++ Suntikan Semangat! ++

Saturday, November 17, 2012

- Kita Kawan Sampai Mati! -

Assalamualaikum...

Sorry tak update n3 novel. Busy sangat2 *konon* sampai takde masa nak menulis. Bila ada masa pulak, mood pulak yang takde sebab kepala otak asyik fikir assignment... assignment... assignment...

N3 kali ni bukan apa sangat pun, cuma nak membebel je. Ni pasal kawan aku... ehem... rasa pelik je buat n3 camni ni kan. Haha. Buat my friend Ema, silalah touching sekiranya anda terbaca n3 ini okey! :P

Aku kenal Ema masa asasi kat UiTM Kuantan dulu. Masa sem pertama, kitorang duk satu dorm. Tapi masa mula2 memang tak kenal sangat dia. Nama pun tak tau. Dah seminggu kot duk situ baru tahu nama dia *padahal katil sebelah menyebelah*. Kitorang satu kelas masa tu. Opkos la mula2 kekok kan, kena dengan aku pulak yang jenis tak berapa nak mesra alam ni kan. Tapi lama2, kitorang jadi makin rapat. Daripada duduk jauh2 dalam kelas, dah jadi duduk sebelah menyebelah. Hujung2 minggu sesama tido lambat sebab layan movie. Ema download, aku copy. Haha. Tapi kalau ada movie yang tak berapa nak elok sangat tu kan, dia akan cakap "Ika tak boleh tengok! Budak underage!"

Masuk sem kedua kitorang tak duduk dorm dah, pindah masuk kolej. Aku dapat sebilik dengan Ema. Bilik 304 blok C. Banyak sangat kenangan dalam tu. *ambik tisu, srooootttttt!*

Bila dah duduk ber2 je 1 bilik, mestilah banyak benda yang kitorang share sama2. Awal sem tu lagi beli buku nota warna pink sama2. PINK uolss! Entah cemana aku yang tak minat pink boleh beli buku tu. Haha. Then pada satu hari, aku date dengan Ema pi Berjaya Megamall tu, tetiba ada orang datang jual keychain handphone. 1 RM6, 2 RM10. So kitorang share duit beli keychain tu. 1 untuk aku, 1 untuk dia. Pakai sama2 kat handphone. Comel kan? :P

Aku dengan Ema tak cakap guna bahasa 'saya-awak', bukan jugak 'aku-kau', apatah lagi 'lu-gua'. Kitorang cakap 'orang-Ema-orang-Ika'. Yes, she calls me Ika. *actually Ika tu nama panggilan dalam family*. Kekadang tu rasa macam comel lak kan? *perasan*. LOL.

Apa aku boleh cakap untuk describe Ema?

1. She hates Milo! Duk dekat dengan dia, janganlah ada sesapa buat air Milo. Kalau tak nanti dia akan muntah. Nasib baiklah aku pun tak suka sangat minum air Milo. Sepanjang kitorang duk sebilik aku cuma minum air Cadburry 2in1 tu je.

2. Dia terror bab2 download movie and certain parts dalam komputer. Masa mula2 dapat course sistem maklumat ni dulu dia pernah cakap kat aku, "Sepatutnya orang dapat course ni sebab orang kan suka main komputer. Sejak bila pulak Ika minat komputer ni? Haha." =..=

3. Dia suka makan tomato. Kalau beli lauk pastu terjumpa tomato dalam tu, sedekahlah kat dia. Haha.

4. Dia suka layan lagu2 Taylor Swift. Aku pun sekarang dah belajar dengan dia layan lagu akak Taylor tu. The latest one dia bagitau aku, lagu Begin Again. Sekali dengar terus tangkap cintan! Kalau dalam bilik tu memang dia suka pasang lagu. Kalau dia tak pasang lagu, aku akan rasa pelik then aku tanya dia "Ema kenapa tak pasang lagu?". Dan lepas tu dia akan pasang. Haha.

5. Ema selalu faham perasaan aku. Serius. Tak perlu pun aku bagitahu dia apa yang aku rasa, she already knows. Then kalau dia nampak aku meroyan kat fesbuk dengan twitter pasal something yang buat aku sedih, dia akan tanya kenapa. Faham sangat aku susah nak buka mulut, dia takkan paksa. Then dia akan suruh aku tengok cerita2 kelakar. Contoh hari tu, dia cakap "Masa2 sedih ni, pergilah layan cerita kelakar. Jozan ke..." . See? Dengan cara tu je, dia dah boleh buat aku happy balik. Walaupun tak boleh mintak aku cerita apa yang buatkan aku sedih, dia pilih untuk buatkan aku happy.

Dan Ema selalu cakap ni kat aku...

"Ika ni clumsy lah!"

"Ika kalau ngadap laptop mesti wajib peluk botol susu sambil pegang dahi macam orang putus cinta."

"Tengok oreo, teringat orang tu..."

"Ika kalau selimut mesti selubung satu badan. Orang masuk bilik terkejut tengok, ingatkan ada hantu bungkus atas katil."

Trademark dia -- "Segan banggg?"

"Ika suka mandi lama jadi biar orang mandi dulu."

Sekarang Ema kat UiTM Kedah. Walaupun setahun je kitorang sama2, persahabatan kitorang masih kekal sampai sekarang. Kekadang tu saja buka fesbuk atau twitter sebab nak carik Ema. Percaya atau tak, aku jarang sangat3 SMS dia. Tapi kalau berfesbuking sama2, ada laa kerja gila yang kitorang buat. Bak kata Atin sepuku aku tu, "Tiap kali buka fesbuk, mesti ada diorang berdua ni duk merapu. Main benda pelik2 je.". Well, itulah kami. :D Jauh, tapi sentiasa dekat di hati.

Aku takkan pernah lupa ni...

Tengah2 malam hampir setiap malam, aku dengan dia akan sama2 lapar. Megi laa kerja kitorang. Hehe.

Kat depan kolej ada orang jual burger dengan nasi lemak. Nasi lemak selalu je cepat habis. Jadi sebelum maghrib lagi kitorang dah turun beli nasi lemak takut tak sempat.

Blok kitorang bertentang dengan blok siswa. Bilik pulak tingkat 3, boleh nampak jelas bilik siswa tingkat 2. Aku dengan Ema selalu je skodeng papa *ohmaii... jangan tiru aksi ini!*. Papa tu siapa? Ahaa... papa tu budak asasi law. Hensem tau? Kitorang bukan minat sangat kat dia tapi saja je buat dia jadi bahan hiburan. Kekadang tu menggedik dari jauh "Ika, papa... papa!". Aku pun sama "Ema, tadi orang jumpa papa! Still dengan sweater koko dia. Hensem!".*teruk perangai anak dara ni*. :P

"Ika tak nak makan aiskrim ke?" "Nak!" "Jom gi Petronas depan tu." "Jom!" Lalu kami berdua pun keluar dari kolej pergi Petronas kat depan tu sebab nak beli aiskrim. Ohh, dan juga oreo. Walaupun dah dekat pukul 11 malam, sanggup!

Ema selalu acting macam dia tu husband aku. Kekadang tu menggila dengan dia, aku nak gi kelas pun dia cakap nak hantar sampai depan pintu. "Ika tak nak salam abang ke?" Ngahahahaha. Ema sangatlah senget!

