++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, January 31, 2012

- ponteng lagi -

Assalamualaikum...

Masa sem 1 dulu kan, aku takde pun ponteng2 kelas. Seingat aku, adalah dalam sekali 2 aku tak pi kelas. Tapi sem ni kan, tak taulah dah berapa kali aku ponteng. Tak taulah nape, tapi keadaan kesihatan tak mengizinkan. Kepala aku ni asyik wat hal je lately ni. Migrain bertambah2. Kali pertama dan ke2 ponteng, rasa okey lagi. Konon tak rasa terjejaslah kalo ponteng sekali 2 kan. Tapi bila dah berkelas2 aku ponteng, [contoh, hari ni saja aku dah ponteng 3 kelas], kepala dah jadi makin berat. Mana nak pikir pasal test lagi, final exam yang tinggal sebulan aje lagi tu, assignment lagi, pastu campur lak ngan stress pikir pasal MUET. Dahlah final sem untuk asasi, memang TERUK lah kot! :(

Aku harap sangat lepas ni aku dah tak ponteng kelas lagi. Tak sanggup dah weh! Kepada kawan2 sekelas [terutama yang satu grup ngan aku untuk presentation] sorry sebab aku salu takde time presentation. Bukan sengaja, tapi memang takleh nak elak. Sorry bebanyak. :( Doakan aku boleh hadirkan diri dalam sume kelas bermula esok k? :)

Sebelum undur diri, nak bagi satu gambar.

Indahnya duk kat pantai. Dengan angin sepoi2 bahasa, leh tenangkan pikiran. :)

~end

Monday, January 30, 2012

- Saya sayang Zafril saya! -

Assalamualaikum...

Emmm, baca tajuk cam 'something' je kan? hehe. Sebenarnya tak pun. Ni entry khas aku wat untuk hero pertama aku. Sape lagi kalo bukan Adam Zafril. Walaupun aku ada ramai hero, tapi aku tetap letak Zafril kat tangga yang paling atas. Sebab apa?

Sebab... Zafril hero pertama aku. Dan Zafril hampir memenuhi ciri2 lelaki idaman aku. Gedik tak statement aku? ahaksss!

*=*=*=*=*
“Tak sangka awak suka bagi makan ikan.”
            Qarissa tersentak mendengar suara itu. Terus mati senyuman manis di bibirnya tadi. Ish! Kacau daun betul, rungut hatinya.
            Zafril berdiri di sebelah Qarissa. “Kalau awak pakai macam ni selalu kan okey? Tak adalah terdedah sangat,” ujarnya tiba-tiba.
            Terasa panas wajah Qarissa. Sesuka hati sahaja Zafril menegurnya begitu. “Eh, yang awak nak sibuk-sibuk pasal pakaian saya ni kenapa? Saya ada susahkah hidup awak ke kalau saya pakai seksi sekali pun?” bidasnya tidak dapat menahan geram.
            Zafril senyum nipis. “Tak adalah. Tapi tak salahkan kalau saya nasihatkan awak atas dasar seorang kawan?” balasnya sambil merenung lembut ke wajah Qarissa.
            Qarissa mencebik. Nasihat konon! Macam bagus sangat, getus hatinya bengang. Dia meletakkan bekas makanan ikan di tempat asal dan bersedia untuk beredar dari situ. 

*=*=*=*=*


Zafril mengalih perhatian ke arah meja di sisinya. Sebelum ditangkap ‘mengendap’ anak dara orang, baik dia meneruskan kerjanya. Sambil menyusun kerusi, ekor matanya masih dapat melihat Qarissa. Dia berpaling tiba-tiba. Terkejut melihat Qarissa yang sudah pun membuka jaketnya. Hanya sehelai blaus tanpa lengan dan skirt separas lutut membalut tubuhnya. Gadis itu duduk di salah satu kerusi.
            Zafril menghampiri. “Pakai jaket tu,” suruhnya lembut.
            Qarissa tersentak terus merenung raut Zafril. Itulah yang paling dia tidak suka tentang lelaki itu. Suka sangat mengatur caranya berpakaian.
            “Kat sini ada kita berdua je. Kalau jadi apa-apa, bukan salah saya,” ujar Zafril sedikit mengugut. Tapi baginya, kata-katanya itu ada benarnya. Bukan ugutan kosong semata-mata.
            Qarissa yang mendengar, terus terbeliak biji mata. Spontan kejadian sewaktu di luar negara menerjah ingatannya. Saat itulah dia mula terasa seram sejuk. Lantas jaket itu disarungnya semula.

*=*=*=*=* 
Zafril berhenti ketawa. Namun begitu senyumannya masih belum surut. “Okey, selamat malam,” ucapnya sebelum Qarissa terus membuka langkah.
            “Risa!”
            Qarissa berpaling semula.
            “Dah solat?”
            Pertanyaan Zafril membuatkan Qarissa terkedu. Dia berfikir-fikir. Rasanya, dia masih belum menunaikan solat isyak. Aduh! Macam mana boleh lupa ni?
            “Belumlah tu...” rumus Zafril selamba.
            Qarissa tidak menjawab. “Nak naik solatlah ni,” balasnya geram dan menyambung langkah yang terbantut tadi.
            “Risa!”
            Qarissa mengetap bibir. Apa lagi yang dia ni nak? Dia menyumpah-nyumpah kegeraman di dalam hati. Dia berpaling. “Apa lagi...” Tidak sempat dia bertanya apabila sebuah kucupan hinggap di pipinya. Dia terpana.
            “I love you,” ucap Zafril dengan renungan redup.
            Jantung Qarissa berdebar-debar. Pertama kali dia menerima kucupan daripada Zafril. Padahal kalau diikutkan, Zafril telah pun mengucup dahinya selepas upacara pembatalan air sembahyang tadi tapi... dia tidak rasa seperti apa yang dirasai sekarang. Perasaan yang sukar diucapkan dengan kata-kata.
            Zafril berlalu ke keretanya. “Jangan lupa solat. Saya balik dulu. Assalamualaikum,” ucapnya sebelum masuk ke kereta.
            Qarissa yang melihat masih kaku di depan pintu pagar vila papanya itu.

