Yeay dah masuk bulan baru. Tak lama aje lagi dah puasa, pastu raya, pastu aku kembali bergelar student U. Insya-Allah... aminnnnnn. ;-)
Kat sini ada nak bagi pengumuman sikit. Attention please! *tolong jangan rasa menyampah dengan statement ini. hehehe*. Kepada yang mengikuti perkembangan karya2 Ayumi *perasan sangat walaupun tahu takde*, ni nak bagitahu ni... Baca tau...
1 -- Novel ke2 Status Hati : Dia Milikku insya-Allah akan diterbitkan tahun depan kalau ada rezeki. Doakan yang terbaik untuk SHDM k? :-) . Lepas ni aku akan update dalam 2 3 bab lagi sekali gus, pastu akan dihentikan. Ohh, hari tu ada cakap nak buat contest untuk yang nak menang novel free kan? Ermm... ermm... ermm... *ketuk2 meja sambil otak fikir2* ... tak pasti lagi jadi ke tak. Kita tengok dulu macam mana eh? :-)
2 -- Kenapa kemungkinan contest tak jadi? Sebab group Ayumi @ Biola Tak Berdawai kat fesbuk telah dihapuskan dengan jayanya. Bila group dah tutup, kat mana nak buat contest, kan? Susahlah... Ramai sangat yang tanya kenapa closed group? Ada terasa hati kat sesapa ke? Ada merajuk kat orang2 tertentu ke? Ada orang banned Ayumi ke? Jawapannya TAK. Aku yang buat keputusan sendiri untuk tutup group tu. Bukan sebab orang lain, tapi sebab diri sendiri. Selepas bermuhasabah diri, itu keputusan yang terbaik untuk aku. Harap takde yang tanya lagi lepas ni. I won't answer it. :-) . Kenapa? Biar aku dan Allah aje yang tahu *kepada yang tahu, sila tutup mulut anda ye. I trust you all ;-)* .
Persoalannya : Adakah group tu akan dibuka semula nanti?
Jawapannya : Tak pasti. Mungkin ya, mungkin tak. Kalau buka pun, mungkin laaaammmmbbbaaatttt lagi. :-)
3 -- Ini berkenaan novel Aku Masih Cinta. Ingat lagi tak kisah Naqiu dan Anatasya? Kalau ada yang ingat, alhamdulillah sangat2. If takde, takpe. hehe. Kalau perasan, entri2 novel tu aku dah nyahkan dari blog ni dengan jayanya. Kenapa? Sebab... aku tengah plan sesuatu untuk AMC. Buat masa sekarang ni, aku masih tak boleh reveal apa benda plan tu. Hope yang mengikuti AMC akan sabar menanti. Aku masih lagi menunggu jawapan daripada orang2 tertentu. Kalau ada rezeki untuk AMC, adalah. Kalau takde, it's my fault. Aku reda aje. Rezeki tu Allah yang tentukan, kan? Bila dah dapat jawapan nanti, aku akan bagitahu kat sini. Soon~~~ ;-)
4 -- Aku baru aje siapkan manuskrip terbaru yang bertajuk SLH. Tapi... SLH tu aku tak letakkan kat sini. Tak tahu lagi patut letak ke tak. Mungkin aku akan letak, mungkin jugak tak. Sebab aku ingat lepas Syhhh Cinta tamat dengan rasminya nanti, aku nak stop penulisan alam maya ni. Bukan bermakna aku nak berhenti blogging, cuma mungkin tak letak dah karya kat sini. Aku cakap MUNGKIN. Sila take note --> MUNGKIN. ;-) .
5 -- Ada yang baca Izinkan Aku Mencinta tak? Kisah Farish dan Azy tu. Aku akan mulakan manuskrip tu insya-Allah dalam beberapa jam dari sekarang. Tengah ambik mood dulu. hehe. Ohh ya, lagi satu hal... mungkin tajuk Izinkan Aku Mencinta akan bertukar nanti. Sebabnya... dah ada tajuk novel lain yang hampir2 sama. Jadi untuk mengelakkan isu di kemudian hari ni, better aku tukar. Mengalah bukan bermaksud kalah, kan? Ada rezeki, insya-Allah akan lulus penialaian untuk terbit. Doakan yang terbaik untuk aku k? :-)
Okey tu aje pengumuman *bunyi macam gempak aje tadi kan? hehe* . Sebelum undur diri, nak share lagu lirik lagu *lirik aje k. Tak nak dah letak lagu kat blog untuk mengelakkan gangguan bagi mereka yang nak baca karya2 kat sini*. Lirik lagu Babak Cinta nyanyian Tengku Adil (OST Bukan Bidadari tv3). Sangat besssttt ok! Tengah fikir2 untuk jadikan lagu tema dalam IAM nanti. :-)
Babak Cinta - Tengku Adil
Engkaulah cahaya dalam
Hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada
Menghilang pabila kau berada
Cintamu kepada aku
Tak pernah kurasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini
Engkau menenangkan jiwa sepi
Aku ingin menjadi pembuka
Hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
Kuingin menjadi penutupnya...
Kutahu kau disakiti
Hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini
Relakan ia berterbang tinggi
Aku ingin menjadi pembuka
Hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerana selalu terluka
Kuingin menjadi penutupnya
Babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat...
Aku juga merasa ketakutan
Ohh cinta...
Percayakan pada kita
Ohh...
---------------------------
![]() |
| Tenangnya hati kalau dapat duk sini. :-) |
~end



6 kata-kata comel:
hehe....zip mulut ^^ gud lark yunk, itu je yg mampu akak ckp hehe...kan ku menunggu babymu yg seterusnya ahaksss >_<
hehee.. tenkayuuuu akak syg! ;)
wah hebat bnyak karya dihasilkan..tak sabar nak bc...heee..tp yg ada ni pun tgh slow2 perabihkan.....mmm,,ada citer/novel pasal hero tak hensem,,,,ni sepanjang bc nvel semua hnsem,smart,kaya...heee,,kot2 ada karya gitu tp sye tak bc...k, thanks share karya:-)
Kat sini belum ada kut hero yang tak hensem. hihii.. apapun thanks tau baca karya2 kat sini. :')
1. Tak apa tak buat contest pun sebab karya Ayu tu sebenarnya hadiah kepada pembaca. Kami cuma bayar kos buku saja.
2. Yg penting u r comfortable with that decision. Biarlah apa orang nak kata. Akak tahu Ayu ada pendirian sendiri.
3. Alaaa...akak memang pengikut setia kisah Naqiu tu... Alaa..alaaaa.... terimalah rengekan akak nie...
4. Alahai...sedihnya dengar niat Ayu tu....
5. Owhh...sejak mula masuk sini, memang akak sangat berminat dengan kisah Azy si mata biru tu... Err, perlu pondok kecil di tepi sungai ker? (Kg akak ada pndok durian sebelah sungai, amacam?)
1. Thanks Kak Aziela. :') terharu tauuuu..
2. Betul tu kak..hehe
3. hehe.. Tak pe kak. Nanti bila dah dapat 'jawapan' tu, ayu akan reveal kat sini. pomishhhh! ayu akan usaha gak sampai novel tu akan dipublish walau pun terpaksa tunggu lama. :')
4. Susah tau nak buat keputusan ni kak... tapi demi kebaikan diri sendiri.. hehe
5. Wah! macam best je tempat tu kak. bawak ayu pegi boleh dak? hihihi... Ayu akan usahakan buat manuskrip penuh kisah Azy si mata biru tu.. :')
Post a Comment