++ Suntikan Semangat! ++

Friday, December 30, 2011

- Selamat Tinggal 2011 -

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, dah nak habis dah pun tahun 2011. Kejap je kan? Rasa macam baru je dapat result SPM, pastu isi UPU online. Tak lama pastu dapat result UPU lak. Asal2 nak pegi Matrik N.9 pi tukar keputusan pilih asasi TESL kat UiTM Kuantan. Terbayang2 lagi apa jadi masa orientasi dulu. Mimpi ngeri yang takkan dilupakan sampai bila2. Tup2 sekarang dah masuk sem ke2. Bulan 3 dah tamat asasi, bulan 9 nanti degree pulak. Sekejap nyeeerrr!!!

Cakap pasal tahun baru ni kan, mesti ramai orang bercakap pasal azam, kan? Azam aku tahun 2011 ada yang tercapai, ada yang tak. Yang tercapai, of koslah nak siapkan manuskrip, nak hantar kat publisher and dah pun diterima, nak dapat lesen memandu dan dapat sambung belajar kat U. Yang tak tercapai pulak, dan aku tak tahu bila akan tercapai, aku nak belajar masaklah weh! Tapi aku malas sesangat nak masuk dapur. [Pengakuan ikhlas daripada aku]. hahaha. Teruk betul laa anak dara ni sorang. huhu.

So, azam yang tak tercapai tu anak nak bawak ke tahun 2012. Kalo tak tercapai gak, aku bawa lagi tahun 2013 dan seterusnya. Ada sesapa nak follow aku? Jom2,, haha. Azam aku tahun 2012 ni jugak, aku nak pegang novel aku sendiri yang dah diterbitkan siap jadi buku, aku nak siapkan mana2 e-novel yang tertunggak, aku nak hasilkan banyak lagi manuskrip yang bermutu, dan yang paling penting, aku nak tamatkan asasi dengan jayanya! :)

p/s --> Doakan aku ya? Thanks~

~end

Friday, December 23, 2011

- Hati Kala Cinta -

Assalamualaikum...

Hai sume yang sudi singgah kat sini. Entry kali ni versi bahasa Melayu pulak k? hehe. Sesapa yang hantu novel, aku rasa mesti pernah dengar tajuk kat atas ni, kan? Ya... novel sape lagi kalo bukan novel dari Hani Fazuha, yang bertajuk Hati Kala Cinta. Sebenarnya, novel ni bukan aku beli. Tapi aku dapat hadiah direct dari Kak Hani tau? [Bangga kejap... hehe]. Tahu kenapa? Sebab dulu, masa novel ni masih belum terbit, aku ada join teka tajuk novel kat blog Kak Hani Fazuha. Dan ternyata nasib memang menyebelahi aku. Tekaan aku betul! Sebagai hadiah, Kak Hani bagilah aku novel ni!

Teruja giler masa dapat tahu novel ni sampai kat rumah. Kebetulan masa tu aku ada kat kampus. So aku pesan kat adik aku, kalo novel ni sampai, jaga leklok. Jangan bagi sesape pun bukak sampul tu selagi aku tak balik rumah. Over, kan? haha. Dan yang paling bestnya......

Yang ni Kak Hani tulis. "Cinta bukanlah segalanya tapi, tanpa cinta, hidup seperti tidak punya apa-apa." Wah! Best giler ayat ni. Jangan jeles ye? lalalala~

Okey2, aku buat entry ni bukan nak menunjuk2 yang aku dapat novel ni free, tapi aku nak buat ulasan pasal novel ni. Bagi aku, sentuhan terbaru Kak Hani ni memang beri impak sangat2. Setiap olahan ayat dalam novel ni, buat aku rasa tersentuh, sampai aku macam boleh rasa apa yang Lya [heroin] lalui. Baru tak sampai berapa bab, aku dah start nangis. Terutama masa Lya sedar yang dia dah jatuh cinta pada Zhafran, tapi Zhafran pulak pilih Nurin untuk jadi isteri dia. Paling sedih, masa Zhafran bagitau Lya yang Nurin tak nak diorang berkawan rapat lagi macam dulu. Siyes, aku nangis!

