++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, June 7, 2012

- Cara Ayumi Menulis ;-) -

Assalamualaikum...

Tuk! Tuk! Tuk! *ketuk2 pintu, jenguk kepala ke dalam* Hai kawan2. Sihat tak? Hope semua sihat ye comelians sekalian. :-)

Hari ni tanak update n3 novel. But tetiba terasa nak share something dengan kengkawan semua. *kalau rasa tanak baca or menyampah dengan tulisan hamba ini, silakan tekan butang X kat hujung sebelah kanan anda. hihi* . Ni bukan nak bagi tips tau, jauh sekali nak mengajar korang2 semua cara menulis yang betul. Aku just nak share cara aku menulis selama ni. Manalah tau dengan sedikit 'saham' dari aku ni, penulis2 muda macam aku ni boleh gunakan untuk jadi panduan. *aku muda lagi tau, baru nak masuk 19 tahun. hehehe*

1 -- Proses pertama sebelum mula menulis ialah, aku akan cuba dapatkan first view cite yang aku nak tulis. Contoh, aku rasa macam nak tulis cite budak2 sekolah. Kat fikiran aku sekarang, ada gambaran seorang budak perempuan yang berkenalan dengan seorang lelaki yang agak pasif kat sekolah. Pastu nanti dia akan jatuh cinta kat lelaki tu. Lelaki tu pun sama gak. Pastu... pastu.... (pandai2 lah fikirkan sambungannya). Oh ye, itulah Aishiteru...! Anyone dah baca? heheehe. ;-)

2 -- Dah dapat gambaran awal cite tu, aku akan cuba create beberapa watak untuk dimasukkan dalam cite tu. Aku ambik contoh, KPH. Aku nak wat cite pasal kahwin paksa. Qarissa kena paksa kahwin dengan Zafril atas sebab2 tertentu. So untuk menjayakan proses perkahwinan tu, haruslah ada scene2 yang relate antara 1 sama lain sehinggalah sampai part kawen. Kat sinilah karakter memainkan peranan. Bagi aku, plot sesuatu cerita tu mempengaruhi jenis karakter dalam sesebuah novel. Jadi wujudlah watak Qarissa yang garang2 manja dan Zafril yang nakal2 sewel. kekeke :-P

3 -- Idea dah ada, karakter dah ada. Langkah seterusnya, duduk sorang2 kat satu tempat yang sunyi (contoh, dalam bilik/ bilik air), tak pun baring atas katil sambil layan lagu, fikirkan idea2 yang menarik/fresh untuk dimasukkan dalam cerita tu. *okey aku tahu idea2 aku bukan menarik/fresh sangat pun but at least, kita cuba jugak k*. Lepas tu, setiap idea yang datang jangan lupa CATAT! Kalau tak catat jadi apa? Takut nanti tetiba hilang ingatan, terus tak ingat idea tu kan. hehehe. So nak selamat, catat laa kat mana2 aje pun. Kalau cam aku kan, aku catat aje kat memana pun. Paling senang, dalam henfon. Sebab tu henfon tu kena ada dekat dengan aku setiap masa. Kalau henfon tu duk jauh, tu maknanya aku tengah takde mood atau jiwa kacau. hehehe. Ni contohnya :-)

Tulisan2 yang dah dikaburkan. Sorry, takleh tunjuk. hehehe ;-)

Camnilah lebih kurang rupanya. Tulis pun sume short form takut tak muat pulak note pad tu. hehe...

Idea tu akan datang bebila masa aje. Tak kira tempat dan waktu. Masa paling best berangan, masa dalam kelas. hehe. Kalau dalam kelas tu tetiba je idea datang, aku terus ambik pensel, bukak buku kat depan mata *tak kisahlah buku apa pun. Grammar atau apa, belasah aje laa janji idea tak hilang. hehe* Pastu terus tulis!

Aku ada story tau. Satu hari tu (masa asasi kat UiTM Kuantan), aku tengah ada dalam kelas Listening and Speaking. Tengah2 khusyuk dengar lecturer cakap tu kan *auta semata, khusyuk laa sangat aku ni kan. :-P*, tetiba idea datang. So aku pun cepat2 tulis. Balik dari kelas, aku langsung tak ingat dah aku ada tulis dalam buku tu. Beberapa hari lepas tu, rumet aku nak pinjam buku sebab buku dia tertinggal kat umah. Aku pun bagi ajelah *tanpa ingat langsung kat dalam tu ada 'nota' penting*. Dia balik kelas petang tu, dia gitau aku yang dia ada terbaca something dalam buku tu. Siap mention nama hero dan heroin sekali! Ohmaaiiii, masa tu rasa nak nyorok bawah katil. Malu dowh! wuwuwu...

