++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, July 22, 2012

- Syhhh... Cinta! 8 -

Bab 8



“MANA Suzy tahu ni?” Pandangan Datin Fazila tajam memanah ke wajah Suzy. Cerita yang dibawa gadis itu benar-benar memeranjatkannya.
            “Hari tu Suzy dengar Kemi cakap telefon dengan Razzi. Lepas tu, elok pulak dia naik kereta dengan Raffi pergi kondo. Hah, kalau dah macam tu gayanya, apa lagi kalau bukan ada hubungan sulit, kan?” Suzy mencucuk ‘jarum’. Melihat dari riak muka Datin Fazila, dia yakin umpannya sudah hampir mengena.
            Datin Fazila terdiam. Kemilia menjalinkan hubungan Razzi dan Raffi serentak? Benarkah?
            “Aunty... aunty kena percaya cakap Suzy ni. Suzy tak tipu!” Sungguh-sungguh Suzy berkata. Dia mahu Datin Fazila percaya pada kata-katanya biarpun dia sendiri ragu dengan hakikat yang sebenar-benarnya.
            “Susah aunty nak percaya kalau tak ada bukti,” balas Datin Fazila perlahan. Soalnya, cerita yang Suzy bawa itu melibatkan kedua-dua anaknya. Sebab itulah susah sangat dia nak percaya kalau tak ada bukti.
            “Jadi... aunty nak cakap yang Suzy tipu?” Riak wajah Suzy berubah sedih. Sengaja nak tarik perhatian. “Sampai hati aunty...”
            “Bukan macam tu, Suzy. Aunty tak cakap Suzy tipu. Cuma manalah tahu kut-kut Suzy tersilap dengar atau tersilap tengok ke. Hal ni serius, tak boleh dibuat main...” jelas Datin Fazila. Jantungnya berdebar-debar mengenangkan kemungkinan kata-kata Suzy itu benar belaka. Bagaimana kalau Razzi dan Raffi betul-betul kemarukkan Kemilia? Masalah tu!
            “Kalau aunty nak bukti, Suzy boleh cari bukti!” Mata Suzy bersinar-sinar, membayangkan rancangan yang terangka dalam kepala bakal terlaksana tidak lama lagi.
            “Suzy nak buat apa?” Datin Fazila bimbang pula. Wajah Suzy yang bersalut mekap tebal itu direnung curiga.
            Suzy tidak menjawab, sebaliknya tersenyum penuh misteri.


KEMILIA memegang kepala yang terasa pening. Digagahkan kaki untuk melangkah ke dapur. Setelah mendapatkan seteguk minuman, dia beralih ke ruang tamu pula. Telefon bimbit yang terdampar di atas meja dicapai. Sambil menyandar di sofa, jarinya mendail nombor telefon Razzi.
            “Assalamualaikum, sayang...” ucap Razzi dengan suara ceria.
            “Waalaikumussalam,” balas Kemilia dengan suara lemah, kontra sekali dengan nada suara Razzi tadi.
            “Kenapa ni? Tak sihat lagi eh?” tanya Razzi lembut. Ketika itu juga, melintas rasa terkilan di hatinya kerana terpaksa membatalkan janji untuk pulang ke Kuala Lumpur hujung minggu itu kerana ada hal penting yang memerlukan dia untuk terus tinggal di Kedah dalam satu jangka waktu lagi.
            “Kepala rasa pening... asyik muntah-muntah aje. Dah berapa hari dah macam ni. Tak tahu kenapa,” adu Kemilia perlahan. Kolam matanya bergenangan tiba-tiba.
            “Pergi klinik nak?”
            “Nak pergi dengan apa? Teksi?”
            “Biar saya call Raffi, mintak tolong dia hantar awak pergi klinik. Okey?” cadang Razzi. Risau hatinya memikirkan keadaan Kemilia. Sudahlah isterinya itu tingga sendiri. Kalau pitam atau pengsan ke, siapa yang nak tolong?
            “Tak menyusahkan dia ke? Dah banyak kali sangat mintak tolong dia,” balas Kemilia serba salah. Walaupun Raffi tidak pernah menolak permintaan Razzi, tetapi dia tetap berasa tidak sedap hati.
            “Tak ada susahnyalah. Dia sendiri yang bagitahu saya, kalau nak mintak tolong apa-apa cakap aje kat dia. Kejap lagi saya call dia, k?” Lembut Razzi bersuara. Dia yakin Raffi tidak akan keberatan untuk membantu. Lagipun, siapa lagi yang boleh diharapkan kalau bukan Raffi? Nak minta tolong Wajihah, adiknya itu belum punya kereta sendiri.
            “Hmm... okey.” Kemilia tidak mampu untuk membantah lagi. Dia sudah tidak tahan menanggung kesakitan itu. Sebaik saja talian ditamatkan, Kemilia bingkas menuju ke arah biliknya.