Konflik bertambah lepas Hareez pulak muncul dalam hidup Lya. Terus terang aku cakap, aku benci Hareez. Dari awal dia muncul sampai akhir cite, takde sikit pun rasa minat aku kat dia. Lain pulak kes ngan Zhafran. Mula2 aku rasa sakit hati sangat2, dan aku kesian sangat2 kat Lya. Tapi kat pertengahan cite, jadi terbalik pulak. Aku geram bila Lya terima Hareez jadi tunang dia. Dan aku kesian sangat2 dengan Zhafran. Lebih kesian, bila Nurin pulak muncul untuk rosakkan hubungan Zhafran ngan Lya. Hisy! Rasa cam nak campak je betina tu dalam laut!

Keseluruhannya, aku bagi 4 bintang daripada 5. Korang kalo rasa nak beli novel ni, cepat2 lah dapatkan ye. Tak rugi pun. Lepas baca, simpan buat koleksi. Nanti bila rindu kat Zhafran, bacalah lagi berulang2 kali. hahaha.

"Andai aku punya berkeping-keping hati, akan kurelakan yang satu itu pergi mengikut Zhafran tanpa perlu kembali lagi..." - Lya.

p/s --> Aku ngaku, Zhafran buat aku jatuh hati! :p

~end

Sunday, December 18, 2011

- Kau VIP di hati ku 1 -

Episod 1

UNIFORM sekolah yang tergantung pada pintu almari baju yang telah siap digosok itu aku capai. Sempat anak mataku terhala ke arah jarum jam yang terletak di atas meja di sisi katil. Sudah pukul 6.45 pagi. Kalut aku menyarungkan baju sekolah itu ke tubuhku. Setelah itu, aku mencapai sisir dan menyikat rambut panjangku sebelum mengikatnya menjadi satu. Setelah puas dengan penampilanku, aku mencapai pula beg sekolah dan beberapa buah buku di atas meja studiku. Kemudian aku melangkah keluar dari bilik untuk ke ruang makan. Mujurlah bilik yang aku kongsi bersama ibu ini terletak di tingkat bawah. Jadi, aku tidak perlu berlari menuruni tangga untuk ke ruang makan. Sebaik aku tiba di ruang makan, kelihatan Dato' Rashdan dan Datin Aisyah, yang lebih mesra aku panggil sebagai uncle dan aunty sudah sedia menanti di situ. Melihat aku, Aunty Aisyah segera memanggilku supaya menghampiri.

"Mari sini, Cici. Duduk, kita makan sama-sama," ajak Aunty Aisyah, sungguh mesra sekali.

Walaupun aku ini cuma anak pembantu rumah di sini, Aunty Aisyah dan Uncle Rashdan sudah menganggap aku seperti anak mereka sendiri. Dan tak keterlaluan jika aku mengatakan, mereka berdua menyayangi aku sama seperti mereka menyayangi anak teruna mereka sendiri.

Aku turutkan permintaan Aunty Aisyah. Kerusi di sebelahnya aku tarik dan duduk di situ. Aunty Aisyah mencedokkan nasi goreng ke dalam pingganku. "Terima kasih, aunty," ucapku bersama senyuman yang aku ukir manis sekali.

"Sama-sama. Makan banyak-banyak," balas Aunty Aisyah lembut.

Aku terus menyuap nasi ke mulut. Baru dua suap nasi itu masuk ke perutku, aku terasa kerusi di depanku ditarik. Aku mendongakkan kepala. Jelas di mataku, Ashraf duduk di situ. Sempat mataku singgah pada rambutnya yang masih basah itu. Nampak sangat baru lepas mandi, detik hatiku. Perasan dengan renunganku, Ashraf segera menoleh ke wajahku.

"Apa tengok-tengok?" tanya Ashraf sedikit kasar.

Kepalaku spontan tertunduk semula.

"Ash!" tegur Uncle Rashdan, mungkin tidak senang dengan tingkah anaknya itu.

Tetapi bagiku, itu semua perkara biasa. Aku sudah lali dengan jerkahan, perlian dan apa saja jenis cemuhan yang sering keluar dari mulut Ashraf, satu-satunya anak Uncle Rashdan dan Aunty Aisyah. Tetapi, biarpun sudah bermacam-macam yang lelaki ini lakukan padaku, sekeping hatiku ini tetap tidak berganjak dari terus menyukai dia. Malu untuk mengaku, tapi itulah hakikatnya. Sudah lama aku menyimpan perasaan pada anak lelaki Uncle Rashdan dan Aunty Aisyah ini, sejak dari hari pertama aku menjejakkan kaki ke rumah ini, kira-kira dua tahun yang lalu. Ketika itu, aku baru saja kehilangan arwah ayahku dan ibuku pula diterima untuk bekerja di sini. Dan sejak itu juga, aku menggelarkan Ashraf sebagai VIP di hatiku.

