++ Suntikan Semangat! ++

Friday, June 29, 2012

- Something About SHDM -

Assalamualaikum...

Malam ni takde update pape. Cuma nak kongsi 'something about SHDM'. Kalau suka boleh baca, kalau tak sila abaikan saja. :-)

Status Hati : Dia Milikku atau tajuk asalnya Dia Milikku diilhamkan masa aku masih di tingkatan 5 (tahun 2010) *sangat2 berhingus lagi masa tu. hehe*. Macam mana idea ni boleh datang? Sebab masa tu... aku memang gila sangat baca novel. Tapi, tak pernah sekali pun jumpa novel yang mana dalam cerita tu, si heroin yang mengurat si hero. Mostly mesti si hero yang buat macam2, sanggup redah lautan berapi, hutan belantara demi cinta kepada si heroin. Heroin pulak? Berserah dan mengalah pada takdir, terima saja dugaan yang datang bertimpa2 demi secebis kebahagiaan *sangatlah puitis. konon! :P*

Pada satu hari, kakak aku tetiba bersuara "Tak ada ke novel heroin yang mulakan langkah dulu untuk mengurat hero?". Dannnnnnnnnnnnn.... daripada situlah keluarnya idea untuk menulis SHDM. ;-)
Tapi masa tu kan sekolah... tak banyak masa, so aku cuma boleh rangka idea dan simpan idea tu elok2 dalam kepala *dalam masa yang sama jugak aku tulis KPH dalam buku log biru*. Sampailah akhir tahun lepas *dalam bulan 10 macam tu* aku start tulis cerita ni dalam bentuk manuskrip. Alhamdulillah, tak sampai dua bulan pun semua dah settle. :-)

SHDM mengisahkan tentang seorang gadis bernama Illsya Kirana yang cantik, popular dan punya ramai peminat. Tapi tak ada seorang pun yang mampu pikat hati dia. Dalam masa yang sama, emak dia kat kampung tak habis2 asak dia bila nak kahwin. Oleh sebab rimas dengan asakan sama hari2, dia pun minta emak dia carikan jodoh untuk dia. Dan daripada situlah dia kenal lelaki bernama Edryzal tu. :-)

Edryzal yang keras, ego, dingin dan air batu tu sikit pun tak tunjukkan rasa minat dia pada Kirana. Sebab tulah Kirana rasa tercabar, dan dia nekad untuk pikat Edryzal, buat Edryzal jatuh cinta pada dia sebelum tarikh pernikahan mereka tiba.

...................


“Kenapa awak setuju dengan rancangan mama awak untuk datang meminang saya? Saya tahu, awak buat semua tu bukan sebab awak ada perasaan pada saya. Tapi sebab awak tak nak kecewakan mama awak. Betul, kan?” - Kirana.


“Mama aku yang nak sangat masuk meminang kau. Apa lagi yang boleh aku kata kalau dia dah beria-ia sangat?” - Edryzal.


...................


Bermula dari saat tu, macam2 cara Kirana buat untuk lembutkan hati Edryzal. Paksa Edry temankan dia ke sana ke mari, mintak Edry buat tu buat ni untuk dia... semuanya! Edry walaupun rimas dan sakit hati, dia tetap turutkan jugak setiap permintaan Kirana. Am I right?

Kat sinilah, aku selalu dapat komen plot berulang2, meleret2, selalu main tarik2 tali sampai tali tu pun dah putus. Mungkin ada jugak yang tak suka sebab dalam cerita ni, nampak sangat si Kirana tu terhegeh2 kat Edry tu, kan? Ya... aku tahu dan aku faham semua tu. Sebab tu aku tak marah kalau orang cakap SHDM ni plot berulang2 banyak sangat. Dah memang aku create dia macam tu. Kalau plot tak berulang, tak nampaklah usaha Kirana untuk pikat Edry, kan? Takkanlah dalam masa yang singkat, si Edry tu betul fall in love dengan Kirana. Jadi... semuanya kena ikut flow yang betul. I'm not saying apa yang aku buat ni bagus, tapi inilah hakikat sebenar plot SHDM. Aku harap takde yang pertikaikan lagi sebab memang plot SHDM berulang2. That's the truth. :-)

...................


“Lain kali bila dah tahu demam tu, jangan nak degil tak nak makan ubat.”


“Awak tahu tak saya tengah pening sekarang? Jangan tambahkan pening saya boleh tak?”


“Aku cuma cakap. Kang kalau aku tak nasihatkan, kau cakap aku ni tak pedulikan kau pulak.”


..................


“Warna biru tak sesuai dengan kau.”


“Sesuai ke tak sesuai, awak peduli apa? Suka hati sayalah nak beli warna apa pun!”


“Bila aku senyap, kau cakap aku tak pedulikan kau. Tapi bila aku bersuara, kau pulak tak nak dengar. Yang mana satu kau nak sebenarnya?”


“Kalau apa yang awak cakap tu setakat nak menyakitkan hati saya, baik tak payah!”


..................


“Kenapa?”


“Hmm… saya… saya…”


“Apa dia?”


“Saya… rindukan awak.”


.................


“Ada apa awak call ni?”


“Tak boleh ke kalau aku call?”


“Bukan tak boleh. Cuma pelik ajelah. Awak mana pernah call saya pun sebelum ni. Kalau ada pun, jarang sangat tau? Awak rindu saya eh?”


“Aku tak kata pun.”


..................


Pengikut2 setia SHDM *kalau adalah kan.. heheh* , mesti tertanya2 kenapa Edryzal keras macam tu? Sebenarnya, ada sesuatu yang terjadi beberapa tahun dulu yang menyebabkan dia jadi pasif macam tu. Apa yang jadi? Takleh bagitau... kena tunggu sampai kuar versi cetak, insya-Allah. ;-)

Ada yang tanya, sampai bila diorang nak main tarik tali macam ni? Usaha Kirana nak pikat Edryzal tu membuahkan hasil ke tak? Tak berani nak cakap sebab aku tak reti nak judge karya sendiri. Kalau aku judge jugak, aku akan cakap "Novel aku tak best. Tak layak terbit, so tak payahlah korang baca." .Tapi bila ada yang baca dan hargai karya aku, dah tentu aku rasa bersyukur yang amat. Thanks alls. Saaaayang korang. :')

....................