*=*=*=*=*
Zafril menyuakan sudu ke mulut Qarissa. Perlahan-lahan isterinya menyambut suapan itu. Mukanya berkerut-kerut menelan bubur yang ibarat pasir halus. Tekaknya terasa perit.
            Suapan seterusnya ditolak. Qarissa menggeleng lemah.
            “Sikit lagi...” Zafril memujuk lagi.
            Qarissa tetap menggeleng.
            Zafril mengalah. Mangkuk bubur diletak kembali ke dulang. Dia mencapai gelas yang berisi susu dan dihulurkan kepada Qarissa.
            Qarissa sudah berkerut muka. Susu? Yark!
            “Kenapa?” tanya Zafril pelik.
            “Tak suka,” jawab Qarissa antara dengar dengan tidak. Kepalanya tergeleng-geleng lemah.
            “Susu kan baik untuk kesihatan. Minum ya?” Terus dipujuk lagi. Tak ubah seperti melayan anak kecil. Bezanya, anak kecil amat gemarkan susu.
            “Orang cakap tak suka, tak sukalah!” rengus Qarissa geram. Sudahlah kepalanya berdenyut, dipaksa pula minum susu. Mahu pecah kepalanya nanti.
            Zafril menggeleng-geleng. Dah sakit pun nak degil lagi, bebel hatinya. Dia meletakkan gelas yang dipegang ke atas dulang. Ubat dicapai lalu diberi kepada Qarissa bersama segelas air kosong yang memang tersedia di bilik itu.
            Sedetik, rasa terharu menyelinap ke dasar hati Qarissa.
            “Abang tak kerja?” tanya Qarissa hairan melihat Zafril berpakaian ringkas.
            Zafril tersenyum manis. “Abang cuti hari ni. Abang nak temankan Risa. Risa rehatlah. Kalau ada apa-apa, panggil abang,” suruhnya lembut sebelum bangun. Diselimutkan kembali tubuh Qarissa. Satu kucupan penuh kasih singgah di dahi Qarissa sebelum Zafril mencapai dulang yang dibawa tadi untuk dibawa turun ke dapur.

*=*=*=*=* 


“Kenapa, sayang?” tanya Zafril pelik melihat wajah terkejut Qarissa. Ada sesuatu yang buruk telah berlakukah?
            “Marina... keguguran. Dia ada kat hospital sekarang,” beritahu Qarissa perlahan. Rasa simpati menyelinap dalam hati. Walaupun dia dan Marina tidak pernah sebulu, tapi dia tidak pernah mendoakan yang buruk-buruk untuk sepupunya itu.
            “Kita pergi melawat eh?” ajak Zafril. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Qarissa sekarang.
            “Tak apa ke?” tanya Qarissa polos.
            “Kenapa tanya macam tu pulak?”
            “Tak adalah. Takut nanti Marina tak...”
            “Sayang...” potong Zafril pantas. “Dahlah tu, tak payah ingat lagi kisah-kisah lama. Cubalah berbaik dengan dia. Mana tahu... ni hikmah di sebalik semua ni,” pujuknya lembut.
            Qarissa diam. Berfikir-fikir kebenaran kata-kata Zafril. Ya, hatinya mengakui semua itu. Lantas, perlahan-lahan dia mengangguk.

*=*=*=*=*
Zafril mengangguk. Dia menghampiri katil dan duduk di sisi Qarissa. Bahu isterinya itu dipaut erat sebelum kucupan penuh kasih singgah di ubun-ubun isterinya itu. Terharu Qarissa dengan perlakuan Zafril.
            “Terima kasih, sayang... sebab dah jadi isteri yang sempurna untuk abang,” bisik Zafril penuh romantis.
            Qarissa tersenyum. Lama renungan mereka bertaut. “Risa yang patut ucap terima kasih kat abang sebab abang sudi terima Risa jadi isteri abang walaupun...”
            “Syhhh...” pintas Zafril. Pelukannya semakin erat. “Jangan ungkit lagi kisah dulu. Semua tu dah tak ada makna lagi. Yang penting sekarang ni, Risa dah berubah. Abang bangga ada isteri macam Risa,” tutur Zafril ikhlas. Satu lagi kucupan hinggap di dahi Qarissa. Hanya Allah yang tahu betapa dalam cintanya buat Qarissa.

*=*=*=*=*

Tetttttt. Sampai sini je aku share. Agak2, apa yang boleh disimpulkan tentang watak Zafril ni ek? hehe.

p/s -->Doakan yang terbaik untuk novel ni. :)

~end

Saturday, January 28, 2012

-

Bagi sape2 yang ada baca Izinkan Aku Mencinta, aku mintak maaf sebab terpaksa kuarkan cite tu dari blog ni. Sorry. Harap maklum. :)

Friday, January 27, 2012

- Great Teacher Onizuka (GTO) -

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak tajuk cite ni? Great Teacher Onizuka (GTO), drama Jepun yang asal2 dari manga tu. Cite ni dah lama. Kalo tak silap aku, tahun 1999. Aku dah tengok dah dulu masa sekolah rendah, tapi aku ingat2 lupa je camne. So aku tengoklah sekali lagi. Best woooo... sekali tengok terus ketagih. Nak habiskan terus je. Tu sebablah aku tersangkut kat depan laptop seharian hari ni. Jadi takde entry baru untuk e-novel. hoho...


