++ Suntikan Semangat! ++

Saturday, March 17, 2012

- Cerpen : Awak... kahwin dengan saya nak tak? -

~ Sambungan e-novel Cinta LoliLat. Setelah berpikir2 beberapa hari, akhirnya dapat jugak cari satu plot untuk tamatkan cite tu secara rasminya. Khas untuk mereka yang suka dan sudi membaca kisah Fariel dan Isyadora sampai habis. Yang tak baca pun boleh jugak layan cerpen ni sebab tak berkait sangat pun. Sekadar kesinambungannya aje. Segala kekurangan harap dimaafkan ye? Dan saya harap sume berpuas hati dengan endingnya. Selamat membaca ! :)

-------------------------------------------------


“DORA…”
          Panggilan itu mengejutkan Isyadora yang sedang ralit menyiapkan kerja-kerjanya. Terus dia mendongakkan kepala, memandang lelaki segak di depannya itu. Dia bangkit berdiri bersama senyuman manis yang terukir di bibir. “Ya, bos?”
          “Saya nak awak check semua dokumen ni. Kalau boleh siapkan hari ni jugak. Lepas tu nanti hantar kat bilik saya.” Arahan keluar dari mulut Encik Karim.
          Isyadora sekadar mengangguk tanpa sebarang jawapan keluar dari mulutnya. Sebaik saja kelibat Encik Karim menghilang di sebalik pintu bilik pejabatnya, Isyadora terus duduk dengan helaan nafas panjang. Penat! Itulah yang dirasakan sehari dua ini. Kerja tak habis-habis. Ada-ada saja kerja tambahan yang diberikan padanya. Dia menoleh jam di tangan. Sudah hampir ke pukul 4.00 petang. Sempat ke tidak nak siapkan semua ni? Alamatnya balik malam lagilah hari ni.
          Baru saja helaian pertama diselak, terdengar bunyi telefon bimbit berlagu riang. Isyadora mencapai telefon bimbit yang diletakkan di tepi meja. Membaca nama di skrin, senyuman terukir pada dua ulas bibirnya. Segera dijawab panggilan itu.
          “Hai… busy ke?” tanya suara di hujung talian dengan nada mesra.
          “Busy… sangat-sangat,” jawab Isyadora seakan-akan mengadu. Terasa penatnya tadi seolah-olah hilang sebaik mendengar suara si buah hati.
          “Kesian… nanti habis kerja keluar sama-sama nak? Saya rindu nak jumpa awak. Tadi tengah hari pun tak sempat jumpa,” ajak Fariel.
          “Lepas kerja?” Serta-merta Isyadora teringat kerjanya yang masih berlambak. Dia mengeluh. “Sorry, awak… saya ada banyak kerja. Bos nak siap hari ni jugak. Balik malamlah jawabnya hari ni,” balasnya. Dapat dirasakan perasaan kecewa Fariel.
          “Ala… sambung esok tak boleh ke?” Fariel masih mencuba nasib.
          Isyadora tergeleng sendiri. “Tak boleh…”
          “Kalau gitu, malam nanti saya datang ambik awak. Pukul berapa awak nak balik?” Fariel menukar rancangan. Asalkan dia dapat menatap wajah Isyadora, itu sudah memadai.
          “Tak payahlah, wak… Saya balik sendiri aje. Tak nak susahkan awak.” Isyadora lekas-lekas membantah. Tidak mahu menyusahkan lelaki itu.
          “Tak menyusahkan pun. Lagipun takkan saya nak biar awak balik naik teksi sorang-sorang? Malam pulak tu…” Fariel tidak mahu mengalah.
          Isyadora menyandar di kerusi. “Nanti saya call Hani…”
          Fariel diam. Isyadora menggigit hujung kukunya. Fariel merajuk ke? Dia tahu Fariel memang kuat merajuk. Hal kecil pun boleh menjadi besar.
          “Riel?” panggil Isyadora lembut.
          “Hmm… yalah kalau macam tu. Tapi jangan balik lewat sangat tau? Saya risau…” balas Fariel. Mengalah juga akhirnya.
          Isyadora tersenyum. Lega bila Fariel tidak marah. “Okey,” balasnya senang hati.
          “Bye, cik coklat. Ada apa-apa call tau?” Sempat lagi Fariel mengusik sebelum memutuskan talian.
          Isyadora tergelak kecil. “Yalah Encik Lolipop. Bye…”
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
RALIT sungguh Isyadora menyiapkan kerja hingga tidak sedar jam sudah hampir ke pukul 8.00 malam. Ruangan pejabat sudah kosong, hanya tinggal dia seorang di situ. Kalau diikutkan, seram juga tinggal seorang diri di situ. Tetapi cuba disedapkan hati, tiada apa-apa yang perlu ditakutkan. Isyadora bangun menuju ke arah surau kecil di hujung ruangan pejabat untuk menunaikan solat Magrib.
          Usai solat, Isyadora kembali ke meja kerjanya. Namun dia terkejut bila melihat ada seseorang sedang duduk di atas kerusinya dengan gaya yang cukup santai. Lelaki itu tersenyum manis padanya. Isyadora mendekati perlahan-lahan. “Awak buat apa kat sini?” tanya Isyadora sebaik berdiri betul-betul di depan Fariel. Walaupun cuma memakai t-shirt berkolar dengan jeans, Fariel tetap nampak menarik di matanya.
          “Saja datang nak jumpa buah hati. Tak boleh ke?” sengih Fariel sambil bangkit berdiri. Tangannya menghulurkan sesuatu untuk Isyadora.
          “Apa ni?” Isyadora pelik.
          “Coklat. Untuk awak,” ujar Fariel sambil menghulurkan coklat bar di tangannya.
          Isyadora tersenyum. Senang hatinya menerima pemberian itu. “Thanks,” ucapnya perlahan.
          “Dah makan?” tanya Fariel.
          Isyadora menggeleng. “Lapar gila ni…”
          “Janganlah sampai gila. Kesian pulak kat cik coklat saya ni,” usik Fariel sambil tergelak kecil.
          Isyadora mencebik. Dah terbiasa dengan usikan Fariel yang sebegitu. Gelaran yang diberikan semasa zaman kampus dulu masih melekat di bibir lelaki itu sehingga sekarang.
