++ Suntikan Semangat! ++

Monday, February 6, 2012

- Kau VIP di hati ku 7 -

Episod 7

HARI sukan di sekolah antara hari yang aku tunggu-tunggu kerana ketika inilah aku dapat melihat Ashraf bermain di atas padang. Tidak sabar-sabar rasanya mahu menyaksikan perlawanan bola sepak nanti. Walaupun aku tahu Ashraf tidak pernah mengharap kehadiranku untuk memberi dia sokongan, aku tidak kisah. Biarlah aku menontonnya kerana itu kemahuan aku sendiri.

"Cici! Kau tahu tak, bola sepak dengan bola keranjang lawan waktu sama?" Suara Yana yang tiba-tiba itu mengejutkan aku.

"Ya ke?" soalku meminta kepastian.

Yana mengangguk. "Kau nak pergi tengok yang mana? Kita pergi tengok bola keranjang nak? Aku nak tengok Fathir main!"

Ketika itulah, baru aku teringat akan hal itu. Antara bola sepak dan bola keranjang, yang mana menjadi pilihan? Jika ditanya pada hati, sudah pastilah hatiku memilih bola sepak. Bukannya kerana aku minat dengan bola sepak, tetapi kerana kau mahu menonton Ashraf bermain. Tetapi, akalku menyuruh aku menonton perlawanan bola keranjang kerana Fathir, rakan baikku itu yang akan bermain nanti. Aduh, yang mana satu harus aku turuti?

"Kau nak tengok Ash main ke? Tak payahlah! Dia bukan heran pun kalau kau pergi tengok." Yana menghasutku untuk tidak pergi menyaksikan perlawanan bola sepak.

"Tapi..." Aku masih teragak-agak.

"Kita pergi tengok bola keranjang ek? Lagipun, nanti Fathir mesti suka! Dia kan kawan kita. Bolehlah ya?" Yana merayu sambil menarik-narik lengan bajuku.

Aku berfikir-fikri. Yang mana satu harus aku ikut? Belum sempat aku menyatakan keputusanku, Fathir sudah datang menghampiri kami berdua.

"Cici, Yana, nanti jangan lupa datang tengok saya main tau? Kalau awak berdua datang, baru semangat sikit saya nak main," ujar Fathir dengan suara ceria.

Membuatkan aku tidak sampai hati untuk menghampakannya. Apatah lagi, bila melihat anggukan setuju di kepala Yana. "Dah tentulah kitorang pergi tengok nanti!" ujar Yana seakan sudah pasti aku juga akan ikut serta.

Dalam terkial-kial itu, Ashraf pula datang mendekat. Aku terkejut melihat dia tercegat di depanku.

"Pukul 10.00 nanti aku ada game. Pastikan kau datang." Hanya itu yang dia katakan. Kemudian, dia berpaling dan terus beredar pergi. Melihat gaya selambanya itu, aku terlopong seketika.

"Suka-suka hati aje nak mengarah orang!" Yana mencebik. Aku memandang wajahnya. "Kita tengok bola keranjang nanti. Fullstop!" ujar Yana. Dan nyata, keputusannya itu berjaya membuahkan senyuman di bibir Fathir. Aku mengeluh dalam diam.

>>>>>>>>>>

Puas berfikir, aku akhirnya membuat keputusan untuk pergi menonton perlawanan bola sepak. Antara Fathir dan Ashraf, aku memilih Ashraf. Tidak perlu ditanya mengapa kerana sudah kunyatakan berkali-kali bahawa hanya dia VIP di hatiku. Dia tiada bandingannya di hatiku. Walaupun Yana menarik muncung ketika aku menyatakan keputusanku tadi, aku tetap tidak peduli.

Ketika sampai di padang, aku melihat Ashraf dan rakan-rakannya berkumpul di tepi padang. Langkah kakiku mati ketika telingaku menangkap apa yang dibualkan oleh mereka.

"Apasal sekarang aku tengok kau macam dah baik sangat dengan si Cici tu? Dah sangkut ke weh?" tanya Ayie.

Dadaku berdebar-debar menanti jawapan Ashraf.

"Apa? Aku sangkut dengan dia?" Ashraf ketawa kuat. "Tolong sikit ya! Macamlah aku ni tak ada taste sangat!"

Rakan-rakannya yang lain hanya ketawa. Saat itu, aku merasakan betapa kerdilnya diriku ini. Aku sedar betapa rendah dan hinanya aku di mata Ashraf.

"Tapi aku tengok dia okey aje. Lawa pun lawa. Kan?" sampuk Tam pula.

Ashraf tersenyum sinis. "She's not my type."

Angkuh sekali bunyi kata-katanya itu. Kolam mataku berkaca tiba-tiba. Aku jadi malu pada diriku sendiri kerana sempat berperasaan kononnya dia menyukai aku. Sedangkan hakikatnya, inilah yang sebenar-benarnya. Ashraf tidak sukakan aku dan tidak akan pernah menyukai. Lantas, aku berpusing. Niat yang tadinya mahu menonton perlawanan bola sepak sudah padam sepenuhnya. Aku mengatur langkah menuju ke arah gelanggang bola keranjang.

