++ Suntikan Semangat! ++

Friday, April 13, 2012

- Temuduga Asasi TESL -

Assalamualaikum...

Hai kawan2. 1st sekali aku nak ucapkan tahniah bagi yang dah dapat panggilan untuk interview TESL. Aku faham perasaan berdebar tu macam mana sebab aku dah lalui benda tu. Ada ramailah jugak adik2 yang pm aku tanya pasal temu duga tu. Ada yang mintak tips, apa yang kena bawak, macam mana nak hadapi temu duga tu. And aku ingat lagi, ada sorang kawan aku masa kat UiTM dia cakap lepas habis asasi nanti aku bolehlah tulis kat blog sedikit sebanyak pasal TESL ni untuk adik2 aku pulak. Okey, so hari ni aku akan buat n3 khas untuk TESL ni. Mula2 aku nak cakap, aku bukannya hebat sangat masa temu duga tu. Aku buat setakat mampu dan aku percaya sepenuhnya pada rezeki. Sebab rezekilah, aku lulus temu duga tu dulu. Jadi aku harap, apa yang aku tulis ni dapat membantu walaupun sikit. Check this out!

1. Jadi diri sendiri. Apa saja yang panel tanya, jawab dengan jujur. Contohnya, kalau panel tanya "kenapa awak pilih TESL?" (opkos la dalam BI ok). Tolong jangan jawab "Sebab mak saya yang suruh" walaupun kebenarannya memang macam tu.  Cuba fikir satu jawapan yang bernas untuk meyakinkan panel bahawa awak betul2 layak dipilih sebagai student TESL. Kalau panel tanya soalan secara spontan, jawab pun biar secara spontan. Tak payah kisah sangat pasal grammar sebab akak dulu pun main hentam aje yang grammar tu  (kena bahasakan diri akak sebab n3 ditujukan untuk adik2 semua). Yang penting, panel tu nak dengar kita bercakap. Kalau tanya kenapa mesti bercakap, awak fikir balik apa itu TESL --> Teaching English as a Second Language. Nak jadi cikgu, so kenalah pandai bercakap. Betul tak?

2.  Bawak segala benda yang diminta. Contohnya, sijil2 masa sekolah, slip keputusan SPM, IC, surat beranak, GAMBAR berukuran pasport. Akak besarkan gambar tu sebab dulu, aku terlupa bawak gambar. Sampai kat Kemaman, baru hegeh2 cari kedai gambar. Snap on the spot, terus bawak pergi Kuantan. hehehe... Semua2 tu, jangan lupa buat salinan fotokopi. Letak dalam fail, asingkan yang copy dengan yang asal sebab nanti panel akan mintak yang copy tu. Nak buat resume pun boleh. Tulis je benda2 basic pasal diri sendiri. --> Biodata diri (nama, asal, sekolah rendah + menengah), pencapaian masa sekolah, akitiviti yang awak ambik bahagian.

3. Pakaian. Kena formallah. Yang perempuan pakaian terbaik mestilah baju kurung. Bagi yang tak bertudung, ikat rambut tu cantik2. Biar nampak kemas dan tak serabut. Yang lelaki, kemeja dengan tali leher. Kasut bertutup. Lebih elok kalau warna gelap. (Akak dulu pakai kasut hitam).

4. Temu duga ni akan dibahagikan 2 bahagian. Satu lisan, satu lagi bertulis. Yang bertulis tu ada soalan objektif dengan esei. Akak dulu esei dapat tajuk pasal Facebook. Mana tahu kali ni dia bagi Twitter pulak ke. hehehe...  So jangan lupa bawak alat tulis sekali. Nanti kang tak pasal2 tak boleh jawab.

5. Pasal soalan masa temu duga. Akak tak tahu sangat yang ni sebab bagi akak, soalan tu semua atas panel sendiri. Panel berhak nak tanya awak apa2 aje. Tapi mungkin kebiasaannya, panel akan suruh awak cerita pasal diri sendiri. Yang nilah yang penting dik. Bila panel suruh cerita pasal diri awak, janganlah bagi maklumat yang basic sangat2 contohnya nama, umur, asal mana, tarikh lahir sebab benda tu diorang dah tahu dari resume. So, pandai2 lah fikir sesuatu yang menarik tentang diri awak. Yang ni bergantung atas kreativiti masing2. Paling penting, jangan senyap aje. Cakap aje selagi boleh. Yakinkan panel yang awak layak untuk dipilih.

Okey, tu aje kot yang akak mampu tolong. Kalau ada apa2 yang akak tertinggal, harap dimaafkanlah ye. Akak pun dah lupa dah sebenarnya. If nak tanya apa2 awak boleh inbox akak kat fesbuk. Tak add pun takpe sebab akak cuma nak tolong. hehehe... Lastly, good luck untuk semua. Buat yang terbaik! :)

~end

40 comments:

Farizul Ikhmal said...

