++ Suntikan Semangat! ++

Wednesday, February 8, 2012

- Kau VIP di hatiku 10 [akhir] -

Episod Akhir

SEMAKIN hari, aku merasakan Ashraf semakin jauh dariku. Jauh... lebih jauh dari mula-mula aku mengenali dirinya. Walaupun dulu bicaranya sering kasar dan banyak kali menggores hatiku, sekurang-kurangnya dia masih ingin bercakap denganku. Tetapi kini, memandang wajaku pun dia sudah tidak sudi. Aku benar-benar rasa tersisih. Dia dekat, tetapi sangat jauh bagiku. Sungguh... aku sedih dengan keadaan ini. Kalaulah dia tahu aku menolak Fathir kerana dirinya, apakah reaksinya? Atau adakah dia akan mentertawakan aku yang bodoh kerana menyimpan perasaan padanya? Akukah yang bodoh kerana menghadiahkan dia pangkat VIP di hatiku meski pun selama ini dia tidak pernah kisah akan diriku?

Aku menutup daun pintu kereta sebelum berpaling memandang ke arahnya. Dia tidak memandang aku, sebaliknya terus berjalan masuk ke kawasan sekolah. Aku memadang langkahnya dengan helaan nafas panjang. Kalaulah aku boleh membaca apa yang tersirat di hatinya, alangkah bagus. Aku menunduk bersama pilu yang tiada siapa yang dapat mengerti.

Sampai di kelas, aku terus mendapatkan mejaku. Aku hanya memandang Huda mendekati Ashraf dengan sekeping kertas di tangan. Kertas itu dihulurkan kepada Ashraf.

"Apa ni?" Ashraf bertanya sambil memandang Huda dengan kerut di hai. Nampak sangat tak ada mood.

"Ada junior bagi kau surat cinta. Ambillah," ujar Huda. Surat di tangan diletakkan di atas meja Ashraf.

Aku tersentap. Junior bagi surat cinta? Terbit sedikit rasa kagum di hatiku mengingatkan betapa beraninya gadis itu memberi surat cinta kepada Ashraf. Sedangkan aku, terus menanti bagai orang bodoh. Akukah yang salah?

Ashraf buat muka bosan. "Ambik balik. Aku tak nak," ujarnya.

Tam menepuk bahu Ashraf. "Kau ni tolak tuah betullah! Kalau aku jadi kau, dah lama dah aku baca surat ni. Untung-untung, awek tu cantik. Tak ke rugi kau nanti?"

"Kalau kau nak sangat, ambik ajelah. Ingat aku heran sangat ke?" Kasar suara Ashraf membuat semua rakannya terdiam.

"Betul tak nak ni?" Huda meminta kepastian. Ingin sekali aku meminta agar Huda mengambil surat itu menjauhi Ashraf. Tidak dapat tidak, terbit juga rasa cemburu di hatiku. Wahai hati... kenapalah kau tak pernah mengerti?

Ashraf tidak memandang Huda. Reaksinya itu sudah cukup memberi jawapan.

"Okey! Nanti aku pulangkan balik," kata Huda sambil mengambil semula surat itu.

"Cakap kat budak, tak payah nak bagi-bagi surat. Aku tak masa nak layan semua tu," ujar Ashraf angkuh.

Aku memandangnya. Mataku berkaca. Apakah penyebabnya, aku tidak tahu. Mungkin juga aku terkesan dengan kata-katanya itu. Dia tiada masa untuk semua itu. Bermakna, dia juga tiada masa untuk aku jika aku meluahkan perasaanku ini padanya. Alangkah bodohnya aku kerana terus mengharap pada yang tidak sudi.

>>>>>>>>>>

"Minggu depan ada perlawanan besar bola sepak sekolah kita dengan sekolah Mutiara, kan?" Kata-kata Yana itu memanggil aku untuk memandang wajahnya.

"Mana kau tahu?"

Yana tersengih. "Aku kan... internet bergerak." Dia tergelak-gelak.

Aku tersenyum nipis. Tiada mood. Perlawanan bola sepak? Adakah itu bermakna Ashraf akan terlibat dalam perlawanan itu? Mahukah dia jika aku pergi menonton perlawanan itu nanti?