Walaupun cuma drama Jepun, tapi bagi banyak sangat pengajaran kat aku. Terasa tau tengok betapa ikhlasnya si Onizuka ni nak jadi cikgu, tapi kena lalui macam2 rintangan. Apa saja yang jadi, dia tetap utamakan pelajar2, tak kisahlah even kena pecat sekali pun. Sedangkan orang yang terpaksa jadi cikgu, senang2 je dapat peluang tu. Sentap aku tau? Lately ni perkataan 'cikgu' tu agak sensitif untuk aku yep... huhu

Apa yang aku suka pasal cite? 1st of courselah dia punya story line. Menarik sesangat, teringat zaman2 sekolah dulu tau. huhu. 2nd sebab pelakon. Si Takashi Sorimachi ni punya lakonan superb beb! Memang best ar kalo dapat cikgu camni kat sekolah. Confirm aku tak rasa malas nak pi sekolah. hoho. 3rd, dalam ni dia berlakon ngan Nanako Matsushima. Orang kata, cinta lokasi eh? Sekarang diorang dah kawen. Dah lama dah ekceli, tahun 2001 lagi, masa tu aku baru darjah 2. Sekarang dah beranak pinak dah. Yang aku suka, diorang ni padan giler! hehe..




Padan kan? Kan? Kan? Kannnnnnnnn? hehe...


4th is, sebab ada Oguri Shun! Kenal tak sape? Alaa... hero Hana Kimi tu, Sano Izumi. Ncem kan dia? Dia jugak yang jadi Detective Conan versi live action. Dalam GTO ni kan, mak aii punyer laa comel. Ni gambar dia...

Comel kan? ngeeee~
5th, dulu kan masa aku tengok masa aku sekolah rendah, aku ada minat kat dia ni. Tapi lelame aku dah lupa dah sape, aku dah tak ingat camne muka dia. Yang aku ingat, aku cuma pernah minat dia. Bila aku tengok sekali dia, of course aku cari dia. Ni dia orangnya...


Nah ko, comel tak? Giler tak comel. Bagi akulah kannn.. ahaksss. Tapi ni dulu. Aku google gambar baru dia, dah tak comel dah. Maybe dah kawen kot. Cancel ah nak minat. haha...

So kesimpulannya, aku memang minat drama Jepun. Tapi takde masa sangat nak tengok sume drama. Cuma yang terpilih aje. Lepas ni nak layan Gokusen 3. Nak tengok Miura Haruma!!

Yang ni tetap comel tak kira apa dia buat. Cuma scene kiss ngan pelakon pompuan je wat dia jadi tak comel. Sakit mata aku tengok tau. huhuh~ K bye.

p/s --> Rindu Twitter. Wifi kat sini takleh bukak Twitter. :(

~end

Thursday, January 26, 2012

- Kau VIP di hati ku 3 -

Episod 3

KETIKA sedang makan bersama Yana di kantin, Fathir tiba-tiba datang menegurku.

"Hai, Cici!" sapa Fathir bersama senyumannya.

"Cici aje?" Yana menyampuk dengan muka tercemik.

Fathir berpaling ke arah Yana. "Eh, Yana pun ada jugak. Tak perasanlah pulak tadi." Dia tergelak kecil.

Melihat Yana menarik muka, aku ikut tergelak sama. Walaupun perkenalanku dengan Fathir belum sampai seminggu, tapi aku sudah mula selesa berkawan dengannya. Dia baik, mesra dan paling penting, tidak suka mengambil kesempatan. Aku tidak perlu berasa takut setiap kali dia datang menghampiriku. "Awak tak makan ke?" tanyaku sambil memandang wajahnya.

"Dah kenyang. Lagipun kejap lagi kena masuk lab. Eh, saya pergi dululah. Bye!" Fathir melambai ke arahku dan Yana sebelum terus beredar pergi.

Aku kembali menatap nasi gorengku. Terasa kakiku di bawah meja ditendang, aku kembali mendongakkan wajah. "Apa?"

"Aku tengok kau makin rapat aje dengan Fathir tu. Ada apa-apa ke?" Yana mengusik sambil tergelak-gelak halus.

Aku tergeleng-geleng menafikan. "Mana ada. Aku dengan dia kawan ajelah. Lagipun, dia kan budak baru kat sini. Tak ada kawan ramai lagi. Tak salah kan kalau aku nak baik dengan dia?" ujarku sekali gus menepis sangkaan Yana. Bagiku, tiada salahnya jika aku mahu berkawan dengan Fathir. Berkawan, tidak semestinya mahu bercinta.

Yana masih tersenyum-senyum. Melihat reaksinya itu, aku tahu dia masih belum berpuas hati dengan jawapanku tadi. Aku buat muka selamba sambil terus menyuap makanan. Baru saja sesuap nasi masuk ke mulut, aku merasakan ada sepasang mata sedang merenungku tajam. Awalnya, aku cuma buat tidak endah. Tetapi bila merasakan mata itu terus menyoroti wajahku hingga membuatkan aku tidak selesa, aku berpaling juga akhirnya. Anak matanya bertemu dengan anak mata Ashraf, membuatkan aku terus terdiam, tertelan air liur.

Wajah Ashraf serius sekali menatapku. Entah kenapa dia perlu merenungku begitu, aku sendiri tidak tahu. Aku ada buat salah pada dia ke? Seingat aku, tidak. Tetapi kenapa dia bermasam muka denganku? Oh! Lupa pula, dia mana pernah senyum pun dengan aku. Aku tersenyum sendiri dengan kebodohanku.

Ekor mataku memerhati langkahnya yang kian menjauh keluar dari kantin sekolah. Tidak semena-mena, terlepas keluhan dari dua ulas bibirku ini.

