++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, August 5, 2012

- DARI TANGAN PENULIS KE MEJA EDITOR -

Assalamualaikum...

Hai kawan2. Pose tak? ;-)

Hari ni aku nak buat satu n3 special untuk adik2, kakak2, abang2 atau sesapa saja yang mungkin teringin nak jadi seorang novelis tapi tak tahu macam mana caranya. Aku bukan novelis, cuma seorang manusia biasa yang menulis kerana minat dan niat atas nama Allah S.W.T.. Tapi tak salah kalau kita berkongsi pengetahuan yang kita ada kan?

Okey, we start with this n3. [Cara Ayumi Menulis]. Korang boleh rujuk n3 ni untuk tengok macam mana cara nak menulis novel. Err... ekceli tu bukan cara yang betul pun. Tu cuma cara aku sendiri. Cara seorang penulis yang bernama -Ayumi Syafiqah- . Kalau tak cuba cara tu silakan aje tapi kalau tak nak pun takpe. Masing2 ada cara tersendiri kan? :-)

Follow these steps :

1. Cerita dah ada, dah penuh satu buku nota dengan contengan draf untuk novel yang nak ditulis tu. Tapi sebelum mula sesuatu manuskrip tu, korang kena setkan dalam kepala nak hantar manuskrip tu ke mana. Ini untuk memudahkan korang. Kalau dari awal lagi korang dah fikir dan tentukan nak hantar ke penerbit mana, senang untuk korang buat survey, pepandailah usaha untuk approach penerbit tu sendiri. Kat sinilah, perasaan malu tu perlu ditepis jauh2. Rajin2 kanlah diri sendiri untuk bertanya kepada uncle google tentang penerbit yang korang minat tu. Tengok dia punya syarat2 penghantaran manuskrip, format2 yang digunakan, genre2 novel yang biasanya diterbitkan. Tak puas hati lagi, jangan malu2 dan segan2 nak tanya novelis yang dah terbitkan novel dengan penerbit yang korang minat tu. Caranya? Alaa, emel ada, fesbuk ada, twitter ada. Orang kata, dunia sekarang ni di hujung jari aje kan?

Ya, aku memang seorang yang pemalu. Tak percaya? Silakan bertanya kepada sesiapa yang mengenali aku. Ehek~ Tapi bila melibatkan hal penulisan novel, aku sanggup tepis segala rasa malu tu demi sebuah impian. Silalah percaya kenyataan ini. Kalau korang dah cuba tanya dengan memana novelis tapi tak dapat respon, jangan putus asa. Fikir positif, mungkin novelis tu busy, dia ada ramai peminat, hari2 ada aje yang emel, pm tanya macam2 sampai kekadang dah tak terlayan. Ingat, jangan putus asa. Teruskan aje bertanya pada novelis lain pulak. Cuba jugak sampai dapat jawapan. Nak lagi senang, apa kata korang tanya terus direct pada penerbit tu. *yang ni aku tak pernah buatlah sebab malu dan segan saling bertindih. heheh* . Malu bertanya sesat jalan right? :-)

2. Dah dapat jawapan tentang semua tu, korang dah boleh start tulis manuskrip. Tulis tu pulak biarlah ikut format yang dah ditetapkan oleh penerbit yang korang dah pilih tu.

Ni contoh,




Hah camnilah lebih kurang. Masa menulis ni laa memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Macam aku dulu, manuskrip pertama aku ambik masa dalam 3 bulan untuk siapkan. Kalau semangat tak kuat, mental tak kuat, memang manuskrip tu takkan siap. Lagi2 penulis baru macam aku ni. Semuanya memerlukan ketahanan mental dan emosi untuk hadapi tekanan luar dan orang2 sekeliling. Kenapa aku cakap tekanan ni? Hanya orang yang dah melaluinya saja yang faham. :-)

3. Berapa page? Itu pun bergantung pada penerbit tu. Macam aku dulu, KPH aku siapkan dalam 408 pages A4.


Macam mana nak capai ke titik noktah? Again, boleh rujuk dalam n3 Cara Ayumi Menulis tu eh. hehe.

4. Okey, manuskrip dah siap lepas tu nak wat apa? Berbalik pada penerbit tu semula. Ada penerbit yang terima softcopy yang dihantar melalui emel aje, ada penerbit cuma terima hardcopy yang dihantar dengan pos. Maksudnya, kena hantar manuskrip yang dah diprint sepenuhnya. Ni bergantung pada penulis sendirilah. Kalau takde printer sendiri, kena keluarkan duit sikitlah untuk print dekat kedai. Aku pun pernah, sampai berhabis dekat 100 jugak untuk satu manuskrip. Tapi takpe, tak kisahkan berkorban sikit demi impian kita ni? hehe.