Jawab dengan jujur...
Madam Jue almost tanye pasal isu terkini and aku terus ckp ''Sorry, I just watch entertainment only...'' dgn senyuman manis. Madam Jue gelak je...

[AYUMI SYAFIQAH] said...

jujurlah tu.. hehe..

Masturina Silver said...

salam..akak
sy dapat temuduga kat Uitm Pahang jugak 16 hb nih..huhu
debar jugak rasenyer.. thanks for info btw^^

p/s: tgh blur nk buat pengenalan diri..huhu :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Masturina Silver ~ tahniah dpt temu duga. prepare dulu speech yg pengenalan diri tu atas kertas then praktis. buat mcm yg akak ckp kt n3 ni. gud luck ye. :)

Muhamad Amaruddin said...

akak .. klau dia tnya 'why u ch0ose TESL? ' ..jawapan yg bernas apa eh ??
*** klau kita ckp mcm gagap2 xpa x?? sbb sya klau depan org mmng gmentar..

[AYUMI SYAFIQAH] said...

akak rasa, maybe awak boleh jwb sbb mmg berminat nk belajar BI, nak mendalami lagi bahasa asing tu, supaya dpt jadi cikgu BI yg baik mcm yg kerajaan nakkan. tp akak x pasti jwpn ni betul ke x, atas panel tu utk nilai jwpn awk. yg pasal gagap tu pun, akak rasa panel sndiri yg nilai. wlaupun gagap tp awk ada isi, maybe diorg akan pertimbangkan utk pilih awk. gud luck.

Muhamad Amaruddin said...

errmm.. ok akak ...thanx eh ... errmm .. klau yg esei tu mcm esei spm lah??n untok s0alan lisan .. how many questions will given ?slalunya brapa s0alan?

Muhamad Amaruddin said...

panel tu brapa org eh?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Utk esei tu, pnjang maksimum dia akak dah lupa berapa. yg soalan lisan tu atas panel. tp tgk masa temu duga jgk la.. akak dulu dlm 5-10 minit aje.. akak dpt kt UiTM Kuantan, ada 3 bilik panel. dalam setiap bilik tu ada 2 org yg akan temu duga awak..

Muhamad Amaruddin said...

last question.. kita akn diinterview s0rangs0rang 0r da org len sama?? gr0up ka?? thanx f0r da inf0 k .. really appreciate ..

juliana rosmani said...

salam..akak,thanks for the entry..sgt berguna..syg akak.harini 15 april.esok 16hb sy temuduga kat UiTM JB..takutt kakkkk.nth apa laa dia soal nnti..
+_+

[AYUMI SYAFIQAH] said...

sorg2 laa.. mula2 smpai, tgk list nama yg diorg tampal. nombor yg ada kt situ mewakili giliran awk utk masuk dlm bilik panel.

sama2.. gud luck ye. :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Juliana Rosmani ~ sama2. sikit je akak bg, harap membantulah. gud luck utk awk.. paling penting yakin dgn diri sendiri.. hehehe.. :)

juliana rosmani said...

akak yg buat resume tu sebaik-baiknya tulisan tangan atau taip kt komputer?maksimum berapa patah perkataan ?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

akak taip kt komputer. yg patah prkataan tu x pastilah pulak sbb akak x buat bentuk esei. contoh mcm ni :

Nama : Bedah Binti Ali
Tarikh Lahir : 30 Februari 1994..

gitu lah lebih kurang. hehee..

odd nerdy girl said...

hai akak.. sya nak tnya. sy pun ada pg tmudua hri tue. tp skrg ni sy risau sbb tak thu mcmna nak cek kptsannya. akak thu tak? hmm,dah bgung da ni..:(

[AYUMI SYAFIQAH] said...

odd nerdy girl ~ senang aje nk tau keputusannya. awk tunggu keputusan upu keluar nnti. kalau nnti awak dpt asasi TESL kt mana2, tu maknanya awk lulus. tapi kalau awk dapat course lain, tu maknanya x lulus. but don't worry, kalau x lulus pun peluang untuk sambung belajar masih ada walaupun bkn TESL. :)

odd nerdy girl said...

owh..yeke.. hehe. thanks kak! im really appreciate it. :D

Adibah Hanun said...

Akak nak tanya T.T Saya tgh isi UPU sekarang ni.

