++ Suntikan Semangat! ++

Monday, May 28, 2012

- Kecacatan Dalam KPH -

Assalamualaikum...

Sebagai manusia, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Manusia takde yang sempurna kan? Jadi kalau ada salah silap, harap dimaafkan. InsyaAllah kita akan belajar dari kesilapan. :)

Okey, itulah ayat klise tiap kali kita buat salah. Betul tak kawan2? hehehe. So di sini saya nak susun ayat2 tu besar2 kat depan mata korang sume. Kenapa? Sebab, bila aku baca balik KPH versi cetak, weh! Macam banyak je benda cacat. Haa, jadi sebelum ada yang tegur, baik aku ngaku cepat2. Ye, banyak sangat2 cacat. Nak tau apa? Check this out! :)

*****

1. Aku gambarkan dalam KPH, si Qarissa tu tinggal kat vila papa dia kan? Vila Dato' Rashid gitu uolss. Nama aje vila, tapi tetap guna dapur gas dan kipas berpusing kat siling instead of dapur eletrik dan air-conditioner. :)


--->  “Ya Allah, Risa!” Terjerit Datin Rosiah memandang Qarissa yang melenggang masuk ke dapur. Suzana yang sedang mengacau gulai di atas dapur gas menoleh ke pintu dapur.
            Qarissa kaget. “Kenapa, ma?” soalnya bingung.
            “Risa, boleh tak pakai elok-elok sikit? Risa sedar tak yang kita ada tetamu kat luar tu?” Datin Rosiah tergeleng-geleng melihat cara Qarissa berpakaian.
            “Ma, kan Risa dah biasa pakai macam ni?” Qarissa merengus tak puas hati. Siapa sebenarnya tetamu mereka hari itu? Orang pentingkah?
            “Itu bila tak ada orang kat rumah. Sekarang ni kita ada tetamu. Nanti apa pulak kata dia? Dah, pergi naik tukar baju sekarang,” arah Datin Rosiah tegas. Tidak mahu berkompromi.
            Qarissa berdecit. “Siapa tetamu kita tu sampai Risa tak boleh pakai macam ni?” getusnya masih tak mahu mengalah. Apa hak tetamu itu mahu menghalangnya berpakaian yang dia suka?
            “Risa, siapa pun tetamu kita, Risa tetap tak boleh pakai macam ni. Tak sopan,” balas Datin Rosiah melembutkan suara.
            Suzana menutup api dapur. “Pergilah tukar baju, Risa,” celahnya pula.


--->  Qarissa menarik muka. “Mulalah tu nak fikir yang bukan-bukan!” marahnya.
            Suzana ketawa rancak.
            “Risa cuma tanya je. Tadi dia nampak pelik sangat. Macam orang sakit tenat pun ada,” jelasnya sambil merenung kipas yang berputar di siling putih bilik itu.
            Suzana kembali memandang skrin komputer. “Kenapa Risa tak tanya dia sendiri?”
            “Dah. Tapi jawapan dia macam tak berapa logik!”
            “Dia jawab apa?” Suzana mula tertarik dengan topik yang dibuka Qarissa. Bulat matanya memandang adiknya yang sedang terbaring enak di katil empuknya itu.


Hah, perasan tak? hahaha. Aku baru aje perasan tau. Pastu gelak sorang2 aje. Alaaa takpe, anggap aje yang Dato' Rashid dengan Datin Rosiah tu low profile orangnya. Walaupun kaya, masih kekalkan ciri2 kesederhanaan. :P


2. Kan ke dalam KPH, si Fatin tu benci sangat2 kat Salma? Kan? Kan? But at the end of the story, Fatin kawen dengan *tetttt*, Salma pulak end up dengan *tetttt* . Jadi maknanya, diorang akan ada hubungan kekeluargaan. (hubungan apa tu takleh nak bagitau lagi. Kena baca then baru faham). Jadi lepas tu, diorang dah dikira hidup dalam satu keluarga. Agak2, Fatin boleh ke terima semua tu? hehehe.