Lepas dah dihantar, make sure tanya penerbit tu dah terima ke belum manuskrip yang kita hantar tu. Boleh call aje terus ataupun tanya melalui emel. Ada banyak cara sebenarnya, cuma bergantung pada kita aje sama ada nak buat ke tak. Lepas tu, tunggu ajelah sampai penerbit tu call kita sama ada dia terima untuk terbit atau tidak. Kalau dah lebih tiga bulan takde jawapan gak, koranglah yang kena bertindak sendiri. Call penerbit tu, tanya status manuskrip sendiri. Jangan malu sebab tu hak kita. :-)

5. Ada manuskrip diterima, ada yang ditolak. Bagi yang kena tolak, jangan sedih2. Mungkin belum ada rezeki. Boleh hantar kat lain manuskrip tu atau pun buat manuskrip baru. Yang penting, jangan pernah putus asa. Nangis takpe, tapi janganlah berpanjangan.

Bagi yang dah dapat, langkah seterusnya opkoslah tandatangan surat setuju terbit. Perasaan masa ni usah ceritalah. Kalau boleh menjerit satu dunia, memang dah lama menjerit. hihi.

Ni buktinya KPH dulu tajuknya Kau Inderaku. kehkeh. :P

6. Dah tandatangan surat setuju terbit tu, bukan bermakna akan dapat terbit secepatnya. Macam aku dulu, tunggu setahun lebih baru dapat terbit. Masa nilah SABAR memainkan peranan. Adat penulis baru, kena banyak beralah dengan penulis2 lama, lagi2 yang tiptop masuk carta bestseller tiap2 minggu. Sabar ye... sampai masa, akan dapat jugak terbit.

7. Tiba masa untuk terbit, dapatlah tengok cover. Perasaan masa ni, lagilah macam nak berguling2 atas jalan raya. Tapi masa takde keretalah, kang tak pasal2 tak sempat nak peluk novel tu dah arwah dulu. hahaaaa. Lepas tu tiba masa untuk sain royalti. Lepas tu, lepas tu dan lepas tu, pepandailah pomot untuk lariskan jualan buku. Jangan takat bergantung sepenuhnya kepada penerbit ye, ingat tu. *jangan jadi macam aku. hekhek*

8. Okey... itu aje kut yang dapat dikongsi. Harap dengan sikit panduan ni, aku dah dapat tolong uolss semua ya. Mungkin panduan aku ni tak berguna untuk sesetengah penulis sebab sekarang ni ramai penulis e-novel yang dapat tawaran daripada penerbit sendiri untuk terbitkan buku. Bertuah badan kan? Takpe, mungkin aku tak termasuk dalam 'golongan elit' itu. hewhew.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Ada salah silap, harap dimaafkanlah ye. Aku pun baru belajar, umur pun belum cukup 19 tahun. Pemikiran tak berapa nak matang lagi jadi tutup mata ajelah kalau ada salah tu ye. Aku share ni untuk kawan2 yang lain jugak. Semoga ada manfaat. Terima kasih. :')

psssttt... kepada yang menunggu giliran untuk manuskrip diterbitkan, I wish u all the best! ;-)

~end


70 comments:

Yusnida Tajudin said...

Bagus Ayu.. entry yg sarat dgn info ..errr..golongan elit?? hik3

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kak Yus one of them kut? keh3 >___<

Mrs.Yie said...

eh..masa akak hari tu rasanya sekejap je..sckk siap bulan 3, pastu surat-menyurat siap bulan 5..pastu bulan 7 terbit..semuanya dalam tahun 2012..alhamdulillah, Allah bagi mudah :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Takde rezeki kita nak terbit cepat2. ehek~

Ainaa Azlan said...

terima kasih Ayumi bt entri ni. berguna sngt. sush rupanya ya nk jd penulis ni.. bilalah angan2 sy nak tercapai. huhu

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Sama2.. asal ada usaha dan semangat, insyaAllah boleh :)

Nia's said...

terbaiklah...tapi saya mengaku yang saya lebih banyak gelak dr serius masa baca entry ni...^^
semoga karya akak yg akan datang diterima ya..^,^

Novelista Corner said...