SUZY keluar dari keretanya sambil menanggalkan kaca mata hitamnya. Dengan lenggok yang menggoda, dia berjalan masuk ke halaman rumah Datin Fazila. Biasalah, hari-hari minggu kalau tak kerja lain dia pasti datang menempel ke rumah itu. Proses merapatkan diri dengan bakal mentualah katakan. Dia tersenyum-senyum sendiri.
            Senyuman Suzy mati kala terpandangkan Raffi yang baru saja keluar dari pintu rumah. Dia segera mendekati lelaki itu. “Hai, Raffi!” sapanya dengan lagak mesra.
            Raffi yang baru saja hendak masuk ke kereta terus menoleh ke belakang. “Eh, Suzy...”
Suzy tersenyum manis. “You nak ke mana ni?”
“Hmm...” Raffi berfikir-fikir sebentar apa yang mahu dijawab. Takkan nak bagitahu dia nak pergi ambil Kemilia? Hisy, cari nahas namanya tu! Kang tak pasal-pasal timbul pula gosip kononnya dia dan Kemilia ada hubungan sulit. “Hmm... I nak pergi jumpa kawan. Ada hal penting sikit,” jawabnya setelah tidak mampu berfikir jawapan yang lebih kukuh daripada itu.
Suzy mengecilkan anak matanya sambil berpeluk tubuh. Melihat daripada reaksi Raffi, dia hampir pasti lelaki itu mahu pergi menemui Kemilia. Aha! Peluang keemasan!
“Err... okeylah, I pergi dulu. You pergilah masuk dalam. Mama mesti happy bila tengok you datang,” ujar Raffi dengan senyuman yang sengaja dimaniskan. Kemudian dia terus menghilang ke dalam kereta. Sekejap saja, dia sudah memandu pergi.
            Suzy tidak masuk ke rumah, sebaliknya mendapatkan keretanya semula. Kaca mata hitamnya disarungkan semula. Hari ini dia mahu mencari bukti. Dia mahu membuka mata Datin Fazila tentang keburukan Kemilia. menjalin hubungan dengan dua beradik dalam satu masa ya? Kau tengoklah nanti! Senyum sinis terukir di bibir Suzy. Seolah-olah sudah terbayang di matanya pelamin indah dia bersama Razzi nanti.
            Kereta dipandu mengikut arah kereta Raffi. Sengaja dia memandu agak berjarak dari kereta Raffi, takut mudah dikesan lelaki itu. Ketika kereta Raffi membelok masuk ke simpang kondominium yang sama dengan tempoh hari, Suzy menekan brek. Keretanya berhenti di bahu jalan. Hampir pasti tekaannya tadi betul.
            Sepuluh minit menanti, barulah bayang kereta Raffi muncul keluar dari simpan kondominium itu. Suzy segera menekan pedal minyak. Sambil mengikut kereta Raffi dari belakang, sempat lagi hatinya menyumpah-nyumpah geram.
            “Tak guna punya perempuan! Disebabkan kau, Razzi sanggup tangguhkan perkahwinan dia dengan aku. Tapi belakang dia, boleh pula kau main kayu tiga? Dengan adik Razzi pulak tu! Urgh!” Suzy menggerutu geram. Ketika kereta Raffi berhenti di sebuah klinik, Suzy memperlahankan keretanya. Sempat matanya mengintai kelibat Kemilia keluar dari kereta Raffi. Lelaki itu pula membantunya berjalan masuk ke dalam klinik. Suzy mencebik sakit hati.
            Keretanya diparkir agak berjarak dari kereta Raffi. Tak kisahlah perlu menunggu sampai dua jam pun, dia rela kalau itu dapat memberinya ‘pulangan’ yang lumayan.