Masa beli nasi lemak atau burger, kitorang selalu intai2 budak2 lelaki gi surau. Hensem kot pakai baju Melayu. ^__^

Ada sorang tu kan... kan... kan... nama dia *teeettttt* tak boleh sebut. Haha. Aku dengan Ema sama2 suka dia. *suka kat sini bukan bermaksud suka betul2 hokeyyy* . Kalau Ema jumpa dia, balik bilik mesti dia bagitahu aku "Ika tadi orang jumpa @^#&$(!" . Aku selalu cakap kat Ema "@^#&$( selalu like status Ema kat fesbuk. Orang punya tak pernah pun. Tak aci!" . Dan Ema akan mengapi-apikan aku lagi dengan berkata "@^#&$( like status orang tiap kali orang update." Lagi sakit hati "@^#&$ komen status orang!" And I was like... what theeeeee? =..=

Ema selalu suggest lagu2 best kat aku. Dia tahu aku kalau dengar lagu, aku pentingkan lirik. Kalau melodi best tapi lirik hampeh, aku tak suka. Tapi kalau melodi tak best dan lirik best, aku minat! Sampai hari tu Ema bagi kat aku satu quote -- 'Happy people enjoy the music, sad people understand the lyric'. Tiap kali aku share lagu kat fesbuk, dia dah tahu dah mesti sebab lirik lagu tu best. Haha. Satu hari tu aku share lagu I Wish by One Direction dengan caption "sadis je lagu ni" then dia tanya "apa yang sadis?" . Aku cakap "lirik dia laa...". Dia pun dengan innocent berkata "Ya ke? Kenapa selama ni orang dengar lagu ni takde rasa apa2 pun? Tak pernah peduli pun dengan lirik asalkan lagu best." Aku kata "Ema memang takde perasaan!" dan dia akan jawab balik "Orang kan happy, mestilah layan muzik je. Ika kan sedih... sebab tu dengar lirik je." Dan dia akan mentertawakan aku. Cis. -______-"

Bila tiba waktu maghrib, aku akan cakap "gelapnya dunia!" dan pergi buka lampu. Ema dah faham sangat dengan trademark tu dan kekadang dia jadikan itu satu joke. Hampeh betul.

Ema tahu aku memang sensitif main pegang2 ni. Bukan apa, sebab aku geli lah! Hahaha. Dia faham dan dia takkan cuba2 nak main peluk2 dengan aku. Ngeeeee. Tapi sedih sebab hari last aku kat kolej, dia cakap "Tak boleh nak peluk...". Tahu tak masa tu aku sedih gila? Sobssss.

Aku pernah hilang bestfriend. Kawan baik yang akhirnya jadi strangers. But Ema, orang takkan lupa Ema. Ingat eh, walau apa pun yang jadi, kita tetap kawan. Sampai mati!

Bila Ema dah jumpa 'someone' yang boleh sayang Ema sampai bila2, let me know him k! Dan ingat, tolong jangan balik dengan 'orang tu' semula! Orang tak benarkan! Kalau dia contact Ema lagi, nyanyi lagu Taylor Swift 'We Are Never Ever Getting Back Together' k? *kehkeh. Gurau je. Kalau dah jodoh nak buat cemana kan?*

Bila Ema nak kahwin nanti, bagitahu orang! Kalau orang masa tu kat oversea pun, orang sanggup fly balik demi Ema! >___<

Hope kita boleh jumpa balik satu hari nanti. Sooner or later!

Tengok Johny English Reborn kat East Cost Mall!

Pagi sebelum final exam first sem!

Campus day out at Pantai Teluk Cempedak. See baju sama? Warna je lain.

KFC East Cost Mall!

Mula2 tak perasan, tapi bila masuk kelas ramai tegur baju kita ni hampir sama coraknya. Kekeke.

>> True friend doesn't let you do stupid things... alone. <<

Sayang Ema ketat2! *ambik tisu lap air mata*

~end


Tuesday, November 13, 2012

- Cerpen : Tentang Kita (intro) -

Demi mengelakkan perasaan MALAS untuk sambung cerpen ni, jadi saya tepek dulu kat sini untuk tatapan kawang2 sume. Jemput baca dulu eh. :)

~~~~~~~~~~

-versi masih belum diedit!-


BAGAIMANA harus aku gambarkan perasaan yang merajai hati ketika menjejakkan kaki ke tanah air tercinta setelah bertahun-tahun menjadi si perantau? Indah. Sayu. Rindu... dan bermacam-macam jenis perasaan lagi, semuanya bagai bersatu dalam hatiku. Lima tahun lebih aku meninggalkan bumi Malaysia dan kini aku pulang semula demi meneruskan hidup. Hidup yang pastinya lebih mencabar kerana ada tanggungjawab baru yang bakal menantiku tak lama lagi.
            Nun jauh di tengah-tengah bangku ruangan menunggu, ayah, ibu, angah dan adik sudah sedia menanti. Aku mempercepat langkahku. Pandangan ayah dan ibu kini terhala ke wajahku. Aku hulurkan senyuman bersama lambaian tangan. Mungkin mereka susah untuk mengecam wajahku memandangkan masa yang berlalu juga telah mengubah cara aku berpakaian. Lebih feminin mungkin?
            Sebaik saja langkah kakiku terhenti di depan ayah dan ibu, aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan kedua-duanya. Kupeluk ibu yang kelihatan masih tercengang-cengang.
            “Ibu... ibu tak gembira ke anak ibu dah balik ni?” tanyaku dengan nada mengusik.
            Barulah aku merasakan tangan ibu melingkar di tubuhku. “Ya Allah... Fiya! Lain benar ibu tengok kamu. Hampir-hampir tak cam tadi,” kata ibu lantas menepuk-nepuk bahuku.
            Aku tertawa kecil. Pipi ibu kucium, melepaskan rasa rindu yang membukit untuk orang tuaku itu. Pelukan kuleraikan.
            “Ayah...” panggilku sambil memandang ayah. Dia tersenyum memandangku. Lembut tangannya mengusap kepalaku. Masih tak berubah seperti dulu. Sayu terasa sang hati.
            “Kak long!”
            Aku menoleh ke arah angah dan adik. Kedua-dua adikku itu tersenyum riang memandangku. “Tak nak peluk kak long ke?” tanyaku mengusik. Serentak itu juga kedua-dua mereka berebut-rebut mendapatkanku. Aku tersenyum dalam sebak. Adik-adikku sudah besar sekarang. Jauh bezanya ketika aku meninggalkan mereka dulu. Rindunya aku dengan mereka semua...
            “Fiya sihat? Ada sakit-sakit tak? Okey perjalanan tadi? Jauh tu...” Ibu bertanya risau.
            “Okey, bu. Tak ada apa-apa yang buruk pun. Ibu jangan risau k...” kataku sambil memeluk bahu ibu.
            “Kak long ada bawak balik hadiah untuk adik tak?” Adikku yang bongsu itu tiba-tiba mencelah.
            “Hadiah?” Aku pura-pura terkejut. “Alaa... lupalah, dik. Sorry...”
            “Kak long memang tau! Tak nak kawan,” rajuknya.
            Aku tergelak. “Ni sejak bila pandai merajuk ni ha?” Pipinya yang agak tembam itu kucubit geram. Memang setiap kali berhubung melalui skype, dia asyik mengingatkanku tentang hadiah untuknya. Mustahil untuk aku lupa. Sengaja nak menyakat dia sebenarnya.
            “Mestilah kak long beli hadiah untuk adik-adik kak long,” ujarku kemudian, memujuk. Lebar sengihan di wajah angah dan adik.
            “Dah, dah... jom kita balik dulu. Esok-esok baru cerita pasal hadiah,” celah ayah tiba-tiba.
            “Betul tu. Ibu pun dah masak banyak tadi, semuanya untuk Fiya tau,” tambah ibu pula.
            “Ya ke? Waahhh... mesti best ni! Rindu nak makan masakan ibu,” ujarku manja.
            “Ibu tahu...” sahut ibu sambil tersenyum.
            Dalam perjalanan pulang, riuh kereta dengan cerita-cerita kami tiga beradik. Sempat juga aku perhatikan sekeliling. Sudah banyak perubahan yang berlaku. Lima tahun. Mungkin kedengaran sekejap bagi sesetengah orang, tapi itu sudah cukup lama untuk mengubah Kuala Lumpur menjadi lebih maju. Pun begitu, lima tahun juga masih belum cukup untuk aku menghapuskan perasaan yang sejak sekian lama merantai hati. Mana tidaknya, sekian lama ‘melarikan’ diri, hanya nama dia yang tetap terukir di hatiku.
            Kata ibu, aku pergi ke sana kerana ingin merawat hati yang luka. Kerana itulah sepanjang tempoh aku di sana, tak pernah sekali pun aku pulang ke sini. Cuti yang ada aku habiskan dengan melancong ke negara-negara lain bersama rakan-rakanku. Bukan tak rindu, tapi aku sanggup menepis perasaan itu hanya kerana hati aku belum cukup kuat untuk berdepan dengan kenyataan yang telah aku lalui.
            Entah bagaimana keadaan dia sekarang? Sihatkah dia? Bahagiakah dia? Paling penting, masih ingatkah dia tentang diriku ini? Atau namaku sudah terpadam terus dari kamus hidupnya? Ahh... peritnya menanggung rindu pada seseorang yang telah lama menghuni hatiku ini.
            Dua bulan lagi, majlis pernikahanku akan berlangsung. Aku bersetuju saja ketika ibu mengkhabarkan berita ada seseorang datang menghulur lamaran. Aku sudah beristikharah dan aku yakin memang itu yang terbaik untuk aku. Lagipun, bukankah restu orang tua itu yang penting? Walaupun aku mengenali bakal suamiku itu hanya pada nama, tapi kalau dah memang dia jodohku, aku yakin Allah akan meniupkan perasaan itu dalam hatiku juga nanti.
            Sampai di rumah, tiada lain yang kulakukan selain terus menjamu makanan yang terhidang. Rindunya aku dengan air tangan ibu. Usai makan, aku terus bawa masuk semua begku ke dalam bilik. Sambil duduk di birai katil dan memerhati sekeliling bilik yang telah lama aku tinggalkan, aku tiba-tiba teringatkan sesuatu. Lalu aku bingkas menghampiri almari.
            Aku yakin almariku ini tak berusik kerana itulah keadaan di dalamnya masih lagi sama seperti dulu. Perlahan-lahan aku menyelongkar baju-baju yang terlipat di bahagian bawah dan akhirnya menemukan aku pada sebuah buku berkulit tebal. Diari.
            Diari itu aku keluarkan. Kusapu habuk yang melekat pada kulitnya. Entah bagaimana harus aku ungkapkan perasaanku kala ini. Segala-galanya terasa memberat di jiwa. Kolam mataku basah tidak semena-mena. Perlahan helaian pertama diari itu aku selak.
            Masih seperti dulu. Kisah yang tercatat di dalamnya takkan pernah berubah walau bagaimana pun aku berharap ia akan terjadi. Kenangan yang tercipta bertahun-tahun dulu bagaikan tertayang semula di depan mataku. Setitis air mataku gugur juga untuk ke sekian kalinya...