Assalamualaikum....akak nak minta advise..nie 1st time nak antar manuskrip...bleh tak bagi cadangan penerbit mana nak hantar...especially orang baru macam akak nie...:)

Novelista Corner said...

Assalamualaikum....akak nak minta advise..nie 1st time nak antar manuskrip...bleh tak bagi cadangan penerbit mana nak hantar...especially orang baru macam akak nie...:)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Waalaikumussalam...

Pasal penerbit mana yang terbaik tu tak tau nak cakap la kak. Kena pandai2 pilih, buat survey dan buat keputusan sendiri. Moga2 akak tak tersilap pilih. All the best. :)

Anonymous said...

assalamualaikum..
akak nak tnya sikit, memang ambil masa lama ya kalau nak dptkan perstujuan pnerbit utk bgtahu setuju terbit?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Waalaikumussalam...

Sebenarnya tengok atas penerbit jugak kak. Ada yang cepat, ada yang lama. Kalau dah lama tapi tetap takde jawapan jugak, akak kena call diorang la untuk tanya status manuskrip akak. Tanya sampai akak dapat jawapan. :)

mawar kamila said...

terima kasih utk n3 yg berguna ni.
takut juga nak hantar manuskrip pd penerbit. tp dah baca n3 ni, ada semangat ckit. tq ya. ^_^!

izrah zulkarnain said...

assalamualaikum..

thanks 4 this entry. tp saya ada ckit tak faham. hmm.. dalam manuskrip tu perlu tulis bab demi bab ke atau tulis terus macam tu je tak payah letak bab? lagi satu, akak peruntukkan brape page untuk satu bab?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Bab tu kena letak. Page pulak atas penulis sendiri nak letak berapa. Macam biasa akak buat, 5-8 pages untuk satu bab. :)

izrah zulkarnain said...

Oh... terima kasih yer. :)

pink fushiana said...

akak boleh tanye tak! covernye penerbit yang buat or kita yang buat?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Cover penerbit yg buat.. :)

Anonymous said...

salam. mmg enrty yg sngt b'guna.

nil pina said...

kak boleh kita bersembang .. saya tanya banyak soalan. mohon dan harap kak dapat share sikit . sy baru lagi . minat menulis 18 tahun kak umur berapa .. saya sdg mnulis .. ,, kak bljar mnulis dr mana . awalnya kak minta kelulusan dr siapa utk terbitkan nvel bukukan sndr ke kak ?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Nil Pina :)

akak umur 20 tahun. Belajar menulis dari pembacaan aje. Dulu2 suka baca novel dan akhirnya mampu tulis novel sendiri. Akak just cuba hantar manuskrip ke penerbit. Bila diorang approve, dah boleh terbitkan novel. :)

Muhammad Musoddiq said...

Salam, manuskrip penuh tu, maknanya full novel ke?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Wslm.. ya manuskrip penuh yg sedia diterbitkan bentuk novel..

Sya Haina said...

Dah siap bebulan2 lamanya manuskrip saya.. tp takut nak contact penerbit... Hadoi... Terasa rugi pulak kalau dibiar mcm tu je... Idea2...

Muhammad Musoddiq said...

terima kasih. :)

nurhazs said...

surat setuju tu dapat melalui post ape?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Tgk atas penerbit. Tp biasanya pos laju..

iman ariana said...

salam, alhamdulillah terjumpa panduan ni. dah lama cari (sebab sy sekarang baru nak berjinak2 dlm dunia penulisan hehehe) . ada soalan nak tnya, boleh ke novelis hantar manuskrip ke lain2 penerbit. contohnya thn ni dia hantar kt penerbit A, then 2nd novel penerbit B. maknanya setiap novel dia tu keluaran lain2 penerbit. boleh ke? atau hanya akan terikat dgn satu publisher saja? tq. :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

iman ariana:

boleh, takde masalah asalkan takde terikat atau sign perjanjian utk stay dgn mana2 syarikat. tp kalau boleh, stay lah dgn satu syarikat saja. Kalau rasa tak serasi atau mmg tak dpt teruskan, barulah pindah ke tempat lain.

ketua tingkatan 5A said...

pernah terfikir nak tulis novel.. tapi,, satu cerpen yang saya buat pun, boleh tertunggak berbulan2 kalau tak ada idea... nie kan novel.. mungkin ambil masa yang sangat lama.. dah la saya nie jenis tulis cerita ikut kisah hidup, n angan2... kalau tak ada angan2... terbengkalai la... hehehe..

lagi satu, saya nak tanya. manuskrip tu, full cerita novel kita la kan? bab ke bab?

