++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, May 10, 2012

- Impian Jadi Nyata -

Assalamualaikum semua kawan2 yang comel.. hehehe... untuk sehari dua ni, kita lupakan kejap pasal AMC ye. Ni aku nak share something dengan korang. Cover Kau Pemilik Hati ! :)


Sinopsis :

Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.

Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. 
Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.

“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?


*-*-*-*-*


Tampar pipi kanan! Eh eh... aku tak mimpilah. Memang impian aku dah menjadi kenyataan. Subhanallah... Alhamdulillah... tak de ucapan lain lagi dah selain rasa gembira yang tak terhingga ni. hehehe....

Angan2 budak sekolah yang betul2 dah jadi kenyataan. Terima kasih, ya Allah!
Juga pada yang support KPH selama ni. I know ramai silent readers. But still, aku terhutang budi dgn korang. Sob3.... *ambik tisu lap air mata*

Ada yang nak beli dengan aku tak? Kalau ada, cepat2 request masuk grup aku ye. Limited eh... dalam 50 aje kot aku jual nanti. Selebihnya, kena beli direct dengan KN ataupun tunggu masuk bookstore ye. Apa2 pun, terima kasih byk2. Tak tau dah nak cakap apa lagi. Senyum, tak yah cakap apa2. :):):)

pssstt... Aku pergi sign novel kat ofis KN sabtu depan insyaAllah ^^

~end


10 comments:

Aziela said...

Yes...akak nak beli dengan Ayu. Masuk group tu mcm mana? Kat fb ke? Kalau fb, hmm..x dapatlah jawabnya....

[AYUMI SYAFIQAH] said...

kalau gitu akak emel lah.. kat bagde fb tu ada alamat emel.. ok :)

Izzatie said...

tahniah akak (^__^)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

tenkiu ^___^

Anonymous said...

macam mne ye nk bli kat akak? leh x tinggalkn almt emel ke fb ke?
nk bli dr akak je..

[AYUMI SYAFIQAH] said...

alamat emel ada kat badge fesbuk tu tau.. jap akak buat post baru.. :)

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

wah ... tahniah ayu or kak ayu ... em.. oke2 .. tahniah lagi .. congrats , usaha ayu brbaloi2 .. since when ayu berjinak dlm dunia ni ekk?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Naurah Nawwarah ~ heheee.. tenkiu adik or akak.. hihihi... since when? kalau ikut kan, dr darjah 6 lagi.. tp betul2 serius lepas tamat spm. :)

♫♪~Naurah_Nawwarah ~ ♫♪ said...

karya ayu semua best2 belaka .... nice!! ayu start dri hbis spm? byk betul masa.. skrg part time writer ke full time?? smbung blaja ke ni?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

part time... tp skang tgh cuti so jd full time lah kejap.. hihihi..
tenkiu tau <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...