~~~~~~~~~~


Assignment dah berlipat kali ganda bertambah2, test dan presentation pun dah makin memberatkan otak. Tapi daku akan cuba jugok sambung nanti. Terima kasih sebab sudi baca! *kalau ada la yang baca kan. :P *


~to be continued~


Sunday, October 28, 2012

- That Feeling... -

Assalamualaikum...

26 Oktober 2012, malam hari raya Aidiladha tu aku dan family sebelah mak pegi dinner kat Primula Hotel. Tak tahu macam mana nak describe perasaan masa tu. Bila kita dapat bawak family makan kat satu tempat yang boleh dikatakan mahal jugak dengan duit kita sendiri (yes, I used my own money) ... boleh tak ceritakan macam mana perasaan tu? Untuk orang yang banyak duit, dah bekerjaya dan ada gaji tetap semua tu mungkin tak bermakna kot sebab dah biasa sangat. Tapi bagi aku... seorang penuntut IPT tahun pertama, berumur 19 tahun dapat bawak family makan kat hotel 4 bintang, aku rasa macam Allah dah bagi banyak sangat untuk aku. Tak terucap rasanya ucapan syukur tu...

Satu benda aku belajar, janganlah banyak sangat meminta2 dan harapkan semua benda yang kita nak kita akan dapat sampaikan kita lupa apa yang Allah dah bagi selama ni kat kita. Aku tak kata aku ni baik, but I've learned something sejak tu. Dan sekarang aku rasa macam dah tak tahu nak mintak apa lagi, rasa malu pun ya jugak sebab dah mintak banyak sangat. Apa2 pun, syukur Alhamdulillah dan terima kasih sangat2 pada pihak yang terlibat *siapa lagi kalau bukan keluarga KN* Hiksss~

Teringat 'that feeling' masa family members yang seramai hampir 60 orang tu ucap "thank you" beramai2 sebelum balik. Rasa nak nangis terjun laut kat tepi hotel tu je tauuuu.










InsyaAllah kalau takde aral, nanti aku bawak family sebelah ayah pulak. Harap2 semuanya dipermudahkan. Aminnnnn. :)

psssttt... apa pun yang kita dapat, kita kena bersyukur. Baru berkat. :)

~end


Friday, October 5, 2012

- Cerpen : Tersesat Menuju Hatimu (intro) -


Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan kulepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya...

SEKEPING kertas yang masih dalam genggaman, aku letakkan perlahan-lahan di atas katil. Pandanganku kini terarah ke segenap sudut ruang kamar ini, kamar yang telah menjadi saksi cintaku bersama Fakhrul. Dan kini, kamar ini juga yang bakal menjadi saksi perpisahan dua hati yang saling mencintai. Perlahan, langkah kaki kuatur menghampiri pintu bilik. Beg yang terletak di tepi pintu itu aku bawa keluar bersama. Bagai ternampak-nampak setiap adegan yang pernah aku lalui bersama Fakhrul di segenap sudut rumah ini. Setiap gelak tawa, gurau senda dan suka duka kehidupan kami bersama.
          Aku menunduk menahan tangis. Kolam mataku basah tiba-tiba. Ternyata, aku gagal lagi dalam membendung perasaan sendiri. Mana mungkin aku mampu melupakan semuanya begitu saja? Aku tahu semua itu sukar. Teramat sukar bagiku. Tetapi apa lagi pilihan yang aku ada? Aku sudah tidak mampu lagi untuk terus bertahan di sini, mempertahankan mahligai yang boleh roboh bila-bila masa saja.
          Aku memegang dada yang terasa perit. Sekuat hati aku bertahan. Aku tidak mahu menangis lagi. Cukuplah selama ini aku menjadi teman setia sang air mata. Mulai saat ini, aku harus belajar untuk hidup tanpa dia di sisi. Langkah kuatur perlahan ke arah pintu rumah. Perlahan aku menguak daun pintu. Sebelum berpaling keluar, sempat aku menoleh sekali lagi, memerhati setiap sudut ruang dalam rumah itu. Seolah-olah mengharapkan dinding putih yang kaku itu akan menghalang langkah kakiku. Tersenyum pedih dengan kebodohan sendiri, aku akhirnya menguatkan hati untuk melangkah keluar.
          ‘Ya Allah... redailah pemergiaanku ini. Maafkan aku kerana terpaksa meninggalkan dia. Ini bukan pintaku... tapi aku tiada pilihan lain lagi...’