“Hmm… Edry, pasal apa yang saya cakap tadi tu, awak buat-buat lupa dahlah ek?”


“Yang mana?”


“Yang… yang...”


“Yang… kau cakap kau sayang aku? Kenapa pula nak suruh aku lupa?”


“Err… yalah… kalau…”


“Kalau aku tak nak lupa?”


“Emm… kalau… emm… suka hati awaklah!”


“Dah malam ni. Pergilah naik...”


“Okey, saya naik dulu. Good night.


“Tidur malam ni mimpikan aku.”


....................


Bila saat2 bahagia mula menyinar, ada badai lain pula yang datang, hampir memusnahkan semuanya. Apa tindakan Kirana bila sedar hati dia dah terlanjur cintakan Edryzal? Edryzal pulak macam mana? Boleh ke dia lepaskan Kirana, gadis yang dah mula dapat tempat di hati dia?


...................


“Awak tak payahlah nak nafikan lagi. Saya tahu, awak masih tak boleh lupakan dia, kan? Patutlah sejak akhir-akhir ni awak berubah. Awak dah tak ada masa untuk saya. Rupa-rupanya, kekasih lama awak dah datang balik. Seronok kan dapat jumpa balik dengan dia?”


“Kirana… aku...”


“Saya nak balik.”


“Kirana…”


“Tolong jangan ganggu saya. Beri saya masa untuk fikirkan tentang kita.”


..................


“Apa lagi yang awak nak jelaskan? Semuanya dah jelas, Edry! Awak memang ada hubungan dengan dia, kan? Gambar tu buktinya!”


“Kirana, tolonglah dengar penjelasan aku dulu. Aku tak tahu macam mana gambar ni boleh ada kat sini. Aku tak tahu apa-apa! Masa Lena hantar gambar ni, aku langsung tak tengok…”


“Bohong! Cukuplah apa yang awak dah buat pada saya, Edry. Saya dah tak sanggup lagi nak teruskan semua ni…”
..................

Mampu tak Kirana dan Edryzal menoktahkan hubungan mereka dalam ikatan pernikahan?
...................

I’m sorry that I hurt you
It’s something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That’s why I need you to hear
I’ve found the reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you…
And the reason is you…
And the reason is you…

......................................

Nanti aku akan update satu lagi bab untuk SHDM dan lepas tu akan dihentikan. Bukan apa, untuk mengelakkan pembaca rasa bosan. heheee. *macamlah bila keluar novel nanti orang tak bosan*. Apa2 pun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih sebab korang sudi baca SHDM walaupun cerita tu tak best *bukan nak merendah diri atau apa, tapi itu kenyataan*. Terima kasih tau! Lebiuuuuuuu. :')


~end


Tuesday, June 26, 2012

- Review KPH by Kak Aziela -

Assalamualaikum semua...

Hari ni jumpa lagi satu review KPH daripada seorang reader. Siapa? Tentunya Kak Aziela yang rajin sangat singgah blog ni dan baca karya2 kat sini. Okey tanak cakap banyak, ni review yang dicedok dari blog Kak Aziela *thanks kak. Saya hargai sangat3 :')*

------------------------------------------


Sebenarnya kita peminat tegar karya Ayumi Syafiqah nie. Start addicted dengan karya dia melalui blog beliau iaitu Biola Tidak Berdawai. Mula2, kita ingatkan dia memang seorang penulis profesional. Menggagau pergi ke merata2 kedai buku nak cari buku dia, tapi hampa.. Hahahahha. Bila tanya dia dalam blognya, barulah tahu yang manuskrip pertama beliau masih dalam proses. Setelah berbulan-bulan sabar menunggu...akhirnya masa yang di tunggu, tiba juga. Karya pertama beliau di terbitkan oleh pihak Kaki Novel. Memang berbaloi sungguh.

Atas niat untuk menghargai karya ini, kita order direct dengan penulis. Alhamdulillah, dah beberapa minggu terima dan habis membacanya pada hari yang sama. Sanggup tidur lewat masa tu. Tapi memang berbaloi sungguh. Anyway, mehlah kita imbas sikit kisah dalam novel nie.

Kau Pemilik Hati ialah kisah percintaan selepas perkahwinan. Heronya(Zafril) memang cintakan heroin (Qarissa), tapi heroin tu terpaksa kawen. Kenapa? Kena baca baru tau.

Tapi dalam pada menyemai percintaan mereka, Zafril sebagai suami sangat bersabar melayan dan membentuk isterinya ke arah mewujudkan sebuah institusi keluarga sempurna. Oleh itu, kesabaran Zafril akhirnya terbayar apabila usahanya sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Sayangnya, setelah cinta telah bertapak kukuh dalam jiwa dan raga Rissa, pengalaman hitam lalu dalam kehidupan Rissa tiba-tiba muncul. Zafril yang sekian lama bersabar dan ikhlas meladeni isterinya, pincang juga dalam melangkah sebagai pemimpin. Rissa kecewa. Tindakannya setelah kekecewaan melanda telah menggegarkan dunia Zafril. Oh, bukan saja Zafril, tapi seisi dunia yang mengenali Qarissa Puteri itu. Apakah tindakannya dan apakah kesudahannya? Selamilah dengan jiwa dan mata hati anda sendiri...

Personal review kita, secara ringkasnya, gaya penulisan yang standard untuk novel cinta. In fact memang tak sangka langsung yang penulisnya nie masih muda belia dan bergelar pelajar lagi. Kita memang betul2 ingatkan dia seorang penulis profesional yang dah ada deretan novel di pasaran.


Namun, as a human, adalah error sikit di sana dan sini. Proof reader pun x perasan kot. Cumanya, sesuai dengan usia penulis, setiap babak romantis di tulis dan dikembangkan dengan berhati-hati. Maklumlah, mind settingnya masih ada sempadan2 yang harus di patuhi. Tapi, yang paling touching sekali adalah antara babak-babak terakhir di saat Qarissa dan Zafril sama-sama menanggung duka. Puncanya, hanyalah kerana tidak berkomunikasi di antara satu sama lain. Kesengsaraan mereka itu adalah gambaran betapa dalamnya cinta mereka berdua untuk satu sama lain. Tak tahu macam mana Ayumi lakukan, tapi ianya memang berbekas di hati. U work your magic, girl...