Cara lain nak cari idea, aku akan dengar lagu. Dengar bukan setakat dengar, tapi dengar sambil hayati bait2 lirik yang ada. Pastu kalau kuar jenjalan, mata aku ni memang tak reti duduk diam. Aku bagi contoh eh, satu hari aku pegi mall. Then ternampaklah 1 couple ni tengah beli barang2 dapur (tengok cara diorang aku yakin yang diorang memang married couple). Macam sweet aje masa tu. So aku pun kuarkan henfon, terus catat dalam tu. Balik rumah, curahkan atas lembaran putih microsoft word. Tak caye? Cer pi bukak KPH. Ada tak scene Zafril dan Qarissa pegi beli barang dapur kat mall? ekekeke. ;-)

Kalau ada idea lain tapi tak sesuai masuk dalam cerita yang kita tengah tulis, takpe. Catat jugak. Mana tau yang tu nanti boleh guna untuk next story pulak kan? Trust me. It's worth it. :-)

4 -- Lepas tu buat apa? Fikirkan satu scene yang menarik *again, idea aku tak menarik pun ekceli* sebagai pembuka cerita tu. Which means bab 1. Aku penah terbaca satu kata2 dari sorang editor. Bila menulis novel, bab 1-10 tu adalah antara yang terpenting. Kalau dalam 10 bab pertama tu kita dah boleh capture hati readers, insyaAllah readers tu akan terus melekat untuk baca novel tu sampai jumpa perkataan TAMAT. :-)

5 -- Tulis tulis tulis tetiba stuck. Apa nak buat? Kalau aku, aku rilek kejap. Lupakan kejap pasal aje yang berkaitan dengan cerita tu. Try to do something yang akan boleh baiki mood kita balik. Contoh, dengar lagu, tengok TV (drama/movie), kuar jenjalan *I choose beach. hehe* , ambik angin, borak2 dengan kawan2, then insyaAllah eyerything will be back to normal. Pastu barulah boleh sambung menulis. eheeeeeeeeeee. :-)

6 -- Okey dah habis dah. Aku takleh nak share dah sebab lepas dah start menulis, virus M akan menyerang seterusnya membuatkan aku selalu menangguh2 kan proses penyiapan manuskrip. Ahaksss! :-D

Okey2, tanak bebel panjang2 *walaupun ekceli dah panjang berjela*. Hope tulisan aku ni dapat beri manfaat terutama pada adik2 yang baru nak mula belajar menulis. Kalau rasa nak tiru cara mengarut aku ni, silakan aje. Yelaaa, setiap penulis ada cara yang tersendiri kan? :-)

Nak gi sambung bermanuskrip. Nanti aku update SC dan SHDM lagi ye. Thanks comelianssss ;-)

~end


26 comments:

Mrs.Yie said...

wah3x..akak tak boleh nak buat macam ni sebab boleh di katakan 24 jam akak duk rumah..nak kuar jalan2 kurang suka..nice sharing..lebiu ketat2! kihkihkih

[AYUMI SYAFIQAH] said...

keluar depan rumah pun dah cukup kak. hehehe... lebiu ketat2 too! :D

Yusnida Tajudin said...

Supermom mcm kak yus ni selalu tak sempat nak jot down apa2 idea yg dtg tetiba.. tp alhamdulillah.. guna phone rekod n kdg2 simpan spai petang dlm kepala.. hehehehe.. pe pun.. nice n3 n tips darling..

mira kim said...

tips yang menarik. Thanks untuk tips tu.

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kak Yus ~ yang record tu ayu x leh buat sebab x snggup nak dengar sore sndiri. hahaha

mira kim ~ sama2. :)

Tetamu Istimewa said...

Salam perkenalan, selamat menyambut ramadan. Suatu perkongsian yang menarik dan bermanfaat.

Cweetcayang said...

