++ Suntikan Semangat! ++

Monday, January 30, 2012

- Saya sayang Zafril saya! -

Assalamualaikum...

Emmm, baca tajuk cam 'something' je kan? hehe. Sebenarnya tak pun. Ni entry khas aku wat untuk hero pertama aku. Sape lagi kalo bukan Adam Zafril. Walaupun aku ada ramai hero, tapi aku tetap letak Zafril kat tangga yang paling atas. Sebab apa?

Sebab... Zafril hero pertama aku. Dan Zafril hampir memenuhi ciri2 lelaki idaman aku. Gedik tak statement aku? ahaksss!

*=*=*=*=*
“Tak sangka awak suka bagi makan ikan.”
            Qarissa tersentak mendengar suara itu. Terus mati senyuman manis di bibirnya tadi. Ish! Kacau daun betul, rungut hatinya.
            Zafril berdiri di sebelah Qarissa. “Kalau awak pakai macam ni selalu kan okey? Tak adalah terdedah sangat,” ujarnya tiba-tiba.
            Terasa panas wajah Qarissa. Sesuka hati sahaja Zafril menegurnya begitu. “Eh, yang awak nak sibuk-sibuk pasal pakaian saya ni kenapa? Saya ada susahkah hidup awak ke kalau saya pakai seksi sekali pun?” bidasnya tidak dapat menahan geram.
            Zafril senyum nipis. “Tak adalah. Tapi tak salahkan kalau saya nasihatkan awak atas dasar seorang kawan?” balasnya sambil merenung lembut ke wajah Qarissa.
            Qarissa mencebik. Nasihat konon! Macam bagus sangat, getus hatinya bengang. Dia meletakkan bekas makanan ikan di tempat asal dan bersedia untuk beredar dari situ. 

*=*=*=*=*


Zafril mengalih perhatian ke arah meja di sisinya. Sebelum ditangkap ‘mengendap’ anak dara orang, baik dia meneruskan kerjanya. Sambil menyusun kerusi, ekor matanya masih dapat melihat Qarissa. Dia berpaling tiba-tiba. Terkejut melihat Qarissa yang sudah pun membuka jaketnya. Hanya sehelai blaus tanpa lengan dan skirt separas lutut membalut tubuhnya. Gadis itu duduk di salah satu kerusi.
            Zafril menghampiri. “Pakai jaket tu,” suruhnya lembut.
            Qarissa tersentak terus merenung raut Zafril. Itulah yang paling dia tidak suka tentang lelaki itu. Suka sangat mengatur caranya berpakaian.
            “Kat sini ada kita berdua je. Kalau jadi apa-apa, bukan salah saya,” ujar Zafril sedikit mengugut. Tapi baginya, kata-katanya itu ada benarnya. Bukan ugutan kosong semata-mata.
            Qarissa yang mendengar, terus terbeliak biji mata. Spontan kejadian sewaktu di luar negara menerjah ingatannya. Saat itulah dia mula terasa seram sejuk. Lantas jaket itu disarungnya semula.

*=*=*=*=* 
Zafril berhenti ketawa. Namun begitu senyumannya masih belum surut. “Okey, selamat malam,” ucapnya sebelum Qarissa terus membuka langkah.
            “Risa!”
            Qarissa berpaling semula.
            “Dah solat?”
            Pertanyaan Zafril membuatkan Qarissa terkedu. Dia berfikir-fikir. Rasanya, dia masih belum menunaikan solat isyak. Aduh! Macam mana boleh lupa ni?
            “Belumlah tu...” rumus Zafril selamba.
            Qarissa tidak menjawab. “Nak naik solatlah ni,” balasnya geram dan menyambung langkah yang terbantut tadi.
            “Risa!”
            Qarissa mengetap bibir. Apa lagi yang dia ni nak? Dia menyumpah-nyumpah kegeraman di dalam hati. Dia berpaling. “Apa lagi...” Tidak sempat dia bertanya apabila sebuah kucupan hinggap di pipinya. Dia terpana.
            “I love you,” ucap Zafril dengan renungan redup.
            Jantung Qarissa berdebar-debar. Pertama kali dia menerima kucupan daripada Zafril. Padahal kalau diikutkan, Zafril telah pun mengucup dahinya selepas upacara pembatalan air sembahyang tadi tapi... dia tidak rasa seperti apa yang dirasai sekarang. Perasaan yang sukar diucapkan dengan kata-kata.
            Zafril berlalu ke keretanya. “Jangan lupa solat. Saya balik dulu. Assalamualaikum,” ucapnya sebelum masuk ke kereta.
            Qarissa yang melihat masih kaku di depan pintu pagar vila papanya itu.