Okey, lagi sekali ngaku yang aku tak perasan langsung yang ni masa tulis tu. huhuhu. Sori ye. So bagi yang dah baca, korang anggap ajelah Fatin dan Salma dah berbaik lepas tamatnya cite itu. kihkihkih...

3. Masa Qarissa lari dari Zafril (sebab apa takleh gitau), Salma ada bagitau yang Zafril kem salam kat Qarissa. Padahal masa tu Qarissa tak tahu yang Zafril dah tahu yang dia ada kat mana. Tapi masa tu, dia tak rasa pelik dan curiga pun sedangkan dia memang patut pelik dan curiga. Baca ni...

--->  “Eh Sal, bila sampai?” tanya Qarissa sambil terus melangkah ke ruang tamu.
            “Dekat setengah jam dah. Kau buat dalam bilik tu? Aku balik pun tak sedar,” balas Salma.
            “Tak ada apalah...” Qarissa tersenyum dan duduk di sisi Salma.
            “Erm... suami kau kirim salam,” maklum Salma sambil merenung wajah Qarissa.
            Qarissa tersentak. Mati senyuman di bibir. “Su... suami aku?”
            Salma mengangguk. “Hai... tak ingat dah?” soalnya separa memerli.
            Qarissa mengalih anak mata ke skrin TV. Soalan Salma tidak dijawab. Tidak perlu rasanya.


Err... apa yang ko tulis ni Ayumi? hahaha. Siyes, tak perasan dulu. Sekarang baru perasan. Again, sorry eh. Anggap ajelah masa ni Qarissa tak sempat fikir pun pasal tu. hihihi...

Erm, tu aje kut setakat ni. Entahlah mana tau kut aku lupa. So korang, kalau terjumpa mana2 kecacatan lagi kat dalam KPH, aku susun 20 jari mintak ampun eh. Kekadang tak perasan kesilapan2 kecik tu. Aku tak salahkan editor atau sape2. Memang salah aku sendiri. Yes, I admit it. hihi. :D

pssttt... nanti kita sembang pasal KPH lagik. hehe~

~end


Saturday, May 26, 2012

- Review Kau Pemilik Hati -

Assalamualaikum...

Lupakan sebentar pasal n3 novel ye. Hari ni aku nak share 1 review tentang KPH. Review yang diambil dari blog Mrs. Yie (a.k.a Kak Rafina). Nak ke blog dia klik [SINI] ok. :)

Copy paste. Ni review dia :)

*-*-*-*-*


Kisah ‘Kau Pemilik Hati’ menceritakan tentang Qarisa Puteri dari golongan orang berada yang sering mengikut kata hati dan suka bersosial. Cara kehidupannya serta-merta berubah setelah di paksa berkahwin dengan Adam Zafril iaitu pekerja yang menjadi kesayangan bapa Qarisa Puteri iaitu Dato’ Rashid.

Di sepanjang tempoh perkahwinan, berbagai cara yang di lakukan Adam Zafril untuk mengambil hati Qarisa Puteri. Pada mulanya Qarisa Puteri sukar untuk menerima kehadiran Adam Zafril sebagai suami tetapi lama-kelamaan secara beransur-ansur Adam Zafril dapat melembutkan hati isterinya itu.

Dalam banyak-banyak babak, saya paling suka babak Adam Zafril di paksa menghabiskan asam pedas terlebih garam yang di masak oleh Qarisa. Boleh bayangkan bagaimana wajah Zafril ketika itu menahan rasa masin pada lidahnya tetapi terpaksa di turutkan juga kerana tidak mahu Qarisa berkecil hati.