Trima kasih ntuk idea tue.tpi nk tanye sket kalau la kan,kite dapat idea,tpi x tau tulis camne,nk wat ape erk?????kalu smpat jwab laa ye.....hehehe.kalu ade yg berminat,bleh gi kat blig saye Theglowingheartgirl.blogsport.com....

mira_mokhtar said...

sdg beljr2 mnulis...hope blh jd mcm awk :)

@Miss Novel said...

kak Ayumi , kalau orang yang umur dia bawah 12 tahun boleh tulis ke ? lepastu , font dalam novel tu , times new romans kan ? tapi , saya buat font georgia . boleh ke ? sebab tanda soal (?) times new roman jauh berbeza dari tanda soal (?) yang dalam novel tu . tapi , saya rase georgia lagi sama dari times new roman . harap balas , ye!!!

~ain~

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@MissNovel, umur bawah 12 tahun boleh kot, tp maybe bila hntar manuskrip tu kena ikut prosedur yg penerbit bagi. Ada satu penerbit tu akak tahu, penulis bwh 18 tahun perlu ada surat daripada ibu bapara.
Biasanya ikut standard memang ikut times new roman. kalau awak tgk dalam novel yg dah siap terbit, biasanya editor yg edit. jadi tulis dulu guna TNR, nnti dah hntar editor sndiri yg akan edit. Hope mnjwab soalan :)

amiey ieyra said...

Salam kak Yumi, saya nak baca post ni sbb saya tringin sangat nk jadi penulis novel.. tp saya perasan yang akak tulis akak blajar asasi kat Uitm Kuantan.. hehehe... saya pun student asasi kuanatan jgak.. saya ambil Law.. tp berminat nak jd novelis.. saya nak tnya mcm mana akak mulakan langkah untuk jd novelis?? lagi satu, kalau saya nak tnya apa2 tntang cara nk tulis novel, boleh x saya rujuk kat akak?

Kak Mahh said...

Tahniah...teruskan menulis.

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Amiey Ieyra: Boleh rujuk entri DARI TANGAN PENULIS KE MEJA EDITOR yg akak tulis ye. Link ada kat tepi side bar ni ye. Boleh baca komen2 kat situ jgk ye, mungkin ada maklumat yg awak nak kat situ.. Kalau ada apa2 pun awak boleh komen kat situ. :)

Akak dulu je asasi, skrg degree dah course lain.. hehee...

AlFatihah Hassan said...

no 3 mmg amalkan, tp no 4 tu payah gila bg sy. huhu. slalu permulaan bg manuskrip @ permulaan bab yg jd penyebab mss stuck lama gila. huhu.

syasya fieka said...

hrp2 dngn blog ni sye akn bleh buat insyaallah amin..

Dzohir Saaid said...

.mcm mna awk...buat...jika bila dh smpai beberapa bab..tetiba x ada idea nk smbung? .mcm dh bntu.. .selalu jd kt sy mcm ni.. .huhuhu...

[AYUMI SYAFIQAH] said...

@ Dzohir Saaid: kalau saya, saya akan stop dulu. Pastu keluar jalan2, perhati sekeliling dan tgk apa2 yg berlaku utk jadi bahan idea. Atau pun dengar lagu, tgk movie atau drama dan buat something yg boleh take your mind out of cerita yg saya tgh tulis. Dan lpas tu idea akan dtg sendiri. :)

Ismail Ahmad said...

semoga berjaya jadi penulis novel.. sy ni agak kemalasan untuk menulis..kena cari mood dlu

Anonymous said...

sweetnya..dulu2 mood camni selalu datang..sekarang..balik rumah je blank..kat ofis ada idea tp keje tgh bnyk..bos dok perati mna nak sempat tulis..kekadang tulis juga..konon nak sambung kat rumah..hampeh..semua terbengkalai..sedihnya aku..

ღ Simple Ladygirl ღ said...

Hye salam kenal...

Ada masa datang ke blog sy.
Sy juga ada angan2 nak menulis sebenarnya..

http://mrslilttlecool.blogspot.com/2015/02/my-cerpen-motif.html

bob.andrianfe said...

nice,,,

Sarah Bff said...

thanks sangat untuk tip ni.memang sgt membantu saya dlm penulisan novel saya.

Nura Ifah said...

Thanks kak 4 ur tips!

Unknown said...

Wah baguslah tips ni !...

Unknown said...

Wah baguslah tips ni !...

Miss Go Lucky said...

Salam. saya eryn saya pun minat tulis manuskrip ni dan tengsh berusaha untuk menyiapkannya. Apa yang kita nak tak dapat so berangan aja lah kirenya. Sis..saya nak tnya.. kalau penerbit mintak hardcopy..manuskrip tu kite kene print muka surat depan je ke atau belakang depan? mohon beri pencerahan sis..thank you sis"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...