KEMILIA keluar dari bilik doktor dengan senyuman manis. Jawapan yang diterima daripada doktor tentang penyakit yang melandanya sejak kebelakangan ini benar-benar menggembirakan hatinya. Melihat dirinya, Raffi yang sedari tadi menunggu di bangku segera bangkit berdiri.
            “Doktor cakap apa? Tak ada apa-apa yang serius, kan?” tanya Raffi. Kemilia kakak iparnya, jadi tidak salah rasanya kalau dia mengambil berat tentang wanita itu.
            “Doktor cakap... tak lama I akan jadi ibu. I’m pregnant!” jawab Kemilia dengan senyuman lebar. Rasa pening dan meloyanya tadi seolah-olah lenyap begitu saja setelah mendapat tahu ada satu nyawa lain dalam rahimnya kini.
            Raffi terkejut. “Really? Wah, tahniah! Dah bagitahu abang?” Jelas dia teruja dengan berita itu.
            “Hmm... belum, kejap lagilah. I ingat nak buat surprise kat dia. Ohh ya, you jangan bagitahu siapa-siapa tau? Jiha pun tak boleh tahu lagi,” pinta Kemilia senang hati.
            Raffi tertawa kecil seraya mengangguk. “Tak ada hal.”
            “Thanks...” balas Kemilia. Dalam hati melantun rasa syukur kerana Allah menghantar Raffi kepadanya.
            “So... you nak ke mana lepas ni?”
            “I ingat nak baliklah. Nak rehat aje kat rumah.”
            “No, no...” Raffi menggeleng-geleng. “Tadi abang ada pesan, dia minta I bawak you pergi makan. Jom!”
            “Err... tak menyusahkan you ke?” Kelat wajah Kemilia bertanya. Memang dia belum makan sedari pagi tadi lagi dan perutnya sekarang sudah mula berkeroncong.
            Raffi menggeleng lagi. “Untuk bakal anak buah I jugak, kan?”
            Kemilia tersenyum seraya menganggukkan kepala.