Last babak yang paling saya suka ketika hampir ke penamat cerita di mana sebiji bola bowling telah terjatuh di atas kaki Zafril ketika Qarisa sedang bermain bowling. Pada ketika itu Qarisa cemburu dan marah sebenarnya apabila Zafril membawa perempuan lain. Saya tidak mahu bercerita lebih apa sebab, kenapa dan bagaimana Zafril boleh terlibat dengan perempuan itu. Saya mahu anda sendiri yang membacanya. Membaca KAU PEMILIK HATI hasil karya Ayumi Syafiqah yang akan berada di pasaran pada bulan Jun ini. Saya jamin, anda pasti tidak akan menyesal apabila mengembara dengan KAU PEMILIK HATI penerbitan KAKI NOVEL

cc : Mrs. Yie


*-*-*-*-*

Thanks byk2 Kak Rafina for this lovely review. Siyes cakap, aku betul2 tak expect akan dapat review macam ni sebab aku rasa KPH tu macam layak untuk dikutuk aje. Almaklumlah, budak baru belajar ni banyak lagi kena belajar dalam hal2 penulisan novel ni. hehe...

Nanti kita pakat2 beli novel Kak Rafina pulak ye. Coming soonnnn~~~


~end



Sunday, May 20, 2012

- Kenangan di ofis KN -

Assalamualaikum...

Kejap2, nak sapu habuk dengan sawang2. Phewwwww~~
hehehe. Aku baru sampai dari KL petang tadi, dalam pukul 6 camtu lah. Macam yang dah aku gitau, aku gi KL nak sign 300 novel pertama untuk yang beli online dengan KN. ehem3, ulang suara. 300 ok. Bunyi macam sikit tapi sebenarnyaaaaaa..... banyak tau. Tapi takpelah, demi mereka yang sudi nak baca KPH yang banyak compang camping tu, aku tetapkan gagahkan jari dan tangan untuk menyain. Cuma untuk yang last2 tu, mintak maaf sikitlah. Ucapan pendek aje then terus sign. Maaf ye? Ampun2... tolong jangan kecik hati atau apa. Maaf sangat2 k. :)

Untuk 80 pertama, aku kasi bookmark. Sorrylah, tak cukup nak bagi semua. Belen lagi aku kasi untuk yang order direct dengan aku. Nah, ni sikit2 gambar yang sempat diambik masa aku kat sana. Ekceli ni bukan dari kamera aku tau. Aku just curik dari album kat fesbuk yang sesapa tag aku. hehehe. Jom tengok jom.... :)

Meriah kan? hehehe.

Ni lah muka2 ceria. :D

Ohmai... mesti rindu gila2 saat ni. Tengok buku2 wane biru tu, rasa hilang penat sekejap. hehe.

Tekun menyain. Sign jangan tak sign. hihihi. Si tudung oren tu, sepupu yang setia menemani. :D

Kak Yus dengan anak dia, Aysha. Sayang akak kita ni tau.... <3

Ni Kak Ros a.k.a Eliza AB. Dah order HM? Cepat pi order tau. hehehe.

Kak Mie dan Kak Alida. <3

Yeay, kita dapat bergambar dengan novelis Eliza Ab. Jangan jeles ye fan  HM. :P

Pagi tadi sebelum pegi stesen bas. Tq Kak Alida :)


Okey dah, tu aje. Comel kan gambar2 tu? hehehe.

Untuk KPH, aku tak harap banyak. Kalau orang boleh terima je pun dah cukup baik. Tak letak harapan nak dapat pujian tinggi setinggi Eiffel Tower pun. Harap orang suka dan boleh terima. Itu saja. :)

Untuk yang order dengan aku dan dah bank in, sila pm bukti pembayaran sekali dengan adress ye. (ayumi_coklat93@yahoo.com) . Oh sebelum lupa, bagi yang tanya pasal Dia Milikku, sabar eh. Nanti aku siarkan balik cite tu kat sini. Bukan kat blog yang lagi satu tu ye. :)

Alang2 buat post bebas ni kan, nak gitau sikitlah. Hari jumaat ni aku ada MEdSI, temuduga untuk kursus perguruan. So, aku mintak sangat2 doa dari korang semua biar aku boleh lalui dengan keyakinan, ketenangan dan kesabaran ye. Saaaaaaaaaayang korang. :)