“DIA tahu?”
          Soalan Munirah itu aku jawab dengan gelengan lemah. Terdengar Munirah mengeluh. Sebelah tangannya mencekak pinggang sambil merenung wajahku.
          “Kau tahu tak apa kau buat ni? Kau sedar tak, Sha?”
          Aku angguk pula. Namun kepalaku masih lagi tunduk, tidak berani menentang renungannya.
          “Tapi dia tu suami kau! Kau sedar tak dosa seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami?” Suara Munirah naik tinggi.
          Aku mengangkat muka. “Habis kau nak aku buat apa, Mun? Terus tinggal kat situ macam tunggul kayu?” Wajah Munirah kurenung dengan pandangan kabur. “Malam ni...” Suaraku tersekat-sekat. “Malam ni... dia akan nikah dengan Yurul. Atau mungkin aku patut kata... dia orang berdua dah pun sah jadi suami isteri?”
          Tiada jawapan daripadanya. Munirah melabuhkan duduk di depanku. Kalau tadi wajahnya tegang, kini wajah itu berubah redup, penuh dengan simpati. Dia menarikku ke dalam pelukannya. Air mata yang tadinya aku tahan, kini sudah tak terbendung lagi. Sepuas-puasnya aku menangis di bahunya.
          “Nangislah, Sha... aku ada kat sini untuk kau...”
          Esakanku makin kuat. Betapa peritnya menghadapi kenyataan suami yang aku cintai sepenuh hati sudah pun melafazkan kabul untuk mengikat gadis lain menjadi suri dalam hidupnya. Lebih menyakitkan apabila gadis itu adalah pilihan orang tuanya sendiri. Sedangkan aku? Aku ini isterinya. Isteri... yang tak pernah diiktiraf.
          Munirah meleraikan pelukan. Jemarinya menyapu air mata yang masih berlinangan di pipiku. “Buat masa ni, kau duduklah sini dulu. Lagipun aku duduk sorang aje lepas kau pindah dulu. Bilik kau dulu tu masih tetap akan jadi bilik kau.”
          Aku menunduk terharu. Betapa Munirah tetap sahabat terbaikku dunia akhirat. “Thanks, Mun. Aku tak tahu macam mana nak balas budi baik kau...” ucapku sebak.
          Munirah menggeleng kecil. Ada senyuman di bibirnya. “Dah, sekarang aku nak kau pergi masuk bilik, rehat. Tidur cukup-cukup, jangan fikir apa-apa lagi. Okey?”
          Aku mengangguk. Munirah kemudiannya bangun meninggalkanku di situ. Aku menoleh ke arah beg pakaianku yang terletak di tepi sofa. Fikiranku melayang mengingati Fakhrul. Apa yang sedang dilakukan sekarang? Risaukah dia dengan kehilanganku? Atau adakah dia sudah tidak peduli lagi tentang aku?
          Aku bangkit mencapai beg lalu masuk ke bilik yang sudah lama aku tinggalkan. Di atas katil, aku rebahkan badan yang terasa penat. Penat menangisi apa yang telah terjadi. Tanganku mencapai telefon bimbit dari dalam beg tangan. Telefon bimbit itu aku hidupkan setelah berjam-jam membiarkan ia mati. Serentak itu juga bertalu-talu SMS masuk ke telefon bimbitku. Berpuluh-puluh panggilan tidak dijawab. Semuanya daripada Fakhrul. Melihat namanya di skrin, air mataku tumpah lagi. Ya Allah... beratnya dugaan-Mu ini.

-Sayang... kenapa off phone? Tolonglah jawab call abang, I need you.

-Tolong jangan hukum abang macam ni. Percayalah, kalau boleh abang tak nak buat semua ni. Abang terpaksa. Please, Raisha sayang...

-Abang nak jumpa Sha tapi mama tak bagi abang keluar sampai malam ni. So please, answer my phone call.

-Malam nanti lepas dah settle semua abang janji akan balik sana. Tunggu abang.

-Sayang... where are you? Kenapa tak ada kat rumah? Sha pergi mana?

-Raisha... kenapa pergi tinggalkan abang macam ni? Tolonglah balik, sayang...

         Sungguh aku tak sanggup untuk membaca mesej-mesej yang seterusnya. Lantas laju jemariku memadam semuanya. Aku tak mahu dengar rayuannya, aku tak mahu ambil tahu lagi tentang dirinya. Semua itu akan membuatkan aku rasa tambah berdosa.
Teringat kenangan lalu. Ketika pertama kali aku bertemunya. Kami berkenalan dan bercinta dan akhirnya dia melamarku untuk menjadi suri hidupnya. Kedua-dua orang tuaku merestui perkahwinan kami tapi sebaliknya yang berlaku dalam keluarga Fakhrul. Mamanya menolak diriku mentah-mentah. Aku tak tahu kenapa. Oleh sebab itu, ibu dan ayahku memutuskan aku tidak boleh mengahwini Fakhrul selagi kami tak mendapat restu daripada mamanya. Bukan aku tak berusaha untuk melembutkan hati Puan Rokiah, tapi semuanya tetap gagal.
Lalu Fakhrul mengusulkan cadangan untuk kami bernikah di luar pengetahuan Puan Rokiah. Pada waktu itu, aku buta dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk. Walau ibu dan ayahku membantah keras, aku tetap berdegil dengan keputusanku. Kerana keputusan itulah, aku nekad meninggalkan rumah ibu dan ayahku untuk mengikut Fakhrul tinggal di Kuala Lumpur. Aku tak endahkan rayuan dan tangisan ibu dan ayahku. Yang aku tahu, aku ingin hidup bersama Fakhrul, lelaki yang aku cintai sepenuh hatiku.
Memang kami bahagia. Fakhrul seorang suami yang sempurna untukku, tapi dia sering kalah apabila melibatkan mamanya. Pada awalnya aku faham apabila dia selalu melebihkan mamanya dalam setiap hal kerana aku sedar, mamanya sudah tidak punya siapa-siapa lagi di dunia ini selain dirinya. Tapi keadaan itu semakin lama semakin memburuk hingga ada kalanya aku merasakan, diriku ini tak bermakna apa-apa di mata Fakhrul. Pernah sekali, dia tidak datang menjengukku hampir sebulan. Alasannya, mamanya tak mengizinkannya keluar rumah dan pulang lewat malam lagi.
Tak lama selepas itu, dia datang padaku dengan satu berita yang telah menghancur-lumatkan sekeping hatiku ini. Puan Rokiah meminta dia menikahi Yurul, gadis yang sudah mendapat tempat di hati Puan Rokiah sedari dulu lagi. Bukan permintaan itu yang melukakan aku, sebaliknya persetujuan yang diberikan Fakhrul telah menoreh luka yang sangat dalam di hatiku. Betapa tegarnya dia memperlakukan aku begitu. Daripada mengakui bahawa dia sudah punya aku sebagai isterinya, dia lebih memilih untuk menuruti permintaan mamanya.
Sejak itu aku mula terfikir hala tuju hubungan yang kami bina ini. mungkinkah air mata yang menjadi teman setiaku sehari-hari ini kerana aku sudah menderhaka kepada ibu dan ayahku? Sejak itu juga, rasa rindu yang selama ini aku tanam dalam hati kembali membuak-buak. Benar, aku rindu ibu dan ayahku. Tapi aku belum punya kekuatan untuk berdepan dengan mereka lagi. Jika aku pulang, masih mahukah mereka memaafkanku dan menerima aku semula?
Puas aku berfikir, akhirnya ini keputusan yang aku ambil. Aku mahu pulang ke kampung, kembali meraih kasih ibu dan ayahku. Kalau perlu merayu, aku sanggup asalkan mereka sudi mengampunkan aku. Biarlah semua tentang Fakhrul aku noktahkan di sini. Aku nekad, tidak akan pernah kembali lagi padanya. Aku sedar betapa berdosanya aku kerana melukai suamiku sendiri, tapi aku tak punya pilihan lain lagi.

#-#-#-#-#


Ada ke yang baca? Kalau ada, mekasih banyak2. Actually tak sempat nak sambung cerpen ni disebabkan kekangan masa dan jugak kerosakan mood yang berlaku sejak 2 menjak ni. Tapi demi mengelakkan blog ni sunyi dan berhabuk, aku tampallah jugak hasil karya pendek ni. Sambungannya insyaAllah akan ada. Ya Allah, tolonglah bagi hamba-Mu ini kekuatan semangat. Aminnnnnn.


~to be continued~

Friday, September 28, 2012

- Update! -

Assalamualaikum...

First of all, nak mintak maaf sebab n3 untuk KKB minggu ni belum update. Bukan tak nak update tapi tak sempat. Aku dah mula rasa tekanan yang maha hebat... dah tak tahu nak cakap camana. Sikit lagi nak meraung cakap kat mak nak balik kampung. Hohooo.