          “Saya ada bawak makanan. Jom kita makan sama-sama…”
          Ketika itulah baru Isyadora perasan ada seplastik makanan di atas meja kerjanya. Matanya membulat. Tidak sangka Fariel datang membawakan makanan untuknya. “Kenapa susah-susah? Saya boleh makan kat rumah nanti…”
          “Tak ada susahnya, sayang. Duduklah, kita makan sekali…” Fariel mempersilakan Isyadora duduk di kerusi sementara dia menarik sebuah kerusi di sebelah meja Isyadora untuk dia duduk.
          Mahu tidak mahu, terpaksalah Isyadora menurut. Tidak dapat tidak, terbit juga rasa terharu di hatinya. Semakin lama, Fariel semakin pandai mengambil hatinya. Membuatkan perasaannya pada lelaki itu semakin mendalam dari sehari ke sehari.
          “Makanlah…” Fariel membukakan polisterin dan diletakkan di depan Isyadora. “Nak saya suap?” usiknya.
          Isyadora cepat-cepat menggeleng. Sudahlah hanya tinggal mereka berdua di situ. Bahaya kalau ‘terlebih’ sangat. Sudu plastik yang sudah disediakan dicapai untuk menyuap makanan.
          “Awak… kahwin dengan saya nak tak?”
          Pertanyaan tiba-tiba Fariel itu membuatkan Isyadora hampir tersedak. Pertanyaan ke lamaran? Cepat-cepat Fariel menghulurkan minuman untuknya.
          “Awak ni… saya ajak kahwin pun nak tersedak sampai macam tu. Bukan ajak pergi perang,” ujar Fariel sengaja mengusik. Tersungging sengihan di bibirnya.
          Isyadora berdeham membetulkan saluran tekaknya yang terasa bagai tersumbat secara tiba-tiba. Sebenarnya, ini bukan kali pertama Fariel melamarnya. Sudah tidak terkira berapa kali tetapi dia masih belum memberikan jawapan positif.
          “Isya…” panggil Fariel bila Isyadora terus senyap.
          “Awak… awak faham saya, kan? Bukan saya tak nak kahwin dengan awak, tapi saya nak kerja dulu, nak kumpul duit dulu banyak-banyak. Saya nak balas jasa atuk dengan nenek saya,” ujar Isyadora. Itulah alasannya setiap kali Fariel menyentuh tentang kahwin.
          “Kalau pasal atuk dengan nenek awak, saya boleh uruskan. Saya mampu tanggung diorang berdua,” balas Fariel tenang.
          “Saya tahu awak mampu. Tapi saya tetap nak pikul tanggungjawab tu sendiri. Atuk dengan nenek jaga saya dari saya kecik lagi. Tak salahkan kalau saya nak balas jasa diorang?” ujar Isyadora lagi, mengharap pengertian Fariel.
          Fariel diam. Hanya kepalanya yang terangguk-angguk. Isyadora kembali menyambung suapan. Sesekali tangannya mengurut-urut tengkuk yang terasa letih.
          “Kesian awak… kerja penat-penat. Kalau kerja dengan saya kan bagus? Saya bagi awak kerja yang ringan-ringan aje,” ujar Fariel. Dia tersengih lagi. Tak habis-habis mengusik.
          “Saya tahu. Sebab tu saya tak nak kerja dengan awak. Saya nak mula dari bawah. Biar susah sekarang, senang kemudian…” Tenang Isyadora membalas.
          “Kalau macam tu boleh aje. Saya bagi awak kerja cleaner, lepas tu nanti saya naikkanlah pangkat awak dari satu jawatan ke satu jawatan. Okey?”
          Spontan Isyadora memukul lengan Fariel. Matanya dijegilkan tanda geram. Lelaki itu ketawa sakan.          Isyadora malas melayan, terus menyambung suapan sehingga habis.
          “Kenyang. Terima kasih bawakan saya makanan,” ucap Isyadora sambil tersenyum manis.
          “Sama-sama. Awak nak balik pukul berapa ni? Kerja banyak lagi?”
          “Sikit je lagi. Awak pergilah balik dulu. Kang lambat balik, mama awak risau pulak,” ujar Isyadora. Giliran dia pula mengusik. Bukan dia tidak tahu macam mana manjanya Fariel dengan mamanya.
          Fariel buat-buat tak faham. “Saya teman awak.”
          “Eh, tak payahlah. Saya…”
          “Saya teman awak. Awak buatlah kerja tu. Saya duduk ke kat sini tengok awak.” Fariel senyum lagi.
          “Nanti mesti tak jadi buat kerja kalau awak asyik tengok aje.” Isyadora tidak setuju.
          Fariel tergelak. “Okey, saya tak perhatikan awak. Saya duduk aje sini. Atau awak nak saya tolong awak?”
          Lekas-lekas Isyadora menggeleng. “Awak pergilah baca majalah ke kat depan sana. Jangan kacau saya tau,” jawabnya.
          Fariel senyum. “Baik, cik coklat.”
          Hampir sejam menanti, akhirnya siap juga kerjanya. Isyadora tidak dapat beralasan lagi bila Fariel beria-ia mahu menghantarnya pulang. Lagipun sudah lewat malam. Takut juga dia pulang sendiri malam-malam begitu. Nak suruh Hani datang ambik, takut dah tidur pulak minah tu.
          Sampai di depan pagar rumah, Isyadora segera keluar dari kereta. Fariel juga ikut keluar. Dia berdiri sambil menyandar di pintu kereta. “Pagi esok saya datang ambik awak tau?”
          “Tak payahlah. Saya boleh pergi dengan Hani,” tolak Isyadora. Hani sudah punya kereta sendiri, jadi tidak menjadi masalah untuknya menumpang ke tempat kerja.
          “Awak ni… apa aje yang saya nak buat, semua awak tak nak. Kadang-kadang saya rasa awak macam tak perlukan saya aje…” Fariel mula berjauh hati.
          “Bukan macam tu…” Cepat-cepat Isyadora menafikan. Dia menghela nafas. “Saya cuma tak nak susahkan awak. Lagipun, kita belum ada ikatan yang sah, Fariel…” pujuknya.
