++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, June 5, 2012

- that day ~ 4th June 2012 -

Assalamualaikum...

Hai kawan2. Anyone rindu aku? *macam hebat je ko orang nak rindu2 kan*. :)
Semalam (4/6/2012) aku dengan kawan2 aku Ashi dan Yuki *nama samaran semata2* buat bbq. Ekceli takde la bbq sangat kut sebab buat pakai pembakar letrik, dalam bilik pulak tu! haha. Camping bawah kipas. *ko ader?* . Tak kisahlah letrik pun, yang penting misi tercapai. Sayang ahh engkorang ber2. *kiss kat pipi* :)

Program ni dah rancang dari minggu lepas lagi. Masa tu ada 5 orang, tapi saat2 akhir 2 orang lagi cancel atas sebab2 tertentu. So tinggallah aku dengan Ashi and Yuki. Tapi takpe, plan tu tetap diteruskan dan ia berjalan dengan lancar sekali! ;)

Pepagi tu turun aku pi pejabat pos kejap nak poskan novel *pejabat pos tu dah serasi dengan aku sekarang tau*. Pastu pegi makan kat kepci, pastu jenjalan beli barang2 untuk bbq, *takkan penah lupa beli Oreo k hehehe* pastu pegi kedai buku. Motif? Nak tengok KPH ada tak kat sana. Dan aku terkejut + teruja + happy + terharu tengok KPH duk tercongok atas rak kedai buku tu. hehehe.



Pastu baru balik rumah Ashi. Kat sana solat, duduk lepak2 sambil borak nonstop. eheeeee. Memang dengan Ashi, aku takleh benti gelak. Ada aje bahan cite kitorang sampai boleh gelak guling2. haha. :D

Petang tu, kuar jap kat laman rumah tu sebab nak bersih laman. Ashi cakap 'jom kita berkebun'. Berkebun laa sangat kan. Padahal siap pi snap gambar lagi tu. hehehe. :P

Bila dah dekat maghrib tu, hujan pulak dah. So tak jadi buat luar rumah, kita buat dalam rumah. Bukan setakat dalam rumah, tapi dalam bilik gitu uolss. Korang penah buat? hahaha. Makan sambil bercerita segala isi hati yang selama ni tersembunyi di persimpangan sanubari *perghh ayat ko jiwang nak mati* .. Aku takleh nak elak dah sebab aku gak yang suggest konon nak ada sesi bongkar rahsia. Hambik ko. haha. :D

Okey, segala cite2 tu tamat kat situ je dan takkan dibawa kuar untuk halwa telinga orang lain pulak k. heheh. Ni antara gambar2 yang sempat diambik sepanjang kat rumah Ashi tu.

Gambar yang telah dikaburkan. Yuki, Ashi and me. :)

Ni lah menu kitorang. Looks delicious right? kekeke. :P

Minuman yang lazat berkrim dan disukai ramai. hehe ;)

Ni lah dia pembakar letrik tu. Ayam yam yam... *jilat bibir* euwwww! :P

Tangan sape duk potong2 tu. haha :D

Macam comel je susun cani kan? hihi...

Ni kitorang tak makan sume tau. Bagi2 jugak dengan kakak si Ashi tu. hehe *tak ngaku makan banyak*

Ni lagiiii... :)

Sabar menanti hingga masak sepenuhnya. eheeee...

Ni pulak makanan2 ringan. Konon nak tengok movie malam tu tapi tak jadi pun. hahaha...

Hah yang niiii. My peberet uolls. Tak sah kalau tak beli ni. Tapi satu tu dah habis dibaham oleh Ashi dan Yuki. Yang separuh lagi tu aku simpan buat balik rumah. ekekeke :P

Tak sangka program yang dirancang cincai2 tu akhirnya betul2 menjadi. Special thanks laa untuk Ashi dan Yuki. Aku sayang korang ber2. Seriously! Tak tipu ok. hehehe. Nanti diorang dah habis cuti, balik kampus masing2. Tinggallah aku sengsorang kat ganu ni tanpa teman *almaklumlah, aku kan sambung degree bulan 9 nanti insyaAllah* . Bukan setakat kena tinggal dengan kawan2 tau, dengan adik beradik pun aku kena tinggal. Tak caye? Betullah. Adik aku baru aje masuk matrik, kakak sulung dan abang aku dah balik UiTM Shah Alam. Kakak kedua aku pulak dah balik UiTM Dungun. Dengan ini disahkan, aku sengsorang je kat rumah dengan mak dan ayah aku. :(

Ekceli banyak benda aku nak cite tapi semuanya tak terluah. Jadi biarlah aku pendam aje sorang2. Phrase sharing is caring maybe tak sesuai untuk aku kut. huhu. U know what, something happened and aku rasa macam patah semangat sangat2. So aku decide, maybe dalam 2 3 hari ni aku akan senyap kejap dari dunia maya ni. Kalau blog ni tak berupdate n korang tak nampak pun aku merayap kat fesbuk or twitter, paham2 je laa. Need some times for myself. Anggap aje laa aku nak bermuhasabah diri. Nak pegi jauh2 tak mampu *campur dengan takut lak tu hehehe* so biarlah aku duk berkurung je dalam rumah ni. Bagus jugak duk sengsorang, dapat tenangkan fikiran sambil kumpul balik semangat yang dah hilang berterabur atas jalan tar kat depan rumah aku ni. hewhewhew~~

Malam ni nak wat pe? Layan movie! Nak aktifkan balik kehidupan masa kat kampus dulu. Layan english movie tanpa gangguan sesapa. Tak tido sampai pagi pun sanggup. Almaklumlah, takde orang nak marah pun. hehe. Anggap ajelah layan movie sebagai salah satu cara aku nak baiki balik mood yang dah macam takde rupa mood tu ok. *dari siang tadi tahan air mata and finally, nangis jugak*.

Okey sampai sini aje eh. Jangan marah tau kalau tak update blog. Tak lama pun, kejap aje. Doakan aku biar semua okey nanti. *senyum panjang2 sampai hilang mata*

Sayang setinggi Eiffel Tower,
Ayumi ~5 Jun 2012, 8.38 pm~
:)

~end





7 comments:

NiA DaRnEs(Nur Ain Syahira) said...

bbq dlm bilik..umm xdpt dibygkn...
nasib baik xde asap kn...

kisahkasihkita said...

ayumi syafiqah yg akk tau #tau laa sgt kan???# tabah orgnye..

yes, u have to spend time 4 urself! enjoy okeh..

apa2 yg -ve tu, fikir 2saat, pastu buang aje kat tong sampah.. =)

sorang xsuka kita, ada 10org lg yg syg kat kita, u go girl.. COMELIAN LEADER!!!

dila dyna said...

patut la, adinda ayu akak ni sering menyepi dr fesbuk...xpe, take ur time...akak akn setia menunggu nak merepek meraban dengan ayu lg hehe...akak pun keceli dh sgt busy coz final just around the corner kn *melayan perasaan plak dh hehe :)) sihat2 skalu k, i'll miss u muah3xxxxx

Aziela said...

ur decision is much more matured then certain older ladies... Bagus! Perlu ada masa untuk rehab dan bring back the strength that u always have. We are always here for u...

[AYUMI SYAFIQAH] said...

thanks akak2 sekalian. sayang korang sgt2 <3

Mrs.Yie said...

wah! dah ada kat kedai2 rupanya KPH..suka2..kihkih..walaupun dah baca tapi rasa teruja sebab KPH dah mula ada di pasaran sekarang.. :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Mrs Yie ~ teruja gak, tapi risau lagi banyak. heheee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...