++ Suntikan Semangat! ++

Wednesday, August 15, 2012

- Mesej Hari Raya -

Assalamualaikum...

Halooo kawan2. Lagi berapa hari je lagi dah nak habis puasa, kan? Ohh, sedihnya Ramadan dah nak habis. Aku baru aje pasang azam nak tingkatkan amal ibadat untuk puasa tahun ni. Tapi... tapi... tapi... sob4. Dah 4 hari aku demam. Tak boleh nak buat apa, baring aje kerjanya. Sekarang ni nasib baik okey sikit, dapat jugak hadap cheffy ni nak update blog.

Just nak cakap, n3 KKB mungkin tak dapat diupdate lagi dah sebelum raya ni. Bukan apa, aku tak sihat... lepas tu nak tolong mak buat persiapan raya. Rumah satu apa pun tak berkemas lagik. Semalam sempat la jugak buat kuih sikit2, hari ni dah pengsan balik. Huk3. Sedihhh...

Jadi aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri! Mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang ke, sama ada aku kenal atau pun tak, mana la tau ada terasa dengan apa yang aku tulis kat blog atau kat fesbuk or twitter sekalipun. Nak mintak maaf banyak2 tau. *susun 20 jari mohon ampun* . 0-0 eh. :-)
Dan doakan aku moga2 cepat sihat. Aku pun nak raya gak weh. Takkan nak selubung dalam selimut aje kennnn. Huhuhu.


Psssttt.. ingat hari tu nak buat cerpen raya, tapi kalau dah keadaan camni, nak menulis pun kepala otak dah stuck gegila. Wuwuwu. Okey dadaaaa semua!
Salam aidilfitri. :-)

~end


5 comments:

Aziela said...

Semoga cepat sembuh Ayu. Akak pun nak mintak ampun dan maaf kalau ada yang tersilap di mana2. Selamat Hari Raya....

Yusnida Tajudin said...

Selamat Hari Raya dik.. kalau rasa sunyi2 time raya tu, on je fb, akan adalah nama ahkak sentiasa hijau tu.. hehehhe.. (nak teriak gak sbb tak dpt balik kampung..), Mohon k.yus ampun maaf ye, andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara, terover gurau senda n terkurang dlm hospitality semasa Ayu berada di KL ni.. nanti mai kl singgah lagi rumah k.yus ye.. [♥]

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

zati mohd said...

selamay hari raya ayu..jaga diri baik2 k..

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kak Zatie dan Kak Aziela ~ selamat hari raya. hehe :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Eh kak yus, takde kurang pape pun. Ayu happy dapat kenal akak. Thank u and sorry for everything. selamat hari raya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...