          “Saya ajak awak kahwin, awak yang tak nak,” ungkit Fariel.
          Isyadora mengeluh. “Okeylah, awak datang ambik saya esok. Jangan lambat tau? Kalau tak, saya merajuk tiga hari,” ujarnya. Sengaja menyelitkan gurauan untuk mengambil hati Fariel. Melihat senyuman lelaki itu, hatinya terasa lega.
          “Okey, cik coklat. Tunggu saya esok. Bye!” Dia melambai.
          Isyadora membalas sebelum terus melangkah masuk ke dalam rumah.
          “Amboi sweet couple ni! Kahwin ajelah, Dora. Kesian dah aku tengok si Fariel tu…” Hani mengusik. Dia terkekeh-kekeh bila Isyadora menjeling padanya.
          Isyadora mengambil tempat di atas sebuah sofa, melepaskan penat. “Kau ajelah yang kahwin dulu. Kesian jugak aku tengok Fikri tu. Macam desperate aje dengan kau.” Selamba dia membalas balik gurauan Hani. Dia ketawa bila Hani menjegilkan mata padanya.
          “Mamat tu bukan boleh percaya sangat. Entah serius entah tidak ajak aku kahwin!” cebik Hani. Hubungannya dengan Fikri boleh tahan juga lamanya bertahan selepas tamat belajar. Tetapi sehingga sekarang, dia masih ragu dengan lelaki itu. Nampak lebih banyak main daripada serius.
          “Okeylah, aku penat ni. Naik dulu. Good night…” Isyadora bangun melangkah ke arah tangga.
          “Okey…” balas Hani dan kembali menonton TV.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
“NANTI lunch sama?” ajak Fariel sebaik keretanya berhenti di depan bangunan pejabat Isyadora.
          “Tak tahu lagi. Tengoklah kalau tak sibuk,” jawab Isyadora sambil menanggalkan tali pinggang keledar.
          “Tak payahlah sibuk. Kesian saya ni… nak jumpa buah hati pun susah,” keluh Fariel.
          Isyadora tersengih. Reaksi Fariel itu nampak comel sungguh di matanya. “Mana boleh macam tu. Bukan saya yang tetapkan sibuk ke tak sibuk,” balasnya lembut, memujuk.
          Fariel buat muka. “Yalah… nanti saya call,” ujarnya.
          Isyadora mengangguk. “Bye…” ucapnya sambil menolak daun pintu.
          “Itu aje?” Soalan Fariel itu menahan langkah Isyadora.
          “Dah tu?” Isyadora buat muka blur. Padahal dia faham maksud pertanyaan Fariel itu. Saja buat-buat tak faham.
          Fariel yang sudah faham maksud reaksi Isyadora itu terus tarik muka. Isyadora tergelak. “Okeylah, saya keluar dulu. Nanti kalau tak sibuk, kita jumpa ye?” pujuknya. Masih tidak mahu menunaikan permintaan Fariel.
          Fariel melilaukan pandangan ke sekitar kaki lima bangunan pejabat itu. Buat-buat tak dengar.
          Isyadora menahan tawa. “Yalah, yalah… awak ni, sikit-sikit nak merajuk. Kalah saya yang perempuan ni tau?” usiknya. “Saya pergi dulu. Sayang awak sangat-sangat…” Akhirnya terluah juga ucapan itu dari mulut Isyadora. Bukan senang tau! Sekali dalam setahun belum tentu.
          Barulah terbit senyuman di bibir Fariel. Dia berpaling memandang Isyadora yang sudah merah wajahnya. “Susah betul nak dengar awak cakap macam tu,” ujarnya.
          Isyadora tersengih kelat.
          “Okey, sayang awak sepuluh kali ganda. Jaga diri,” pesan Fariel sambil tersenyum manis.
          Berbunga hati Isyadora dengan ucapan itu. Dia mengangguk sebelum terus keluar dari kereta.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
DERINGAN telefon bimbit mengejutkan Isyadora yang tekun membuat kerja. Segera dijawab panggilan itu tanpa membaca nama di skrin.
          “Sayang, jadi tak nak lunch ni?”
          Suara itu menyentakkan Isyadora. Segera dia melihat jam di tangan. Spontan, tangannya terus menepuk dahi. “Awak, sorry sangat-sangat. Macam tak sempatlah. Saya kena siapkan kerja cepat-cepat,” ucap Isyadora penuh rasa bersalah. Janganlah hendaknya Fariel merajuk lagi.
          Terdengar Fariel mengeluh. Isyadora menggigit bibir bawahnya. “Sorry…” Hanya itu yang mampu terlafaz dari mulutnya.
          “Hmm… okey…” Itu saja balasan Fariel sebelum talian terus diputuskan.
          Isyadora terkelip-kelip merenung skrin telefon bimbit yang sudah gelap. Fariel dah merajuk. Dia tahu itu. Tapi apa nak buat? Baru saja dia menyambung kerja semula, terdengar namanya dipanggil. Dia mendongak memandang Encik Karim. “Ya, bos?”
          “Jom, teman saya pergi lunch,” ajak Encik Karim sambil tersenyum.
          “Err… bos, saya banyak kerjalah. Bos jugak yang nak semua siap hari ni, kan?” jawab Isyadora.
          “Memanglah, tapi takkanlah langsung tak nak makan? Jom, sekejap pun dah jadi,” ajak Encik Karim lagi. “Lagipun semua dah keluar lunch. Awak sorang aje yang duk buat kerja lagi. Berhenti sekejap, temankan saya makan,” tambahnya.
          Isyadora memandang sekeliling ruang pejabat. Bila Encik Karim sudah mengeluarkan arahan, rasanya memang tak boleh dibantah lagi. Aku tak faham betul orang tua ni. Nak kerja siap cepat tapi dia jugak yang ganggu masa kerja aku! Hish! Sempat lagi hati Isyadora membebel sambil kaki melangkah mengikut Encik Karim dari belakang. Tiba-tiba saja dia teringatkan Fariel. Kalau tahu jadi macam ni, baiklah aku pergi makan dengan Fariel aje tadi. Kan dah tak pasal-pasal mamat tu merajuk. Hmm… nasib badan.