Anonymous said...

Salam kak,
Kak saya nk tnya ni, novelis kena jumpa dgn penerbit ke kalau nk tanda tangan?
Ataupun cakap dekat telefon je?
Saya tanya sb saya duduk jauh dgn kwasan bandar. Tu yg buat saya risau sgt tu.

[AYUMI SYAFIQAH] said...

ketua tingkatan 5: yup, manuskrip tu bermaksud cerita penuh, semua bab yang dah disiapkan.

anonymous: yg tu tgk atas penerbit. ada penerbit yg bermurah hati nak belanja perbelanjaan penulis utk turun sesi tanda tangan, ada penulis yg tak. kalau tak dpt dtg, nak buat mcm mana.. penerbit tak boleh paksa. harap menjawab soalan.

Anonymous said...

salam kak,
saya tumpang tanya ya... satu kertas A4 sama dengan satu page dlm novel ke ?atau kalau kita buat 250 m/s A4 ,untuk novel jadi 500 m/s sebab kertas novel kecil... dan satu bab satu m/s ke ?hehe ,harap faham .. :)

Anonymous said...

maksud saya, kita perlu pisahkan setiap bab tu ke? :) ,terima kasih ..

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Anonymous:

Wslm. Satu kertas A4 x sama dgn dalam novel. Tu ikut penerbit sbnrnya. Ada penerbit guna font besar, margin besar dlm novel. Jd novel akan jd tebal. Mcm novel akak, 480 jadi 620 bila terbit.

Setiap bab eloklah pisahkan. Satu bab mungkin dlm 5 hingga 10 muka surat. tp tu brgantung pd penulis la nak buat brape muka surat pun.. Setiap kali mula bab baru, mula dgn muka surat baru..

Anonymous said...

oh, okey... terima kasih ... ツ

Linda Roni said...

Thanks Kak Ayumi untuk n3 yg sgt2 bguna ni. Sya dh siapkn full mnuskrip tpi x thu nk hntr kt mna. Kak Ayumi, ada ke pnrbit yg trima mnuskrip dri gdis brusia 17 thn? Dan sya xde pglamn dlm bdang ni. Skrg ni, sya tgh buat mnuskrip bru tpi yh mnuskrip satu lgi sya x hntr lgi. Mcm mna ni kak?
Boleh x kak ayumi bgtau, kt mna kak ayumi hntr mnuskrip?

_Linda Roni

Linda Roni said...

Thanks Kak Ayumi untuk n3 yg sgt2 bguna ni. Sya dh siapkn full mnuskrip tpi x thu nk hntr kt mna. Kak Ayumi, ada ke pnrbit yg trima mnuskrip dri gdis brusia 17 thn? Dan sya xde pglamn dlm bdang ni. Skrg ni, sya tgh buat mnuskrip bru tpi yh mnuskrip satu lgi sya x hntr lgi. Mcm mna ni kak?
Boleh x kak ayumi bgtau, kt mna kak ayumi hntr mnuskrip?

_Linda Roni

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Linda Roni: Masalah umur x jd masalah rasanya sbb Karya Seni dan Fajar Pakeer ada terbitkan novel yg penulisnya sekolah lg. Mana2 pun boleh dik, tu adik kena buat keputusan sendiri. Cuba google setiap penerbit kat Malaysia ni. Ni akak list senarai penerbit yg akak tau

Alaf21
Buku Prima
Fajar Pakeer
Kaki Novel
Karya Seni
Love Novel
Idea Kreatif
KarnaDya
NB Kara
Intens Idea
Gedebook
Karystos

mungkin ada yg akak tertinggal. Awak boleh google utk cari info dan pilih mana yg sesuai ok. :)

Eida Azhar said...

Salam Ayumi.. saya jugak minat baca novel.. sejak tahun lepas sye mcm minat nak menulis sbb dpat idea n jalan cerita ntuk menulis.. sye takut xde idea ditgah jalan huhu.. tkut jugak klu ade2 yg tau, tiba2 kena perli huhu... org mcm ni bole jdi penulis ker?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Eida Azhar: saya pun dulu mcm tu. Bila ckp nak jadi penulis, semua orang ejek, semua org pndang rendah. Tp skrg semua baru bukak mata tgk kita. Yg penting, usaha dan yakin diri :)

Linda Roni said...

Thanks Kak Ayumi.

samia sisters said...

