Sorry malam ni tak dapat post n3 baru SC. Tak siap lagi la... hehehe. Jadi sebagai ganti, kita layan SHDM k? Sedutan bab 36. :-)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PENGGAMBARAN tamat ketika jam hampir ke pukul 5.30
petang. Kirana kembali ke bilik untuk menunaikan solat Asar. Mereka akan
bergerak pulang selepas makan malam nanti. Sebaik selesai mengaminkan doa,
telefon bimbitnya berbunyi. Dia segera bangun mencapai telefon itu di atas
katil. Membaca nama Edryzal di skrin, Kirana bagaikan berada di alam khayalan.
Benarkah Edryzal menghubunginya?
“Helo,”
ucap Kirana selepas menekan butang hijau.
“Dah
habis shooting?” tanya Edryzal dengan
suara mendatar. Nada yang biasa digunakan.
“Dah,”
jawab Kirana sepatah. Telekung yang menutup kepala ditanggalkan.
“Bila
balik KL?” tanya Edryzal lagi.
Pertanyaan
itu mengundang kerut di dahi Kirana. Sejak bila pula Edryzal jadi seprihatin
itu? “Malam nanti, lepas dinner.”
Tetap dijawab soalan tunangnya itu.
“Sempat
lagi kalau nak keluar jalan-jalan…”
“Malaslah.
Saya nak rehat kat bilik aje. Penatlah shooting
tadi,” balas Kirana sambil melabuhkan duduk di birai katil.
“Kalau
macam tu, sia-sialah aku datang sini…” balas Edryzal selamba.
Mata
Kirana terbuntang. Terkejut mendengar sebaris ayat itu. Dia terbangun dari
duduknya. “Awak ada kat sini?”
“Hmm…”
“Betul
ke?” Kirana hampir terlonjak. Terasa rajuknya malam tadi bagaikan terpujuk
dalam sekelip mata.
“Ya,”
tekan Edryzal.
“Awak
kat mana sekarang?”
“Kat
lobi. Tapi kalau kau tak nak keluar, tak apalah. Aku boleh balik sekarang…”
“Tak!”
Pantas Kirana menahan. “Tak, tak. Saya nak keluar. Awak tunggu kat lobi ya?
Kejap lagi saya turun.” Kirana mematikan talian. Telekung sembahyang dilipat
dan diletakkan di atas katil. Kemudian dia menukar pakaian yang lebih cantik
untuk keluar bersama Edryzal.
WALAUPUN tidak banyak tempat yang sempat
dilawati, Kirana tetap berasa gembira kerana Edryzal sudi datang ke Port Dickon
untuk menemuinya. Kata Niza, dia bertuah sekali kerana mendapat tunang
seromantik Edryzal. Kirana hanya tersenyum sumbing mendengar kata-kata itu
kerana lumrahnya, hanya dia seorang yang mengerti sikap dan sifat Edryzal yang
sebenar-benarnya.
Destinasi
terakhir mereka di Negeri Sembilan adalah di Pantai Teluk Kemang. Kirana
mengajak Edryzal untuk duduk di bawah pokok sambil menikmati suasana di
persekitaran pantai pada waktu petang.
Edryzal
terbersin tiba-tiba membuatkan Kirana tersentak. Dia menoleh pada Edryzal.
“Awak tak sihat ke?” soalnya. Memang sedari tadi lagi dia sedar sudah acap kali
lelaki itu terbersin. Tetapi baru kali ini dia berpeluang untuk bertanya.
“Tak
adalah. Selesema sikit aje,” balas Edryzal sengaja berdalih.
Kirana
berfikir-fikir seketika. Kalau diikutkan, sedari malam tadi lagi dia meminta
Edryzal datang menemuinya. Tetapi lelaki itu memberi alasan penat dan hari
sudah lewat malam. Tetapi hari ini, dia muncul dalam keadaan tidak berapa
sihat. Adakah itu bermakna dia tidak boleh datang ke sini malam tadi kerana masalah
kesihatannya itu?
“Kalau
awak tak sihat, kenapa datang jugak? Patutnya awak rehat aje kat rumah.”
Tiba-tiba saja Kirana rasa bersalah yang amat.
Edryzal
menggaru-garu hujung dahinya. “Bukan ke kau yang nak aku datang? Kau cakap
rindukan aku,” ungkitnya selamba.
Serta-merta
darah merah menyerbu ke muka Kirana. Malunya! Dia pantas memalingkan wajah ke
arah lain. Tidak sanggup rasanya menatap wajah Edryzal.
Edryzal
menyembunyikan senyumannya. “Sekarang aku dah ada kat depan mata kau. Dah lepas
rindu?” soalnya, masih selamba.