Sedikit silap di sana dan sini, kita rasa adalah perkara biasa. Adalah a few, tapi since kita dah notedkan dalam phone yang mana sim card dan memory cardnya dah takkan digapai lagi, maka kenalah study semula.... Tp itu bukan utk tatapan public. Maaflah. Hanya untuk penulis sahaja nanti. (Eleehh..mcmlah BIG sangattt... kecohh jer kita kan...hihihihi...)

So, untuk mereka2 yang menanti ulasan kita, harap ini memadai...

Kepada Ayumi : U r going to have a brighter roads ahead

cc : Aziela @ My Rainbow

------------------------------------------

Special thanks to Kak Aziela untuk review yang sangat2 menyentuh hati ni. Yalah... budak baru belajar ni macam tak layak nak dapat pujian yang tinggi melangit. Apa pun, I really3 appreciate it. Thanks kak. :')

~end


Sunday, June 24, 2012

- Road Tour KN in JB -

Assalamualaikum...

Hai kawan2. Baru aje balik dari berjimba2 dengan geng KN dan banyak lagi geng *GHN, GGNF dan beberapa geng lagi tak ingat. hehe*. First time aku join ni. Join atas nama Ayumi Syafiqah penulis Kau Pemilik Hati. *eceh.. bunyi macam megah walau hakikatnya.......*

Antara novelis yang join masa tour ni, Acik Lana (Aku Bukan Mistress & Maaf Jika Aku Tak Sempurna), Sha Ibrahim (Biarkan Ia Berlalu & Dia Segalanya), Arasharrina (KEA), Auni Amauni (Mampu Mencintaimu), Eliza AB (Hatimu Milikku), Tulip Ungu (Aku Untukmu) dan Rafina Mimi Abdullah (Sayang Cikgu Ketat-Ketat). Okey tanak cite banyak2, jom tengok gambar! *ekceli gambar2 ni bukan semua aku punya. Ada jugak aku curik kat fesbuk orang lain. hehehe*

Mereka2 yang datang memeriahkan event. ;-)

Wajah2 novelis yang tak bersalah. haha :P

Novelis2 dan staf2 KN. :-)

Ni masa kat JPO. Dah lepas shopping sume. ;-)

Masa sesi signing. Novelis baru KN, Kak Tulip Ungu dan Kak Rafina Mimi Abdullah. :-)

Kak Arasharrina, novelis KEA. ;-)

Acik Lana, novelis Aku Bukan Mistress dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna. ;-)

Kak Auni Amauni, novelis Mampu Mencintaimu. ;-)

Sangat meriah ok. Walaupun mula2 tu kekok yang hamat... tapi lama2 okeylah. Bolehlah nak duduk satu meja pastu borak2 dengan akak2 novelis tu. hehe. Yang paling aku risau, takut takde yang datang nak mintak sign aku. Tapi Alhamdulillah... ada jugak. Walaupun tak sepanjang queue Acik Lana dan Sha Ibrahim, tapi tu dah cukup berharga untuk aku. Thanks tau pada yang datang bawak KPH dan jugak yang beli kat sana. Lebiuuuuuuu. ;-)

Masa sesi signing tu sempat lagi mintak sign Acik, Kak Auni dan Kak Ara. hehehe. ;-)

Cop lipstick merah menyala Acik Lana. ;-)

Cop kepala bear Kak Arasharrina. ;-)

Yang ni walaupun takde cop, tapi ucapan yang sangat menyentuh hati daripada Kak Auni Amauni. ;-)

Terima kasih sangat2 pada Kaki Novel sebab sudi bawak Cik Ayumi ni join sekali tour tu. Pada semua yang terlibat, terima kasih juta2 lemon dan mangga k. Buat akak2 novelis yang langsung tak sombong, baik2 dan kelakar, thanks sangat2 sudi jadi kawan budak baru belajar ni. Dan special thanks untuk Kak Eliza AB yang sudi menumpangkan rumah dan kereta dia untuk saya. Jasamu dikenang. Sob3~~~ *capai tisu, lap air mata*

Hope lepas ni ada lagi peluang nak gather2 macam ni. Sayang uolls semua. Muahhh3. heheeee. ;-)

psssttt... dah beli novel KN bulan 7? Cepat2 order tau. :-)



~end


Thursday, June 21, 2012

- Mampu Mencintaimu ~ Haris & Sarah -

Assalamualaikum...

Hai2. Sihat dak? Hope kawan2 sihat2 sume ye. :-)
Malam ni nak wat review novel. Kalau hari tu novel KEA, kali ni nak review untuk kembar KEA pulak. Novel Mampu Mencintaimu karya Auni Amauni, terbitan Kaki Novel keluaran Mei 2012. ;-)


Novel Mampu Mencintaimu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sarah Humaira yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tak dikenali. Walaupun mula2 Sarah bantah habis-habisan, sebab dalam masa yang sama permohonan dia untuk sambung master di US dah diluluskan, tapi mak dan ayah dia tetap nak dia terima lelaki tu. Lama2 dia pun terimalah jugak. Tapi masa nak kahwin tu, Sarah langsung tak peduli siapa bakal suami dia, nama apa, asal keluarga mana, kerja apa, buat apa, dan apa2 sume dia tak nak tahu. Memang betul2 terpaksalah tu. Sampailah hari akad nikah, Sarah masih tak nak ambik tahu siapa suami dia tu. Lepas dah sah jadi isteri orang pun, dan masa suami dia sarungkan cincin kat jari, dia tunduk aje, tetap tak nak tahu siapa lelaki tu.

Sampailah malam tu... dia akhirnya tengok jugak muka lelaki tu. Dan dia terkejut bila dapat tahu lelaki tulah yang selama ni duk kacau dia hari-hari, lelaki tu jugaklah yang selalu kena silat gayung dengan dia tau. Apa lagi, mengamuklah dia. Sian kat suami dia tu *masa ni touching sikit. Sampai hati dia buat gitu kat suami dia tau. sob3 :'(* . Suami dia tu dahlah kurus kering, gigi jongang, langsung tak hensem *okey statement yang sangat jahat. hehe sorry Kak Auni ;-)* . Dia pun mintak kat suami dia, nak sambung master kat US, kebetulan masa tu jugak suami dia dapat tawaran kerja kat UK. So diorang pun berpakat, konon2 Sarah nak ikut suami dia ke UK padahal bila sampai airport, diorang naik flight lain2.