~end


Monday, May 14, 2012

- KPH extra -




TIGA kali deringan kedengaran sebelum panggilan itu berjawab. Shafni menghidupkan pembesar suara sebaik sahaja terdengar suara Qarissa menyambut panggilan itu.
            “Waalaikumussalam, kak... Akak sihat?” Shafni menceriakan suara agar Qarissa tidak syak apa-apa. Dia mengerling sekilas ke arah Zafril yang khusyuk mendengar suara Qarissa. Mungkin sedang melepaskan rindu yang melangit di hatinya.
            “Sihat... Fini?” balas Qarissa dalam nada suara yang sama. Gembira hatinya mendapat panggilan daripada adik iparnya itu.
            “Fini pun sihat. Akak macam mana kat sana? Okey?” tanya Shafni lagi. Matanya melekat pada sekeping kertas yang sudah tertulis segala soalan yang ‘wajib’ ditanya pada Qarissa. Siapa lagi yang tulis kalau bukan Zafril.
            “Okey. Alhamdulillah... Keluarga Kak Salma boleh terima akak dengan baik. Dia orang anggap akak macam keluarga dia orang jugak,” cerita Qarissa ceria.
            “Iya?” Shafni menoleh pada Zafril. Abangnya itu dilihatnya tersenyum nipis. Lega barangkali. “Baguslah kalau macam tu. Habis tu bila akak nak balik sini?” Diaju pula soalan yang seterusnya.
            Qarissa diam beberapa saat sebelum menjawab, “Boleh ke orang terima akak kalau akak balik sana?”
            Jantung Zafril berdetak mendengar soalan itu. Terasa hingga ke dasar hati.
            “Kenapa akak cakap macam tu?” tanya Shafni bila melihat riak wajah Zafril berubah.
            Terdengar Qarissa ketawa kecil. “Betullah, kan? Akak tak diperlukan kat sana. Baik akak kat sini. Hati pun tenang,” balasnya dengan suara mendatar, tanda hati tidak bersetuju dengan kata-katanya itu.
            Zafril tidak sanggup lagi mendengar. Dia terus merampas telefon bimbit itu dari tangan Shafni. Sepantas kilat juga Shafni menyambar kembali.
            “Abang!” marah Shafni dengan mata terjegil.
            Qarissa terkejut. Kaku dia seketika.
            Zafril mengeluh. Dia bangun dan terus berlalu keluar. Shafni hanya mendengar enjin kereta dihidupkan sebelum terus kereta Zafril itu dipecut laju.
            “Fini? Ke... kenapa tu?” Cuak Qarissa bertanya. Adakah...
            “Err... tak ada apalah, kak. Fini ada kat mall ni. Tadi ada siapa entah yang langgar Fini. Nasib baik tak jatuh handphone ni.” Shafni mereka cerita. Perasaan bersalah makin menebal.
            “Ohh...” Qarissa tidak terkata apa. Hatinya rasa lain macam.
            “Hmm... okeylah, kak. Fini dah sampai kat kaunter. Nanti ada masa Fini telefon akak lagi. Bye.” Shafni terus mematikan talian.


*-*-*-*-*



Bila kepercayaan semakin hilang, cinta yang sekian lama mekar mula memudar...



Friday, May 11, 2012

- Ada yang nak order KPH ke? -

Assalamualaikum...

Semalam lepas KN umumkan novel keluaran bulan 6, kemain kecoh lagi fesbuk ai... >___<  (ayat perasan bagus) .. Ramai yang pm bertanyakan pasal camne nak beli KPH. Okey, ada 3 cara eh. Yang pertama, boleh order direct dgn Kaki Novel. Caranya, pergi ke website KN, klik [SINI] .. Kat sana ada cara2 nak beli online dgn KN. Untuk yang jadi ahli, dapat potongan harga 4 hengget dan postage tak yah bayar. *dah rasa macam jadi promoter KN je ni. hehehe*. Oh ya, KN bukak order start Isnin ni ye. Cecepat tau. 300 pertama akan dapat tanda tangan cik penulis. *wowo... macam lawa je sign ko tuh!* .. Cara ke2, beli kat kedai. Yang ni mungkin lambat lagilah sebab stok tak masuk kedai lagi. Bila masuk kedai? Aku tak pasti. Mungkin minggu2 depan atau bulan depan. Harga 20 hengget. ^^