>>>>>>>>>

Aku memanjangkan leher mencari kelibat Ashraf. Sebaik tamat kelas terakhir tadi, dia terus menghilang entah ke mana. Kasihan Pak Soh, terpaksa menunggu anak majikan yang entah mana perginya. Kerana itulah, aku terpaksa juga keluar dari kereta untuk mencari Ashraf. Melihat kelibat dia bersama tiga orang rakannya di bawah pokok di hujung padang, aku segera mendekat.

"Ash, awak tak nak balik ke? Pak Soh dah tunggu lama," ujarku, menguatkan sedikit suara untuk menyaingi suara kuat rakan-rakannya.

Ashraf berpaling ke arahnya. Senyuman dan gelak tawa yang tadi terukir terus mati sebaik melihat wajahku. Tanpa membalas kata-kataku, dia kembali memandang rakan-rakannya dan menyambung perbualan. Dapat aku lihat senyuman sinis di bibir Mus, Tam dan Ayie.

"Ash, jomlah balik. Dah lewat ni," panggilku lagi. Tidak mahu peduli apa saja yang ada di fikiran ketiga-tiga mereka saat ini.

Ashraf berdecit sebelum berpaling padaku. "Kalau kau nak balik, balik ajelah! Tak payah nak menyemak kat sini. Sakit hati aku ni tengok muka kau tau?"

Kasar suaranya menggores hatiku. Aku tertunduk. Mus, Tam dan Ayie sama-sama mentertawakanku. Bodohkah aku kerana tidak melawan? Apa hakku untuk melawan? Lagipun, dia anak majikan ibuku. Mana mungkin aku boleh melawan setiap kata-katanya. Dan yang paling penting, dia sudah kuanugerahkan pangkat VIP di hatiku. Lantas, aku berpaling dan segera membuka langkah. Tanpa aku sedari, seseorang sedang memerhatiku dari jauh. Sebaik saja terdengar dia memanggil, aku berpaling. Terukir senyuman di bibirku melihat Fathir di situ.

"Awak dah nak balik ke?" tanya Fathir. Kami berjalan beriringan menuju ke arah pagar sekolah.

Aku mengangguk. "Pak Soh dah tunggu kat luar," jawabku jujur.

Fathir terangguk-angguk. "Saya nampak Ashraf marah awak tadi. Apa kena dia tu? Sesuka hati aje nak marah awak. Kenapa awak tak melawan?"

Aku terdiam seketika. Langkah kakiku semakin perlahan. "Dia sebenarnya... anak majikan ibu saya. Saya dah biasa kena marah dengan dia. Dah tak kisah dah," jawabku walau hakikatnya, aku tetap terasa hati dengan kemarahannya yang tiba-tiba tercetus tanpa sebab sebentar tadi. Atau mungkin juga, dia benci mendengar suaraku ini?

"Oo..." Fathir terangguk-angguk. Mungkin mula faham kedudukanku di mata Ashraf.

Tidak sempat untuk aku berkata lanjut bila tiba-tiba terasa tubuhku dirempuh dari belakang, di tengah-tengah antara aku dan Fathir. Aku tidak sempat mengawal imbangan badan membuatkan aku jatuh terduduk di atas padang. "Aduh!" Aku terjerit kesakitan.

"Cici!" Fathir menerpa ke arahku. "Awak okey?" Dia cuba membantu aku bangun.

Aku menggagahkan diri untuk bangkit berdiri. Buku laliku terasa sengal. Aku mendongak memandang ke depan. Kelihatan Ashraf sedang tercegat di depanku dengan renungan tajam.

"Cepatlah jalan tu! Tadi nak sangat balik! Kau ingat kereta kat luar tu bapak kau punyer?!" jerkah Ashraf kasar. Kemudian, dia terus berpaling dan menapak laju ke pintu pagar.

Aku berusaha melawan rasa sakit pada buku laliku. Fathir cuba membantu tetapi aku tidak mengizinkan.

"Walaupun dia tu anak majikan ibu awak, tapi tak sepatutnya dia layan awak macam ni. Dia yang sebabkan awak jatuh, lepas tu elok aje pergi macam tu. Bukannya nak mintak maaf!" Fathir merungut-rungut. Daripada nada suaranya, aku tahu dia tidak berpuas hati dengan tingkah Ashraf tadi.

"Tak apalah, awak. Sakit sikit aje ni. Saya pergi dulu." Aku meminta diri. Tanpa bertangguh, aku segera berjalan ke arah pagar sekolah dalam kepayahan menahan rasa sakit di kaki.

>>>>>>>>>>

Sunday, January 22, 2012

- Kau VIP di hati ku 2 -

Episod 2

PENAT menanti, aku akhirnya tertidur di atas bangku dengan beralaskan meja. Entah berapa lama aku tidur, aku sendiri tidak sedar. Hanya selepas mendengar hempasan buku di atas meja itu, barulah aku terjaga. Aku mengangkat kepala sambil tangan menggenyeh-genyeh mata, membuang rasa kantuk yang masih memberat di situ. Aku mendongakkan kepala. Jelas Ashraf sedang merenungku dengan pandangan tajam.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Ashraf kasar.

"Err... saya tunggu awak," jawabku jujur. Takut juga melihat renungannya itu biarpun aku sudah terbiasa dengan renungan sebegitu.

"Aku suruh kau balik dulu tadi, kan?"

"Memang... tapi rumah awak kan jauh. Saya tak larat nak jalan kaki," ujarku lagi dengan suara merendah. "Awak dah habis latihan?" Aku memberanikan diri bertanya. Melihat dia yang memakai t-shirt biasa bersama seluar trek dan beg yang tergantung di bahu, aku yakin dia sudah tamat latihan bola sepak sebentar tadi.

"Dah. Bawak beg aku." Ashraf meletakkan begnya di depanku. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia segera berlalu ke arah pintu pagar sekolah.