          Sampai di restoran, Isyadora mengikut Encik Karim masuk ke dalam. Telinga ditadah mendengar celoteh Encik Karim sedangkan hati dan fikiran melayang mengingati Fariel. Tiba-tiba saja, tumbuh rasa bersalah di hatinya pada lelaki itu. Pada saat kakinya menghampiri sebuah meja, dia terpaku di situ. Nun di hujung sudut restoran, kelihatan jelas Fariel sedang makan bersama seorang gadis. Kalau setakat sambil berbual biasa tak apalah jugak. Ini dahlah perempuan tu seksi nak mampu, gaya tergedik-gedik aje depan Fariel. Mamat tu pun satu, siap melayan lagi tu! Lolipop betullah!
          “Dora?”
          Isyadora tersentak. Segera dipaling mukanya ke arah Encik Karim. Hati yang terasa sakit seolah-olah menyekat seleranya yang memang sudah hampir ke titik sifar sedari tadi lagi. “Err… bos, tiba-tiba aje saya rasa macam tak sedap badan. Boleh tak kalau saya balik ofis sekarang?” Tak sanggup rasanya nak tengok adegan di depan mata. Bukan saja sakit mata dan hati, jiwa dan kalbu pun terpalit sama.
          “Tapi…” Encik Karim terpinga-pinga sebentar.
          “Bos makanlah, saya boleh balik dengan teksi.” Tanpa menunggu balasan Encik Karim, Isyadora segera berpaling. Anak matanya berlaga dengan sepasang mata milik Fariel. Lelaki itu terbangun melihat dia di situ. Isyadora menunduk. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia segera berjalan laju keluar dari restoran itu. Nasibnya baik bila ada sebuah teksi baru saja berhenti di depan restoran menghantar penumpang. Terus dia masuk ke dalam teksi itu tanpa berpaling lagi.
          Telefon bimbit yang berdering tidak dihiraukan. Sengaja dibiarkan berbunyi begitu. Tidak peduli dengan apa saja kata pemandu teksi itu. Dia benar-benar sedih saat ini. Adegan depan mata yang disaksikan tadi seolah-olah membawa bayangan kenangan lama di ruang matanya. Bagai terbayang-bayang wajah Shila yang satu ketika dulu pernah ‘mencuri’ Fariel daripadanya. Adakah peristiwa itu berulang semula kini?
          Sampai di pejabat, Isyadora membawa diri ke tandas. Mujur tiada sesiapa di situ. Telefon bimbit yang masih menjerit dikeluarkan dari tas tangan. Ibu jari menekan butang hijau.
          “Isya… awak kat mana?” Suara Fariel kedengaran cemas.
          “Perlu ke tanya saya kat mana?” Nada suara Isyadora kedengaran agak sinis.
          “Awak marah saya?”
          “Taklah. Suka sangat… suka gilaaa… Tengok boyfriend sendiri keluar dengan perempuan lain, mestilah saya happy, kan?” sindir Isyadora cukup-cukup. Pedih sungguh rasa hatinya kini.
          Fariel mengeluh. “Isya, itu pekerja saya. Bukan siapa pun…”
          “Oh pekerja? Seronokkan ada pekerja yang seksi dan gedik macam tu? Awak memang suka kan perempuan yang macam tu?” tuduh Isyadora. Fikirannya sudah melalut.
          “Isya, awak merepek apa ni?” Nada suara Fariel pun sudah lain macam.
          Isyadora menahan perasaan. “Tak payah explain apa-apa. Saya dah faham.”
          “Apa ni, Isya? Kenapa awak nak marah saya pulak? Sepatutnya saya yang marah awak. Awak cakap banyak kerja, sibuk sangat sampai tak sempat keluar makan. Habis tadi tu apa?”
          Isyadora terdiam. Sungguh dia terlupa tentang hal itu. Asyik sangat fikirkan kesalahan Fariel hingga tidak nampak langsung silap sendiri. “Saya keluar dengan bos saya. Dia yang ajak saya lunch sama tadi. Salah ke?”
          “Ohh… keluar dengan bos? Macam tu tak apa pulak, kan? Saya nak keluar dengan pekerja saya tak boleh pulak? Okey, fair sangat macam tu. Bye.” Serta-merta talian mati.
          Isyadora tercengang. Siapa yang patut marah sebenarnya? Entahlah! Dia sendiri pun dah bingung.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
SAMPAI ke petang Isyadora tidak dapat fokus dengan kerja. Dipujuk hati untuk tidak memikirkan tentang Fariel tetapi dia tetap gagal. Wajah Fariel bagai terbayang-bayang di mana-mana. Suara lelaki itu pula terus terngiang-ngiang di telinga. Isyadora mengeluh lagi.
          Jam di tangan sudah melepasi pukul 7.00 malam. Tak guna berlama-lama di ofis jika satu kerja pun tak dapat disiapkan. Sudahnya, dia bangun mengemas meja. Selepas itu, dia bergerak ke arah surau untuk solat Maghrib. Ada baiknya solat dulu sebelum pulang. Tak adalah nanti rushing sangat lepas dah sampai rumah.
          Usai solat, Isyadora turun dari pejabat. Tangannya dimasukkan ke dalam beg, mencari telefon bimbit. Rasanya kalau dia menelefon Hani sekarang, tidak ada masalah. Takkan nak tunggu Fariel datang ambik? Lepas apa yang jadi tadi, takkanlah mamat tu masih nak tunjuk muka. Memang taklah, kan?
          Namun baru saja dia mahu menekan butang pada papan kekunci telefon bimbit, sebuah kereta berhenti betul-betul di depannya. Dia mengecilkan mata. Bukan ke ni kereta Fariel? Apasal ada kat sini pulak? Dia terkejut bila lelaki itu keluar dari kereta.
          “Masuklah,” suruh Fariel dengan wajah tanpa perasaan. Nada suaranya pula dingin sekali.