"Dengar kata, sekolah kita jadi tuan rumah. Kau nak tengok?" tanya Yana.

"Kau?" Aku memulangkan soalan padanya.

"Minggu depan kan cuti? Aku nak rehat je kat rumah. Lagipun bukannya aku minat sangat bola-bola ni semua!" ujarnya.

Aku diam. Kalau diikutkan, aku juga tidak minat dengan bola sepak. Tetapi bila ia melibatkan Ashraf, tiba-tiba saja aku jadi tidak senang duduk. Aku mahu menonton perlawanan itu kerana Ashraf yang bermain. Tetapi, mahukah dia menerima kehadiranku nanti?

>>>>>>>>>

Aku penat. Malam ini aku mahu tidur awal. Esok, cuti sekolah sudah bermula. Esok juga perlawanan bola sepak sekolah akan berlangsung. Ikutkan hati, aku teringin sekali pergi menonton, tetapi aku takut dengan penerimaan Ashraf nanti.

Walaupun aku tinggal di dalam rumah yang sama dengan Ashraf, aku tahu pasti aku sukar untuk menemuinya sepanjang cuti ini. Dia lebih senang berkurung di dalam bilik. Atau paling tidak pun, menghabiskan masa di ruang keluarga di tingkat atas. Baru saja kepalaku mencecah bantal, aku terdengar telefon bimbitku berdering. Mujur ibu tiada di bilik waktu ini. Lantas, aku segera mencapai telefon itu.

"Cici, awak dah tidur ke?" Suara Fathir kedengaran.

"Belum. Kenapa?" Semenjak peristiwa tempoh hari, aku jadi makin kurang selesa dengannya. Tetapi, dia masih tetap baik dan mesra denganku.

"Esok cuti, kan? Kalau saya ajak awak keluar nak tak?" tanya Fathir.

Sepanjang berkenalan, ini kali pertama Fathir mengajak aku keluar bersama. Aku diam seketika, berfikir-fikir jawapan apa yang harus kuberi padanya.

"Kalau awak tak selesa keluar berdua aje dengan saya, awak boleh ajak Yana. Saya tak kisah," ujarnya lagi.

"Betul awak tak kisah?" Aku mahukan kepastian.

"Betul." Dia meyakinkan aku.

Bukankah sudah aku katakan, Fathir memang seorang yang baik? Aku tahu dia baik. Malah mungkin juga dia lebih baik daripad Ashraf. Tetapi, kenapa hatiku tetap tidak boleh menerima dia melebih seorang rakan? Tiba-tiba saja, aku teringatkan perlawanan bola sepak yang akan berlangsung esok. Tidak semena-mena, aku jadi ragu untuk menerima ajakan Fathir. "Saya tak tahu lagi..."

"Awak fikirlah dulu. Nanti bagitahu saya balik," ujarnya.

Aku tersenyum. Lega kerana Fathir tidak memaksa. Setelah mematikan talian, aku memandang jam pada dinding bilik. 9.55 malam. Tekakku haus tiba-tiba. Aku turun dari katil, keluar dari bilik dan menapak ke arah dapur. Namun, langkahku terhenti bila menangkap suara dari arah dapur. Aku mula menguping di sebalik pintu.

"Esok Ash ada game, kan?" Itu suara Aunty Aisyah. Aku terus mendengar.

"Hmm..." Hanya itu jawapan Ashraf.

"Mama ingat nak pergi tengok."

"Papa?"

"Papa Ash tu asyik sibuk aje hari-hari. Nanti mama ajak Cici ya?" Suara Aunty Aisyah kedengaran teruja sekali. Aku berdebar menanti balasan Ashraf.

"Nak buat apa ajak dia?" Nada Ashraf jelas tidak senang.

"Laa... takkan nak ajak Cici pun tak boleh? Dia tu kan dah macam anak mama, adik Ash. Lagipun, Ash dengan Cici kan satu sekolah? Kalau mama ajak Cici, tak adalah mama 'sesat' dalam kawasan sekolah Ash tu nanti..."

Kata-kata Aunty Aisyah itu menyejukkan hatiku. Dan aku mula sedar, aku hanya layak menjadi adik kepada Ashraf.