Cara yang ke3, beli dengan aku. Aku jual 50 je, terhad eh. Sekarang ni dah ada 25 orang yang order, so tinggal lagi 25. Cara nak beli? Boleh inbox kat fesbuk, ataupun request masuk grup. Link grup boleh klik kat tepi ni --->
Pastu gitau nak beli KPH ye. Atau pun bagi yang susah nak masuk fesbuk, atau memang takde fesbuk (terutamanya buat Kak Aziela yang salu komen2 kat blog ni. hehehe... saya sebut nama akak ni special tau). Boleh hantar emel ke ayumi_coklat93@yahoo.com.  Bagitau nak order KPH. Cecepat ye, takut nanti dah habis.

Untuk free gift, aku bagi bookmark special ajelah eh? Nak buat keychain, mug, notepad, tshirt atau yang lain2 tu, takde modal la y'olss! Kasi bookmark aje pun okeylah kan? hehehe... Harga dengan aku, 22 sekali dengan postage. Untuk Sabah Sarawak 25. Okey tak?

Sebarang perubahan harga akan diberitahu kemudian. Aku cuma nak nama je sekarang ni. Camne nak bayar nanti kita cite kemudian eh? hehe...

Thanks tau support KPH! <3<3

~end


Thursday, May 10, 2012

- Impian Jadi Nyata -

Assalamualaikum semua kawan2 yang comel.. hehehe... untuk sehari dua ni, kita lupakan kejap pasal AMC ye. Ni aku nak share something dengan korang. Cover Kau Pemilik Hati ! :)


Sinopsis :

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. 
Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?


*-*-*-*-*


Tampar pipi kanan! Eh eh... aku tak mimpilah. Memang impian aku dah menjadi kenyataan. Subhanallah... Alhamdulillah... tak de ucapan lain lagi dah selain rasa gembira yang tak terhingga ni. hehehe....

Angan2 budak sekolah yang betul2 dah jadi kenyataan. Terima kasih, ya Allah!
Juga pada yang support KPH selama ni. I know ramai silent readers. But still, aku terhutang budi dgn korang. Sob3.... *ambik tisu lap air mata*

Ada yang nak beli dengan aku tak? Kalau ada, cepat2 request masuk grup aku ye. Limited eh... dalam 50 aje kot aku jual nanti. Selebihnya, kena beli direct dengan KN ataupun tunggu masuk bookstore ye. Apa2 pun, terima kasih byk2. Tak tau dah nak cakap apa lagi. Senyum, tak yah cakap apa2. :):):)

pssstt... Aku pergi sign novel kat ofis KN sabtu depan insyaAllah ^^

~end


- Jom Kenal Kau Pemilik Hati -

Assalamualaikum...

Hari ni kan... kan... tadi pagi on Cheffy, cam beselah nak berfesboking sambil sambung taip manuskrip kan, aku dapat emel dari pihak KN. Tengok subjek je pun dah teruja nak mampos. Tau nape? Sebab Kak Sue emel kat kita cover novel Kau Pemilik Hati! Ecehhh... senyum sampai nampak gusi. hihihi.

Siyes, rasa nak pitam kejap tengok cover, siap ada nama sendiri tertulis kat situ... Cover yang sangat tenang mata memandang. Nak tengok tak? Nak tengok tak? heheeee. Sorry, takleh kasi lagik. Kita tunggu sampai KN umumkan secara rasmi, then baru aku share kat semua readers ye? eheeee. :)

Malam ni nak mengimbau balik kenangan2 masa aku start tulis KPH. Kau Pemilik Hati atau tajuk asalnya Kau Inderaku. Aku sendiri yang request nak tukar tajuk. Nape? Entahlah... tak dapat nak dipastikan sebabnya. hihihi. Aku tanya kawan2 sekolah dulu, macam2 cadangan tajuk diorang kasi. Then came out with Kau Pemilik Hati. Tu final title yang aku dapat, and aku rasa sedap aje bunyinya. Kan? Kan? Kan?