          Isyadora telan liur. Tak sangka Fariel masih sudi menjemputnya pulang ke rumah. Lambat-lambat dia menghampiri kereta dan masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Fariel memandu kereta dengan tenang, langsung tiada suara yang keluar dari mulutnya.
          Isyadora resah diam saja begitu. Tidak betah pula jadinya. Nak cakap apa ni? Patut ke mintak maaf pasal tadi? Tapi aku ke yang patut mintak maaf dulu? Bukan dia yang salah ke? Eh, aku rasa dua-dua salahlah. Aduh, macam mana ni?
          “Dah makan?”
          Soalan perlahan Fariel itu menyentakkan Isyadora. “Err… belum.” Gagap dia menjawab.
          Fariel tidak membalas lagi. Terus memandu menuju ke sebuah restoran. Isyadora diam mengikut langkah Fariel masuk ke dalam restoran itu. Lelaki itu juga yang membuat pesanan untuknya. Tiba-tiba jadi kekok pula padahal pagi tadi bukan main lagi bersayang-sayang.
          Sehingga makanan terhidang di atas meja pun, masing-masing masih terus menyepi. Hanya suara-suara dari pengunjung-pengunjung yang mengisi ruang antara mereka. Fariel senyap dengan kepala menunduk. Makan pun tidak, sekadar menguis-nguis makanan di dalam pinggan dengan sudu di tangan. Isyadora makin tidak senang duduk. Setelah difikirkan baik dan buruknya, dia bersuara juga akhirnya.
          “Awak, saya mintak maaf pasal hal siang tadi…” Terluah juga sebaris ucapan itu dari mulut Isyadora. Dia merenung wajah Fariel, mengharap respon.
          Fariel mengangkat muka membalas renungan Isyadora. Isyadora telan liur. Tak senang duduk jadinya. “Saya tahu saya salah. Tak sepatutnya saya tuduh awak macam-macam. Sorry…” Sudah tidak tahu lagi apa yang harus dikatakan. Muka terasa sudah tebal berinci-inci.
          Fariel masih diam. Isyadora kian resah. Namun dia terkejut bila tiba-tiba Fariel memegang tangannya. Tidak berkelip matanya merenung wajah Fariel. “Saya tahu pegang tangan ni salah. Sebab tu saya nak kita halalkan apa yang haram. Kahwin dengan saya?” lamar Fariel untuk kesekian kalinya.
          Isyadora diam tanpa suara. Lidahnya seakan kelu hingga tidak mampu membalas apa-apa.
          “Isya… awak tahu saya sayang awak, kan? Saya tak sanggup dah nak tunggu lagi. Makin lama kita bercinta, makin banyak dugaan. Saya tak nak hilang awak. Please… kita kahwin?”
          Sungguh Isyadora terharu dengan kata-kata Fariel itu. Membuatkan dia yakin bahawa lelaki itu benar-benar serius mahu menikahinya. “Awak… bagi saya masa untuk fikir?”
          Fariel mengeluh mendengar jawapan Isyadora.
          “Saya tak tolak. Cuma saya mintak masa. Boleh, kan?” ulang Isyadora.
          Fariel membalas renungan mata Isyadora. Sudahnya, dia mengangguk. Dan selepas itu, suasana kembali normal. Fariel melayan Isyadora seperti biasa, romantik dan penuh dengan usikan seolah-olah tiada apa-apa yang baru berlaku antara mereka.
*-*-*-*-*-*-*-*-*
“AKU tak faham kau, Dora. Kalau orang lain mesti dah terlompat-lompat bila pakwe melamar. Kau ni boleh pulak main tangguh-tangguh. Siap mintak masa lagi nak bagi jawapan. Kau tunggu apa lagi hah?” Hani membebel-bebel semahunya. Geram pula mendengar cerita Isyadora tentang Fariel. Orang dah ajak kahwin tu, terima ajelah. Bukannya calang-calang orang. Muka hensem, poket dah penuh, kereta pulak dah sah-sah besar. Entah apa lagilah yang si Dora ni tunggu dia sendiri pun tak faham.
          “Atuk dengan nenek aku…”
          “Walaupun kau dah kahwin nanti, kau masih boleh kerja, kan? Takkanlah si Fariel tu gila sangat tak nak bagi kau jaga atuk dengan nenek kau kat kampung tu?” Hani pantas memotong sebelum sempat Isyadora menghabiskan ayatnya.
          “Aku tahu tu, Hani. Tapi masalahnya… lepas kahwin nanti aku kena lebihkan semuanya untuk suami aku, untuk dia. Mana nak tengok-tengokkan atuk dengan nenek lagi. Aku takut aku tak mampu…” Isyadora hampir-hampir menangis. Susah sangat ke nak faham isi hatinya? Bukannya dia tidak mahu menerima lamaran Fariel, bukannya dia tidak sudi menjadi isteri Fariel, tetapi dia cuma perlukan sedikit masa saja lagi. Susah sangat ke?
          Hani diam. Habis daya mahu memujuk Isyadora lagi. Tiba-tiba saja dia teringatkan sesuatu. “Tadi Epi called…”
          Mata Isyadora terus singgah di wajah Hani. “Epi called? Bila?”
          “Petang tadi. Kau tak balik lagi masa tu. Dia kirim salam kat kau…” maklum Hani. Shaufi sekarang berada di luar negara kerana menyambung pelajaran dalam Master. Kerana itulah mereka sudah jarang berjumpa. Namun Hani tahu, tujuan Shaufi ke sana bukan cuma kerana mahu menyambung pelajaran, tapi juga untuk mengubat hati yang kecewa.
          Isyadora menjawab salam di dalam hati. “Kenapa dia tak call aku terus? Rindu sangat nak borak dengan dia…” ujarnya. Terkilan sungguh kerana tidak dapat bercakap dengan Shaufi. Sahabat yang selama ini sangat memahami hati dan perasaannya.
          “Tak sempat kot. Nanti-nanti dia call lagilah tu,” balas Hani untuk menyedapkan hati Isyadora. Janji dengan Shaufi biarlah terus tersimpul mati tanpa perlu diuraikan sampai bila-bila.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