"Tak payahlah, ma. Kalau mama nak datang, datang sorang aje. Ash tak nak dia ada."

Sungguh... tergores hatiku mendengar kata-kata Ashraf itu. Sudah terang lagi bersuluh dia tidak ingin aku datang menonton perlawanannya esok. Kolam mataku berkaca-kaca. Pedihnya hati, hanya Allah yang tahu.

"Ada pulak macam tu?" Aunty Aisyah tidak senang dengan kata-kata Ashraf. Aku tidak sanggup mendengar balasan Ashraf yang seterusnya. Langkah kaki kubawa ke arah bilik. Tidak dapat menahan lagi, setitis air mataku gugur juga. Rasa-rasanya, aku sudah mendapat jawapannya. Ashraf tidak mahu aku datang menonton perlawanannya esok. Lantas, aku mencapai telefon bimbitku sebelum jari-jemariku lincah mencari nombor telefon Fathir.

>>>>>>>>>>

Mujurlah ibu mengizinkan aku keluar menemui Fathir. Ibu tidak kisah, asalkan ada Yana yang menemani. Sampai di KFC, Fathir sudah menanti aku dan Yana di situ. Kami menghampirinya. Yana dengan senyuman lebar, sementara aku dengan senyuman hambar. Sehambar hatiku saat ini.

"Nak makan apa?" tanya Fathir.

Yana menyenggol lenganku, meminta aku memberi jawapan. Aku memandang Fathir. "Apa-apa aje. Saya tak kisah," ujarku. Yana pula mengangguk, sama denganku. Fathir bangun menuju ke arah kaunter untuk membuat pesanan.

"Kau kenapa ni? Dari tadi asyik muram aje. Ada masalah ke?" Yana bertanya perlahan.

Aku memandang wajahnya. Kalaulah dia tahu, betapa aku ingin sangat menangis waktu ini. Kenapa Ashraf tidak boleh jadi seperti Fathir? Dan yang paling membuat aku sakit, kenapa hatiku tetap menyayangi Ashraf? Kenapa Ashraf juga yang menjadi pilihan sedangkan dia sudah banyak melukakan hatiku? Kenapa tidak Fathir yang sememangnya baik denganku selama ini?

"Cici..." Yana memegang tanganku. Aku menunduk. Menahan air mata daripada gugur. "Cici... kau kenapa ni?"

Aku menggeleng. Sedaya upaya cuba menahan sebak. Aku memalsukan seulas senyuman untuk Yana. "Aku okey..." ucapku perlahan.

Yana menghela nafas. Pasti dia tahu yang aku sedang berbohong. "Aku tahu... kau sebenarnya ingatkan Ash, kan? Kau nak pergi tengok perlawanan dia ke hari ni?"

Soalan Yana itu makin membuat aku sebak. Aku menggeleng lagi, tidak mahu mengaku. Ashraf tidak mahu aku ada di sana, jadi untuk apa aku pergi?

Yana diam. Aku juga diam. Suasana bisu antara kami sehinggalah Fathir datang membawa dulang di tangan. Aku pelik melihat hanya ada dua set hidangan di dalam dulang itu. Aku memandangnya dengan pelik.

"Ni untuk Yana, ni untuk saya..." Fathir membagi-bagikan hidangan itu. Aku semakin pelik. Terpinga-pinga aku memandang wajahnya.

"Untuk Cici?" tanya Yana.

Fathir memandangku. Ada senyuman di bibirnya. "Saya tahu, awak sebenarnya tak nak datang sini, kan?"

Aku tersentak mendengar soalan itu. Benarkah apa yang aku dengar?

Fathir tersenyum. Aku tidak pasti apakah maksud senyuman itu. "Saya baru ingat nak cuba jadi jahat. Tapi tak bolehlah..." Dia tergelak kecil.

Aku semakin hairan. "Maksud awak?"

Fathir kembali memandangku. "Minggu lepas, Ashraf ada datang jumpa saya."

Aku terkejut. Yana juga begitu. "Untuk apa?"

"Dia tanya saya... sama ada saya dengan awak ada hubungan atau tak..."

Cerita Fathir itu benar-benar membuat aku terkejut. Bulat mataku memandangnya, seakan tidak percaya.