So far, kehidupan kat UiTM Puncak Perdana ni okeylah. Tapi sampai sekarang aku masih lagi dalam proses untuk sesuaikan diri dengan suasana kat sini. Yelaa, semuanya baru kan. Kawasan baru, persekitaran baru, subjek nak belajar baru, bidang yang aku masuk ni pun baru sangat bagi aku, lecturers baru dan yang paling penting... kawan2 baru. Satu nak cakap, syukur alhamudulillah housemates/roommates aku semuanya baik2, kekadang tu setengah gak. Pendek kata, semuanya boleh masuk. Aku sangat2 bersyukur untuk tu. :-)

Kampus ni walaupun kecik, tapi bagi aku besar kalau compare dengan kampus Kuantan dulu. Jadi aku tak kisah dapat kat sini. Malah tersangat bersyukur sebab takyah jalan jauh2 semata2 nak gi kelas. Dua langkah je dah sampai. Haha. Aktiviti2 kat sini boleh tahan la banyak. Boleh dikatakan semua aku join. Tetiba rasa macam lawak lak. Nampak sangat ke desperate kupon? Kahkah. Takde la, pegi ikhlas sebab aku memang betul2 nak join aktiviti tu. Daripada melepak dalam rumah tak buat pape, baiklah turun mengaktifkan diri. Sambil2 tu boleh cuci mata. Hek ermmmm! :P

Baru2 ni ada jamuan raya. Actually dia ada nama khas untuk program tu tapi aku dah lupa apa nama dia. Jadi aku panggil jamuan raya je la walaupun diorang tak buat masa bulan Syawal. Agaknya masa Syawal tak sempat, jadi beberapa hari lepas Syawal baru diorang buat. Budak2 part 1 kena buat persembahan. Biasalah, junior kan. Hehe. Tapi bab tu aku awal2 lagi dah tarik diri. Nak tengok aku menyanyi sambil menari atas pentas? In your dream. Haha.

Aku nak share gambar kawan2 yang diambil masa malam tu. Sebelum tu nak cakap, gambar ni aku curi kat fesbuk kawan aku Pija. Hehe.


Dari kiri, Mun, Sab, Mai dan Zana.
Nurul dan Su.
Ni Pija. Special sikit sebab aku bagi gambar dia dengan aku. Haha.

Biar aku perkenalkan kawan2 aku ni. Mun yang kecik molek tu dia suka duk kat tepi tingkap sambil nyanyi lagu jiwang sorang2. Sabrina yang sama saiz dengan Mun tu dia suka cakap laju2 dengan loghat utara dia yang pekat likat. Mai tu sebaya dengan aku, sambung dari matrikulasi. Zana pulak aku suka dengar dia gelak. Bila dengar dia gelak, dengan aku sekali rasa nak gelak. Nurul tu suka bermekap cantik2, Su pulak dengan trademark dia hari2 "nak balikkk!!!" . Pija selalu buat lawak dan aku suka dengan lawak dia. Hehehe.

Doa aku, biarlah aku dan kawan2 aku ni terus kuat hadapi apa saja dugaan sebagai seorang mahasiswi sampai ke semester terakhir nanti. Aminnnnn. :-)

Zone busy dah mula menampakkan diri. Jadi mungkin aku akan bertapa luar dunia maya lagi lama lepas ni. Maaf sangat2 kalau tak sempat update KKB tu ye. Kalau dah kepala otak serabut, terus terang cakap aku memang tak mampu nak taip walau satu ayat sekalipun.

K jumpa lagi next time. Dadaaaa. Assalamualaikum. :-)


.....
> 28 September 2012, 11.27 PM <

~end


Saturday, September 8, 2012

- New Life... -

Assalamualaikum...


Seperti yang tertayang dalam gambar di atas, ye sekarang ni aku kat UiTM Puncak Perdana. Honestly, aku pun tak tahu macam mana aku boleh tercampak kat atas puncak tu. *bunyi macam tinggi sangat je tempat tu*. Tapi kalau aku cerita kat kawan2 semua mesti kawan2 semua tak percaya. Ye laa, mula2 asasi TESL, lepas tu dapat kat lain, tetiba pegi daftar kat lain pulak. Tak ke boleh mendatangkan kecurigaan mereka2 yang terdekat tu?

Tak faham apa aku merapu? Tak payah faham sebab aku pun kurang faham sebenarnya. Tapi, yang berlalu biarkan berlalu. Yang penting sekarang, aku nak usaha jadi orang baru. Orang baru sebagai diri sendiri, bukan sebagai novelis. *novelis la sangat!*

Hokeyyyy... Nanti ada masa aku update KKB. Babaiiii. :D

Ayumi,
8 Sept 2012, 3.30 PM

~end


Tuesday, August 28, 2012

- Biar Cinta Bertaburan : Emeer & Ayesha -

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak buat review novel. Novel ni sebenarnya dah tamat baca masa malam raya hari tu lagi tapi belum sempat nak buat review kat sini. Now the time has come, jom kita men-review-kan novel ini.



Biar Cinta Bertaburan karya Yusnida Tajudin, *atau lebih mesra dipanggil Kak Yus* terbitan Kaki Novel, Ogos 2012. Malas nak tulis sinopsis jadi aku bagi ringkasan cerita aje. BCB ni mengisahkan kehidupan seorang perempuan bernama Ayesha Sorfina yang kecil molek, satu hari telah memulakan kerja sebagai PA seorang lelaki yang tegas, panas baran *mula2 aje laa* tapi sangatlah romantik dan penyayang. *nak tahu apa maksud romantik dan penyayang? sila rujuk kamus dewan anda* . Nama lelaki tu, Emeer Zafran. Di sebalik perwatakan Ayesha yang ramah dan riang, dia sebenarnya ada satu prinsip hidup yang susah orang lain nak faham. Tapi aku faham, Kak Yus cakap, walau macam mana sayang pun kita kat seseorang tu tapi kalau dia dah berpunya *maksudnya dah kahwin* , janganlah cuba2 nak jalinkan hubungan dengan dia. Tak baik tau bina mahligai bahagia atas tangisan orang lain. Huhu.

Jadi bila Ayesha tahu Emeer ni tunangan orang, dia pun mula sedar kat mana bumi dia berpijak. Dia bukan siapa2, tak mungkin Emeer akan pilih dia kalau dibandingkan dengan Cik Lyana Arissa yang cun melecun kebabommm tu kan. Tapi dia silap. Rupa2 nya, Emeer cintakan dia lebih daripada segalanya. Ayesha cuba larikan diri daripada Emeer tapi dia tak mampu. Dan akhirnya....... *tutttttt*

Aku tahu, mesti ramai readers yang akan fikir cam... "what the hello is this?" . Sabar2... ada reason tau kenapa Emeer dan Ayesha terlanjur sebelum masanya. Aku tahu, Kak Yus cuma nak readers selami perasaan Ayesha, kekuatan kasih sayang antara dia dan Emeer. Setiap orang yang dah buat silap tu masih berhak diberi pengampunan kan? Daripada situ kita nampak betapa Emeer ni sanggup bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat kat Ayesha. Dan Ayesha pulak, tak disisihkan oleh ahli keluarga walaupun dah buat silap besar dalam hidup. Masih disayangi dan masih dihargai. Buka jalan untuk dia bertaubat, bukan makin buatkan hidup dia makin susah dan terus sesat. Itu la yang sepatutnya kan?

Akhirnya, Emeer dan Ayesha diijabkabulkan. Fulamakkkkkk. Emeer laa antara hero yang the super romantikus de amour la yang aku pernah baca. Adeh. Tak caya? Sila kan baca sendiri. Tak tahu la Kak Yus bayangkan siapa masa dia duk describe karakter si Emeer tu kennnn? Hihihi. *gelak sopan* . Jujur aku cakap, bila dah baca sampai ke akhir, aku macam dah lupa terus apa yang jadi sebelum diorang kahwin sebab alam rumah tangga yang Kak Yus gambarkan dalam tu sangat la indah. Touching giler3.

Apa jadi lagi lepas tu? Yang tu, korang kena baca sendiri. Hehe.

Garapan Kak Yus terbaik, membuai2 perasaan der. Konflik pun tak banyak, sesuai sangat untuk bacaan santai. Tapi kan, sepupu aku cakap BCB tak sesuai dibaca oleh budak bawah umur. Oppssss! Ya ke? Thi hi hi. Nak tau sesuai ke tak, kena dapatkan dulu, baca, dan nilai dengan mata hati.