Salam. baru jumpa entry ni. kak, nak tanya sikit, yang akan edit tulisan kita, ejaan dan tatabahasa semua tu siapa ya? kita yang kena cari atau pihak penerbit punya orang?

samia sisters said...

Salam. baru jumpa entry ni. kak, nak tanya sikit, yang akan edit tulisan kita, ejaan dan tatabahasa semua tu siapa ya? kita yang kena cari atau pihak penerbit punya orang?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Samia Sisters:

wslm. org yang edit tu dipanggil editor. Editor tu bekerja dgn penerbit.

Syiqa said...

Assalam,kak..

Thanks a lot for this en3.. disbbkn sy ni msih bdak lgi tpi dah terpengaruh dgn crite2 cinta trmsuklah novel akak, hehe, sye slalu brangan nk ade novel sndri.. skang sinopsis dah siap, cume tinggal tjuk n jln critenye je.. cume skang busy dgn aktiviti skolah, so, keje buat manuskrip tu asyik tergendala aje.. idea plak asyik kehabisan, pastu kalo sye buat satu bab tu msti pling banyak pon dlm 3 m/s, huhu... ade tips x kak utk kasi idea tu dtg mencurah? hahaa..

Nurul Balqis Saharim said...

Assalamualaikum akak. Saya nak tanya, contoh, mcam satu page tu kita dah tulis, kita kena terus print ke? Macam.. memang kena print satu2 ke bila dah siap tulis satu page? Atau macam mana?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Syiqa:

Utk tips tu, ada link entri CARA AYUMI MENULIS kat sidebar ni. Awak boleh rujuk kat situ k :)
Good luck dlm penulisan awak. Akak dulu pun lepas SPM baru dpt fokus betul2. Dahulukan yg mana penting dulu ye :)


@ Nurul Balqis Saharim:

Waalaikumussalam. Tak pyh print dulu. Siapkan semua sekali dulu lepas tu tentukan penerbit mana awak nak hantar. Ada penerbit yg nak hardcopy, jadi maknanya awak kena print semua dan binding elok2 utk hantar penilaian. Tp kebanyakan skrg penerbit cuma mintak softcopy. Jadi awak tak perlu print, terus boleh emel je. Itu bergantung pd penerbit. Good luck. :)

Anonymous said...

Salam akak. Saya dah hantar manuskrip saya pada Kaki Novel February, 2013. Saya pun dah sign surat setuju terbit. Tapi memang dah hampir dua tahun lah saya tunggu untuk manuskrip diterbitkan daripada februari 2013 tu. Memang biasa ke tempoh lama macam ni? Haha.

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous:

Wslm. February 2013? Thats quite long heheh... Awak kena buat follow up dgn Kaki Novel. Keep on asking them bila novel awak akan keluar. Emel atau Facebook, mana2 je boleh. Tanya sampai dpt jawapan okey? :)

Anonymous said...

Hehe.. dah buat muka tak malu dah kak.. Saya whatsapp Kak Nadia, editor KN and dia cakap manuskrip saya akan diterbitkan tahun ni jugak.. tapi entah la. Masa tu saya tanya dia februari, 2014. Tapi saya tengok setiap keluaran takde je. Hee. Untuk keluaran July ni pun bukan manuskrip saya. Saya just pelik kenapa ambik masa lama sgt.

Akak rasa patut tak saya tanya lagi? Takut jugak nampak macam desperate sgt heheh.. tapi first novel kita kan :( Rasa excited tu lebih sikit haha. Akak rasa patut tak saya tanya lagi sekali?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous:

Akak rasa awak kena tanya lagi. Biasalah jadi macam ni, kadang2 diorg terlepas pandang (kot) jadi awak kenalah ambik tindakan. Tanya lagi ye. Sampai diorang bagi jawapan yg pasti. All the best.

Anonymous said...

Okay akak. Terima kasih banyak-banyak :') Tolong doakan saya. :)

BTW, suka novel-novel akak. Teruskan menulis, kitorang akan sentiasa support akak! ;)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous:

Thank u so much dear. All the best :')

Anonymous said...

Salam akak. Selalunya penerbit akan tunjuk cover pada kita berapa hari sebelum diterbit? and akak.. cover tu ada pilihan untuk kita pilih atau penerbit hanya design satu?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous: Wslm. Selalunya bila dah dekat tarikh terbit baru dpt tgk cover. Ada penerbit yg bagi penulis decide nak gambar apa sbg cover dan lepas tu dia akan design dlm 2-3 cover dan penulis akan pilih yg mana sesuai. Tp ada jgk penerbit yg design sendiri cover dan hanya akan bg penulis tgk lps dah siap.