"Saya cakap, saya dengan awak cuma kawan, tapi saya memang sukakan awak. Awak cuma anggap saya macam kawan, tapi saya takkan putus asa. Saya akan tunggu sampai awak bersedia..." Fathir berhenti di situ.

Aku menunduk.

Dia menyambung lagi, "Ashraf cakap... dia sukakan awak..."

Kenyataan yang baru kudengar itu benar-benar menyantakkan urat nafasku. Aku memandang Fathir dengan renungan yang penuh kekeliruan. Benarkah apa yang aku dengar tadi?

"Dia mintak saya jauhkan diri daripada awak sebab awak hak dia." Fathir tersenyum lagi. "Saya betul-betul tak sangka yang dia pun ada perasaan pada awak. Dan... awak pun sama, kan?" Dia memandangku redup.

Aku tidak menjawab. Aku benar-benar keliru saat ini.

"Saya cakap pada dia, yang saya takkan mengalah macam tu aje. Kalau betul dia nak awak, biar kami lawan cara adil. Lepas saya cakap macam tu, dia terus pergi macam tu aje."

"Lepas tu apa jadi?" sampuk Yana.

"Saya janji dengan diri saya yang saya takkan bagitahu Cici apa yang berlaku antara saya dengan Ashraf. Saya dapat rasakan Cici memang ada perasaan pada Ashraf. Walaupun Cici tak mengaku, saya tetap boleh nampak semua tu. Kan, Cici?" Fathir memandangku.

Aku masih diam. Rasa sebak yang datang menghalang aku untuk berkata-kata. Air mata hampir saja menitis.

"Saya tak nak awak tahu yang Ashraf pun sukakan awak. Sebab kalau awak tahu, saya akan terlepas peluang untuk pikat awak. Tapi..." Fathir menyandar di kerusi. "Bila saya tengok awak sedih macam ni, saya tahu itu semua mesti sebab Ashraf, kan?"

Aku menunduk. Hatiku tersentuh dengan kata-kata Fathir itu. Kenapalah hatiku tidak dapat menyayanginya sebagaimana aku menyayangi Ashraf?

"Awak nak pergi tengok perlawanan tu hari ni, kan?" Fathir merenung tepat ke wajahku.

Aku membalas renungannya. Pandanganku kabur.

"Pergilah..." ujarnya.

Aku terpempan. Sungguh aku tidak menyangka Fathir akan berkata begitu.

"Percayalah, Ashraf pun sayangkan awak. Cuma mungkin dia takut nak mengaku depan awak. Saya yakin, dia tunggu awak datang tengok dia main hari ni. Pergilah..." ujar Fathir lagi.

Sungguh, aku tidak tahu apa yang harus aku katakan saat ini. Fathir memang baik. Tersangat baik. Aku memandang Yana, mengharap sokongan. Yana mengangguk dan tersenyum memandangku. Aku kembali memandang Fathir. "Terima kasih, Fathir!" ucapku. Aku bangun dan kalut melangkah keluar.

>>>>>>>>>>

Teksi yang aku naiki berhenti betul-betul di depan kawasan sekolah. Mujurlah aku membawa duit lebih hari ini. Sesudah membayar harga tambang, aku segera turun dari kereta dan melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Langkah kaki kubawa ke arah padang. Ramai sungguh orang yang datang untuk menonton perlawanan antara dua sekolah itu.

Aku mengeluh kecewa bila perlawanan itu sudah pun tamat sebelum sempat aku mengambil tempat. Tepukan dari pasukan sorak sekolahku bergema kuat, menandakan pasukan sekolahku ini menjuarai perlawanan. Aku memanjangkan leher, mencari-cari kalau ada Ashraf di antara pemain-pemain yang sedang bersorak kemenangan. Namun, aku tidak nampak kerana terhalang dek penonton-penonton yang turut sama bersorak. Aku mengeluh sendiri sambil berpusing. Sudah terlambat. Tiada guna aku datang kerana perlawanan sudah pun tamat. Mungkin aku perlu menerima kenyataan antara aku dah Ashraf, tidak mungkin ada kisah cinta yang akan tercipta. Aku tidak layak untuknya. Lambat-lambat langkah kuatur untuk kembali ke pagar sekolah.