Okey, aku mula tulis KPH masa aku form 4, yakni masa tu aku baru 16 tahun. So dah boleh bayangkan berapa tahun usia KPH tu kan? hehehe. Masa tu sekolah lagi, aku takde masa 24 jam macam sekarang nak duduk mengadap Cheffy. Oh ya, masa tu Cheffy tak wujud lagi ye. So aku cuma mampu tulis secara manual dalam buku log warna biru. Dua buah ye! Yang satu tu nipis je, sambung lagi dengan satu lagi buku. Tapi 2nd book tu tak sampai separuh pun. Maknanya banyak lagi belen muka surat yang masih tak guna masa tu.

Ni dia KPH masa dulu2 tu...

Ni dia dua buah buku log biru tu. Yang bawah buku pertama, yang atas buku kedua. :)


Nampak tak tulisan2 yang hodoh tu? Yang atas pen biru, yang bawah pen hitam :)

Kalau terror, cer teka babak ni ada dalam bab berapa? hehe :)


Hah yang ni pulak, bab berapa? hihi ;)


Okey, abaikan tulisan2 yang cantik tu ye? Tengok gambar aje. hehehe. Readers aku masa ni, opkos bebudak kelas. Rajin betul diorang baca karya aku yang cincai ni. Ouchhh... terharu guling2. T___T

Lepas tu, kawan baik aku Fatin bermurah hati nak hadiahkan 2 lukisan untuk aku. Lukisan khas Zafril dan Qarissa. Ni lah gambarnya. Elok lagi dalam simpanan aku tau? :) *ekceli aku pun dah hampir lupa yang gambar ni wujud. kekekeke... :P

Masa ni belum kawen. Si Fatin suka sangat scene ni. Kalau terror, tekalah. hihihi. :P

Yang ni pulak lepas dah kawen. Cer tengok tu... Qarissa pregnant. Ouhhh... T___T

Novel versi buku ni siap dalam 2 minggu sebelum final exam tahun 2009. Heh, nak exam sempat tu menulis. Orang ingat buat nota, rupanya tulis novel. Erks. Jangan gitau mak kita ye? Ceh gediks lak ko ni... ngeeee....

Lepas je habis SPM, aku pun mulakan projek untuk manuskrip penuh. Daripada karya yang cuma ditulis dalam buku log, aku taip kat microsoft word. Daripada kisah yang pendek, aku kembangkan lagi, tambah gula, garam, ajinomoto dan sedikit esen vanila (ouh, ignore if salah ye). Ada scene dalam buku yang takde dalam ms, dan ada scene dalam ms yang takde dalam buku. Banyaklah jugak rombakan dan penambahan yang aku buat. Penambahan karakter pun ada.

Dan selepas 3 bulan, siaplah manuskrip penuhnya. Perap dalam sebulan, barulah ada keyakinan nak hantar kat publisher. Publisher yang dipilih? No need to ask, opkos lah Kaki Novel kan? :)

Okey, sekarang kita kenal watak2 dalam novel ni pulak ye...

“Maaflah... saya bukan nak mengurat. Cuma macam pernah jumpalah...” - Adam Zafril.


“Eh awak ingat, saya teringin sangat nak naik kereta ni? Boleh jalanlah!” - Qarissa Puteri.


“Kalau betul Ril suka Risa, uncle restu. Cuma tinggal tiga minggu je lagi tempoh hukuman Risa. Jadi uncle nak, dalam masa tiga minggu ni Ril cuba pikat Risa. Gunakan peluang ni sebaik mungkin.” - Dato' Rashid.