Masa pun berlalu. Lima tahun lepas tu, Sarah balik Malaysia dan dapat kerja kat sebuah syarikat, kat situlah dia kenal dengan Haris Safwan. Hensem, poket boleh tahan penuh, bekerjaya, suka mengusik, dan banyak lagi ciri2 yang boleh buatkan aku meleleh air liur *okey itu dah lebih. Mana ada sampai leleh2 air liur k. Tak senonoh! haha* . Dalam masa yang sama, Sarah kenal jugak dengan seorang lelaki bernama Kamal Ikhwan. Masa ni aku tertanya2 lah jugak, siapa manusia berdua ni? Suami Sarah yang dulu tu mana?

Baca punya baca, rupa-rupanya suami Sarah tulah Haris Safwan. Yesss! Tekaan aku betul. *sorak sorang2 macam orang tak betul. kekeke* . Haris dah lain dah... dah transform jadi orang baru. Badan sasa, gigi pun dah tak jongang, makin hensem uolss! *jeles kejap dengan Sarah sebab dapat suami hensem nak gila. hehehe* . Sarah tak kenal sangat2 Haris. Sepanjang tempoh lima tahun tu, dia tak pernah sekali pun balik kampung. Tiap kali call mak ayah, selalu terlepas bila dorang tanya pasal Haris. Ohh lupa, sampai lepas lima tahun pun, Sarah masih tak tahu nama suami dia k. Tapi masa tu dia dah mula rasa bersalah sangat2. Dia tahu dia dah derhaka dengan suami dia *derhaka ko... bisa je bunyi. huhu*. Si Haris ni pulak happy laa dapat jumpa balik dengan isteri yang terchenta. Macam2 dia buat untuk pikat Sarah. :') *kalau aku dapat hubby macam Haris ni, hari2 ngadap muka dia je sanggup! :P*

Lepas tu apa jadi? Okey takleh cite lebih2. Korang nak tau, sila beli dan baca sendiri. hihihi~

Apa yang aku suka pasal novel ni? Opkos laa watak si hero yang romantik nak gila tu. hahaaaaaa. Romantik sangat okey *kelip2 mata, berangan nak dapat hubby cam Haris gak :P* Elemen sweet ada, romantik ada, sedih ada, geram ada... nak2 pulak masa part konflik tu. Rasa nak ganyang aje si Wani tu tau! *masa ni rasa cam nak campak je novel ni tapi tak jadi. Sayang beb! :P* . Tapi kat last2 tu, aku rasa macam si Wani dengan Johan tu macam comel je. Tak tahu kenapa! *1st time suka kat watak jahat di hujung2 cerita*. Paling aku suka, bila Haris tak cepat melenting bila rumah tangga dia bergoyang. Apa jadi pun dia tetap percayakan Sarah. Terharu okey. :')

Plot yang diceritakan secara smooth, takde rushing, takde kalut kilat apa sume. Sannnntek je ok. ;-)
Gaya bahasa Kak Auni pun santai aje. Takde berat2 sangat. Ohh ya, mungkin masa mula2 tu agak baku sikit tapi bila dah semakin lama hayati cerita ni, gaya bahasa semakin improve and aku boleh enjoy je baca *walaupun memakan masa hampir sebulan baru habis. hehehe*

So korang, apa tunggu lagi? Kepada hantu novel kat luar sana, cepat2 lah dapatkan novel ni. Harga rm20 tu sangat berbaloi untuk buah tangan Kak Auni Amauni ni ok. ;-)

psstt... Kak Auni, tahniah! :-)

~end



Friday, June 15, 2012

- Review KPH by Miss Liya -

Assalamualaikum...

Okey dah berhari2 gak tinggal blog ni kan. Dah bersawang2 pun ni haa. *ambik kain, berdiri atas kerusi, lap siling yang penuh dengan sawang* . Hari ni takde nr3 novel. Bukan takde, cuma belum ada. Nanti aku hapdet ye? :-)

Hari tu dah share 1 review from Mrs Yie. Hari ni nak share 1 lagi review from Miss Liya kita ni. Memandangkan tulisan2 kat blog dia tak boleh nak copy, so aku print screen jelah.*Liya, jangan marah akak curik apa yang Liya tulis ni tau. hehehe ;-)* ..

*-*-*-*-*







cc : Miss Liya

*-*-*-*-*


Dear Liya, akak terharu tau baca apa yang Liya tulis ni. Kekadang tu rasa macam tak percaya. Bukan apa, sebab akak ada gak terjumpa komen2 pedas untuk KPH ni. Tapi takpe, dah memang tu adat dalam dunia penulisan kan? Pape pun, thanks sangat2 Liya. Lebiu so strong tau! ;-)


Bagi korang yang belum dapatkan KPH, dah boleh carik kat kedai2 buku. Kalau rasa teragak-agak, boleh rujuk review ni atau review satu lagi kat [SINI] .. Pastu fikir sendiri berbaloi atau tak kalau beli. Tak ada paksaan okey. Saya pasrah dan menyerah. hihi :-)

