++ Suntikan Semangat! ++

Friday, June 29, 2012

- Something About SHDM -

Assalamualaikum...

Malam ni takde update pape. Cuma nak kongsi 'something about SHDM'. Kalau suka boleh baca, kalau tak sila abaikan saja. :-)

Status Hati : Dia Milikku atau tajuk asalnya Dia Milikku diilhamkan masa aku masih di tingkatan 5 (tahun 2010) *sangat2 berhingus lagi masa tu. hehe*. Macam mana idea ni boleh datang? Sebab masa tu... aku memang gila sangat baca novel. Tapi, tak pernah sekali pun jumpa novel yang mana dalam cerita tu, si heroin yang mengurat si hero. Mostly mesti si hero yang buat macam2, sanggup redah lautan berapi, hutan belantara demi cinta kepada si heroin. Heroin pulak? Berserah dan mengalah pada takdir, terima saja dugaan yang datang bertimpa2 demi secebis kebahagiaan *sangatlah puitis. konon! :P*

Pada satu hari, kakak aku tetiba bersuara "Tak ada ke novel heroin yang mulakan langkah dulu untuk mengurat hero?". Dannnnnnnnnnnnn.... daripada situlah keluarnya idea untuk menulis SHDM. ;-)
Tapi masa tu kan sekolah... tak banyak masa, so aku cuma boleh rangka idea dan simpan idea tu elok2 dalam kepala *dalam masa yang sama jugak aku tulis KPH dalam buku log biru*. Sampailah akhir tahun lepas *dalam bulan 10 macam tu* aku start tulis cerita ni dalam bentuk manuskrip. Alhamdulillah, tak sampai dua bulan pun semua dah settle. :-)

SHDM mengisahkan tentang seorang gadis bernama Illsya Kirana yang cantik, popular dan punya ramai peminat. Tapi tak ada seorang pun yang mampu pikat hati dia. Dalam masa yang sama, emak dia kat kampung tak habis2 asak dia bila nak kahwin. Oleh sebab rimas dengan asakan sama hari2, dia pun minta emak dia carikan jodoh untuk dia. Dan daripada situlah dia kenal lelaki bernama Edryzal tu. :-)

Edryzal yang keras, ego, dingin dan air batu tu sikit pun tak tunjukkan rasa minat dia pada Kirana. Sebab tulah Kirana rasa tercabar, dan dia nekad untuk pikat Edryzal, buat Edryzal jatuh cinta pada dia sebelum tarikh pernikahan mereka tiba.

...................


“Kenapa awak setuju dengan rancangan mama awak untuk datang meminang saya? Saya tahu, awak buat semua tu bukan sebab awak ada perasaan pada saya. Tapi sebab awak tak nak kecewakan mama awak. Betul, kan?” - Kirana.


“Mama aku yang nak sangat masuk meminang kau. Apa lagi yang boleh aku kata kalau dia dah beria-ia sangat?” - Edryzal.


...................


Bermula dari saat tu, macam2 cara Kirana buat untuk lembutkan hati Edryzal. Paksa Edry temankan dia ke sana ke mari, mintak Edry buat tu buat ni untuk dia... semuanya! Edry walaupun rimas dan sakit hati, dia tetap turutkan jugak setiap permintaan Kirana. Am I right?

Kat sinilah, aku selalu dapat komen plot berulang2, meleret2, selalu main tarik2 tali sampai tali tu pun dah putus. Mungkin ada jugak yang tak suka sebab dalam cerita ni, nampak sangat si Kirana tu terhegeh2 kat Edry tu, kan? Ya... aku tahu dan aku faham semua tu. Sebab tu aku tak marah kalau orang cakap SHDM ni plot berulang2 banyak sangat. Dah memang aku create dia macam tu. Kalau plot tak berulang, tak nampaklah usaha Kirana untuk pikat Edry, kan? Takkanlah dalam masa yang singkat, si Edry tu betul fall in love dengan Kirana. Jadi... semuanya kena ikut flow yang betul. I'm not saying apa yang aku buat ni bagus, tapi inilah hakikat sebenar plot SHDM. Aku harap takde yang pertikaikan lagi sebab memang plot SHDM berulang2. That's the truth. :-)

...................


“Lain kali bila dah tahu demam tu, jangan nak degil tak nak makan ubat.”


“Awak tahu tak saya tengah pening sekarang? Jangan tambahkan pening saya boleh tak?”


“Aku cuma cakap. Kang kalau aku tak nasihatkan, kau cakap aku ni tak pedulikan kau pulak.”


..................


“Warna biru tak sesuai dengan kau.”


“Sesuai ke tak sesuai, awak peduli apa? Suka hati sayalah nak beli warna apa pun!”


“Bila aku senyap, kau cakap aku tak pedulikan kau. Tapi bila aku bersuara, kau pulak tak nak dengar. Yang mana satu kau nak sebenarnya?”


“Kalau apa yang awak cakap tu setakat nak menyakitkan hati saya, baik tak payah!”


..................


“Kenapa?”


“Hmm… saya… saya…”


“Apa dia?”


“Saya… rindukan awak.”


.................


“Ada apa awak call ni?”


“Tak boleh ke kalau aku call?”


“Bukan tak boleh. Cuma pelik ajelah. Awak mana pernah call saya pun sebelum ni. Kalau ada pun, jarang sangat tau? Awak rindu saya eh?”


“Aku tak kata pun.”


..................