>>>>>>>>>>

Yana bersorak kesukaan melihat aku menghampiri. Roman wajah terpaksa aku maniskan. Tidak mahu dia tahu apa yang sedang berladung di hatiku. Pedihnya rasa, biarlah aku yang menanggungnya sendiri.

"Apasal tiba-tiba tukar fikiran?" tanya Yana sesudah aku duduk di sebelahnya.

Aku berfikir-fikir jawapan yang sesuai. "Saja. Kat sana panas," ujarku. Berbohong.

Yana ketawa mendengar jawapanku. Sepanjang perlawanan berlangsung, aku bagaikan orang bisu. Pelajar-pelajar lain turut datang memberi sokongan tidak henti-henti menjerit. Yana juga sama naik. Aku? Hanya diam bagaikan patung kerana hakikatnya hanya jasadku berada di sini sedangkan jiwaku sudah terbang entah ke mana.

Tamat saja perlawanan itu, aku mengajak Yana ke kantin untuk mengisi perut. Yana tidak habis-habis bercerita tentang perlawanan tadi. Aku pula hanya mendengar tanpa menyampuk.

"Kau kenapa ni? Asyik muram aje dari tadi. Ada masalah ke?" Yana bertanya akhirnya. Barangkali tidak betah melihat aku terus membisu.

"Tak ada apalah," dalihku. Cuba menutup resah di hati. Tetapi, Yana tidak mahu percaya. Dia terus mengasakku hingga akhirnya aku membuka juga apa yang aku pendam sedari tadi. Raut wajah Yana keruh, simpati mendengar ceritaku. "Aku dah tahu dia tak suka aku, tapi aku terharap-harap jugak. Bodoh sangat!" Aku mencemuh diri sendiri. Terasa tanganku dicuit, aku mendongak memandang Yana. Dia memberi isyarat padaku supaya berpaling ke belakang. Dalam keterpingaan, aku berpaling juga. Terasa bagai kering darahku melihat Ashraf berdiri tidak jauh dariku. Renungannya tajam memanah wajahku. Aku tertelan air liur. Dia dengarkah apa yang aku katakan tadi?

Ashraf tidak menunggu lagi. Dia berpaling dan melangkah pergi. Ketika itu jugalah Fathir datang menghampiri aku dan Yana.

"Girls! Thanks sebab sudi datang tengok saya main tadi. Disebabkan korang bagi sokongan, menang jugak saya akhirnya."

Aku tidak peduli dengan apa saja yang dibualkan Fathir dan Yana kerana waktu ini, fikiranku hanya penuh dengan bayangan tentang Ashraf. Marahkah dia?

>>>>>>>>>>

Sehinggalah kereta berhenti di depan rumah, Ashraf masih bermasam muka denganku. Wajahnya serius, hingga membuatkan aku takut untuk memandang wajahnya itu. Aku terkejut bila dia tiba-tiba memanggilku. Ketika itu, aku baru saja menanggalkan kasut dan bersedia untuk masuk ke dalam rumah.

"Kenapa kau tak datang tengok aku main tadi?"

Aku gugup mendengar soalan itu. Adakah dia perasan aku tidak datang menonton perlawanannya tadi? Dia menunggu akukah? "Err... saya..." Terasa sukar sekali aku mahu menuturkan kata-kata. "Saya nak tengok Fathir main. Dia kan kawan saya," jawabku. Namun wajahnya tidak langsung aku pandang.

Ashraf diam. Aku memberanikan diri mengerling dengan ekor mata. Terasa mahu gugur jantungku melihat cara dia merenungku. Kenapa dengan dia? Adakah dia marah dengan jawapanku itu? Situasi itu benar-benar membuatkan aku tidak selesa. Lantas, aku membuka langkah untuk masuk ke rumah. Sekali lagi, soalannya mematikan langkahku.

"Kau suka dia?"

Aku terdiam tanpa jawapan. Kenapa Ashraf perlu bertanyakan soalan itu? Tidak perlu diberitahu pun, aku yakin dia tahu hanya dia di hatiku. Tanpa menunggu jawapanku, dia sudah pun masuk ke rumah. Aku memandang langkahnya dengan persoalan yang penuh di fikiranku.

>>>>>>>>>>

6 comments:

RinsyaRyc said...

menyampah kan dngan asyraf ? control cool dpan kwn-2 .. alamak .. ke die x sedar dia dh suka tpi buat-2 ego ?

[AYUMI AFIQAH] said...

die dh sdar kot cuma keliru je. erk? lebih kurang camtu laa.. hehe..

Misz Mardha said...

Huh , Ashraf2 -,- pelik betull .

[AYUMI AFIQAH] said...

sabar2.. hehe :)

Hananorisa said...

adohai ashraf ni...masalah betull..stresss...

haha..ashraf tu suka cici kan? tapi dia tak sedar lagi kan?

[AYUMI AFIQAH] said...

die suke kot.. tp malu nk ngaku. beselaa... org laki kan ego. ahaksss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...