~end


Monday, June 11, 2012

- Status Hati : Dia Milikku -

Bab 13



SELEPAS tamat penggambaran, Kirana terus mendapatkan keretanya. Setelah menghidupkan enjin, dia teringatkan Edryzal. Jam di dashboard ditoleh sekilas. Sudah pukul 5.30 petang. Perut tiba-tiba terasa lapar memandangkan dia tidak sempat makan tengah hari tadi. Lantas, Kirana mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan untuk menghubungi Edryzal.
            Agak lama Kirana menanti, barulah taliannya berjawab. “Edry, awak ada kat mana sekarang?” tanya Kirana. Tidak peduli apa juga yang difikirkan lelaki itu sekarang.
            “Kat ofis. Kenapa?” tanya Edryzal dengan suara mendatar.
            “Tak balik lagi ke?” Kirana mengerutkan muka.
            “Kalau dah balik, tak adalah aku kat ofis ni.” Sinis Edryzal membalas.
            Kirana terkedu.  Fine!
            “Nak apa kau call aku ni?” tanya Edryzal lagi.
            “Saya ingat nak ajak awak teman saya makan. Saya lapar, tak sempat nak makan tengah hari tadi.” Kirana terus ke hajat utamanya.  Dia menggigit bibir, menanti balasan Edryzal.
            “Aku sibuk.”
            Memang Kirana sudah agak itu yang bakal keluar dari mulut lelaki itu. “Takkanlah teman saya sekejap pun tak boleh?” Tidak semudah itu dia akan mengalah.
            “Sekejap ke, lama ke, aku sibuk. Kau tak faham ke?” Dingin suara Edryzal membalas.
            Kirana menahan perasaan. “Sekejap aje. Please…” Dia melembutkan suara. Kalau cara kasar tak boleh, diharap cara lembut akan dapat melunakkan hati Edryzal yang keras itu.
            “Apasal tak ajak orang lain aje? Kawan-kawan kau ke? Tak pun, kau ajak aje Kak Ema tu. Dia tu bila-bila pun free,” balas Edryzal selamba.
            “Saya boleh ajak orang lain. Tapi masalahnya, saya nak ajak awak. Tak faham bahasa ke?” Kirana memulangkan paku buah keras. Memang dia sakit hati, tapi tetap tidak mahu mengalah.
            Edryzal mengeluh.
            “Kalau awak tak nak makan sekali pun, temankanlah saya sekejap. Susah sangat ke? Kalau awak tak nak pergi jauh-jauh, saya pergi hotel awak sekarang. Makan kat sana pun okey,” ujar Kirana lagi.
            Tiada jawapan balas daripada Edryzal.
            “Atau awak nak saya keluar makan dengan lelaki lain?”
            “So?” Selamba jawapan balas Edryzal.
            “Saya tahu, memang awak tak kisah. Tapi cuba awak bayangkan, kalau mama awak nampak saya keluar dengan lelaki lain, apa yang dia akan fikir? Kalau dia tanya saya, jawapan saya senang aje. Awak yang tak pernah peduli pasal saya.” Kirana separuh mengugut. Biarlah dikata perempuan tak tahu malu sekali pun. Dia tiada cara lain lagi untuk memaksa Edryzal.
            Edryzal merengus. “Kau datang sini. Aku tunggu kat kafe.” Talian dimatikan serta-merta.
            Kirana tersenyum puas.


EDRYZAL hanya diam sepanjang menemani Kirana makan. Matanya meliar ke sekitar kafe. Memandangkan jam sudah hampir ke angka 7, sudah tidak ramai yang mengunjungi kafe itu.
            “Cepatlah sikit makan tu. Dah nak dekat maghrib ni.” Edryzal bersuara juga akhirnya.
            Kirana memandang jam tangan. “Belum pukul 7.00 lah. Sempatlah tu nak solat,” jawabnya dengan riak wajah selamba.
            Edryzal merengus. “Kau datang sini, tak takut ke ada peminat nampak?” Entah bagaimana soalan itu boleh keluar dari mulutnya.
            “Kalau diorang nampak, apa ek diorang akan fikir? Illsya Kirana dilihat masuk ke hotel untuk berjumpa dengan seorang lelaki?” Kirana tersenyum mengena. “Dan lelaki tu, dah sah-sahlah awak. Kena gosip dengan awak, saya tak kisah,” balasnya masih selamba. Sudah mendapat ‘formula’ bagaimana mahu melawan kata-kata sinis Edryzal.
            Edryzal terdiam. Terkena dia dengan kata-kata gadis itu. Kalaulah apa yang dikatakan itu menjadi kenyataan, pasti dia juga akan terkena tempias populariti Kirana. Ish, manalah mama jumpa minah senget ni?
            “Nak sikit?” Kirana menawarkan daging stik di dalam pinggannya.
            Edryzal hanya menjeling sekilas.
            Kirana tertawa kecil. Dia tahu Edryzal marah. Tapi tak mengapa, dia tetap tidak akan putus asa. “Kak Ema dengan Yus dah balik ke?” soalnya. Sekadar mahu mengajak Edryzal berbual.
            Edryzal menyandar di kerusi. “Dah.”
            “Dua-dua dah balik?” tanya Kirana lagi.
            “Dah. Tak dengar ke?” Edryzal menekan suara.
            “Dengar, cuma nak kepastian.” Kirana mencemik. “Habis, kenapa awak tak balik lagi?”
            “Aku balik malam biasanya,” jawab Edryzal perlahan. Matanya terhala ke arah lain.
            “Kenapa? Banyak kerja ke? Kak Ema dengan Yus tak banyak kerja pulak ek?” Becok mulut Kirana bertanya itu dan ini.
            “Kalau aku balik awal pun, bukannya ada apa yang aku boleh buat,” balas Edryzal, sekadar melayan pertanyaan Kirana.
            “Habiskanlah masa dengan family. Saya ni kan, kalau boleh nak aje balik kampung, spend time dengan keluarga saya. Tapi tulah, dah kerja nak buat macam mana? Kerja saya tak menentu. Merata tempat saya pergi. Awak kan kerja kat sini aje. Daripada duduk kat ofis tu sampai malam, baliklah rumah. Dapat jugak dinner sama-sama dengan family,” celoteh Kirana sesuka hatinya. Kalau di awal perkenalan dia sering gugup berdepan dengan Edryzal, kini tidak lagi setelah di‘belasah’ oleh kata-kata Edryzal yang menyakitkan hati tempoh hari.
            “Banyak cakap pulak kau ni, kan?” Edryzal rimas.
            Kirana tersengih. “Saya kan pengacara, mestilah cakap banyak. Awak tengok tak rancangan Jejak Santai yang saya hoskan tu?” soalnya lagi.
            “Tak,” jawab Edryzal sepatah.
            “Kenapa tak tengok? Cerita tu best tau? Ramai yang bagi feedback positif kat saya,” cerita Kirana lagi tanpa diminta. Jus epal di dalam gelas disisip perlahan.
            Edryzal diam. Tidak berminat menyampuk cerita Kirana itu.
            “Hari tu saya buat penggambaran kat sini. Kalau awak ada, tentu saya temu ramah awak jugak. Tapi hari tu, saya cuma jumpa Kak Ema dengan Yus aje,” sambung Kirana lagi.
            Edryzam tetap diam. Hanya memasang telinga mendengar cerita Kirana walaupun dia sudah mula berasa bosan.
            “Edry, awak dengar tak apa saya cakap ni?” tanya Kirana bila Edryzal hanya menyepi tanpa sebarang reaksi.
            “Aku dengarlah.” Edryzal mengeluh bosan.
            “Dah tu kenapa diam aje?”
            “Habis kau nak aku cakap apa?” Edryzal merenung wajah Kirana.
            Kirana terdiam. Dia memang selalu kalah dengan renungan itu. “Tak apalah. Saya pun dah habis makan. Nak balik dah pun,” balasnya, sedikit berjauh hati.
            “Dah habis? Bagus. Aku pun banyak lagi kerja nak buat kat atas tu.” Edryzal bangun. “Tahu jalan keluar, kan? Kat depan tu aje pintu.” Habis berkata-kata, dia terus berlalu tanpa mengukirkan walau sebaris senyuman untuk Kirana. Senyuman daripada para pekerja juga hanya dipandang sepi.
            Kirana memandang langkah Edryzal dengan rasa tak puas hati. Macam tu punya kayu pun, ada juga ek orang minat? Gumam hatinya geram.