Terkocoh-kocoh aku bangkit dari bangku. Begnya aku capai sekali bersama dengan buku-bukuku. Baru selangkah aku berjalan, terasa tali kasutku mula longgar. Aku kembali duduk membetulkan tali kasut itu.

"Woi! Kau buat apa lagi tu? Tadi nak balik sangat! Nak aku tinggalkan kau kat sini ke?" Ashraf berpaling padaku dengan sebelah tangan bercekak pinggang. Raut wajahnya jelas marah.

Aku segera bangun dan menggalas kedua-dua beg. "Maaf, tali kasut saya tercabut tadi." Aku memohon maaf sambil melangkah menghampirinya. Tanpa mempedulikan aku, dia segera berpusing dan meneruskan langkah mendapatkan kereta. Pak Soh sudah sedia menanti di situ.

>>>>>>>>>>

Sedang asyik aku menelaah pelajaran, aku terkejut mendengar bunyi pintu bilikku diketuk. Aku bangun, meninggalkan bukuku di atas meja mendapatkan pintu. Sebaik pintu terbuka, aku terkejut melihat Ashraf sedang tercegat di depanku. Ashraf menghulurkan buku di tangannya kepadaku.

"Aku nak buat kerja Add Math ni untuk aku. Kau kan bijak, kalau buat latihan tak pernah salah. Jadi aku nak buat biar semua betul. Jangan ada satu pun salah. Faham?" Walaupun perlahan, tetapi nadanya itu kedengaran cukup tegas.

Aku terkebil-kebil sebentar menatap buku di tangannya.

"Kau dengar tak ni?" Ashraf menekan sedikit suaranya.

Membuatkan aku tersentak. Laju kepalaku mengangguk sambil tangan mengambil buku itu dari tangannya.

"Jangan sampai mama dan papa aku tahu pasal hal ni. Kalau diorang tahu, kau tahu apa nasib kau," ujar Ashraf sedikit berbisik. Aku sudah biasa dengan ugutan sebegitu. Sedangkan dia sendiri tahu, tidak perlu diberi ugutan sebegitu pun, aku tetap tidak akan melaporkan apa-apa kepada orang tuanya. Bukankah dia sudah diberi pangkat VIP di hatiku?

Aku mengangguk. Dapat kulihat senyuman puas di bibirnya. Walaupun senyuman itu bukan untukku, hatiku tetap rasa gembira melihat dia senyum begitu. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia berpaling dan meninggalkan aku di bilikku ini. Mujurlah ketika ini ibu tiada di bilik. Tidak perlulah aku bersoal jawab dengan ibu lagi.

>>>>>>>>>>

Aku terbangun lewat pagi keesokannya. Menyebabkan aku tidak sempat menjamah sarapan pagi sebelum ke sekolah. Semuanya gara-gara aku tidur lambat malam tadi. Kenapa? Sudah pastilah kerana menyiapkan kerja rumah untuk Ashraf. Bersusah payah aku menyiapkan semuanya. Sudahlah soalan yang cikgu beri itu sangat payah, aku terpaksa pula membuat dengan baik agar tiada satu pun yang salah. Sudahnya, aku tertidur ketika jarum jam sudah hampir ke pukul 4.00 pagi.

Kelas pagi itu dimulakan dengan kelas Bahasa Melayu. Mataku semakin lama semakin layu. Aku benar-benar mengantuk. Kolam mataku terasa bagai menampung air. Tidak perlu memaksa, kedua-dua kelopak mataku bagai terkatup dengan sendirinya.

"Nasyahira!"

Aku tersentak mendengar Cikgu Adim memanggil nama penuhku. Terus tertegak badanku dengan mata yang membulat. Rasa kantuk tadi entah sudah pergi melayang ke mana.

"Awak ingat kelas saya ni hotel untuk senang-lenang awak nak tidur?" Mencerlung garang wajah Cikgu Adim menatap wajahku.

Aku tertunduk takut. Pasti semua mata sedang terarah padaku. Malunya! "Maaf, cikgu... saya tak sengaja tertidur tadi," balasku cuba membela diri.

"Pantang bagi saya kalau ada pelajar yang tidur masa saya mengajar," tekan Cikgu Adim.

Aku semakin kecut perut. Sempat kukerling ke arah Yana yang sedang merenungku dengan pandangan penuh simpati.

"Awak keluar sekarang," arah Cikgu Adim membuatkan aku terkejut. Aku terpempan di tempatku tidak bergerak.

"Keluar sekarang." Cikgu Adim menekan suaranya.

Aku menunduk lagi. Cikgu Adim memang terkenal dengan sifat garangnya. Jika arahannya tidak dituruti, makin teruk hukuman yang bakal aku terima. Lantas, aku turutkan saja. Berjalan perlahan-lahan keluar dari kelas. Dapat aku menangkap jelingan sinis beberapa orang pelajar di dalam kelasku. Ashraf? Entah! Aku takut untuk memandang wajahnya kerana aku bagai dapat mengagak apa yang sedang dia lakukan. Hanya apabila berada di luar kelas, barulah aku dapat melihat senyuman mengejeknya yang diukirkan khas untukku. Aku memendam rasa kecewa jauh-jauh ke dasar hati. Tidak tahukah dia, aku tertidur di dalam kelas pagi ini kerana menyiapkan kerja sekolahnya malam tadi?

Tiba-tiba aku terasa tubuhku dilanggar dari arah belakang. Mujurlah aku tidak jatuh tersungkur. Segera aku berpaling ke belakang.

"Err... sorry, awak... saya tak sengaja. Saya tengah cari pejabat tadi. Entah macam mana boleh tersesat sampai ke sini," ucap pelajar lelaki yang melanggarku tadi.