NAMPAK saja kelibat Kemilia dan Raffi keluar dari klinik, badan Suzy terus tegak. Tertinjau-tinjau dia memerhatikan tingkah kedua-duanya. Tak adalah nampak mesra sangat, tapi bibir kedua-duanya tidak putus-putus dihiasi senyuman. Pabila kereta Raffi mula bergerak, Suzy ikut sama menukar gear lalu menekan pedal minyak.
            Dalam kepalanya tertanya-tanya apa tujuan Raffi membawa Kemilia ke klinik. Tak sihat ke? Tapi nampak macam okey aje tadi. Siap senyum-senyum lagi tu. Kenapa ek?
            Kereta Raffi membelok masuk ke sebuah restoran. Suzy ikut sama berhenti. Setelah memakirkan kereta, dia keluar dari kereta. Langkah Raffi dan Kemilia diikut dari belakang masuk ke dalam restoran itu. Lagaknya betul-betul macam spy yang tak bergaji. Masuk saja ke dalam restoran itu, Kemilia dan Raffi dilihatnya mengambil tempat di sebuah meja. Suzy pantas mengatur langkah mendapatkan meja paling hujung. Kaca mata hitamnya dibetul-betulkan, berharap dengan cara itu Kemilia dan Raffi tidak nampak dirinya di situ.
            Suzy hanya memesan segelas jus oren. Gelagat kedua-duanya diperhati dengan ekor mata. Telinga dipasang rapi, mahu mendengar dengan jelas setiap apa yang dibualkan mereka berdua.
            “Makan banyak-banyak, baby you tu mesti lapar...”
            Kata-kata Raffi itu singgah di telinga Suzy. Spontan matanya terbuntang. What?! Baby?
            “Alaaa... kalau makan banyak, gemuklah I nanti.”
            Itu pula suara Kemilia. Suzy terasa nafasnya semput seketika.
            “Tak apalah gemuk, yang penting baby you sihat. Kan?”
            Nak pitam! Tak sanggup lagi menunggu di situ, Suzy segera bangun dari kerusi. Setelah membayar harga minumannya, dia terus berlalu keluar dari restoran itu dengan raut wajah tegang. Enggan percaya, tetapi buktinya sudah jelas di depan mata.
            Kemilia mengandung? Anak Raffi?!


KETIKA ralit menonton TV, Kemilia tersentak mendengar bunyi loceng di pintu rumah. Digagahkan badannya untuk bangkit menghampiri pintu. Sebaik saja daun pintu terkuak, wajah Raffi sedang tersenyum menyapa matanya.
            “Eh, Raffi... ada apa datang malam-malam ni?”
            “I datang bawak makanan. You mesti tak makan lagi, kan?” Raffi bersuara mesra. Beg plastik berisi makanan di tangan diangkat tinggi, mahu menunjukkannya kepada Kemilia tersenyum.
            Kemilia tersenyum. “Tahu-tahu aje you ni. Masuklah...” Gril dibuka lalu mempersilakan Raffi masuk. Tiada lain di dalam kepalanya, hanya menerima seorang tetamu merangkap adik ipar. Jadi tidak salah rasanya dia mempelawa Raffi masuk. Lagipun takkan nak biarkan aje Raffi berdiri di luar? Tambahan pula, jiran-jiran di sini bukannya peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling.
            Raffi mengangguk lalu segera masuk ke rumah. Beg plastik berisi makanan kini bertukar tangan.
            “You duduklah dulu, I ke dapur kejap,” ujar Kemilia. Melihat anggukan Raffi, dia segera berlalu menuju ke dapur. Nasi goreng yang dibawa Raffi dipindahkan ke dalam pinggan. Sedang ralit membancuh minuman, dia terdengar bunyi loceng dari pintu rumah. Sebentar kemudian, terdengar pula suara-suara kuat yang saling bertingkah dengan suara Raffi.
Kemilia mula tidak sedap hati. Bergegas dia berlalu keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Dan, langkahnya terhenti bila melihat tiga batang tubuh sedang merenungnya dengan mata mencerlung. Mama, papa dan Suzy! Sementara Jiha di belakang sekadar berdiri sambil menggigit bibir. Raffi pula berdiri tegak dengan kepala menunduk. Ya Allah... Kemilia rasa nak pitam!



*-*-*-*-*

Fuhhh~ Siap pun akhirnya. hehe. Nak marah? Geram? Sorry tauuuuu. :D 


K nanti sambung lagi. hehehe ;-)


~bersambung~


4 comments:

RinsyaRyc said...

alaaa... mesti kantoi berabis lepas ni . suzy good job! <---wlupun suzy wtak jahat kan? keh3

[AYUMI SYAFIQAH] said...

bagus kan dia? ekekeke

cik ieyna said...

wawawa...cpatla smbung cik penulis...xsbar nk tau kisah slanjutnye...

[AYUMI SYAFIQAH] said...

hehee.. sabar2... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...