"Cici!"

Panggilan itu mematikan langkahku. Dadaku berdebar hebat. Suara Ashrafkah itu? Aku berpaling. Hampir luruh jantungku melihat dia sedang berjalan menghampiriku. Walaupun dalam keadaan berpeluh kerana baru lepas bermain, dia tetap nampak kacak di mataku. Ah! Sesungguhnya dia memang sudah lama mendapat tempat istimewa di hatiku ini. Bodohnya aku kerana terus mengharapkan lelaki ini!

"Kenapa datang?" Ashraf bercekak pinggang memandangku.

Aku menunduk. Serta-merta aku teringat kata-kata Fathir tadi. Benarkah Ashraf menyayangiku? Kalau benar sayang, kenapa caranya ini seolah-olah tidak menyenangi kehadiranku di sini? Adakah Fathir berbohong padaku?

"Kenapa diam? Jawablah!" gesanya.

Aku memberanikan diri memandangnya. "Saya tahu awak tak nak saya datang. Tapi saya tetap datang sebab..." Ayatku mati di situ. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan lagi. Hampir-hampir saja hatiku menitis.

Ashraf berdiri betul-betul di depanku. "Aku tunggu kau datang dari tadi lagi..."

Kata-katanya itu memanggilku untuk merenungnya. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Tolong yakinkan aku bahawa aku tidak bermimpi!

"Apasal lambat?" soalnya lagi. Raut wajahnya selamba saja.

"Err..." Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab. Bingung!

Ashraf menghembus nafas. "Kau tahu tak, pagi tadi sebelum aku datang sini, aku dah berjanji pada diri aku."

"Janji?" Aku mengerutkan mukaku memandangnya.

Dia mengangguk. "Aku janji, kalau kau datang sini tengok aku main, aku akan luahkan perasaan sebenar aku pada kau. Tapi kalau kau tak datang, aku akan lupakan perasaan aku pada kau..."

Aku terdiam. Perasaan? Perasaan apakah yang dia maksudkan?

"Aku kecewa sangat tadi bila tengok kau tak ada..." tambahnya.

"Bukan ke awak tak nak saya datang?" pintasku. Teringat perbualannya dengan mamanya malam tadi.

Dia tersenyum. "Aku silap."

Aku masih tidak faham.

"Aku nak kau datang, tapi aku tak tahu macam mana nak cakap. Aku tahu... aku memang ego, kan?"

"Sekarang saya dah datang. Apa yang awak nak beritahu saya?" Entah dari mana aku mendapat kekuatan untuk bertanya begitu.

Dia tersenyum lagi. Manisnya senyuman itu pada mataku hingga aku merasakan tidak mahu mengalih anak mataku walau cuma sesaat!

"Aku..." Ashraf diam seketika. Dia merenungku. Aku menunduk. Hatiku jadi tidak menentu dengan renungannya yang begitu menusuk kalbu itu. "Aku... aku sebenarnya sukakan kau."

Kalaulah diberi peluang, ingin sekali aku merakamkan ucapannya itu. Akan kumainkan ucapan itu berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Aku memandangnya dengan mata berkaca-kaca. "Awak kata saya bukan taste awak."

"Aku silap."

"Awak tak pernah pedulikan kehadiran saya," ungkitku lagi.

Dia tersenyum lagi. Kenapa hari ini dia terlalu murah dengan senyuman? "Aku minta maaf," ucapnya perlahan.

Tidak dapat bertahan lagi, air mataku menitis akhirnya. Entah bagaimana mahu aku ungkapkan perasaanku saat ini.

"Kau maafkan aku, kan?" tanya dia.

Aku membalas renungannya. Air mataku masih lagi menitis.

"Aku tahu kau pun suka kan aku, kan? Walaupun kau tak mengaku depan Fathir bila dia tanya, aku tahu kau memang suka aku. Kalau tak, takkan kau datang sini, kan?"

Aku diam. Terasa merah mukaku mendengar kata-katanya itu.

"Ada satu benda yang kau tak tahu," ujarnya lagi.

"Apa?" tanyaku.

"Aku dengan Fathir ada buat betting."