Jauh aku berkhayal hingga tidak sedar Ashraf dan Uncle Rashdan sudah bangun dan berjalan menuju ke luar rumah. Hanya setelah mendengar namaku dipanggil kasar oleh Ashraf, barulah aku tersedar.

"Woi patung! Cepatlah sikit!"

Panggilan kuat lagi kasar itu hampir buat aku tersedak. Itulah panggilan Ashraf untukku. Dia memanggil aku begitu kerana katanya, muka aku macam patung. Putih melepak dengan mata yang bulat. Walaupun itu merupakan satu ejekan baginya, tetapi bagiku itu merupakan satu pujian. Bukankah patung sangat cantik dan comel? Tidak sempat aku berangan jauh, terdengar lagi namaku dipanggil.

"Cici dah siap makan? Pergilah cepat, Ash dah bising tu," bisik Aunty Aisyah di telingaku.

Aku mendongakkan muka memandang Aunty Aisyah. Melihat senyuman di bibirnya, aku pantas mengukirkan senyuman. Sesudah menyalami tangannya, aku bergegas ke dapur mahu bersalam dengan ibuku pula. Ibu menghantar pemergianku ke sekolah dengan kucupan di pipi. Aku membalasnya. Kemudian, barulah aku berlari mendapatkan pintu rumah. Ashraf tercegat di luar rumah sambil bercekak pinggang memandangku. Perlahan-lahan aku tunduk menyarungkan kasut.

"Kau ni lembaplah! Cepatlah sikit, dah lambat ni!" marah Ashraf.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Beg yang terletak di tepi pintu rumah aku capai dan aku sangkutkan ke bahu. Kereta BMW milik Uncle Rashdan sudah tidak ada di garaj, menandakan dia sudah bertolak ke tempat kerja.

"Patung, cepatlah!" Sekali lagi aku terdengar suara kuar Ashraf. Dia sudah berdiri di sisi pintu kereta dengan wajah garang. Di tempat pemandu, Pak Soh sudah sedia menanti.

Aku segera menghampiri kereta. Melihat aku mendekati kereta, Ashraf segera masuk ke tempat duduk belakang sementara aku mengambil tempat di sebelah pemandu. Aku hanya diam sepanjang perjalanan. Tetapi hatiku ingin sekali melihat seraut wajah VIP di hatiku itu. Biarpun bicaranya sering kasar denganku, hatiku tetap tidak pernah ragu untuk meletakkan dia sebagai orang yang paling istimewa di hatiku.

Sampai saja di depan pintu pagar sekolah, Ashraf segera keluar. Aku juga ikut keluar. Ashraf tiba-tiba menyerahkan beg sekolahnya kepadaku. Faham dengan maksudnya, aku segera mengambil beg itu dari tangannya. Dia berjalan masuk ke kawasan sekolah dengan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku pula, berjalan di belakangnya dengan membawa dua buah beg sekolah. Anehnya, hatiku langsung tidak berasa marah dengan perbuatannya itu. Sebaliknya, aku berasa marah bila melihat banyak mata pelajar-pelajar perempuan yang tertoleh ke arahnya.

Sampai di kelas, aku mengekori langkahnya ke tempat duduknya. Sebaik saja di duduk di tempatnya, begnya segera aku serahkan. "Letak aje," arahnya.

Aku meletakkan begnya di atas mejanya. Kemudian, aku segera beredar ke tempatku. Beberapa orang rakannya, Ayie, Mus dan Tam mengerumuninya. Sempat telinga ku menangkap perbualan mereka.

"Untunglah kau ni... ada bini yang boleh tolong bawak semua barang kau!" kata Tam sambil menepuk bahu Ashraf.

"Apa kau cakap? Bini aku?"

Tam, Mus dan Ayie tergelak kuat.

"Korang cakap elok-elok sikit. Tak ada kerja aku nak kahwin dengan patung tu!" balas Ashraf dengan suara yang kasar.