"Ohh... tak apa," balasku. Aku terdiam selepas itu. Rasa-rasanya, aku tidak pernah melihat pelajar lelaki itu di mana-mana sebelum ini. Pelajar barukah? "Kenapa awak nak cari pejabat?"

Lelaki itu tersenyum. "Saya pelajar baru. Baru sampai ni, ingat nak cari pejabat. Tapi saya tak tahu kat mana-mana. Jalan punya jalan, tersampai pulak kat sini." Ada gelak kecil di hujung katanya. "Emmm... boleh tak awak tolong saya?" pintanya.

"Kalau nak tolong tunjukkan arah tu boleh. Tapi kalau nak suruh saya bawak awak pergi sana, tak boleh rasanya. Saya ada kelas sekarang ni," jawabku jujur. Langsung tidak berasa kekok bercakap dengan lelaki itu biarpun aku belum kenal siapa orangnya.

"Kelas? Tapi saya tengok awak berdiri aje kat sini..." Wajah lelaki itu jelas terpinga-pinga.

Aku menunduk sedikit. Terasa wajahku mula memerah. Bagaimana aku mahu memberitahunya bahawa aku sekarang sedang didenda. Entah kenapa, saat ini aku merasakan ada sepasang mata sedang merenungku tajam. Aku segera menoleh ke dalam kelas. Anak mataku berlaga dengan anak mata Ashraf. Melihat renungan tajamnya, aku jadi gerun.

"Cikgu! Cuba tengok 'pemandangan' kat luar tu. Cantik sangaaattt!" Ashraf berkata sambil memandang ke arah Cikgu Adim. Jelingan sinis ke wajahku.

Aku mula pucat wajah. Jantungku berdebar-debar. Bala apa pula kali ini? Aku tidak dapat lari lagi bila Cikgu Adim sudah menghampiriku dengan wajah bengis. Apa lagi yang boleh aku lakukan melainkan menerima saja segala amarahnya?

>>>>>>>>>>

Perut yang lapar membuatkan aku tidak bertangguh untuk ke kantin sekolah sebaik tiba waktu rehat. Sedang aku dan Yana berjalan menghampiri pintu kelas, aku ternampak lelaki yang aku belum ketahui namanya itu berdiri di situ. Melihat aku, dia terus tersenyum.

"Awak, saya nak mintak maaf pasal tadi. Disebabkan saya, awak kena marah dengan cikgu awak. Maafkan saya?" pinta lelaki itu dengan suara yang lembut.

Yana di sebelahku sudah menyenggol-nyenggol lenganku. Aku faham maksud senggolannya itu tetapi aku malas ambil pusing. "Tak apa, awak tak salah pun. Awak cuma nak mintak tolong, kan?" ujarku, membalas kembali senyumannya.

Dia mengangguk-angguk. "Oh! Lupa pulak nak cakap. Saya Fathir," ujarnya, memperkenalkan diri.

"Nasyahira, tapi orang biasa panggil saya Cici," balasku.

"Saya Yana," sampuk Yana sambil tersengih-sengih.

Aku tergelak kecil melihat telatahnya. Belum sempat aku berkata lagi, tiba-tiba saja Ashraf keluar dari pintu kelas. Dengan selambanya dia berjalan dan melanggar bahu Fathir. Aku yang melihat, terus terbuntang biji mata.

"Eh, yang kau ni apahal? Tiba-tiba aje main langgar." Fathir bertanya dengan wajah bengang.

Aku sudah mula kecut perut. Janganlah hendaknya tercetus pergaduhan di sini. Namun, tekaanku silap bila Ashraf hanya menonong pergi tanpa mempedulikan kemarahan Fathir. Fathir mara ke depan, mahu mengejar langkah Ashraf tetapi aku cepat-cepat menahan langkahnya.

"Awak, saya mintak maaf bagi pihak dia. Jangan marah ya?" pintaku dengan wajah takut-takut. Benar-benar berharap agar Fathir tidak memanjangkan hal ini lagi.

Fathir mengeluh. Kemudian dia memandangku. "Okey." Perlahan dia menjawab dan akhirnya tersenyum untuk tatapan mataku.

"Thanks," ucapku dengan rasa lega yang tak terperi.

>>>>>>>>>>

Friday, January 20, 2012

- tanpa KAMU aku GILA -

Assalamualaikum...

Hari ni nak share lagu. Lagu ni sesuai untuk orang yang putus cinta, dan merayu mengharapkan peluang kedua lepas salah seorang daripada pasangan tu dah berpatah arang berkerat rotan. Layaaaannnn...

Kehilangan - Firman

Kucuba buka tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Kumerasa telah kehilangan
Cintamu yang telah lama hilang
Kau pergi jauh kerana salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu
Aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan kusia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahawa cintamu telah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa 
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita
Takkan kusia-siakan kamu lagi

Takkan kusia-siakan kamu lagi

*=*=*=*=*=*=*=*=*=*

Hargailah apa yang ada di depan mata sebelum terlambat.

~end

Wednesday, January 18, 2012

- awesome TESL B :) -

Assalamualaikum...

Aku nak tunjuk gambar sikit. Ni classmates akuuuuuu...


OK, aku nak gi kelas Grammar dulu. Bye!

p/s --> Shomel tak kawan2? :p

~end

- Demonstrative Speech ! -

Assalamualaikum...