Keningku terangkat. Tidak faham maksudnya.

"Memandangkan hari ni aku ada game, Fathir cakap dia nak ajak kau keluar hari ni. Dia nak tengok sama ada kau pilih dia atau aku. Tapi, kau datang sini. Itu maknanya kau pilih aku, kan?" Ashraf tersenyum lagi. Suka benar nampaknya dia.

Aku mengesat air mataku. "Mana ada! Tadi saya dah pergi jumpa Fathir," ujarku.

"Oh ya ke?" Ashraf buat-buat terkejut. "Habis, kenapa datang sini jugak?" Dia seolah-olah sengaja mahu mengenakan aku.

Aku menjeling. "Sebab awaklah!" ujarku.

Dia tersenyum lagi.

"Entah macam mana saya boleh suka kat orang hati batu macam awak ni!' ujarku lagi. Tiba-tiba jadi berani untuk mengutuknya begitu. Kerana hakikatnya, Ashraf memang hati batu!

Dia masih tersenyum. "Yang hati batu ni jugak yang kau suka, kan?"

Aku tidak menjawab. Anak mata kualihkan ke arah lain. Malu weh!

"Aku nak pergi ambik hadiah. Jumpa nanti. Bye!" Ashraf melambai padaku sebelum berlari semula ke arah arah padang.

Aku memandang langkahnnya. Apa perasaanku kini? Semestinya aku tidak sedih. Sebaliknya aku gembira. Gembira kerana akhirnya aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan. Bukan cuma dia VIP di hatiku, tetapi mungkin juga aku sudah menjadi VVIP di hatinya. Siapa tahu, kan? Aku tersenyum lagi.




Bila cinta sudah memenuhi ruang hati
yang buruk menjadi cantik
yang busuk menjadi wangi
dan yang gelap menjadi cerah....

-TAMAT-

Hari rabu, 8 Februari 2012, pukul 4.38 petang, aku noktahkan cite ni. Alhamdulillah, akhirnya tamat jugak cite ni akhirnya. Sebuah idea yang datang secara tiba-tiba, dan aku syukur sangat sebab idea tu tak putus sampai bab 10. Walaupun pendek, kepuasan menulis tu tetap ada. Aku harap, mereka yang baca cite dapat faham mesej yang aku cuba sampaikan. Tak kisahlah kalau orang yang kita suka tu banyak kekurangan, dan kita sedar lebih ramai lagi orang yang lebih baik daripada dia, tapi kalau hati dah sayang, semua kekurangan tu dah tak penting bagi kita. Pedulikan apa kata orang. Yang penting, kita bahagia. Kan? heeee~

Akhir kata, terima kasih pada yang sudi baca. Yang tinggalkan komen, terima kasih sebanyak bintang2 di langit aku ucapkan. Kepada kawan aku Sarah, terima kasih jugak sebab bagi aku ilham untuk buat cite ni. Daripada tajuk Kau VIP di Hatiku tulah, timbulnya idea cite ni. Thanks, thanks dan thanks!
~end

8 comments:

RinsyaRyc said...

best3 >_< !!!

Ending dia mcm yg diharapkan ... wah, nasib baik betul dia dtg tpat pada wktunya... kalau lambat, gerenti nyesal x habis sbb ashraf nak lupakan prsaan die .. *tpi mampu ke ashraf tuh ? heerrherr

Anonymous said...

Best2 .

[AYUMI AFIQAH] said...

kak rinsya : mcm x knal lak ngan ashraf. x mampu pun dia buat2 mampu gak. ahaksss... tenkiu sudi baca smpai habis :)

anonymous : million thanks :)

wan sarah said...

like ar citer ni..hehe..terbaikkk! :)

[AYUMI AFIQAH] said...

hehehe.. mekasih sarahhhhh :)

Biar Jemari Berbicara... said...

cinta budak kecik yg tersemat indah dlm hati budak besar ni.. tq for making akak remembers all the sweet memories during d old time..

[AYUMI AFIQAH] said...

hehee... sme2 kak yus. tenkiu jgk akak sudi jenguk sini. :)

nurul najihah said...

Driawl smpai akhir saya tngok ..mmg best sngat akak ..hehe ..thumbs up 4ur

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...