Aku menutup kekecewaan yang aku rasa dengan cuba berlagak selamba. Buku teks Sejarah aku keluarkan dari beg sekolahku, sekadar mahu menyibukkan diri sedangkan hakikatnya, bicara pedas Ashraf bagaikan masih terngiang-ngiang di telingaku. Wahai hati, kenapalah kau masih menganggap dia VIPmu?

>>>>>>>>>>

Tiba waktu rehat, aku dan rakanku Yana melangkah beriringan menuju ke kantin. Baru saja tiba di muka pintu kelas, aku terdengar Ashraf memanggil namaku.

"Patung!"

Aku berpaling ke arahnya yang masih statik di tempatnya bersama tiga orang rakannya di situ. "Ya?"

"Pergi beli kerepek empat bungkus dekat koperasi. Jangan lupa beli air kotak sekali!" arah Ashraf dengan suara tegas.

Mungkin benar aku ini patung baginya. Langsung tidak punya hati dan perasaan. Maka itu, dia bebas berkata dan mengarah apa saja kepada aku. Aku mengangguk dan mengajak Yana untuk ke koperasi sekolah.

"Kenapalah kau ikut aje apa yang mamat tu suruh? Bukannya dia raja semua nak kena ikut cakap dia!" bebel Yana dengan muka tak puas hati.

"Dia kan anak majikan ibu aku? Mestilah aku kena ikut semua  cakap dia," balasku tenang.

"Tapi ni dah melampau! Dia ingat dia siapa, sesuka hati nak mengarah orang itu ini? Setahu aku, mama dengan papa dia pun tak pernah layan kau seteruk tu, kan?" ujar Yana.

Aku diam. Memang hakikat itu tidak dapat dinafikan. Mungkin aku bodoh, mungkin juga aku bangang. Tetapi, kalau dah hati sendiri tak mampu nak menolak, apa lagi yang boleh dilakukan?

>>>>>>>>>>

Loceng terakhir dibunyikan. Sebaik mendengar suara Cikgu Khamisah menamatkan kelas hari ini, aku segera mengemaskan barang-barangku dan menyumbatnya ke dalam beg. Aku bangkit berdiri sambil menoleh ke arah Ashraf yang duduk di belakang. Lelaki itu masih asyik bersembang di situ tanpa langsung ada tanda-tanda mahu pulang.

"Jom, Cici!" ajak Yana sambil memegang lenganku.

"Kau pergilah dulu. Aku tunggu Ashraf," balasku perlahan.

Yana memuncung. Aku tersenyum manis, memujuk. "Yalah!" ujarnya dan kemudian melangkah keluar dari kelas.

Aku mendekati Ashraf. "Ashraf, awak tak nak balik ke?"

Ashraf menoleh ke arahku. Bukan cuma dia, tetapi juga Ayie, Mus dan Tam. "Petang ni aku ada latihan bola. Balik lambat," ujarnya.

"Ohh... jadi..."

"Aku dah suruh Pak Soh datang ambik petang karang, pukul 5.30. Kalau kau nak balik, baliklah dulu," ujarnya lagi.

"Habis... saya nak balik dengan apa?" Aku bertanya lagi. Cuak juga jadinya bila dia tiba-tiba merenungku dengan pandangan yang sangat redup. Boleh buat hatiku jadi cair!

"Jalan kakilah!" jawab Ashraf. Ada senyuman di bibirnya. Namun aku tahu, senyuman itu sungguh sarkastik. Langsung tidak ikhlas.

Aku terdiam sebentar. Jalan kaki? Tidakkah dia tahu perjalanan dari sekolah ini ke rumahnya sangatlah jauh? Bagaimana aku mahu pulang dengan berjalan kaki. Melihat aku terus tercegat di situ, dia mengajak rakan-rakannya keluar dari kelas untuk ke padang. Aku hanya memandang dengan mata terkebil-kebil. Apa lagi pilihan yang aku ada melainkan menunggu sehingga dia habis latihan petang nanti?

>>>>>>>>>>

- Dinner with TESL C -

Assalamualaikum...