Kirana
mengetap bibir. Memang. Memang rindunya sudah terlepas sebaik menatap wajah
Edryzal. Kalau boleh, dia mahu masa terus berhenti berputar agar dia dapat
berlama-lama dengan Edryzal di pantai ini. Tetapi, berbaloikah rasa itu jika
hanya dia yang merasainya?
“Habis
awak tak rindukan saya ke?” Kirana membalas dengan soalan. Wajah Edryzal
direnung.
Edryzal
membalas renungan Kirana. Serta-merta Kirana rasa jantungnya bagaikan berlari
tanpa arah. Sinar mata Edryzal yang tajam itu membuatkan hatinya bergetar.
“Saya
tak tipu bila saya kata saya rindukan awak. Kita bukan selalu jumpa pun. Takkan
awak langsung tak ada rasa rindu kat saya?” tanya Kirana lagi. Wajahnya keruh,
benar-benar mengharap jawapan positif daripada Edryzal.
Tetapi
sayang, Edryzal hanya diam. Lelaki itu bagaikan bisu untuk berkata-kata. Kirana
akur. Mungkin memang hanya dia yang mencintai Edryzal. Sedangkan lelaki itu
langsung tiada rasa apa-apa padanya. Dia tiada nilai di mata Edryzal.
“Tak
apalah kalau awak tak rindukan saya pun…”
“Bukan
macam tu,” pintas Edryzal.
Kirana
menoleh merenung Edryzal. Sabar menanti balasan lelaki itu.
Edryzal
mengeluh. Kata-kata yang mahu diluahkan bagaikan tersekat di kerongkong.
Sudahnya, dia hanya membisu hinggalah suara Kirana menyentakkannya.
“Awak
hantar saya balik resort. Dah nak dekat maghrib ni. Nanti lepas dinner, saya nak kena ikut diorang semua
balik,” pinta Kirana tanpa memandang Edryzal. Rasa kecewa dibenam jauh-jauh.
“Kau
drive sendiri kan balik nanti?” tanya
Edryzal.
Kirana
mengangguk lalu bangkit berdiri. Edryzal juga ikut bangun mengikut langkah
Kirana menuju ke keretanya.
“YOU tunggu apa lagi, Kira? Diorang semua
dah nak gerak tu. I tumpang kereta you boleh, kan?” tegur Niza bila melihat
Kirana bagaikan termenung jauh.
Kirana
tersedar dari lamunannya. “Ohh… hmm… boleh, boleh. Jomlah.” Dia bangun,
mencapai beg tangan dan mula melangkah mendapatkan keretanya.
“Tunang
you dah balik?” tanya Niza sebaik saja masuk ke kereta.
Spontan
ingatan Kirana melayang pada Edryzal. Selepas Edryzal menghantarnya tadi,
lelaki itu langsung tidak dihubungi lagi. “Kejap ya?” Dia keluar semula dari
kereta. Telefon bimbit dikeluarkan dari beg tangan untuk menghubungi Edryzal.
“Edry,
awak kat mana? Dah balik ke belum?” tanya Kirana pantas.
“Aku
ada kat depan resort…” jawab Edryzal. Suaranya kedengaran lemah sekali.
“Kat
depan resort?” Kirana melilaukan mata ke sekeliling kawasan tempat parkir
kereta itu, mencari bayang kereta Edryzal. Tidak jauh dari tempatnya berdiri,
dia boleh nampak kereta Edryzal terparkir elok. “Kenapa awak tak balik lagi?
Awak nak stay kat sini ke malam ni?”
“Tak.
Aku… nak rehat kejap…”
Kirana
bagai dapat menghidu sesuatu. Dari nada suara Edryzal, dia tahu keadaan lelaki
itu sekarang tidak baik. “Awak demam ke? Tak boleh nak drive?”
Edryzal
diam.
Kirana
mengeluh. Tanpa pamitan, talian dimatikan. Pintu kereta dibuka dan menjengulkan
kepala ke dalam. “Niza, you tunggu sekejap boleh tak? I nak pergi kat tunang I
kejap. Kereta dia ada kat sana…” maklum Kirana.
“Okey.”
Niza mengangguk.
Kirana
menutup pintu dan berjalan pantas ke arah kereta Edryzal. Cermin kaca kereta
itu diketuk, memberi isyarat supaya Edryzal membukanya. Edryzal yang sedang
tersandar dengan mata terpejam terus membuka mata. Terkejut melihat Kirana di
situ. Kunci dibuka dan daun pintu sebelah pemandu ditolak. Kirana masuk ke
keretanya.