Pengikut2 setia SHDM *kalau adalah kan.. heheh* , mesti tertanya2 kenapa Edryzal keras macam tu? Sebenarnya, ada sesuatu yang terjadi beberapa tahun dulu yang menyebabkan dia jadi pasif macam tu. Apa yang jadi? Takleh bagitau... kena tunggu sampai kuar versi cetak, insya-Allah. ;-)

Ada yang tanya, sampai bila diorang nak main tarik tali macam ni? Usaha Kirana nak pikat Edryzal tu membuahkan hasil ke tak? Tak berani nak cakap sebab aku tak reti nak judge karya sendiri. Kalau aku judge jugak, aku akan cakap "Novel aku tak best. Tak layak terbit, so tak payahlah korang baca." .Tapi bila ada yang baca dan hargai karya aku, dah tentu aku rasa bersyukur yang amat. Thanks alls. Saaaayang korang. :')

....................


“Hmm… Edry, pasal apa yang saya cakap tadi tu, awak buat-buat lupa dahlah ek?”


“Yang mana?”


“Yang… yang...”


“Yang… kau cakap kau sayang aku? Kenapa pula nak suruh aku lupa?”


“Err… yalah… kalau…”


“Kalau aku tak nak lupa?”


“Emm… kalau… emm… suka hati awaklah!”


“Dah malam ni. Pergilah naik...”


“Okey, saya naik dulu. Good night.


“Tidur malam ni mimpikan aku.”


....................


Bila saat2 bahagia mula menyinar, ada badai lain pula yang datang, hampir memusnahkan semuanya. Apa tindakan Kirana bila sedar hati dia dah terlanjur cintakan Edryzal? Edryzal pulak macam mana? Boleh ke dia lepaskan Kirana, gadis yang dah mula dapat tempat di hati dia?


...................


“Awak tak payahlah nak nafikan lagi. Saya tahu, awak masih tak boleh lupakan dia, kan? Patutlah sejak akhir-akhir ni awak berubah. Awak dah tak ada masa untuk saya. Rupa-rupanya, kekasih lama awak dah datang balik. Seronok kan dapat jumpa balik dengan dia?”


“Kirana… aku...”


“Saya nak balik.”


“Kirana…”


“Tolong jangan ganggu saya. Beri saya masa untuk fikirkan tentang kita.”


..................


“Apa lagi yang awak nak jelaskan? Semuanya dah jelas, Edry! Awak memang ada hubungan dengan dia, kan? Gambar tu buktinya!”


“Kirana, tolonglah dengar penjelasan aku dulu. Aku tak tahu macam mana gambar ni boleh ada kat sini. Aku tak tahu apa-apa! Masa Lena hantar gambar ni, aku langsung tak tengok…”


“Bohong! Cukuplah apa yang awak dah buat pada saya, Edry. Saya dah tak sanggup lagi nak teruskan semua ni…”
..................

Mampu tak Kirana dan Edryzal menoktahkan hubungan mereka dalam ikatan pernikahan?
...................

I’m sorry that I hurt you
It’s something I must live with every day
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That’s why I need you to hear
I’ve found the reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you…
And the reason is you…
And the reason is you…

......................................

Nanti aku akan update satu lagi bab untuk SHDM dan lepas tu akan dihentikan. Bukan apa, untuk mengelakkan pembaca rasa bosan. heheee. *macamlah bila keluar novel nanti orang tak bosan*. Apa2 pun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih sebab korang sudi baca SHDM walaupun cerita tu tak best *bukan nak merendah diri atau apa, tapi itu kenyataan*. Terima kasih tau! Lebiuuuuuuu. :')


~end


14 comments:

Yusnida Tajudin said...

Sebuah karya yg kak yus ikuti..walau pun pada awalnya bukan dr bab 1, tp bila dah baca bab tgh2 tu.. kak yus wat marathon baca balik dr awal.. n masih tertunggu2 utk seterusny..karya Ayu tak pernah kecewakan kak yus.. ikhlas, bukan kerana we r quite close, but u r really good in making all the plots nampak real..

lynn said...

Teruskan menulis ayu... karya ayu mmg sume best....

Anonymous said...

miss ayu, please keep writing this story..juz ignore and don't bother others opinion..i really love ur story..i really want to know the end of this story.. =)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kak Yus ~ thanks kak yus. appreciate sgt2. tapi pujian kak yus tu tinggi melangit la. hihihi... apa pun thanks tau. sayang kak yus ketat2! :')

Kak Lynn ~ thanks kak. insya-Allah ayu akan terus menulis... :')

Anonymous ~ thank you awak... walaupun tak kenal sape. hehehe. insya-Allah saya akan smbung lg lepas ni. :')

aziekz said...

wah hebat la blog ni..bnyak cerpen..best2 semuanya.....baru rahu,,rase bnyak rugi,,,tgh cb abis satupersatu cerpen karya ayumie...terima kasih kerana berkongsi karya:-)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Aziekz ~ Thanks sudi singgah sini and baca karya2 Ayumi kat sini. hehehe :')

Aziela said...

Ayu...x sabarnya akak. I told u...semua orang pun akak bg tau, ur idea memang fresh...

[AYUMI SYAFIQAH] said...

hehehe... thanks kak aziela.. nak nangis guling2~~

alyn amalyn said...

Bila SHDM ni nak keluar..tak sabar dah nak beli niey...:)

unni ni said...

best sangat.... bila nk diterbitkan.. boleh x bgi smbungannnn pleaseeee



ayu salina said...

Bila akan kuar di pasaran? Bawah syarikat mana?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Under KN insyaAllah, cuma tarikh terbit tak tau lagi. Hehe.. hope sabar. :)

Anayli Lieyanna said...

Kak ayumiiiiiii....kenapa ? Kenapa ? Kenapa papa tu kejammmmm ??? Eeeee ... -.-" cpat la kuarrrrrrr...

Anonymous said...

kak lynn baru habis baca novel nie. Memang best ah ayumi ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...