Kalo pagi tadi aku cite pasal TESL B, sekarang ni aku nak cite pasal TESL C pulak. Apa beza TESL B ngan TESL C? Bezanya adalah... TESL C kelas aku masa sem lepas, dan TESL B pulak kelas aku untuk sem ni. Disebabkan kelas kitorang dah reshuffle, jadi kitorang dah berpisah haluan. Ada yang masuk TESL A, ada yang ke TESL B, ada yang stay kat TESL C dan ada jugak yang tercampak ke TESL D. Tapi tu sume tak memutuskan hubungan kitorang. Malam tadi, kitorang wat reunion kat restoran Lila Wadi. 26 orang daripada 30 yang join. Kenangan ni aku akan abadikan sebagai antara kenangan yang paling indah dalam hidup. Thanks, korang! :)























Yang last ni gambar aku. Siyes, nampak pucat kan? Agaknya, apa yang ada kat hati terbias kat muka kot. hahaha. Lepas habis makan steamboat, kitorang duk la tepi jalan tu ramai2 sambil tunggu pak cik van tu datang. Punyalah lambat pak cik tu. Dah habis topik asyik sembang je. Fatin tak habis2 ngan lawak dia, buatkan aku ngan kawan2 gelak tak henti2. Aku rasa cam dah lepas tension masa gelak malam tadi. Memang tak hengat dunia! haha. Pastu tambah pulak ngan aksi berani mati Nick Sya kat tepi jalan tu. Mujur takde kereta berhenti nak tumpangkan kitorang balik. haha. :D

Berg, Jo, Hakimi, Najmudin, Lokman, Nick Sya, Mudiki, Hani, Tehah, Fatin, Azi, Hannan, Farah, Yaya, Syera, Qim, Lin, Ena, Kamel, Farhan, Xera, Nida, Nadia, Zu, Cik Yayanx, aku dan jugak Ema, Azim, Nani and Zai yang tak join dinner ni. Aku nak cakap yang aku sayang korang sume. Mungkin nanti lepas habis asasi, kita akan pisah lagi. Tapi kenangan ni tetap takkan luput dari ingatan. Thanks ye sume! :)

"Tuhan jangan pisahkan kita... 
Tak terbayangku tanpa mereka...
Entah pada siapa hati bercerita..."

~end

Saturday, December 17, 2011

- TESL B :) -

Assalamualaikum...

Cam yang aku cite semalam, aku ada aktiviti bergambar ngan bebudak kelas aku. Ni antara gambar2 yang sempat aku curik kat fb Nadia [classmate aku]. Tak banyak pun, sikit je. Jom layan gambar jap. :)








Ada satu tu gambar gaya bebas ramai2. Tapi takde pulak ngan Nadia. Ada ngan abang kamera tu je. Tapi takpe laa... yang ni pun dah cukup.

Aku nak ucap tenkiu kat korang sebab sudi jadi kawan aku untuk semester ni. :)

"Hidup ini tak akan indah jika tak ada tangis dan tawa."

~end

# Kau V.I.P di hatiku #

Assalamualaikum...

Hai kepada sume yang rajin singgah kat sini. Aku tahu tak ramai, tapi takpe, at least ada jugak kan? Aku suka blog aku, sebab blog aku sunyi. Tak ramai sangat yang datang ziarah. Samalah macam diri aku sendiri. Aku lebih suka diam dari banyak cakap. Aku lebih suka luahkan perasaan dalam bentuk penulisan berbanding cakap direct face to face. So tak kesahlah kalo tak ramai yang datang sini pun.

Aku baru aje habis bergambar ngan bebudak kelas aku, TESL B. Hari ni kitorang ada aktiviti bergambar. Kawan2 aku sume pakai lawa2. Aku je yang paling tak lawa. Well... as I said, aku sukakan sesuatu yang simple. Tak payah mekap lebih2, belit sana belit sini. Baju kurung ngan tudung sarung aje dah jadi. Nanti ada masa aku upload gambar kat sini. Sekarang ni, aku bukan nak cite pasal gambar ke apa. Aku just nak cite pasal idea aku yang bar muncul ni. Sume ni berkat cadangan kawan baik aku, Sarah . Dia ni pun minat menulis gak. Kalo rasa nak singgah blog dia, klik je nama dia tu k. Apa yang aku nak share ngan korang hari ni....