Untuk Kak Yus, tahniah!!! U did a very great job. Dalam BCB tu ada macam2 perencah. Cinta, kasih, sayang, air mata, ketawa dan yang paling penting macam yang Kak Yus pernah pesan, ada ILMU kat situ. Itulah 'saham' kita di SANA nanti. :')

Kata2 hikmat oleh Ayumi ---> Biar cinta bertaburan, biar rindu berguguran, biar kasih bertempiaran. :P

# 29 Ogos 2012, 12.57 PM #

~end


Friday, August 24, 2012

- Raya 2012 -

Assalamualaikum...

Hello everybody! How's your raya? Does everything go well? Eh eh, tak nak speaking bagai la kan. Yelaa, kita bukan lagi student TESL atau orang panggil TESLian kan? Kita hanyalah student kursus biasa2 aje, takde hebat macam orang lain pun. Sebenarnya aku bukan nak cakap pasal student TESL ke tak TESL. Aku cuma nak bercerita pasal raya aku tahun ni! Hehe.

Raya tahun ni? Okey la. Nak kata meriah takde la meriah sangat. Mood raya pun tak berapa nak ada sebenarnya. Masa orang duk kecoh ucap selamat hari raya, pasang lagu raya sana sini, aku terbaring atas sofa dengan selubung dalam selimut. Cik Ema cakap, aku kalau selubung selimut terus satu badan tak nampak apa. Macam rupa hantu bungkus pun ada. Apakah? -,-

Aku demam dekat seminggu, lepas pergi jumpa doktor baru sihat balik. Virus demam pun ngengade nak jumpa doktor bagai. Hampeh je. 2 hari sebelum raya baru start kemas rumah. Tugas aku? Ringan je kot. Almaklum la, orang demam. *alasan semata :P*.  Malam raya baru tengok baju raya nak pakai esok. Tengok baju raya, baru la rasa excited sikit. Kalau dak, muka basi je. Huhu.

Tahun ni aku dapat dalam 6 keping kad raya. Dah lama tak dapat, last dulu masa sekolah rendah. Hehe. Terima kasih banyak2 bagi yang hantar kad raya. Paling special kad raya daripada Kak Aziela. Tenkiu kak sebab bagi kad raya kat shayeeee! :')

Pagi raya, biasalah satu keluarga dan sedara mara berkumpul, bersalam salaman, bermaaf maafan, bergambar gambaran.


Lepas tu aku dengan family aku pergi beraya rumah sedara mara sebelah ayah. Atuk nenek dua2 belah dah takde, jadi kita beraya rumah mak cik dan pak cik aje la. Duit raya? Opkos la dapat. Titew tecik lagi tauuuuu. :P
Dalam family aku, bagi sesapa yang belum kerja, masih qualified untuk dapat duit raya. Dan untuk student aipiti macam hakak ni kan hadik2, wajiblah dapat lebih sikit. Ehek~ Balik rumah dah zuhur dah. Rest kejap, solat lepas tu panjat katil!

Raya ke2 pun lebih kurang. Tapi biasanya tahun2 sudah tiap raya ke2 kitorang akan balik Marang, ziarah keluarga besar sebelah ayah. Tapi tahun ni tak balik sana, tak tahu kenapa. Jadi kita beraya sekitar KT aje la. Ada open house rumah tok sedara, pastu balik rumah tunggu orang datang beraya. Oh ya! Lupa nak cerita. Tiap kali orang datang rumah, I mean sedara mara la kan, mak aku wajib cerita pasal aku yang dah jadi novelis ni. Heh. Aku pulak? Kalau boleh nak aje nyorok kat dapur tak nak kuar2. Boleh pulak masa raya ke2 tu kan, aku tengah syok2 tidur dalam bilik tetiba mak aku kejutkan, dia cakap sepupu aku yang aku panggil Kak Win nak beli KPH dan nak sign aku sekali. *Oh ye, memang ada lagi stok KPH kat rumah sebab mak tak kasi jual dah. Dia nak jual kat sedara mara but now dah licin*. Aku pun dengan mamainya turun jugak dari katil. Kalau tak fikir family, jangan harap tau! Basuh muka, siap2 ala kadar, pi la tunjuk muka. Punyalah kecoh diorang tu. Kak Win dengan husband dia siap offer diri nak jadi pelakon kalau KPH diangkat jadi drama atau filem. Erk. Okey takyah nak berangan jauh sangat. Apa aku buat masa tu? Sengih2 senyum2. Tak tahu nak jawab apa. Huhu.

Boleh dikatakan, setiap pak cik mak cik sepupu sepapak yang aku jumpa time raya, semua mak aku buka cerita pasal aku tulis novel ni. Kekadang aku rasa macam... mom, stop it please! Tapi aku fikir positif la, mak aku tu bukannya apa. Dia cuma overexcited je, mesti la bangga dengan anak dia ni kan walaupun KPH tu bukanlah apa sangat. Then aku fikir, sukati la mak, as long as you're happy.

Pendek kata, raya tahun ni memang aku jadi perhatian. Mungkin tu yang membezakan raya tahun ni dengan raya tahun2 lepas. Malam raya ke2 tu jugak, sedara mara dari Kedah dan Shah Alam sampai *disebabkan aku duk kat rumah arwah nenek, jadi diorang semua memang stay kat sini tiap kali balik kampung*. Meriah rumah aku ni tau.

Raya ke3, ada makan2 kat rumah ayah man pagi tu, pastu aku pergi open house kat rumah Cik Athirah. Lama gak aku lepak sana. Sempat jumpa Cik Nana, Encik Sopi, Encik Shamir, Encik Faieez dan Encik Haziq. Dah besar2 dah rupanya kawan2 aku sekarang eh. Paling takleh blah soalan si Shamir tu. Elok aje dia tanya aku "pakwe sihat?". Heh, bukannya dia nak tanya aku sihat ke tak. Aku pun dengan muka tak bersalah tahap kuasa giga jawab je la "sihat...". Tu tak campur2 lagi dengan yang lain2, melawak tak hengat. Penat gelak weh. Hahaha.

Malam tu pulak ada open house kat rumah ayah long, ada bbq! Ni lagi 1 tradisi family kitorang. Raya ke3 wajib berbbq kat rumah ayah long. Syok ooo! Esoknya pulak open house kat rumah Cik De. Sebelah malam pulak makan2 kat rumah ayah yie. Malam tu jugak sedara dari KL sampai, baru nak balik beraya kat sini.

Raya ke5 takde wat apa, duk rumah aje. Raya ke6, open house kat rumah ayah chik. Ayah chik ni ayahanda Cik Atin, sepupu merangkap bestfriend masa kat UiTM Kuantan dulu. :)
Sebelah malam pulak makan2 kat rumah teh mat. A big family right? Seronok dapat berkumpul ramai2 macam ni.

Okey, itu aje la kisah raya aku. Meriah tak meriah, itu aje la seadanya. Hehe. Lepas ni tak tahu sempat ke tak nak update KKB sebab aku tengah busy nak uruskan hal sambung belajar. Bayaran yuran, medical check up *bosan jumpa doktor*, isi borang segala mak nenek, nak apply duit yayasan, ptptn, shopping pun belum tau. Aku daftar kat UiTM 1 September ni. UiTM mana? Biarlah rahsiaaaaaaaaaa. Hehe. :P

~end


Wednesday, August 15, 2012

- Mesej Hari Raya -

Assalamualaikum...

Halooo kawan2. Lagi berapa hari je lagi dah nak habis puasa, kan? Ohh, sedihnya Ramadan dah nak habis. Aku baru aje pasang azam nak tingkatkan amal ibadat untuk puasa tahun ni. Tapi... tapi... tapi... sob4. Dah 4 hari aku demam. Tak boleh nak buat apa, baring aje kerjanya. Sekarang ni nasib baik okey sikit, dapat jugak hadap cheffy ni nak update blog.