HUJUNG minggu itu Isyadora pulang ke kampung. Seronok sungguh dia kerana akhirnya cutinya diluluskan. Rindu yang sarat pada atuk dan nenek di kampung buatkan dia tidak sabar-sabar mahu pulang. Teringat pula perbualan dengan Fariel malam sebelum dia bertolak pulang.
          “Berapa lama cuti?”
          “Empat hari aje.”
          “Hmm… nanti mesti saya rindu awak,” ujar Fariel.
          Isyadora tergelak kecil. “Sekejap aje…”
          “Esok saya hantar awak ke stesen bas. No excuse.”
          Isyadora tersengih dengan arahan Fariel itu. Faham kenapa lelaki itu memberi arahan sebegitu. Selagi dia boleh menolak, pasti akan ditolak habis-habisan. “Yalah, esok awak hantar saya…”
          “Will miss you like crazy…” ucap Fariel lembut. Romantis sungguh-sungguh kedengarannya.
          “Mengada-ngada,” cebik Isyadora.
          “Betullah. Tak caya eh?”
          Isyadora tergelak kecil. Kembang hatinya dengan ucapan Fariel itu. Terasa betapa dirinya benar-benar istimewa di hati lelaki itu.
          “Isya, dengar tak apa nenek tanya ni?”
          Suara itu mengejutkan Isyadora yang berkhayal jauh. Terus dipaling wajah ke sebelah. Hilang wajah dan suara Fariel, digantikan dengan renungan pelik neneknya. Isyadora tersengih.
          “Jauhnya berkhayal. Ingat kat siapa ni?” usik Nek Sah.
          Isyadora tersipu. “Tak adalah, nek. Mana ada siapa-siapa,” nafinya.
          “Yalah tu. Macamlah nenek tak tahu cucu nenek ni duk teringatkan yang kat sana tu. Siapa ya nama dia? Haa… Rafil tu, kan?”
          Isyadora ketawa. “Fariellah, nek! Apa Rafil pulak?”
          “Fariel. Alah… susah sangat nak sebut nama dia,” balas Nek Sah.
          Isyadora ketawa lagi.
          “Isya dah lama kawan dengan dia, kan? Tak nak langsungkan terus ke?” tanya Nek Sah. Sudah lama mahu bertanya, tetapi baru kini kesempatan itu ada.
          Isyadora menoleh ke arah Nek Sah. Matanya terkebil-kebil. “Dia ada lamar Isya, nek…”
          “Hah, dah tu?” Nek Sah teruja mendengar kata-kata Isyadora itu. Senyumannya melebar.
          “Emm… Isya bukan tak nak, nek. Cuma…”
          “Cuma apa?” tanya Nek Sah pantas.
          Isyadora diam. Menarik nafas dalam-dalam sebelum mula bercerita. Tentang kenapa dia sering beralasan setiap kali Fariel melamarnya untuk berkahwin.
          “Isya… kenapa nak kena fikir sampai macam tu sekali? Nenek tak kisah kalau Isya nak kahwin. Nenek lagi suka tau? Tak adalah nenek risau biar Isya tinggal kat KL sana tu. Sekurang-kurangnya, ada orang tolong tengok-tengokkan Isya, jaga Isya… lega hati nenek, Isya…”
          Isyadora terdiam mendengar kata-kata Nek Sah. Restukah itu? “Tapi Isya nak jaga nenek dengan atuk…”
          “Tak payah risaukan atuk dengan nenek ni. Kami berdua pandai jaga diri. Bila Isya dah kahwin, tak semestinya Isya tak boleh jaga nenek, kan?”
          “Tapi nanti tanggungjawab berat, nek…”
          “Isya, dengar sini…” Nek Sah memegang tangan Isyadora. “Nenek jaga Isya dari kecik, nenek sayang Isya lebih dari nenek sayang diri nenek sendiri. Nenek nak tengok Isya bahagia dengan hidup Isya. Jangan risaukan nenek dengan atuk. Nenek dengan atuk dah lama tunggu saat-saat Isya kahwin. Kami ni nak sangat tengok Isya sah jadi isteri orang. Walaupun Isya dah kahwin nanti, Isya tetap cucu nenek. Tak ada apa yang berubah, sayang…”
          Lembut tutur kata Nek Sah memujuk hati Isyadora. Lama dia berdiam, memikirkan kebenaran kata-kata neneknya itu.
          Sehingga ke malam, Isyadora masih tidak dapat berhenti berfikir. Dalam pada itu, seraut wajah Fariel tidak lepas-lepas menari di ruang matanya. Rindu. Itulah yang menyentuh hatinya kini. Namun, alangkah lebih indahnya andai rindu itu tercipta buat seorang lelaki yang bergelar suami. Isyadora memejam mata rapat-rapat. Hati dan perasaan terus berperang sesama sendiri sehinggalah bunyi telefon bimbit membunuh lamunannya. Membaca nama Fariel di skrin, dia terus menjawab panggilan itu dengan senyuman di bibir.
          “Awak…” sapa Isyadora lembut.
          “Cepat je jawab ya?” usik Fariel sambil tergelak kecil.
          “Rindu…” Terlepas sebaris perkataan itu dari mulut Isyadora. Dia mengetap bibir. Tidak menyangka dia sendiri yang meluahkan ucapan keramat itu. Mujurlah Fariel tiada di depan mata ketika ini. Kalau tidak, mahu dia menyorok di bawah meja.
          Fariel ketawa kecil. Hati rasa berbunga dengan pengakuan Isyadora itu. Bukan senang nak dengar tau? “Miss you more, cik coklat. Awak tengah buat apa? Tak tidur lagi?”
          “Baru ingat nak tidur tadi. Awak dah call, tak jadilah,” jawab Isyadora jujur.
          “Hati saya cakap awak tengah rindukan saya. Sebab tu saya call…” Fariel gelak lagi. Senang hati betul nampaknya.
          “Dah, dah… jangan nak lebih-lebih,” balas Isyadora. Sengaja mengeraskan sedikit suara. Padahal dia malu sebenarnya. Lelaki itu seolah-olah dapat membaca apa yang ada di hatinya.
          “Sebab tu saya nak kita kahwin, sayang. Tak nak tambahkan dosa.”
          Kata-kata Fariel itu membuatkan Isyadora terdiam. Haruskah dia menerima lamaran lelaki itu?
          “Kalau awak kata ya, esok jugak saya hantar rombongan meminang ke rumah awak,” seloroh Fariel.