Anonymous said...

Kalau budak 13 tahun boleh hantar novel tak?

nursyahira hissam said...

Kak ayumi, akak xde contact no? or fb? or email, maybe?

btw, Ana nak mintak tlg akak bley x? bley x tlg baca novel ana n give me ur precious comment kt blog ni.

anasyaiera.blogspot.com

tq sangat2 kak.. mmuahhh..

lots os love, Ana Sya Iera ^^

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Anonymous: Boleh, kalau ada manuskrip. Cubalah hantar mana2 penerbitan dulu.


@ Nursyahira Hissam: Fb, Ayumi Syafiqah. Emel: ayumi.syafiqah18@gmail.com

Okey ada masa nnti akak cuba tengok blog awak kay. :)

zulis said...

Salam ayumi..akak nak tanya pasal susunan bab. sinops nak kena tulis di bahagian mana.

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Zulis:

Wslm. Maaf kak, lambat jwb. Susunan bab tu akak boleh tentukan sendiri nak buat berapa muka surat setiap bab. Sbb nanti bila dah lulus penilaian, editor jugak yg akan edit semula ikut kesesuaian utk terbit jd novel. Akak mula setiap bab baru di muka surat baru dan tulis bab tu kat bahagian paling atas, tengah2 paling sesuai.

Sinopsis tu merangkumi seluruh cerita, mcm ringkasan. Tak perlu masuk dlm manuskrip. Nanti bila nak hantar manuskrip ke penerbit, barulah attach sekali sinopsis tu. Lain2 file pun takpe. Hope menjawab soalan.

Ain Zakiah said...

Assalam, kak.
Thanks untk information dlm n3 ni..
sya tengah siapkan first manuskrip sy.. dah nak 70 percent siap jgakla..
tp, sy terfikir,, btul ke format type sy ni? dah ikut fond n size tulisan bagai.. tapi, takut salah pulak.. sy teringin sgt nk tahu mcm mna akak mnulis..
mcm mna nak msuk next phragph, yg tulisan ke dalam tu.. slama ni, sy tekan tab aje.. tp, sy takut salh.. cemmana akak buat ek? ada setting kat mna2 ke? n.. klw kita nk msuk babak bru tp still dalm bab yg sama, nk kena enter brapa kali kak? n.. ada setting yg lain2 skali x?? sy tkut sy x buat semua tu.. n satu lg soalan cepumas.. hehe.. royalti novlis, lumayan x? sy konfius lah.. mcm mna proses ny ek?? amaunnya smpai beribu x? sorri kak, bnyk sgt sy tanya.. tp,, sya harap sgt akak boleh tolong leraikan masalah saya ni.. sekian.

...short story... said...

Awak mmg baik 😆😆semangat saya nak menulis..

Famin said...

Assalamualaikum, akak. Boleh ke kalau budak 13 tahun yang hantar karya? Dan, terima kasih sebab hantar cara nak buat manuskrip sebab saya tak faham sangat. Saya nak tanya, boleh ke kalau hantar novel yang penuh dengan gaya penulisan yang agak kasar? Sebab saya tak pandai buat novel bergenre cinta ni. Saya ada buat karya dekat wattpad dan ada yang tawarkan macam novelplus. Tapi, saya tak tahu macam mana lagi kak. Saya nak terbitkan buku tapi saya tak yakin. Sekian.

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Famin : Waalaikumussalam. 13 tahun? Akak tak pastilah. Ikut pada syarat penerbit lah kut. Pasal gaya penulisan kasar, ada penerbit yang terbitkan cerita dengan gaya bahasa yang macam tu. Awak cuma perlu pandai cari dan survey sendiri mana yang sesuai dgn gaya karya awak. :)

kucing said...

Itu sesuai dengan penerbit indie.fixi. lejen press. buku hitam. Neon terbit.etc.

kucing said...

Itu sesuai dengan penerbit indie.fixi. lejen press. buku hitam. Neon terbit.etc.

Unknown said...

Akak sekarang under penerbit mana..saya pun tengah otw buat manuskrip tpi masih pening nk mencari penerbit yg sesuai untuk hantar benda alah ni.

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Unknown : Akak ada banyak penerbit.. Masih mencari yg terbaik utk kekal :)

Anonymous said...

salam kak... saye nak tanya margin paper utk buat novel berape ye??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...