Just nak cakap, n3 KKB mungkin tak dapat diupdate lagi dah sebelum raya ni. Bukan apa, aku tak sihat... lepas tu nak tolong mak buat persiapan raya. Rumah satu apa pun tak berkemas lagik. Semalam sempat la jugak buat kuih sikit2, hari ni dah pengsan balik. Huk3. Sedihhh...

Jadi aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri! Mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang ke, sama ada aku kenal atau pun tak, mana la tau ada terasa dengan apa yang aku tulis kat blog atau kat fesbuk or twitter sekalipun. Nak mintak maaf banyak2 tau. *susun 20 jari mohon ampun* . 0-0 eh. :-)
Dan doakan aku moga2 cepat sihat. Aku pun nak raya gak weh. Takkan nak selubung dalam selimut aje kennnn. Huhuhu.


Psssttt.. ingat hari tu nak buat cerpen raya, tapi kalau dah keadaan camni, nak menulis pun kepala otak dah stuck gegila. Wuwuwu. Okey dadaaaa semua!
Salam aidilfitri. :-)

~end


Thursday, August 9, 2012

- Segmen Mia Kaftiya : Kenapa Aku Pilih Bidang Penulisan? -

Assalamualaikum...

Ni 1st time join segmen2 blogging ni. Sebelum ni mana pernah. So, haiii Kak Mia! *lambai2 mesra*. Silakan baca n3 khas ini. Hehehe.

Sebelum ni aku dah pernah cerita dah pasal perjalanan aku jadi seorang penulis. Kalau Kak Mia rajin nak baca, boleh klik n3 ni [Perjalanan Saya Menjadi Seorang Penulis]. N3 tu panjang berjela tau, kalau larat bacalah. Hehe.

Secara ringkasnya, aku mula menulis start dari darjah 6. Tapi masa tu tulis cerita merapu meraban tak tau apa menda. Start berani share karya dengan kengkawang masa form4, masa ni jugak aku hantar cerpen2 kat p2u. Ohh, masa tu agak teruk kena hentam dengan pembaca2 kat p2u. Runtuh jap semangat tapi berkat sokongan kengkawan, aku recover balik sikit demi sikit. Hihi.

Siap manuskrip KAU PEMILIK HATI lepas SPM. Tapi sebenarnya, lepas habis SPM tu aku tak terus taip KPH. Aku ada taip satu cerita, untitled story. Idea yang tetiba melintas lepas tengok drama Putera Katak kat tv3. Kekeke. Tapi cerita tu stuck, tak sampai 100++ pun aku dah stop, seriously rasa sangat entah apa2. So aku pun terus taip KPH. Bila siap, aku tak terus hantar ke penerbit, sebab masa tu aku ragu2 lagi dengan pilihan aku. Honestly cakap, pilihan aku masa tu bukan KN tau. Hehe.

Apa pilihan aku masa tu biarlah terus menjadi rahsia. Aku tak confident dengan diri sendiri and kawan2 pun asyik duk pujuk, duk hasut aku hantar ke KN sebab KN baru nak naik masa tu (masa tu bermaksud tahun lepas ye) . Setelah berfikir2, aku pun buat keputusan hantar KN. Alhamdulillah, manuskrip diterima. :-)

Tak reti nak cerita banyak2 lah. Kisah aku sangat simple. Apa2 pun, harap Kak Mia puas hati baca n3 ni ek. Hehe.

Jadi kenapa aku pilih bidang penulisan? Sebab aku minat. Sebab minat tu jugak, aku harap aku dapat beri something untuk semua orang yang membaca dan aku akan cuba masukkan elemen2 agama dan jugak sedikit ilmu untuk tatapan semua selagi termampu untuk karya2 akan datang, dengan niat atas nama Allah SWT. That's all. :-)


~end


Sunday, August 5, 2012

- DARI TANGAN PENULIS KE MEJA EDITOR -

Assalamualaikum...

Hai kawan2. Pose tak? ;-)

Hari ni aku nak buat satu n3 special untuk adik2, kakak2, abang2 atau sesapa saja yang mungkin teringin nak jadi seorang novelis tapi tak tahu macam mana caranya. Aku bukan novelis, cuma seorang manusia biasa yang menulis kerana minat dan niat atas nama Allah S.W.T.. Tapi tak salah kalau kita berkongsi pengetahuan yang kita ada kan?

Okey, we start with this n3. [Cara Ayumi Menulis]. Korang boleh rujuk n3 ni untuk tengok macam mana cara nak menulis novel. Err... ekceli tu bukan cara yang betul pun. Tu cuma cara aku sendiri. Cara seorang penulis yang bernama -Ayumi Syafiqah- . Kalau tak cuba cara tu silakan aje tapi kalau tak nak pun takpe. Masing2 ada cara tersendiri kan? :-)

Follow these steps :

1. Cerita dah ada, dah penuh satu buku nota dengan contengan draf untuk novel yang nak ditulis tu. Tapi sebelum mula sesuatu manuskrip tu, korang kena setkan dalam kepala nak hantar manuskrip tu ke mana. Ini untuk memudahkan korang. Kalau dari awal lagi korang dah fikir dan tentukan nak hantar ke penerbit mana, senang untuk korang buat survey, pepandailah usaha untuk approach penerbit tu sendiri. Kat sinilah, perasaan malu tu perlu ditepis jauh2. Rajin2 kanlah diri sendiri untuk bertanya kepada uncle google tentang penerbit yang korang minat tu. Tengok dia punya syarat2 penghantaran manuskrip, format2 yang digunakan, genre2 novel yang biasanya diterbitkan. Tak puas hati lagi, jangan malu2 dan segan2 nak tanya novelis yang dah terbitkan novel dengan penerbit yang korang minat tu. Caranya? Alaa, emel ada, fesbuk ada, twitter ada. Orang kata, dunia sekarang ni di hujung jari aje kan?

Ya, aku memang seorang yang pemalu. Tak percaya? Silakan bertanya kepada sesiapa yang mengenali aku. Ehek~ Tapi bila melibatkan hal penulisan novel, aku sanggup tepis segala rasa malu tu demi sebuah impian. Silalah percaya kenyataan ini. Kalau korang dah cuba tanya dengan memana novelis tapi tak dapat respon, jangan putus asa. Fikir positif, mungkin novelis tu busy, dia ada ramai peminat, hari2 ada aje yang emel, pm tanya macam2 sampai kekadang dah tak terlayan. Ingat, jangan putus asa. Teruskan aje bertanya pada novelis lain pulak. Cuba jugak sampai dapat jawapan. Nak lagi senang, apa kata korang tanya terus direct pada penerbit tu. *yang ni aku tak pernah buatlah sebab malu dan segan saling bertindih. heheh* . Malu bertanya sesat jalan right? :-)

2. Dah dapat jawapan tentang semua tu, korang dah boleh start tulis manuskrip. Tulis tu pulak biarlah ikut format yang dah ditetapkan oleh penerbit yang korang dah pilih tu.

Ni contoh,




Hah camnilah lebih kurang. Masa menulis ni laa memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Macam aku dulu, manuskrip pertama aku ambik masa dalam 3 bulan untuk siapkan. Kalau semangat tak kuat, mental tak kuat, memang manuskrip tu takkan siap. Lagi2 penulis baru macam aku ni. Semuanya memerlukan ketahanan mental dan emosi untuk hadapi tekanan luar dan orang2 sekeliling. Kenapa aku cakap tekanan ni? Hanya orang yang dah melaluinya saja yang faham. :-)

3. Berapa page? Itu pun bergantung pada penerbit tu. Macam aku dulu, KPH aku siapkan dalam 408 pages A4.


Macam mana nak capai ke titik noktah? Again, boleh rujuk dalam n3 Cara Ayumi Menulis tu eh. hehe.

