi semangat pada abang tiap kali abang jatuh, yang boleh jaga abang
masa abang sakit, yang mampu sayang dan cintakan abang walau apa pun yang
terjadi...”
Aku terdiam. Kata-katanya itu
meresap masuk jauh ke dalam hatiku. Sungguh aku tersentuh... terharu dengan
keikhlasan yang dia tunjukkan untukku.
“Allah dah pernah duga kita, tapi
Risa tetap setia dengan abang, tetap terima abang, tetap maafkan segala salah
dan silap abang selama ni. Itu semua dah cukup untuk abang. Qarissa Puteri
Binti Rashid... hanya Risa satu-satunya wanita di hati abang. Insya-Allah...
sampai bila-bila selagi Allah tak tarik nyawa abang...” bisiknya lagi. Tanganku
yang masih dalam genggamannya dikucup lembut.
Hatiku disapa keharuan. Tanpa kata-kata,
aku terus memeluknya dengan erat. Bagaikan tidak mahu melepaskannya lagi. Hanya
Allah yang tahu betapa dalam cintaku buat dirinya. Dan aku tahu cintanya buatku
juga begitu.
“Dahlah... jangan sedih-sedih lagi. Lepas
ni, abang tak nak dengar sayang cakap macam tu. Sayang isteri yang cukup
sempurna untuk abang. Abang selalu reda dengan apa yang sayang buat, sebab
abang nak Allah hadiahkan syurga untuk sayang nanti...” ucap Zafril lagi.
Aku tunduk mengucup tangannya. “Terima
kasih, abang...” ucapku sendu.
Dia mengusap kepalaku sebelum
menghadiahkan satu ciuman pada ubun-ubunku. Dalam hati, aku melafazkan syukur
kepada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya, aku terlalu bersyukur kerana dikurniakan
suami sesempurna Zafril. Dia yang mampu membawaku ke syurga kelak...
DALAM
kedinginan dinihari, aku bersujud kepada Dia Yang Maha Esa, Dia yang tidak
pernah tidur, Dia yang tidak pernah jemu mendengar setiap doa hamba-hamba-Nya.
Berimamkan Zafril, aku memohon dengan hati yang penuh rasa hina, merayu agar
rumah tangga kami sentiasa dilimpahkan rahmat-Nya sehingga ke akhir hayat kami
berdua.
“Ya Allah ya Tuhanku, Engkau Yang Maha
Pengampun, Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang... ampunkanlah segala
dosa-dosa kami, dosa-dosa orang-orang tua kami, doa seluruh umat-Mu di muka
bumi ini. Ya Allah... Engkau Yang Maha Besar, Yang Maha Menentukan setiap
sesuatu yang terjadi atas muka bumi ini... Kami memohon pada-Mu dengan penuh
rasa kerdil, kurniakan keluarga kami rahmat-Mu. Semoga setiap langkah yang kami
ambil dipenuhi dengan reda daripada-Mu. Berikanlah kami kekuatan untuk melalui
setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat
yang soleh dan solehah, yang bersujud hanya untuk-Mu... Sesungguhnya, hanya
Engkaulah Tuhan yang layak disembah. Engkau Yang Maha Besar, Ya Rabb...”
Air mataku menitis jatuh ke pipi. Aku
bersyukur pada-Mu ya Allah atas nikmat yang Engkau kurniakan pada diriku ini.
Tiada apa lagi yang aku harapkan dalam dunia ini selain kebahagiaan dan
kesejahteraan yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Engkau terus
membimbing hatiku ini ke jalan yang Engkau redai... jalan yang akan membawaku
ke syurga-Mu yang abadi...
Inilah
mahar ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Seperti ini ku mampu
Sepenuh hati ku berikan
Sebagai wujud cinta ku
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan ku nyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
Mahar ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada diri mu satu yang ku pilih
Mahar ku untuk mu aku karunia
Yang ALLAH berikan pada ku untuk mu
........................
“ … dan barangsiapa taat kepada
Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir
di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan
yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13).
-TAMAT-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sob3~ *ambik tisu lap air mata* Sedih... sebab lepas ni saya akan berpisah dengan Zafril dan Qarissa... Tak dapat lagi nak berkisah pasal diorang ni. Nanti kalau rindu, bacalah KPH lagi k? hehe~ Maaf untuk segala kekurangan, kalau ada salah info ke apa. Almaklumlah, ilmu agama masih lagi cetek di dada ini. Tapi saya berusaha untuk menambahkannya dari hari ke hari. Semoga puas hati dengan karya saya kali ni. Terima kasih semua... <3<3<3
~end
Subscribe to:
Posts (Atom)