++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, July 24, 2012

- Projek Sebelum Raya -

Assalamualaikum...

Hai2 semua. Okey, macam yang tertulis pada title kat atas. Aku ada beberapa projek yang nak disiapkan sebelum raya. Bila dah raya nanti, aku nak raya puas2. Tak nak fikir hal2 novel atau apa saja yang berkait dengan menda tu. Sebab nanti lepas raya, insya-Allah aku akan mulakan kehidupan kat UiTM sebagai siswi ijazah *tuuuttt* hihi. Tak ramai yang tahu kat mana aku belajar nanti dan course apa aku akan ambik nanti. Errmmm... takyah laa bagitahu. Bagi yang dah tahu, diam2 sudah. Tak nak kecoh2 k. :P

Projek yang pertama : Siapkan manuskrip penuh Jadual Cinta Kita <--- bagi yang belum baca sila klik sini. Novel ni novel duet dengan Kak Rinsya Ryc. Jadi kitorang tengah bertungkus lumus nak siapkan manuskrip novel ni tau. Mujurlah duet, jadi boleh bagi2 tugas. Dia buat part tu, aku buat part tu. Bila dia takde idea, aku back up. Bila aku takde idea, dia pulak back up. Senang kan? :-)



InsyaAllah tak lama aje lagi manuskrip penuh akan siap. Doa2 kan ye semua peminat2 JCK. hehe. :-)

Projek yang kedua, nak tamatkan Syhhh... Cinta sebelum raya jugak. Tinggal tak banyak bab dah, sikit lagi dah nak tamat. Ohh, bagi yang tak tahu tu aku bagitau kat sini eh. SC tu aku akan tamatkan kat sini je. Maksudnya takkan jadi manuskrip laa. Itu orang panggil mininovel. Kan? :-)


Projek selepas raya? Insya-Allah aku akan mulakan e-novel baru. Yang ni pun aku nak tamatkan kat blog aje. Ermm... hari tu pernah cakap nak stop penulisan alam maya kan? Selepas berfikir-fikir, aku tak jadi teruskan niat. Buat apa nak rasa down sampaikan terpaksa halang minat dan cecita sendiri, kan? :-)


Bila nak mula? Insya-Allah selepas aku sah bergelar pelajar UiTM. Mungkin buat pengisi masa lapang. Kalau nak baca, harap sabar tunggu. hehe.

Jadi aku nak mintak doa semoga semuanya berjalan lancar macam yang dah diatur. Sayang awak2 semua ketat2!! :-)

~end


4 comments:

Aziela said...

Yeayyy....akak suka..akak suka. Bukan suka dapat baca novel free tau. Jangan salah faham pula. Akak suka because you have grown and you have found your inner strength. Go girl....

P/S : Last nite gi MPH, and nampak novel Ayu tengah dikerumun kat rak depan entrance kedai. All the best!

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kak Aziela... thanks kak :')
insyaAllah ayu akan cuba buat yang terbaik gak untuk e-novel akan datang tu nanti. hehe.. sayang akak ketat2!! :')

Yusnida Tajudin said...

Betul kata Aziela.. at last, u've found ur inner strength girl.. tak salah utk rasa down sesekali, tp rasanya bangun drp setiap kejatuhan itu lebih manis drp terus tertiarap.. u'll owez be the shine in my eyes ..

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kak Yus... terima kasih sgt2 for always be there for me. syg kak yus!! <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...