To be honest, nilah antara sebab kenapa aku rasa serabut sangat2 sepanjang minggu ni. Risau nak pikir pasal demo2 ni. Mula2 aku tak tau nak watpe. Yalah, aku bukan pandai pun nak wat decorative2 segala bagai tu sume. Aku bukan jenis yang kreatif. Bab2 teknikal ni memang fail. huhu. So, satu2 nya benda yang aku boleh wat, tunjuk cara tulis e-novel. Bukan ajar cara tulis sebenarnya, tapi lebih kepada cara nak share novel ngan pembaca online. Lebih kurang camtu lah. Jadi, aku dah tunjukkan secara live gitu kat classmates aku apa yang aku selalu wat kat blog aku ni. Contohnya KIK bab 8 kat bawah ni, aku tunjuklah camne aku post kat blog ni tadi. Allah je tahu betapa ketarnya tangan aku. Mujur guna mouse, kalo guna touch pad ni memang... tak taulah nak cakap camne. Can't imagine it! Lepas abes je presentation tadi, one word I could say was "ALHAMDULILLAH...". Fuhhh!

Esok balik ganu. Dok sabor weh. Nok makang puah2 gitu, nok suruh mok masok sedak2, pahtu nok kedaroh biar besor perot. haha..

p/s --> Dukacitanya dimaklumkan aku takleh join festival penulis grup buku karang kraf nanti. Sedih woo! :(

~end

Thursday, January 12, 2012

- Ingat Janji Kita -

Assalamualaikum...

Tengah2 malam ni aku nak wat ulasan novel sikit. Baru je habis baca lepas isyak tadi. Adoi, sangat2 lah best cite ni! Nak tau cite apa? Tadaaaaa!

Novel ni aku beli online. Direct ngan penulis dia, Murni Aqila ataupun lebih mesra ngan panggilan Kak Moon tu. [cehh.. konon cam rapat je ngan aku. haha.. ]. Disebabkan aku beli online, so aku ngengade la sikit mintak autograf ngan Kak Moon. lalala~

Ni Kak Moon tulis - "Usah pernah biar hati jadi rapuh... bersandarlah pada sakti harapan..."
Ya betol2, macam watak utama lam cite ni, Adinida. Ya Allah, kalo aku jadi dia ni, dah lama dah kot putus harapan nak hidup. Dipaksa jadi lelaki oleh mak cik yang langsung takde hati perut. Tak cukup ngan tu, sume harta2 dia kena rampas. Besarnya dosa makan harta anak yatim. Ish3...

Raimi Arsyad, hero novel ni. Wah! Fall in love gitu! Siyes, aku suka ngat ngan watak Raimi ni. Mula2 dia kelakar sangat, nak2 time borak2 ngan Adi. Pastu masuk kat tengah2, dia jadi sweet giler2. Kat akhir2 pulak, dia romantik sangat2. Camne lah aku tak jatuh hati kan? Tetiba je rasa jeles kat Adinida. haha. :D

Mula2 baca kisah Tok Jalal yang nak sangat Raimi kahwin ngan Yusna, aku rasa Tok Jalal ni orangnya memang sangat2 lah tegas. Hitam kata dia, hitamlah. Putih kata dia, putihlah. Tapi rupa2 nya lepas baca, Tok Jalal ni baik tau? Kalo bukan sebab dia, Raimi takkan dapat kahwin ngan Nida, Acat leh jumpa balik ngan Manja. How sweet! [kelip2 mata, bayangkan Raimi tengah senyum kat depan. lalala~ ].

Permulaan cite ni menarik sangat2. Pastu bila Raimi sedar dia mula jatuh hati kat Adi, walaupun masa tu dia tak tahu lagi Adi tu betol2 perempuan, aku dah start nangis. Sedih woo! Terutama masa scene Raimi hantar mesej kat Adi, cakap dia rindu. Tetiba Ain rampas hp Adi. Adi nangis. Sedihhhhhh. I nangis uolss...

Pastu lepas Raimi kawen ngan Nida, mama dia pulak tak suka. Kesian giler kat Nida. Lagilah aku nangis masa ni. Pastu masa Nida lari dari rumah, tinggalkan Raimi. Tambah berbaldi2 air mata aku tau masa Nida mintak Raimi jangan cari dia lagi. Pastu masa Nida ingat balik apa yang jadi dalam hidup dia masa dia kecik, tambah lagi berbesen2 air mata aku. Then akhirnya... Raimi jumpa jugak dengan Nida semula. Acat jumpa Manja! Yeaay! Happy ending akhirnya! Padan muka Kalsom tu melecur satu badan. [jahat tol aku. lalala~ ]. Untuk novel ni, aku bagi 5 bintang. Full mark ok! Tahniah, Kak Moon! Best sangat!

p/s --> Paling suka part Raimi ucap "Saya Cinta Awak" kat Nida sambil ukir huruf I kat pipi kanan Nida, ukir bentuk hati kat dahi dan huruf U kat pipi kiri. Sweet gilerrrr !

~end

Thursday, January 5, 2012

- SEDIH dan TAK BERDAYA -

Assalamualaikum...

Celah masuk sini jap. Aku nak share lagu ngan korang. Layaaaan jom :)

Ku Tak Berdaya - Indah Dewi Pertiwi

Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanku bersalah di depan matamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanku bersalah di depan matamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

*=*=*=*=*=*=*=*=*=*

Aku baru tau, lagu ni jadi lagu tema sinetron Anugerah kat TV9 tu. Tapi disebabkan aku tak tengok cite tu, so aku tak tau sebelum ni. Sepupu aku yang introducekan lagu ni pada aku. Dia cakap, lagu ni sesuai sangat ngan DMK. Aku pun layan ajelah... memang best pun. Sebab tu aku sudi share kat blog aku ni. hehe.
Apa tu DMK? Jangan tanya. Nanti kalo ada masa, aku wat entry khas pasal DMK, KIK [or maybe KPH], AMC, IAM, dan terbaru CI. Sekarang ni aku nak chow dulu sebab malam ni aku ada test Grammar, pagi esok pulak test Basic Principle of Education, lepas tu kena pikir plot cite untuk Radio Drama. Wish me luck! Daaa :)

~end

Sunday, January 1, 2012

- Kenangan 2011 -

Assalamualaikum...