Dapat pergi interview tak semestinya saya dapat course Tesl yang saya minta tu kan? Maksudnya kalau saya tak lepas interview tu saya dapat tak course lain yang saya minta?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Kalau tak lulus interview, boleh lagi sambung course lain. Jangan risau. :)

muhamad illias said...

akak..sya nak..tnya..soalan2 yg diberi..susah x..especially...utk ujian bertulis..sbb kbnyakn..yg sya lihat..ramai yg mengatakan bawawa..soalan2..yg dibuat agak susah..(bahasa tinggi)..lbih kurang mcm tu la...and berapa jam..utk ujian bertulis..
sbb sya dpt temu duga..kat uitm shah alam..sbtu ni 27 april..

Anonymous said...

terima kasih kak, sayang akak untuk info ni (:

[AYUMI SYAFIQAH] said...

muhamad illias --> soalan2 objektif tu mungkin agak susah kot. Awak pernah belajar EST tak? Haa soalan2 dia ala2 standard soalan EST tu la. BI tapi lebih ke arah Sains. Tapi utk yg awak punya nanti akak tak pasti. Good luck ye. :)

Anonymous --> Hehe. Sama2. <3

nadrah fazira said...

saya nak tanya sikit susah kew temuduga asasi tesl .. sya kena ary sabtu nie kat uitm kuantan

muhamad illias said...

thanks..sgt2..sya x amik EST...==''..btw..x pelah..sya akan buat yg terbaik klau ada rzki..dptlah..:)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Nadrah Fazira --> Susah ke tak susah atas panel yg awak dpt nanti. Tp masa akak dulu, tak susah mana pun. Panel tu peramah sgt orangnya. Doa2 la moga dpt panel baik2 eh. Good luck. :)

Muhamad Illias --> Buat full preparation. Practice makes perfect kan? Good luck. :)

hazie said...
This comment has been removed by the author.
Syeda Ehasz said...

Saya dapat interview hari Sabtu ni 27/4. And I really do not know what to do. Sis, please help me ! Susah sangat ke ujian bertulis tu ? Saya nak sangat program Asasi Tesl ni :(

Ct Zaii zeola said...

assalam akak , saya dpt temuduga tesl ni jugak kat uitm s.alam sabtu ni , saya nk tnya , sesi bertulis tu kan , sama mcm kita exam biasa2 tu eak ? dlm dewan ramai2 ke , kita sorang2 jawab ujian bertulis tu ?

hazie said...

Tk lepas asasi tesl...
Even da penuhi syrt minimum.
K... sedih -.-

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Syeda Ehasz --> Nak kata susah tu akak pun tak tahu dik. Tapi cubalah skor untuk essay. InsyaAllah boleh tu. :)

Ct Zaii zeola --> Sesi bertulis tu mcm jwb exam biasalah. Dlm dewan ramai2. Good luck. :)

Hazie --> Ohh.. takde rezeki nak ambik TESL kot. Kalau betul2 nak, try apply maktab ke. :)

Anonymous said...

salam kak yumi..thanks for sharing..sy dpt interview 28/4 kt uitm kuantan..harap2 dpt kos ni :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Wslm.. ohh all the best to u. :))

ShradeTriviant said...

Thanks kak for the info, Sy kena di SP, Kedah. 28 ni.. bila tgk en3 ni baru tahu banyak benda kna prepare. sy dh la baru check tadi, haishh...

[AYUMI SYAFIQAH] said...

ShradeTriviant --> All the best to u. Buat full preparation tau. :D

Ct Zaii zeola said...

Assalam akak :) Alhamdulillah saya dah lepas temuduga tu :) thanks a lot atas semua tips yg akak bg , memang 80% sama :') sya dpt panel yg sgt2 PERAMAH :)

Alynn (ノ゚▽゚)ノ said...

Salam akak. Semalam sy baru iv untuk tesl ni. Then nk tanya betul ke org ckp kalau interviewer tu ade ambk ape2 dgn kita like ic ke result ke , maknanya kita ade harapan nk lulus iv. Akak dulu mcm mana?

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Ct Zaii Zeola --> Good. :) Moga awak dpt TESL nanti. :)

Alynn --> Ni yg akak reply kat page FB akak kan? Hehe. All the best. :)

insan lemah said...

TESL terbaik,mmg minat sgt ! cme cuak skit dgn course,bile bgetau kwn2 yg kiter nk ambik course TESL,diorg mesti ckp ,,'ko mampu ke ? and then,laugh...hhahaha....arghhhh....
tkot xleh bwk la course ni.satu lge,dah lah x fluent sgt,btw,skrg in process nk improve my english language,haha ...In Sha Allah, i can~anyway,akak bleh bge suggestion skit ?

Amanda Atsuko said...

assalamualaikum. macam mana kalau saya dapat peluang temu duga asasi tesl tapi saya gagal temuduga tu ? maksudnya saya kena tunggu tahun depan la untuk sambung belajar dan isi semula upu ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...