“Risa boleh enjoy cara lain. Misalnya, pergi shopping dengan kawan-kawan. Bukan ke lebih seronok kalau Risa shopping dengan duit hasil titik peluh Risa sendiri. Itu je yang papa nak. Supaya Risa tak terpesong jauh.” - Datin Rosiah.




“Sejak ayah dia meninggal setahun yang lepas, Zafril dah jadi ketua dalam keluarga kecil umi ni. Dia memang anak yang bertanggungjawab. Dia dah tak benarkan umi kerja sebab katanya, dia akan tanggung semuanya. Tak pernah sekalipun dia cerita pada umi tentang mana-mana perempuan. Tapi bila umi dengar dia sebut nama Risa, umi tahu anak umi tu dah jatuh cinta. Umi tak halang dengan siapa pun dia nak kahwin. Tapi umi harap sangat, biarlah orang tu tahu jaga anak umi tu dengan baik. Dan umi percaya, Risa boleh buat, cuma Risa perlukan masa.” - Fatimah.


“Pernahlah jumpa sekali dua. Tak adalah baik mana orangnya. Teruk betul taste Qarissa!” Marina.


“Kenapa you tak datang cari I? You tahu I ada kat mana, kan? Tapi kenapa you terus menyepikan diri? Atau I memang dah tak ada makna dalam hidup you langsung?” - Suzana.


“Abang Ril nak ke Paris? Leza nak ikut!” - Aleza.


“Qarissa, I datang sebab nak mintak maaf dengan you. I tahu I dah buat silap dengan you. I...” - Ikhwan.


“Fini tak tahu Kak Risa tinggal kat mana kat sana. Mungkin kat rumah Kak Salma. Abang tanya Kak Salmalah.” - Shafni.


“Risa, jom teman aku jalan-jalan. Bosanlah duk kat rumah aje...” - Salma.


Ni antara watak2 penting dalam KPH. Watak2 yang mungkin takde makna bagi orang lain, tapi bagi aku sangatlah mendalam maknanya. Karya pertama, mestilah semuanya bermakna, kan? :)




“Jangan ungkit lagi kisah dulu. Semua tu dah tak ada makna lagi. Yang penting sekarang ni, Risa dah berubah. Abang bangga ada isteri macam Risa,” tutur Zafril ikhlas. Satu lagi kucupan hinggap di dahi Qarissa. Hanya Allah yang tahu betapa dalam cintanya buat Qarissa.





InsyaAllah kalau takde aral melintang, aku akan turun KL untuk sign novel. Tak tahulah ada ke tak yang nak beli. Risau yang amat amat amat amat amat dah ni. hehehe.




Sama2 kita nantikan KPH dalam versi cetak ye? Tak lama aje pun lagi. Okey? Okey? Sayang korang sangat2! hehehe :)



~end





Monday, May 7, 2012

- Contest Suka Suki KPH -

Assalamualaikum...

Hai kawan2! Hari ni kan... tetiba je terlintas something kat otak. Okey, tipu. Ekceli dah lama dah teringin nak wat contest tapi cam tak confident je. Tapi hari ni tetiba confident datang. Okey, tipu lagi. Ekceli tak confident pun. Yelaa... takut takde yang nak join. hihihi...

So, contestnya berkaitan dengan KPH laa. Aku nak cari satu tagline untuk KPH. Tagline tu yang ayat bunga2 kat depan cover novel tu. Nak tengok contoh, korang boleh ambik je memana novel, tengok kat cover ada tak ayat2 yang bebunga jiwang 49 karat tu. Haa... yang tu lah tagline, atau orang panggil copywriting eh?. Tapi jangan salah faham. Tagline aku nak cari ni bukan untuk diletakkan kat cover novel. Cuma sekadar suka suki. Okey, syarat2 penyertaan :

1. Terbuka kpd warganegara Malaysia (ecehh... lebih2 pulak ni). hehe.. sesapa je boleh join kalau nak. Takde had umur eh.