1 Januari 2011, aku ada buat entry yang bertajuk 'Kenangan 2010'. So 1 Januari 2012, aku nak buat entry Kenangan 2011 pulak. Tahun 2011 banyak simpan kenangan pahit dan manis dalam hidup aku. Tapi aku tak mo ingat mana2 yang pahit tu sume. Nak simpan dalam peti ais, biar beku sampai takleh nampak bentuk asal. Pastu nak letak dalam kuali panas, biar cair then tuang kat laut Pantai Batu Burok. The end!

OK, aku nak imbas balik kenangan masa 2011.

Januari 2011
Masa ni aku start menulis manuskrip pertama aku yang bertajuk Kau Inderaku tu [aku ingat nak tukar tajuk tapi tak tahu lagi apa kata editor]. Aku memang dah tulis cite ni sebelum ni, tapi dalam buku log aje. Itu pun pendek sangat. So aku rombak balik cite tu, perah2 idea, pastu ramas2 idea tu, gaul pulak ngan perencah dan perasa, dan aku start menulis. Masa ni jugak aku dah start pegi Bitara, nak ambik lesen.

Februari 2011
Proses ambik lesen tak habis2 lagi. Malu nak cakap, tapi aku ngaku gak yang aku failed test JPJ. hahaha...

Mac 2011
Lepas tamat SPM dulu, aku pernah janji nak siapkan mss [manuskrip] pertama aku sebelum result SPM kuar. Result kuar 23 Mac, so pagi sebelum gi ambik result, aku berjaya siapkan mss pertama aku. Yihaaa! :D
Pastu aku pun gi ambik result. Kalo dulu malu nak gitau, skang biar aku gitau. Takde rasa malu dah. Naseblah kalo  tak lawa pun result aku kan? 6A, 2B, 2C. Dah, tutup mulut. Baca sekali je tau. hehehe. Pastu pening pulak... tatau nak pilih kos apa dalam UPU. Pening3!! Sampailah satu hari tu, pak sedara aku datang, cakap pasal kos2 ni sume. Terkeluarlah hal TESL dari mulut dia. Dia nak suggest anak dia yang sebaya ngan aku ambik TESL. Tapi aku sekeras-kerasnya membantah!

April 2011
Aku ikut cakap mak aku, pilih jugak TESL. Tak lama pastu, dapat panggilan temu duga. Tarikh 16 April kalo tak silap aku, pi interview kat UiTM Kuantan. Aku tak harap sangat dapat, sebab aku memang tak teringin sangat pun nak ambik TESL. Orang kata, sekadar TERPAKSA aje. Masa ni jugak, aku mula tulis Aishiteru. Mula menjinak2 kan diri ngan dunia penulisan kat alam maya. Alhamdulillah... walaupun tak ramai yang baca, aku tetap bersyukur sebab diterima dengan baik.

Mei 2011
Keputusan UPU kuar. Aku tak sempat nak check lagi, pak sedara aku dah call cakap aku dapat TESL. Oh ya! Sebelum tu result Matrik kuar dulu. Aku dapat Matrik kat Negeri 9. Lepas bincang dengan kawan aku si kembar tu, aku setuju nak gi Matrik. Aku gitau mak aku, dia cam tak caya je. Agaknya dia ingat aku gurau kot. Lepas tahu aku dapat TESL, aku still nak pegi Matrik gak. Aku cakap kat mak, dia suruh pikir masak2. Ni untuk masa depan. Kalo dah pegi nanti, tak boleh nak patah balik lagi. Berhari2 aku pikir, keputusan aku tetap nak gi Matrik. Aku berdoa gak, mintak petunjuk dari Dia mana yang terbaik untuk aku. Sampailah satu hari tu, tiba2 je terdetik kat hati aku nak pilih TESL. Lagipun, mak aku berharap sangat aku pilih TESL. Tak cukup ngan tu, mak sedara aku pun semangat nak aku pilih TESL. Lepas aku cakap kat mak aku nak pilih TESL, aku boleh nampak betapa happynya dia. Mak sedara yang aku panggil Cik De, siap bagi hadiah kat aku. Wah! Nampak sangat yang dia memang nak aku ambik TESL. Bila orang tanya aku kenapa tukar pilihan, aku just jawab "Allah bagi hidayah kat aku." Senang, sebab hakikatnya aku pun tak tau nape aku tukar pilihan dengan cara tiba2. hehe.

Jun 2011
Lesen kereta pun dah dapat, barang2 semua dah siap kemas, dah daftar, then apa lagi, pergilah belajar kat Kuantan.

Julai - September 2011
Tak banyak yang jadi dalam hidup aku. Cuma kisah aku sepanjang duk kat Kuantan je.

Oktober 2011
Bulan ni antara yang meninggalkan kesan dalam hidup aku. Sebab masa ni jugak aku dapat call dari KN yang memberitahu pihak KN setuju untuk terbitkan mss pertama aku. Suka gilerrr!

November 2011
Befday aku, tak ada apa yang best pun. Kosong.

Disember 2011
Menunggu masa untuk masuk ke 2012 aje.

OK, tu aje yang boleh diceritakan. Ni dah kira summary ni tau. hehe. Untuk 2012, aku harapkan yang terbaik untuk hidup aku. Kalo boleh aku dah tak nak sedih2 lagi. Aku nak lalui hidup ni ngan penuh kegembiraan. Tapi kalo happy aje takde langsung sedih tak best gak. Sebab bila Allah bagi dugaan, kita makin ingat kat Dia. Betul tak kawan2? hehe. Peaceee :)

p/s --> Dah tiba masa untuk balik Kuantan. Doakan yang terbaik untuk aku. Aminnnn... :)

~end

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...