NYANYIAN perlahan Edryzal terhenti bila terdengar suara mama memanggil namanya. Tanpa bertangguh, dia segera turun ke balkoni dan kembali ke bilik. Mama dilihatnya sudah bertenggek di birai katilnya. Edryzal mendekati.
            “Buat apa kat atas tu?” tanya Dahlia.
            “Ambil angin aje,” jawab Edryzal sambil menyandarkan gitarnya di sisi katil.
            “Edry dengan Kira macam mana? Okey?” tanya Dahlia tanpa bertangguh lagi. Dia cukup suka sekiranya Edryzal dapat menerima Kirana. Dia tahu anak lelakinya itu pernah terluka kerana seorang perempuan. Dan harapannya, Kiranalah pengubat luka di hati Edryzal.
            “Biasa aje,” jawab Edryzal acuh tak acuh. Sebenarnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan hubungannya dengan Kirana. Langsung tiada rupa orang yang bakal berkahwin.
            “Kenapa? Edry tak cuba baik-baik dengan dia ke?” Dahlia mengorek cerita.
            Edryzal mengeluh. “Entahlah, ma…”
            “Janganlah macam tu. Mama rasa, Kira tu memang sesuai dengan Edry. Dia tu budak baik, cantik pun cantik. Walaupun bertudung, dia tak pernah kalah bila bergaya tau? Nak banding dengan perempuan bandar yang lain, dia jauh lebih cantik.” Pujian Dahlia melambung tinggi pada Kirana. Wajah Edryzal direnung lembut.
            Edryzal menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak tahu apa yang harus dijawab.
            “Boleh mama tahu, apa perasaan Edry pada Kira?” tanya Dahlia lagi.
            “Edry baru aje kenal dia, ma. Tak tahu lagi macam mana,” jawab Edryzal terus terang. Dia akui, Kirana memang menarik hati. Tetapi, hatinya masih belum merasakan apa-apa perasaan istimewa pada gadis itu. Dan tidak keterlaluan jika dia mengatakan, dia setuju untuk berkawan dengan Kirana hanya kerana itu kemahuan mamanya. Dia tidak mahu mama kecewa jika dia menolak.
            “Kalau mama masuk meminang dia, macam mana?” cadang Dahlia tiba-tiba.
            Spontan kepala Edryzal tertoleh pada mama. Bulat matanya merenung wajah mama yang jelas ceria dengan hasrat hatinya itu.
            “Mama masuk meminang dia. Edry tunang dulu dengan dia. Bila dah lama sikit, baru kahwin. Macam mana?” Dahlia jelas teruja dengan cadangannya itu. Dia tahu, Edryzal pasti akan setuju. Edryzal tidak seperti Yusrizal. Walaupun luarannya Edryzal nampak lebih keras daripada Yusrizal, tapi Edryzal lebih menurut kata berbanding adik kembarnya itu.
            “Mama serius ke ni?” Edryzal bertanya, ingin kepastian.
            “Yalah. Kenapa, Edry tak setuju?”
            Edryzal diam seketika. “Suka hati mamalah. Kalau tu yang mama nak, Edry ikut aje,” jawabnya akhirnya. Malas berfikir panjang.
            Dahlia tersenyum lebar. “Betul ni?”
            Edryzal mengangguk.
            “Okey, nanti mama bincang dengan papa. Lepas tu kita hantar rombongan ke rumah Kira ya?”
            Edryzal hanya diam mendengar rancangan mamanya itu.




*-*-*-*-*



~bersambung~




Sunday, June 10, 2012

- she inspires me ~ Kea Alyissa -

Assalamualaikum...

Hai kawan2. Hari ni 'no entry' for SHDM and SC. heheeeee. Hari ni aku nak wat review novel pulak. Lama tak wat review novel kat sini kan? Novel yang terpilih kali ini ialah *ayat macam nak menang award je* novel KEA. Novel keluaran Kaki Novel bulan Mei 2012. :-)

Novel yang dibeli masa PBAKL @ PWTC ;-)

Walaupun takde sign Kak Ara, tapi Kak Ara bagi sticker. Siap dengan ucapan lagi tu. eheee. Comel kan? :-P

Yang ni aku letak kat belakang. Comel uolss. ;-)

Eh eh nak jugak yang kat belakang tu. hihi. Itulah kawan2 KEA. ;-)

Apa tu KEA? Actually it's not 'apa tu' but it's 'siapa tu'. KEA ALYISSA seorang gadis yang periang, berperwatakan ceria, manja, comel tapi di sebalik perwatakan dia tu, dia sebenarnya seorang yang sangat kuat. How I wish I could be as strong as her. :-)

KEA mengisahkan tentang cerita cinta antara Kea Alyissa dan Haikal Hakimi. Kea ni doktor pelatih kat sebuah hospital. Dari situlah dia kenal Haikal, seorang lelaki yang kacak lagi tampan yang menghidap kanser otak stage two. Huhu... Mula2 tahu tu macam seram sikit nak baca. Yelaa, takut gak kalau2 ending dia tak happy. Memang tak dapat terima laa kan. Lepas beli aje, terus belek muka surat belakang. Dan tersengihlah diriku ini bila melihat Haikal dan Kea hidup bahagia. haha *ayat takleh blah la ko Ayumi :P*

Okey2, kembali ke pangkal jalan. Mula2 diorang kenal, perang mulut laa jugak. Si Haikal tu tak dapat terima kenyataan yang dia sakit dan jangka hayat dia mungkin dah tak lama aje lagi. Semua tu bagi tekanan pada dia. But everything changes bila dia kenal Kea. Graf bacaan makin naik bila Kea nekad nak ikut Haikal pergi Cherating walaupun masa tu dia tak kenal sangat lagi dengan Haikal. Dan, segala2 nya bermula di sana.....