4. Okey, manuskrip dah siap lepas tu nak wat apa? Berbalik pada penerbit tu semula. Ada penerbit yang terima softcopy yang dihantar melalui emel aje, ada penerbit cuma terima hardcopy yang dihantar dengan pos. Maksudnya, kena hantar manuskrip yang dah diprint sepenuhnya. Ni bergantung pada penulis sendirilah. Kalau takde printer sendiri, kena keluarkan duit sikitlah untuk print dekat kedai. Aku pun pernah, sampai berhabis dekat 100 jugak untuk satu manuskrip. Tapi takpe, tak kisahkan berkorban sikit demi impian kita ni? hehe.

Lepas dah dihantar, make sure tanya penerbit tu dah terima ke belum manuskrip yang kita hantar tu. Boleh call aje terus ataupun tanya melalui emel. Ada banyak cara sebenarnya, cuma bergantung pada kita aje sama ada nak buat ke tak. Lepas tu, tunggu ajelah sampai penerbit tu call kita sama ada dia terima untuk terbit atau tidak. Kalau dah lebih tiga bulan takde jawapan gak, koranglah yang kena bertindak sendiri. Call penerbit tu, tanya status manuskrip sendiri. Jangan malu sebab tu hak kita. :-)

5. Ada manuskrip diterima, ada yang ditolak. Bagi yang kena tolak, jangan sedih2. Mungkin belum ada rezeki. Boleh hantar kat lain manuskrip tu atau pun buat manuskrip baru. Yang penting, jangan pernah putus asa. Nangis takpe, tapi janganlah berpanjangan.

Bagi yang dah dapat, langkah seterusnya opkoslah tandatangan surat setuju terbit. Perasaan masa ni usah ceritalah. Kalau boleh menjerit satu dunia, memang dah lama menjerit. hihi.

Ni buktinya KPH dulu tajuknya Kau Inderaku. kehkeh. :P

6. Dah tandatangan surat setuju terbit tu, bukan bermakna akan dapat terbit secepatnya. Macam aku dulu, tunggu setahun lebih baru dapat terbit. Masa nilah SABAR memainkan peranan. Adat penulis baru, kena banyak beralah dengan penulis2 lama, lagi2 yang tiptop masuk carta bestseller tiap2 minggu. Sabar ye... sampai masa, akan dapat jugak terbit.

7. Tiba masa untuk terbit, dapatlah tengok cover. Perasaan masa ni, lagilah macam nak berguling2 atas jalan raya. Tapi masa takde keretalah, kang tak pasal2 tak sempat nak peluk novel tu dah arwah dulu. hahaaaa. Lepas tu tiba masa untuk sain royalti. Lepas tu, lepas tu dan lepas tu, pepandailah pomot untuk lariskan jualan buku. Jangan takat bergantung sepenuhnya kepada penerbit ye, ingat tu. *jangan jadi macam aku. hekhek*

8. Okey... itu aje kut yang dapat dikongsi. Harap dengan sikit panduan ni, aku dah dapat tolong uolss semua ya. Mungkin panduan aku ni tak berguna untuk sesetengah penulis sebab sekarang ni ramai penulis e-novel yang dapat tawaran daripada penerbit sendiri untuk terbitkan buku. Bertuah badan kan? Takpe, mungkin aku tak termasuk dalam 'golongan elit' itu. hewhew.

Sekian, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca. Ada salah silap, harap dimaafkanlah ye. Aku pun baru belajar, umur pun belum cukup 19 tahun. Pemikiran tak berapa nak matang lagi jadi tutup mata ajelah kalau ada salah tu ye. Aku share ni untuk kawan2 yang lain jugak. Semoga ada manfaat. Terima kasih. :')

psssttt... kepada yang menunggu giliran untuk manuskrip diterbitkan, I wish u all the best! ;-)

~end


Saturday, August 4, 2012

- Review KPH by Rinsya Chasiani -

Assalamualaikum...

Pertama sekali, nak ucap berbanyak2 terima kasih kepada 2 orang kanda saya yang dah banyak sangat berjasa, Kak Yusnida Tajudin dan Kak Rinsya Chasiani. Kami rapat, jadi tak heran kalau ada orang kata BFF. Rapat cane tu? Rapat dalam erti kata... errr... susah nak explain. Hanya kami ber3 saja yang tahu. keh3.

Pagi ni Kak Rinsya buat review KPH kat group Kami Cinta Novel dan juga Blog E-Novel. Siyes rasa nak berguling2 masuk bawah sofa. Erk. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dah baca novel Kau Pemilik Hati karya Ayumi Syafiqah .. (lama dh smpai ke tngn tapi tak terbaca-baca sbb xda mood nak membaca.)


Overall story, gaya bahasa matang, tak kebudak-budakan wlupun penulis tang budak lagi dari saya. About Zafril & Qarrisa Puteri... Kahwin paksa ni sbb Qarissa yang takmo ADam Zafril tapi Adam kipas susah nak mati Qarissa. Awal-awal tu gaduh je keje. Bukan Adam yg cari gaduh tapi Qarissa yang salu tak puas hati kat Adam. 

Adam Zafril ni nampak beria tapi bila tengok dia ada migrain, nampak mcm hensem pulak laki tu sbb endure dia punya sakit. 


Lepas dorang kawen, ada fitnah daripada ex-boy Qarissa sbb Qarissa ni dolu gila serius sosial suka masuk pub ada ciri-ciri bad girl even x la smpai minum arak or serah tubuh kat lelaki kan, 

masa tu Adam merajuk , kan ke dia syg kat Qarissa sngt-sangat. & Qarissa pun dah mula syg kat suami dia tu... Ada la konflik berat antara dorang , bermain perasaan jugak masa baca . 



Tapi part paling sentap bilamana Adam Zafril balik ke rumah n dlm keadaan migrain, Qarissa nak tolong tapi Adam Zafril berkali-kali cakap "Tak payah!" , lepas tu muntah lagi... n blabla... (masa ni air mata dh meleleh. huhuhu..)



Bila kebenaran terserlah depan mata, takat Adam Zafril pujuk si Qarissa bila Qarissa dh bawak diri tu lawak sakan. mcm takde cara lain. nasib baik je Qarissa penyabo.

n yg best cerita ni semua watak dpt ending yang tingtong... wlupun jahat2 Ikhwan tu, dia dpt jugak kawen ~ hihihi...



Petikan dlm novel :



Zafril : "Sampai bila?"

Qarissa : "Sampai saya betul-betul sedia untuk terima awak. Saya perlukan masa untuk berfikir,"
Zafril : "Ambiklah sebanyak mana masa yang awak nak. Saya akan tunggu..."



(serius gentleman pakwe. hihihi)



scene nak tido dlm bilik pun ada gak rebut2.



Qarissa : " Kan hari-hari Risa tidur dengan abang?"

Zafril : "Bukan tu!"
Qarissa : "Ok tapi dengan satu syarat.. ABang kena tidur dalam bilik Risa,"
Zafril : "Laa.. kan semalam dah tidur kat bilik Risa. Malam ni bilik abanglah pulak..."
Qarissa : "Bilik abang tak best, tak ada aircond."



(cool city woman?)



scene sentap .



Qarissa : "Abang nak ubat? Risa ambilkan ya?"

Zafril yang kujam : "Tak payah nak kisahkan pasal abang ni! Pergilah ...dot dot dot (x smpai hati nak tulis )
Qarissa : "Abang nak Risa urutkan?" 
Zafril :Tak payah aku kata! Pekak ke?!"



(masa ni Qarissa betul2 bimbang kat Zaf sbb nampak migrain teruk. tapi tu la ego seorang Zafril dah memuncak kan? tengah degil namati... hiii geram...)



Scene main tarik tali :



Qarissa : "Apa awak nak buat ni?"

Zafril : "Kenapa? Takut? Nak takut apa, abangkan suami Risa?"



-cerita biasa-biasa dari penulis biasa yang mampu membuat air mata jatuh di akhir cerita... :)



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Eheh. Smile and say Alhamdulillah. :')

Terima kasih banyak2 kak buat review ni. Terharu sangat sampai tak tahu nak kata apa lagi dah. Sob3.


Ni gambar aku dengan anak2 Kak Yus. Aku yang tudung peach baju putih, sebelah tu pulak my lovely cousin Atin! :')

~end


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...