++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, August 28, 2012

- Biar Cinta Bertaburan : Emeer & Ayesha -

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak buat review novel. Novel ni sebenarnya dah tamat baca masa malam raya hari tu lagi tapi belum sempat nak buat review kat sini. Now the time has come, jom kita men-review-kan novel ini.



Biar Cinta Bertaburan karya Yusnida Tajudin, *atau lebih mesra dipanggil Kak Yus* terbitan Kaki Novel, Ogos 2012. Malas nak tulis sinopsis jadi aku bagi ringkasan cerita aje. BCB ni mengisahkan kehidupan seorang perempuan bernama Ayesha Sorfina yang kecil molek, satu hari telah memulakan kerja sebagai PA seorang lelaki yang tegas, panas baran *mula2 aje laa* tapi sangatlah romantik dan penyayang. *nak tahu apa maksud romantik dan penyayang? sila rujuk kamus dewan anda* . Nama lelaki tu, Emeer Zafran. Di sebalik perwatakan Ayesha yang ramah dan riang, dia sebenarnya ada satu prinsip hidup yang susah orang lain nak faham. Tapi aku faham, Kak Yus cakap, walau macam mana sayang pun kita kat seseorang tu tapi kalau dia dah berpunya *maksudnya dah kahwin* , janganlah cuba2 nak jalinkan hubungan dengan dia. Tak baik tau bina mahligai bahagia atas tangisan orang lain. Huhu.

Jadi bila Ayesha tahu Emeer ni tunangan orang, dia pun mula sedar kat mana bumi dia berpijak. Dia bukan siapa2, tak mungkin Emeer akan pilih dia kalau dibandingkan dengan Cik Lyana Arissa yang cun melecun kebabommm tu kan. Tapi dia silap. Rupa2 nya, Emeer cintakan dia lebih daripada segalanya. Ayesha cuba larikan diri daripada Emeer tapi dia tak mampu. Dan akhirnya....... *tutttttt*

Aku tahu, mesti ramai readers yang akan fikir cam... "what the hello is this?" . Sabar2... ada reason tau kenapa Emeer dan Ayesha terlanjur sebelum masanya. Aku tahu, Kak Yus cuma nak readers selami perasaan Ayesha, kekuatan kasih sayang antara dia dan Emeer. Setiap orang yang dah buat silap tu masih berhak diberi pengampunan kan? Daripada situ kita nampak betapa Emeer ni sanggup bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat kat Ayesha. Dan Ayesha pulak, tak disisihkan oleh ahli keluarga walaupun dah buat silap besar dalam hidup. Masih disayangi dan masih dihargai. Buka jalan untuk dia bertaubat, bukan makin buatkan hidup dia makin susah dan terus sesat. Itu la yang sepatutnya kan?

Akhirnya, Emeer dan Ayesha diijabkabulkan. Fulamakkkkkk. Emeer laa antara hero yang the super romantikus de amour la yang aku pernah baca. Adeh. Tak caya? Sila kan baca sendiri. Tak tahu la Kak Yus bayangkan siapa masa dia duk describe karakter si Emeer tu kennnn? Hihihi. *gelak sopan* . Jujur aku cakap, bila dah baca sampai ke akhir, aku macam dah lupa terus apa yang jadi sebelum diorang kahwin sebab alam rumah tangga yang Kak Yus gambarkan dalam tu sangat la indah. Touching giler3.

Apa jadi lagi lepas tu? Yang tu, korang kena baca sendiri. Hehe.

Garapan Kak Yus terbaik, membuai2 perasaan der. Konflik pun tak banyak, sesuai sangat untuk bacaan santai. Tapi kan, sepupu aku cakap BCB tak sesuai dibaca oleh budak bawah umur. Oppssss! Ya ke? Thi hi hi. Nak tau sesuai ke tak, kena dapatkan dulu, baca, dan nilai dengan mata hati.

Untuk Kak Yus, tahniah!!! U did a very great job. Dalam BCB tu ada macam2 perencah. Cinta, kasih, sayang, air mata, ketawa dan yang paling penting macam yang Kak Yus pernah pesan, ada ILMU kat situ. Itulah 'saham' kita di SANA nanti. :')

Kata2 hikmat oleh Ayumi ---> Biar cinta bertaburan, biar rindu berguguran, biar kasih bertempiaran. :P

# 29 Ogos 2012, 12.57 PM #

~end


4 comments:

Yusnida Tajudin said...

Oh sungguh taching adindaku.. terima kasih untuk review yg sangat indah ini.. TQ je tak cukup rasanya.. tp apa pun k.yus sungguh gembira cos BCB mampu menyumbang sedikit part dlm menghiburkan hati Ayu.. hehehe.. Emeer?? itu rahsia besar .. hahaha

Mulia Zullyaz said...

terjawab juga persoalan yang bermain-main di minda..Perkara itu yang kak yus maksudkan..owh.. :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kak Yus ~ Hahaha.. faham2. Emeer tak boleh didedahkan.. hihi..
Tak ada hal la kak yus. Memang apa yang ayu tulis ni betul, bukan setakat nak ambik hati. hehehe..

Mulia ~ Dah terjawab ye? Bagus la.. Nanti2 boleh baca lagi dan feel lagi. hehehe

Aziela said...

Memang sangat2 membuai perasaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...