Haikal sedar cinta untuk Kea dah mula berputik dalam hati dia tapi dia cuba nafikan sebab dia tahu dia takkan dapat bahagiakan Kea. Umur dia dah tak panjang. Tapi, Kea bukan jenis yang mudah mengalah. Dengan semangat yang dia ada, dia cuba yakinkan Haikal yang Haikal masih boleh sembuh. Dan dia jugak yakinkan Haikal, cinta dia pada Haikal cinta yang betul2 cinta, bukan sekadar perasaan kesian semata2.

"Haikal... tolong halalkan hubungan ini. Tolong halalkan hubungan kita dengan setulus hati. I mahu menjaga you hingga ajal yang memisahkan kita..." - Kea Alyissa.

Dan atas kesungguhan Kea tulah, Haikal setuju untuk mengahwini Kea. :') *tak pasal2 aku pulak yang terharu lelebih hehehe*

"Kea... sudah lama I fikirkan hal ni... sejak you minta I untuk halalkan hubungan ni lagi. You masih ingat? I nampak kesungguhan you masa tu. I tahu you akan selalu ada untuk I dan akan sentiasa menjaga dan menyayangi I sepenuh hati you... I dapat rasakan kasih sayang you, Kea... I mahu jadi suami you, walaupun cuma untuk seketika... I mahu..." - Haikal Hakimi.

Terbinalah mahligai cinta yang penuh kebahagiaan. What I like the most about this novel is, novel ni tak banyak sangat unsur flirt tapi elemen2 sweet tak usah diceritakan. Sweet tahap diabetes kronik tau! hehehe. Couple Haikal dan Kea ni memang laa tersangat comel. Paling suka part masa Kea cakap "memain eh... memain..." Erghh... rasa nak cubit2 je pipi Kea tu. hehe ;-)

Scene peberet, masa Haikal buat surprise untuk Kea. Naik helikopter! Wah, best tuuuuuu. *to my future husband, nanti nak suprise cani gak boleh? hahaha :P* . Masa ni terharu sangat, sampai menitis air mata aku ni tau.... *___*

You hold my hand when I am weak and falling, you whisper words and it vanished all my regret... Every moment spent with you is like a beautiful dream come true... and until now, I cannot imagine my life without you, your warm love... Please, please do not leave me, I don't know how I am, who I am without you being there with me, you are my blood, you are my heart, you are my life, you complete me...

*okey, lap air mata jap*

Tapi, bukan namanya cinta sejati kalau tak diduga *lagi ayat takleh blah dari Ayumi*. Dalam bahagia melayari rumah tangga, datang pulak insan lain yang tetiba memporak peranda kan semuanya. Tapi, Kea tetap tabah. Kuat hadapi semua dugaan yang datang. Walaupun Haikal tak percayakan dia, sanggup halau dia keluar rumah, dia tetap sayang Haikal macam takde pape yang berlaku. Masih ambik berat pasal Haikal, suami yang dah hampir2 buang dia hanya kerana fitnah. Tapi mujurlah semua tu tak lama. Alhamdulillah, semuanya kembali normal dan Kea kembali berbahagia bersama Haikal. :') *lagi sekali terharu*

KEA memang tabah. Dan ketabahan dia tu macam jadi inspirasi untuk aku. Apa jadi pun, lalui hidup ni dengan penuh ketenangan dan keceriaan. Smile even in pain *lyiana adenan, akak pinjam ayat awak ni tau. hehe* Aku nak jadi kuat macam Kea, ceria macam Kea, sabar macam Kea, dan hidup untuk lihat orang yang disayangi bahagia... macam Kea. :') *ini statement ikhlas dari hati, bukan nak bodek Kak Ara tau. hihi*

Selain dari kisah yang penuh kasih sayang yang romantis ni, aku suka dengan cara garapan Kak Ara Sharrina. Siyes, cara garapan yang santai. Aku baca pun enjoy aje. Tak perlu garap ayat bunga2 cinta mekar setaman. Cukup setakat garapan yang boleh buat orang senyum bila tiba part sweet + kelakar + romantik, dan boleh buat orang mengalirkan air mata bila tiba part sedih + leleh + jiwa kacau.

Aku tak malu nak ngaku yang aku memang nangis masa baca KEA ni. Air mata meleleh2 tanpa dapat ditahan uolss. Actually KEA tak lah terlalu sedih tapi aku macam dapat feel 'something' masa baca dan sebab tu laa air mata ni sampai boleh menitis. wuwuwu T____T

Akhir kata, segunung ucapan tahniah buat Kak Ara for your first novel. Walaupun baru novel pertama, tapi dah cukup perencah dan perasa. Novel second nanti Kak Ara jangan lupa campur perisa coklat sekali tau? Mesti lagi best nanti. eheeeeeeee.

Okey2, cukup sampai di sini saja. Kak Ara, okey tak review ni? Buat seikhlas hati ni tau. ekekeke. Am waiting for your second novel. All the best! weeeeeee ^___^

~end


Thursday, June 7, 2012

- Cara Ayumi Menulis ;-) -

Assalamualaikum...

Tuk! Tuk! Tuk! *ketuk2 pintu, jenguk kepala ke dalam* Hai kawan2. Sihat tak? Hope semua sihat ye comelians sekalian. :-)

Hari ni tanak update n3 novel. But tetiba terasa nak share something dengan kengkawan semua. *kalau rasa tanak baca or menyampah dengan tulisan hamba ini, silakan tekan butang X kat hujung sebelah kanan anda. hihi* . Ni bukan nak bagi tips tau, jauh sekali nak mengajar korang2 semua cara menulis yang betul. Aku just nak share cara aku menulis selama ni. Manalah tau dengan sedikit 'saham' dari aku ni, penulis2 muda macam aku ni boleh gunakan untuk jadi panduan. *aku muda lagi tau, baru nak masuk 19 tahun. hehehe*