Tajuk Kau V.I.P di hatiku ni Sarah yang bagi. Aku ingat nak tulis satu cite, khas untuk kawan aku ni. Tapi sebenarnya aku tak nampak lagi bayang2 penuh cite ni. Biar aku cari idea dulu banyak2. Lepas tu nanti baru aku start menulis. Apa pun, tenkiu bebanyak Sarah. Aku rindu muuuuuuu :(

Aku ngan Sarah banyak persamaan. Kitorang suka layan lagu2 jiwang, suka mengarang puisi yang berkisahkan hati dan perasaan, suka menulis, suka berangan, dan paling penting, rahsia hati kitorang sama. Agak2 apa yang sama tu ya? hehe. Takleh bagitau. Biar aku ngan Sarah je tahu. Dia simpan rahsia aku, aku simpan rahsia dia. Fullstop. ;)

Ku sedar ku tak seberapa 
Jika dibanding mereka 
Yang jauh lebih megah dari ini
 ~end

Wednesday, December 14, 2011

:: you WERE there... ::

Assalamualaikum...

Haiiiii. Hari ni aku nak share satu lagu kat sini. Dah puas lagu Indon, kita layan lagu omputeh lak. Tapi lagu ni orang Melayu yang nyanyi tau? Sebelum aku story lebih sal lagu ni, jom kita layan dulu....

You - Nur Jannah Alia

You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that?
When you're the one who make me smile
You'll always be a part of me
How I wish you were still mine

Never will forget the day
How we've met and came this far
We both know we got this feeling
But somehow it has to end up here

I know it's me who said goodbye
And that's the hardest thing to do
Cause you mean so much to me
And guide the truth from me to you

For all the things i've done and said
For all the hurt that i've caused you
I hope you will forgive me baby
Cause that wasn't what i meant to do
 
You were there to light my day
You were there to guide me through
From my days down and on
I'll never stop thinking of you

How can I forget all that?
When you're the one who make me smile
You'll always be a part of me
How I wish you were still mine

*=*=*=*=*=*=*=*=*=*
Selalu kita dengar cite, pasangan yang dah putus bercinta balik dengan orang yang sama. Tak salah kalo dua2 nak. Memang peluang kedua diciptakan untuk mereka yang masih nak mencuba. Tapi bagi aku personally, kalo dah putus tu, putuskan ajelah terus. Tak payah nak sambung2 lagi. Move on, pandang ke depan, teruskan berjalan dan jangan toleh2 belakang lagi. Sebab kalo terjadi perpisahan kedua, belum tentu seseorang tu boleh bertahan macam masa putus kali pertama. Tapi kalo dah jodoh, takde sape boleh elak, kan? Tu sume kerja Allah.

p/s --> you WERE there to light my day, takkan jadi you ARE there to light my day. 

~end

Saturday, December 10, 2011

:: Spent time with FAMILY ::

Assalamulaikum...

Hai sume. Skang ni aku ada kat kampung. Rasa macam hilang segala beban sebaik jejak bumi Terengganu ni. hehe. Malam semalam, mak, ayah, ayah yi and aunty nonie sampai kat kampus. Diorang dari kemaman, jumpa tok sedara aku yang baru balik dar haji. Diorang sampai dalam pukul 8 camtu. Pastu pegi EC Mall jap sebab ayah yi [pak sedara aku] nak pegi Parkson. Ada nak cari barang untuk umah baru dia nanti. Sambil2 tu, boleh laa aku cuci2 mata jap. Lepas tu kan, ayah aku tanya nak beli apa? Kasut nak tak? Dan sememangnya masa tu ngah mengidam nak beli kasut. Dan taarrrraaaa! Kasut warna coklat tu dah jadi milik aku. hehehehe.

Lepas tu gi makan jap kat restoran Taj tu. Aku, mak aku and ayah aku je. Best ar dapat spent time ngan diorang. Dalam kul 10 baru kitorang bertolak balik. Sampai KT dekat kul 2. Relaks jap, pastu terus tido. Pagi ni pulak, mak aku, kakak aku 2 orang tu, and adik aku ajak gi Mydin, lepas tu nak gi McD. Yeayyy! Sekali lagi dapat spent time ngan family aku. Happy sesangat! :) :) :)

Aku harap sangat, masa lambat berjalan sebab aku tak nak balik kampus lagi. Aku nak duduk sini lama sikit. Kalo laa ada suis masa, memang aku dah tekan dah. Masa tu berhenti untuk tiga hari je pun dah ok. Tapi mustahil kan? huhu. Thank GOD, esok ayah aku nak hantar balik Kuantan. Alhamdulillah... Allah dah permudahkan satu lagi jalan aku. Terima kasih, ya Allah. :)

p/s --> I love my family! <3

~end

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...