2. Buat ayat2 yang tak terlalu panjang (boleh tengok contoh kat memana novel). Penggunaan bahasa Melayu yang sesuai dan sedap untuk didengar. :)

3. Dilarang menCOPY kat memana novel, lirik lagu, sajak2, atau mana2 saja. Lirik lagu bahasa asing yang ditukar dalam bahasa Melayu pun tak boleh. Hasil tagline tu mestilah asli, hasil karya korang sendiri. Kalau korang tipu jugak... yelaa kan, aku bukan tahu sume lagu pun. Senang2 aje kalau nak copy. Hah yang tu, pandai2 lah tanggung dosa sebab menipu. Ai tak tahu.. hihihi

4. Buat ayat tu sekali dengan gambar cover. Tak payah sarat2, simple aje. Sebab aku akan nilai dari ayat2 tu, bukan dari cover. Cover hanya untuk penyedap mata yang memandang. Ayat2 tagline tu buat besar, tajuk Kau Pemilik Hati pulak buat kecik je. Kira terbaliklah dengan cover novel yang sepatutnya. Then, jangan lupa letak sekali link blog ni. Pastu letak nama korang atau nick name korang, tanda cover tu korang punyer. Nama penulis tak yah. Okey tak? hehe...

5. Ni yang paling penting. Ayat2 tagline tu wajiblah bersesuaian dengan jalan cite KPH. Bagi yang dah baca sampai bab 30 tu untung lah sikit kut sebab dapat tahu panjang sikit kisahnya. Tapi sekarang ni bab 21-30 dah dinyahkan dari blog ni. So... bagi yang nak join contest ni tapi tak penah baca KPH, boleh start baca sekarang ye. hehehe :)

6. Tarikh tutup 20 Mei. So korang kalau nak join, boleh post cover yang dah siap kat grup fb aku ye. :)

Okey, tu je syarat2 nye. Bagi yang nak join, senang aje. Boleh buat request masuk kat grup aku di fesbuk. Klik [SINI] ye. Pastu nanti bagitau nak join contest. Apa2 hal nanti aku bagitau kat sana eh?

Hadiah? Okey, aku akan pilih 1 aje tagline yang terbaik. Sape yang terpilih tu, aku akan bagi KPH untuk korang. Free, tak yah bayar. Dah nama pun hadiah ye tak?

Ada soalan, pm ek. hehe...

Okey tak ni? Okey kan? :) .. Nak join sila, tak nak join pun tak pe. Suka2 aje ni. hehehe...

psssttt... ai rindu gila kat Zafril >____<

~end


Saturday, May 5, 2012

- Sembang KPH -

Assalamualaikum...

Hai kawan2. Dah masuk bulan 5 eh. Kejap je kan? Tak lama lagi dah dapat peluk Abang Zafril. Eh silap2... dapat peluk KPH. hehehe...
Perasaan sekarang excited and tak sabar, but dalam masa yg sama tetap rasa takut. Yelah... novel pertama kut. Entah cemana penerimaan orang kan? Aku tak harap dapat pujian melambung tinggi, tak harap dapat duduk carta best seller kat kedai2 buku, cukuplah setakat diterima. Sebab aku tahu, novel pertama memang banyak kekurangan kan? Pulak tu, cerita asal aku tulis masa form4. Okey, mentah gila kut. =='

Jadi sebab tu laa takut sangat sekarang ni. Takut orang cakap, childish, kebudak budakan, or apa2 aje laa yang tak sesuai untuk dibaca oleh orang dewasa. Gulppp... Anyone here yang rasa macam tu tak? *__*

Tadi kan aku godek2 uncle google, then came out with this .. :)

Lawa tak? Lawa tak? Hikhikhik... Entah pape je kan?

Okey dah. Melalut je tak habis2. Aku sambung proses mengedit manuskrip Aku Masih Cinta. Sesungguhnya, proses mengedit memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Phewwww~


pssttt... Agak2 nanti ada tak yang nak order KPH direct dengan aku? Eceh! *berangan dulu*

~end


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...