*=*=*=*=*
Zafril menyuakan sudu ke mulut Qarissa. Perlahan-lahan isterinya menyambut suapan itu. Mukanya berkerut-kerut menelan bubur yang ibarat pasir halus. Tekaknya terasa perit.
            Suapan seterusnya ditolak. Qarissa menggeleng lemah.
            “Sikit lagi...” Zafril memujuk lagi.
            Qarissa tetap menggeleng.
            Zafril mengalah. Mangkuk bubur diletak kembali ke dulang. Dia mencapai gelas yang berisi susu dan dihulurkan kepada Qarissa.
            Qarissa sudah berkerut muka. Susu? Yark!
            “Kenapa?” tanya Zafril pelik.
            “Tak suka,” jawab Qarissa antara dengar dengan tidak. Kepalanya tergeleng-geleng lemah.
            “Susu kan baik untuk kesihatan. Minum ya?” Terus dipujuk lagi. Tak ubah seperti melayan anak kecil. Bezanya, anak kecil amat gemarkan susu.
            “Orang cakap tak suka, tak sukalah!” rengus Qarissa geram. Sudahlah kepalanya berdenyut, dipaksa pula minum susu. Mahu pecah kepalanya nanti.
            Zafril menggeleng-geleng. Dah sakit pun nak degil lagi, bebel hatinya. Dia meletakkan gelas yang dipegang ke atas dulang. Ubat dicapai lalu diberi kepada Qarissa bersama segelas air kosong yang memang tersedia di bilik itu.
            Sedetik, rasa terharu menyelinap ke dasar hati Qarissa.
            “Abang tak kerja?” tanya Qarissa hairan melihat Zafril berpakaian ringkas.
            Zafril tersenyum manis. “Abang cuti hari ni. Abang nak temankan Risa. Risa rehatlah. Kalau ada apa-apa, panggil abang,” suruhnya lembut sebelum bangun. Diselimutkan kembali tubuh Qarissa. Satu kucupan penuh kasih singgah di dahi Qarissa sebelum Zafril mencapai dulang yang dibawa tadi untuk dibawa turun ke dapur.

*=*=*=*=* 


“Kenapa, sayang?” tanya Zafril pelik melihat wajah terkejut Qarissa. Ada sesuatu yang buruk telah berlakukah?
            “Marina... keguguran. Dia ada kat hospital sekarang,” beritahu Qarissa perlahan. Rasa simpati menyelinap dalam hati. Walaupun dia dan Marina tidak pernah sebulu, tapi dia tidak pernah mendoakan yang buruk-buruk untuk sepupunya itu.
            “Kita pergi melawat eh?” ajak Zafril. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Qarissa sekarang.
            “Tak apa ke?” tanya Qarissa polos.
            “Kenapa tanya macam tu pulak?”
            “Tak adalah. Takut nanti Marina tak...”
            “Sayang...” potong Zafril pantas. “Dahlah tu, tak payah ingat lagi kisah-kisah lama. Cubalah berbaik dengan dia. Mana tahu... ni hikmah di sebalik semua ni,” pujuknya lembut.
            Qarissa diam. Berfikir-fikir kebenaran kata-kata Zafril. Ya, hatinya mengakui semua itu. Lantas, perlahan-lahan dia mengangguk.

*=*=*=*=*
Zafril mengangguk. Dia menghampiri katil dan duduk di sisi Qarissa. Bahu isterinya itu dipaut erat sebelum kucupan penuh kasih singgah di ubun-ubun isterinya itu. Terharu Qarissa dengan perlakuan Zafril.
            “Terima kasih, sayang... sebab dah jadi isteri yang sempurna untuk abang,” bisik Zafril penuh romantis.
            Qarissa tersenyum. Lama renungan mereka bertaut. “Risa yang patut ucap terima kasih kat abang sebab abang sudi terima Risa jadi isteri abang walaupun...”
            “Syhhh...” pintas Zafril. Pelukannya semakin erat. “Jangan ungkit lagi kisah dulu. Semua tu dah tak ada makna lagi. Yang penting sekarang ni, Risa dah berubah. Abang bangga ada isteri macam Risa,” tutur Zafril ikhlas. Satu lagi kucupan hinggap di dahi Qarissa. Hanya Allah yang tahu betapa dalam cintanya buat Qarissa.

*=*=*=*=*

Tetttttt. Sampai sini je aku share. Agak2, apa yang boleh disimpulkan tentang watak Zafril ni ek? hehe.

p/s -->Doakan yang terbaik untuk novel ni. :)

~end

2 comments:

NiA DaRnEs(Nur Ain Syahira) said...

mak aiii...xsabar nk baca/beli novel ummi...diorg kawin ea...sweetnyee

[AYUMI AFIQAH] said...

a'ah of kos la kawen. hehe.
tenkiu ain. kte sme2 tunggu k :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...