1 -- Proses pertama sebelum mula menulis ialah, aku akan cuba dapatkan first view cite yang aku nak tulis. Contoh, aku rasa macam nak tulis cite budak2 sekolah. Kat fikiran aku sekarang, ada gambaran seorang budak perempuan yang berkenalan dengan seorang lelaki yang agak pasif kat sekolah. Pastu nanti dia akan jatuh cinta kat lelaki tu. Lelaki tu pun sama gak. Pastu... pastu.... (pandai2 lah fikirkan sambungannya). Oh ye, itulah Aishiteru...! Anyone dah baca? heheehe. ;-)

2 -- Dah dapat gambaran awal cite tu, aku akan cuba create beberapa watak untuk dimasukkan dalam cite tu. Aku ambik contoh, KPH. Aku nak wat cite pasal kahwin paksa. Qarissa kena paksa kahwin dengan Zafril atas sebab2 tertentu. So untuk menjayakan proses perkahwinan tu, haruslah ada scene2 yang relate antara 1 sama lain sehinggalah sampai part kawen. Kat sinilah karakter memainkan peranan. Bagi aku, plot sesuatu cerita tu mempengaruhi jenis karakter dalam sesebuah novel. Jadi wujudlah watak Qarissa yang garang2 manja dan Zafril yang nakal2 sewel. kekeke :-P

3 -- Idea dah ada, karakter dah ada. Langkah seterusnya, duduk sorang2 kat satu tempat yang sunyi (contoh, dalam bilik/ bilik air), tak pun baring atas katil sambil layan lagu, fikirkan idea2 yang menarik/fresh untuk dimasukkan dalam cerita tu. *okey aku tahu idea2 aku bukan menarik/fresh sangat pun but at least, kita cuba jugak k*. Lepas tu, setiap idea yang datang jangan lupa CATAT! Kalau tak catat jadi apa? Takut nanti tetiba hilang ingatan, terus tak ingat idea tu kan. hehehe. So nak selamat, catat laa kat mana2 aje pun. Kalau cam aku kan, aku catat aje kat memana pun. Paling senang, dalam henfon. Sebab tu henfon tu kena ada dekat dengan aku setiap masa. Kalau henfon tu duk jauh, tu maknanya aku tengah takde mood atau jiwa kacau. hehehe. Ni contohnya :-)

Tulisan2 yang dah dikaburkan. Sorry, takleh tunjuk. hehehe ;-)

Camnilah lebih kurang rupanya. Tulis pun sume short form takut tak muat pulak note pad tu. hehe...

Idea tu akan datang bebila masa aje. Tak kira tempat dan waktu. Masa paling best berangan, masa dalam kelas. hehe. Kalau dalam kelas tu tetiba je idea datang, aku terus ambik pensel, bukak buku kat depan mata *tak kisahlah buku apa pun. Grammar atau apa, belasah aje laa janji idea tak hilang. hehe* Pastu terus tulis!

Aku ada story tau. Satu hari tu (masa asasi kat UiTM Kuantan), aku tengah ada dalam kelas Listening and Speaking. Tengah2 khusyuk dengar lecturer cakap tu kan *auta semata, khusyuk laa sangat aku ni kan. :-P*, tetiba idea datang. So aku pun cepat2 tulis. Balik dari kelas, aku langsung tak ingat dah aku ada tulis dalam buku tu. Beberapa hari lepas tu, rumet aku nak pinjam buku sebab buku dia tertinggal kat umah. Aku pun bagi ajelah *tanpa ingat langsung kat dalam tu ada 'nota' penting*. Dia balik kelas petang tu, dia gitau aku yang dia ada terbaca something dalam buku tu. Siap mention nama hero dan heroin sekali! Ohmaaiiii, masa tu rasa nak nyorok bawah katil. Malu dowh! wuwuwu...

Cara lain nak cari idea, aku akan dengar lagu. Dengar bukan setakat dengar, tapi dengar sambil hayati bait2 lirik yang ada. Pastu kalau kuar jenjalan, mata aku ni memang tak reti duduk diam. Aku bagi contoh eh, satu hari aku pegi mall. Then ternampaklah 1 couple ni tengah beli barang2 dapur (tengok cara diorang aku yakin yang diorang memang married couple). Macam sweet aje masa tu. So aku pun kuarkan henfon, terus catat dalam tu. Balik rumah, curahkan atas lembaran putih microsoft word. Tak caye? Cer pi bukak KPH. Ada tak scene Zafril dan Qarissa pegi beli barang dapur kat mall? ekekeke. ;-)

Kalau ada idea lain tapi tak sesuai masuk dalam cerita yang kita tengah tulis, takpe. Catat jugak. Mana tau yang tu nanti boleh guna untuk next story pulak kan? Trust me. It's worth it. :-)

4 -- Lepas tu buat apa? Fikirkan satu scene yang menarik *again, idea aku tak menarik pun ekceli* sebagai pembuka cerita tu. Which means bab 1. Aku penah terbaca satu kata2 dari sorang editor. Bila menulis novel, bab 1-10 tu adalah antara yang terpenting. Kalau dalam 10 bab pertama tu kita dah boleh capture hati readers, insyaAllah readers tu akan terus melekat untuk baca novel tu sampai jumpa perkataan TAMAT. :-)

5 -- Tulis tulis tulis tetiba stuck. Apa nak buat? Kalau aku, aku rilek kejap. Lupakan kejap pasal aje yang berkaitan dengan cerita tu. Try to do something yang akan boleh baiki mood kita balik. Contoh, dengar lagu, tengok TV (drama/movie), kuar jenjalan *I choose beach. hehe* , ambik angin, borak2 dengan kawan2, then insyaAllah eyerything will be back to normal. Pastu barulah boleh sambung menulis. eheeeeeeeeeee. :-)

6 -- Okey dah habis dah. Aku takleh nak share dah sebab lepas dah start menulis, virus M akan menyerang seterusnya membuatkan aku selalu menangguh2 kan proses penyiapan manuskrip. Ahaksss! :-D

Okey2, tanak bebel panjang2 *walaupun ekceli dah panjang berjela*. Hope tulisan aku ni dapat beri manfaat terutama pada adik2 yang baru nak mula belajar menulis. Kalau rasa nak tiru cara mengarut aku ni, silakan aje. Yelaaa, setiap penulis ada cara yang tersendiri kan? :-)

Nak gi sambung bermanuskrip. Nanti aku update SC dan SHDM lagi ye. Thanks comelianssss ;-)

~end


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...