          “Eh? Kalau macam tu, hantar ajelah.” Selamba Isyadora membalas.
          “Serius?” Nada suara Fariel bertukar serius. Tiada lagi nada gelak-gelaknya tadi.
          “Err…” Isyadora gigit hujung kuku. Malu pulak tiba-tiba.
          “Isya…?” panggil Fariel bila Isyadora terus diam.
          “Hmm…” sahut Isyadora perlahan.
          “Jawapan awak?” tagih Fariel.
          Isyadora diam sebentar. Menyusun-nyusun ayat agar tidak canggung bunyinya nanti. “Awak, kita kahwin,” ujarnya.
          Fariel diam. Isyadora pula yang resah jadinya. “Riel… awak dengar tak?”
          “Dengar, dengar! Betul ni? Saya tak mimpi, kan?” Berulang-ulang kali Fariel bertanya. Mahu meyakinkan diri sendiri yang dia tidak bermimpi.
          Isyadora tidak dapat menahan senyumannya lagi. “Ya, awak tak mimpi. Kita kahwin. Boleh, kan?”
          “Boleh! Lebih dari boleh, sayang!” Nada suara Fariel jelas menggambarkan betapa dia gembira kini. Lafaz syukur melantun dalam hati. “Lusa saya hantar rombongan meminang.”
          “Aik? Tadi cakap esok?” Isyadora pelik.
          “Err… Esok nak kena prepare semua benda dulu. Mana sempat,” balas Fariel dan kemudian ketawa.
          Isyadora mencemik. Tak puas hati kerana dipermainkan.
          “Tunggu ya, sayang? Lusa saya akan pastikan rombongan tu sampai kat rumah awak. Promise!” lafaz Fariel penuh janji.
          Dan malam itu, tidur Isyadora ditemani mimpi indah bersama Amar Fariel, lelaki yang dicintai sepenuh hatinya.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*   
ISYADORA melangkah turun ke tingkat bawah. Fariel dilihatnya sedang duduk di ruang tamu sambil membaca surat khabar. Surat khabar yang besar itu menghalangnya untuk melihat wajah suaminya itu. Langkah diatur kemas menghampiri Fariel.
          “Awak…” panggil Isyadora manja sambil duduk di sebelah Fariel.
          “Hmm…” sahut Fariel perlahan tanpa mengalihkan perhatian pada surat khabar di tangan. Di mulutnya tergantung elok sebatang lolipop.
          Isyadora mengetap bibir melihat reaksi itu. Nampak sangat malas melayannya. “Jomlah keluar… tadi awak janji nak teman saya shopping, kan?” ungkitnya.
          “Hai… sejak bila pulaklah isteri saya ni pandai shopping. Ni mesti mama yang ajar,” gumam Fariel selamba.
          Isyadora menjeling. Geram betul dengan reaksi selamba badak Fariel itu. Tidak semena-mena tumbuh rasa rajuk di hatinya. “Tak nak sudah. Saya pergi sendiri aje…” Belum sempat dia bangun, terasa tangannya dipegang. Isyadora berpaling.
          Fariel tersenyum memandangnya. Surat khabat dilipat dan kemudian diletakkan di atas meja di tengah-tengah ruang tamu itu. Lolipop di mulut dikeluarkan sambil sebelah tangan masih memegang tangan Isyadora. “Sayang saya ni kan… sejak mengandung ni asyik sensitif aje memanjang…” usiknya.
          Isyadora buat tidak dengar. Wajahnya makin masam mencuka.
          “Okeylah, okeylah… jom kita keluar. Saya tak lupalah janji saya,” ujar Fariel lembut memujuk.
          Barulah Isyadora berpaling memandang Fariel. “Saya ingatkan awak tak peduli kat saya dah…”
          “Kenapa cakap macam tu pulak?”
          “Yalah… awak macam malas aje nak layan saya…” rajuk Isyadora lagi. Benar-benar berjauh hati.
          Fariel tersengih.  Pipi Isyadora dicuit. Isyadora menepis. Dicium pula pipi itu. Kali ini Isyadora mengesat pula kesan ciuman itu. Dia tergelak. “Awak ni makin lama makin kuat pulak merajuk. Dulu tak ada pulak macam ni…”
          Isyadora terus tarik muka.
          “Saya mintak maaf kalau awak rasa saya dah tak pedulikan awak. Sebenarnya tak pun. Saya sayang awak sangat-sangat tau? Nak-nak pulak sekarang ni awak tengah mengandungkan anak saya. Walaupun baru berapa bulan, tapi awak dah buatkan rasa sayang dan cinta saya kat awak makin bertambah. Tau?” pujuk Fariel.
          Isyadora diam. Rajuknya terpujuk sedikit demi sedikit.
          “Tau tak ni?” Fariel mendekatkan mukanya ke muka Isyadora.
          Isyadora memusingkan wajah. Menyembunyikan senyuman yang hampir teukir.
          “Haa kan comel senyum macam tu…” Fariel mencuit pipi Isyadora lagi.
Tak dapat menahan, Isyadora tersenyum juga akhirnya.
“Tunggu kejap ya? Saya nak pergi siap-siap kejap.” Fariel bangkit dari sofa.
          Isyadora sekadar mengangguk.
          “Nah, habiskan…” Fariel menghulurkan lolipop di tangan kepada Isyadora.
          Isyadora menyambut huluran itu. Entah sejak bila, dia pun dah jadi penggemar lolipop. Ni semua sebab Fariel yang ajar. Fariel tersenyum sebelum berpaling untuk ke tingkat atas. Hilang Fariel dari pandangan, Isyadora terus memasukkan lolipop di tangan ke dalam mulut. Senyuman terukir di bibirnya. Manisnya rasa lolipop itu semanis kebahagiaan yang dirasai kini. Doanya, biarlah mahligai yang mereka bina ini terus bertahan dan mendapat restu Allah sehingga ke akhirnya.
*TAMAT*
         Tamat sudah kisah Fariel dan Isyadora ni. Harap2 sume puas hati ye? Kalo tak puas hati komen laa... mana tau ada yang nak part 2 ke.. (ceh macam best je nak sambung2 bagai ni.. hehehe). OK, jumpa lagi untuk next cerpen! *senyum comel2*