“Awak
tak sihat ke?” Cemas Kirana bertanya. Tapak tangan diletakkan di atas dahi
Edryzal. Panas. “Kenapa tak cakap yang awak tak sihat? Macam mana nak drive balik KL kalau macam ni? Atau awak
nak stay kat sini malam ni? Nak saya
temankan?”
“Esok
aku kerja.” Bertalu-talu soalan Kirana ajukan, hanya itu yang dijawab Edryzal.
“Mintak
cuti ajelah. Tak pun, awal pagi esok kita balik KL,” cadang Kirana. Dia rasa
bersalah sebenarnya. Kerana dia, Edryzal datang ke Negeri Sembilan walaupun
dalam keadaan dirinya yang tidak berapa sihat.
Edryzal
menggeleng. “Tak payah. Aku boleh drive.
Kau pergilah balik,” balasnya. Rasa pening di kepala cuba dilawan sekuat hati.
Kirana
berdecit. Geram dengan kedegilan Edryzal. “Awak tunggu sini. Saya pergi kat
kereta saya kejap. Saya suruh kawan saya bawak kereta saya balik KL. Lepas tu
nanti biar saya yang drive kereta
awak ni.” Dia memberi cadangan yang tiba-tiba melintas di fikiran.
Edryzal
diam. Otaknya tidak mampu berfikir dengan baik.
“Tunggu
tau?” Kirana kembali ke keretanya. Setelah meminta Niza membawa pulang
keretanya ke Kuala Lumpur, barulah dia mengambil alih tugas memandu daripada
Edryzal.
SEJAM lebih memandu, akhirnya mereka tiba di
rumah Edryzal. Dahlia terkejut menyambut kepulangan Edryzal dengan keretanya
yang dipandu Kirana. Yusrizal membantu memapah Edryzal naik ke biliknya
sementara Kirana mengikut Dahlia ke ruang tamu.
“Maaflah
menyusahkan Kira aje bawak kereta Edry tu balik sini. Dari semalam lagi Edry tu
tak berapa sihat. Auntie dah cakap
dah tak payahlah pergi Port Dickson tu, rehat aje kat rumah. Tapi dia tu tak
nak dengar. Katanya, nak pergi jumpa Kira. Tak sampai hati nak hampakan
permintaan Kira,” cerita Dahlia tanpa disangka-sangka.
Kirana
terdiam mendengar cerita itu. Ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Benarkah
Edryzal sanggup mengenepikan kesihatannya hanya semata-mata mahu menemuinya di
Negeri Sembilan? Benarkah lelaki itu sanggup berkorban untuknya? Mata Kirana berair
tiba-tiba. Antara rasa terharu dan bersalah, semuanya bercampur menjadi satu.
“Kira
nak balik, guna ajelah kereta Edry tu. Nanti auntie bagitahu dia Kira guna kereta dia,” suruh Dahlia.
“Tapi…
esok macam mana Edry nak pergi kerja?” Kirana serba salah mahu bersetuju.
“Alah…
dia boleh pergi dengan Yus. Bukannya lain-lain tempat kerja pun. Itu pun, belum
tentu lagi dia pergi kerja esok. Dengan tak sihat macam tu, larat ke tak nak
pergi kerja,” tambah Dahlia lagi. Dia yakin Edryzal tidak akan marah jika tahu
Kirana menggunakan keretanya.
“Betul
ke tak apa, auntie? Dia tak marah ke
nanti?” Kirana masih ragu.
“Tak,
dia takkan marah. Lagipun, takkan dia nak biar Kira balik sorang-sorang
malam-malam ni naik teksi? Dia kan sayang Kira,” tekan Dahlia, meyakinkan bakal
menantunya itu.
Jantung
Kirana berdetak. Sayang? Terasa bagai dirinya berada di awangan mendengar
sebaris perkataan itu. Setelah meminta diri, dia akhirnya pulang menaiki kereta
Edryzal.
![]() |
| Ni kereta Edryzal. Hensem macam Edryzal kan? :P |
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Main tarik2 tali lagi? hihi~ Sorry kalau awak2 tak suka or marah. Sekadar penghias blog supaya blog ni tak sunyi dan terus bersawang di sana sini. Nanti dah siap n3 SC aku post kat sini cecepat k! :-)
~...



4 kata-kata comel:
so sweet sangat edry...
sanggup berkorban wat kira...
nak lagi entry boleh?
insyaAllah.. hehehe.. thanks tau! :')
kita nak STK...BUT nice this story... sweet
rs mcm terbaca hri tu ummi ckp nk stop post psal status hati:dia milikku ni kn???...tetibe ade lg...lyn....cun =)
Post a Comment