++ Suntikan Semangat! ++

Wednesday, February 1, 2012

- kisah aku & cikgu 1 -

Assalamualaikum...

Feb dah datang. Tak sampai nak tunggu hujung Mac. hehe. Sebelum aku mulakan entri ni, aku nak tanya satu soklan. Korang pernah tak dapat gelaran pape daripada sesape yang korang kenal? Aku pun dapat, dan gelaran yang paling tak dapat aku lupa sampai bebila dah tentulah gelaran SOPAN daripada cikgu sejarah aku masa form 4! [cikgu, sampai skang saya still ingat lagi tiap kali cikgu panggil saya 'SOPAN'. ahahaha].

Agak nape cikgu tu panggil aku sopan? Aku pun tatau sebenarnya, sebab bagi aku, aku takde ar sopan mana. Kalo kenal aku betol2, then you will know how 'UN-SOPAN' I am. heheeee. Citenya bermula camni. Satu hari tu dalam kelas sejarah, ntah camne boleh kuar topik sal henfon. Aku duk barisan dua dari depan masa tu. Cikgu tu tetiba tengok aku, pastu dia tanya aku pakai henfon apa. Aku pun terkedu ar kejap, tak pasal2 kena tanya kan. Tengah malu2 kucing nak jawab tu kan [segan sebenarnya, tetiba je kena tanya soklan camtu], pastu cikgu tu pun cakap "Alaaa... sopannya....". Haa, lepas dari tu kan, terus melekat gelaran tu kat aku. Tiap kali masuk kelas, mesti dia tegur aku, panggil aku sopan. Kat luar kelas pun, kalo terserempak kat memana mesti dia panggil aku sopan. Sampai aku dah naik form5, dia still panggil aku sopan even dia dah tak mengajar aku time tu. Bila ingat2 balik kan, sweet ar gak. haha. :D

Antara kenangan yang aku takleh lupa kan... masa hari result SPM. Masa tu aku baru turun pentas, cikgu nak ambik gambar [macamlah result aku gempak sangat kan...], lepas tu cikgu tu tetiba masuk dewan. Dia nampak aku, dia senyum. Aku pun senyumlah gak kat dia. Then dia bagi isyarat tangan ngan gerakan mulut, "Dapat berapa?". Aku pun angkat jari dari jauh, jumlah A yang aku dapat untuk SPM tu. Lepas tu dia pun angkat ibu jari kat aku. Aku gelak je tengok. Kalo orang yang tak tau pape tengok, mesti cop ada scandal. hahahahaha. :D

Itulah cikgu sejarah aku masa form4, namanya Cikgu Baharum, of koslah cikgu lelaki. Cikgu Baharum memang best, suka wat lawak time mengajar. Tapi time serius, memang dia betol2 serius. Rindu ar pulak kenangan zaman sekolah ni aishhh! huhu...

Entri akan datang aku cite kisah aku ngan cikgu lain pulak. Daaa~

p/s --> malam ni nak blogwalking~~

~end

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...