~end

16 comments:

insyirah said...

nice..
sweet sgt...
best ar klau dpt pakwe cam fariel..
huhuhuhu...
berangan jer kerje saye ni..

Biar Jemari Berbicara... said...

alooo... romantika de amour je rasa.. hehehe

Anonymous said...

best :D

[AYUMI AFIQAH] said...

insyirah ~ cari laa sorg mcm Fariel... mana tau jumpa.. hehe.. thanks ye baca n komen.. :)

kak yus ~ romantika de amour eh? yg tukang tulis ni lebih dari tu kot.. ahahahaha :D

anonymous ~ thanksss :)

Izzatie said...

yeah..bestnyerr..
sweet je part isya merajuk...hehe..

[AYUMI AFIQAH] said...

izzatie ~ sweet eh? akak pun sengih2 je masa tulis.. ngehehehe ;)

permataku said...

huhuhu,.....
nk tau jgk ape yg jdi kt shaufi....

[AYUMI SYAFIQAH] said...

nnti klu ada idea kita smbung kisah shaufi tu pulak k... :)

Anonymous said...

best & sweet sgt... :-)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

thanks anonymous <3<3<3

aziekz said...

owh kt sini rupenya ending lolilat,.....oh,nmpaknya kna explore lg blog ni..utuk pastikan tak tertinggal episod....k....next nvel plak nk bc..:-)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Thank youuuuu Aziekz. :')

Anonymous said...

best la bce cite ni...bila pula giliran saya yer??hahahha...untung dapat bf mcm ni...

Anonymous said...

hmm...buat la part 2...sume org must be soo excited

Anonymous said...

macam mana ye nak baca cinta lolilat? xjumpa pon dkat dlam blog ni... :)

[AYUMI SYAFIQAH] said...

Cinta lolilat dah removed dari blog ni. Dalam rancangan utk terbitkan. Sorry. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...