++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, July 17, 2011

:: Bersaksikan Kejora ::

Assalamualaikum...

Da lama rasanya tak wat ulasan novel kat blog ni. So hari ni aku nak wat ulasan novel yang aku baru je abes baca petang tadi. Nak tau novel pe? Tadaaaaaa!!



Bersaksikan Kejora karya Erin Zehana. Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Chempaka Aimi yang bagi aku seorang yang tabahlah. Mula2 putus tunang, abah meninggal dan kena fitnah kat ofis. Kalau aku jadi Chempaka ni da lama da aku ganyang minah senget Darlina tu. Over betoi! huhuhu... Lepas abah dia meninggal, Chempaka jumpa diari arwah abah dia. Dia nak tunaikan wasiat abah dia dan bermulalah kehidupan dia di Vila Vanessa...

Chempaka Aimi... Karakter dia ni boleh tahanlah bagi aku. Tak menyakitkan hati sangat cam heroin novel2 lain yang aku pernah baca. Aku paling suka masa Chempaka tolak Fakhrul mentah2 lepas mamat tu da curang ngan pompuan lain. Da laa da curang, ada hati pulak nak baik balik ngan orang. Eii... benci tol laki camni. Satu lagi aku suka Chempaka ni sebab dia TAHU MARAH. Bila orang wat pape kat dia, dia tau melawan. Cuma tu laa kan... kurang puas hati sikit masa dia kena fitnah kat ofis. Kenapa Kak Erin tak wat Darlina dan Khari tu dapat balasan?

Zafrie... weeeeeeee! Suka3!!! Aku tatau nape aku suka sangat kat Zafrie ni. Yang pastinya aku suka. Aku suka. Aku suka. Aku suka. hehhee.... Watak Zafrie ni digambarkan sebagai lelaki yang bese2 je, baik, suka tengok bintang malam2... Cuma satu je aku kureng sikit. Nape dia botak?! Bukan laa botak terus licin sampai takde rambut. Tapi rambut dia ala2 cam Mawi gitu. Aku tak minatlah laki camtu. Disebabkan tu, aku abaikan ciri2 botak tu dan aku bayangkan Zafrie ni ada rambut. Lebih kurang cam Ashraf Muslim. hahahaha :D . Jangan marah ya, Kak Erin :) .  Tapi nape bekas tunang dia sanggup tinggalkan dia demi lelaki lain?

Fakhrul... Aku benci tol ngan mamat ni. Entahlah... dari permulaan cite lagi. Dari mula2 Chempaka jumpa dia, aku da tak berkenan ngan dia ni. Agaknya sebab aku da tau yang dia bukan hero. Sebab tu aku tak minat. Tapi tak jugak... ada jugak novel yang aku tak minat hero, tapi aku minat hero nombor 2. Dalam novel ni hero nombor 1 mesti laa Zafrie, hero nombor 2 lak Fakhrul. Dan semestinya aku lagi suka hero nombor 1! hehe =p . Walaupun Fakhrul da insaf kat akhir2 cite, aku tetap tak minat dia. Nape? No reason! ngeeeeeeeee~

Antara watak2 lain yang ada lam cite ni Tuan Basir, Haji Azlan, Hajah Kamila, Aisya, Milia, Datin Nadia dan bla... bla... bla... Masa Chempaka nak kena bunuh tu leh tahan saspen gak. Tapi aku da dapat agak da sape yang nak bunuh dia tu. Tatau nape... aku cam tau2 je minah tu yang nak bunuh Chempaka. Sape? hehe... tak leh laa gitau. Nak tau kena baca sendiri. Keseluruhan cite ni bagi aku okey, cuma aku kurang puas hati dengan ending dia. Kan best kalau Kak Erin panjangkan lagi kisah Zafrie ngan Chempaka kat hujung cite ni. Buatlah diorang kawen ke... dapat anak ke... mesti syokkkk! [suka suki hati aku je kan? =p ]. So aku bagi 3 bintang setengah daripada 5 bintang untuk novel ni. Ada banyak peningkatan dalam gaya penulisan Kak Erin kalau nak banding ngan Jiwa Merindu. Pape pun, good luck untuk Kak Erin. Teruskan menulis. Nanti da kuar novel baru jangan lupa hebohkan k... hehehe...

p/s ---> apa jadi ngan Mak Ngah Zara?

~end

Saturday, July 16, 2011

:: Sedarkah kau? ::

Apa Artinya Cinta - Melly Goewlow

Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memalu
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yangg tersirat
Tirani hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Kutahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum jugakah kau menyadarinya?
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu... apa artinya cinta?

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu... apa artinya cinta?

Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang

Belum jugakah kau menyadarinya
Akulah yang pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu... apa artinya cinta?

Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu... apa artinya cinta?

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*
~end

Wednesday, July 6, 2011

++ HATI DIA ++

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Dia duduk sendirian di bangku itu, mengenang nasib diri yang tak pernah merasai apakah itu erti bahagia. Dia tersenyum, dia ketawa... tapi kenapa semua itu hanya untuk sementara? Kenapa kegembiraannya harus diragut pergi sebelum sempat dia merakamkan kenangan indah itu dalam ingatan?

Dia sedar siapa dirinya. Dia bukan seperti insan lain yang hidupnya sentiasa ceria. Dia hanya seorang hamba Allah yang sentiasa diuji. Terkadang dia merasakan tidak mampu lagi menanggung semuanya. Dalam kesepian dia menangis. Matanya seakan sudah kalis dengan air mata. Tiada apa lagi yang mampu dia lakukan. Tiada tempat untuk mengadu. Tiada sesiapa yang sudi meminjamkan bahu untuknya menangis. Walau bibir sering tersenyum dan membiaskan tawa, namun hatinya kesepian. Dia kesepian... sepi...

Dia sudah puas menangis tetapi kenapa air mata ini tetap tidak mahu pergi dari hidupnya? Bukan dia pinta jadi begini. Sudah puas dipujuk hati supaya reda dengan segalanya. Namun makin dia pasrah, makin hebat dugaan yang mendatang. Dia sedar Allah sedang mengujinya. Benarkah Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNya sendiri? Jikalau begitu, pasti dia boleh menghadapi segalanya. Tetapi kenapa jiwanya tetap lemah dan rapuh?

Dia sedar dia perlu kuat. Dia tahu dia perlu tabah menghadapi segalanya. Tetapi walau setabah dan sekuat manapun dia, ada kala dia tetap tersungkur. Tersungkur kerana dia hanya manusia biasa. Hatinya tidak setegar mana. Air matanya tetap mencuri keluar walau dihalang dengan apa cara sekalipun. Salahkah dia kerana selalu mengalirkan air mata?

Dia mengharapkan ada seorang insan yang sudi berkongsi segala-galanya dengannya. Seseorang yang mampu menghadirkan senyum dan tawa dalam hidupnya. Seseorang yang sanggup menerima dia seadanya... agar dia dapat merasai secebis kebahagiaan.

Ya Allah... Kau berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi segala dugaanMu dengan kuat dan tabah. Kau kurniakanlah kesabaran kepada dia untuk terus melalui hari-hari yang mendatang. Ukirkanlah senyuman di bibirnya. Hapuskanlah air matanya. Rawatlah hatinya yang semakin parah terluka. Dia memohon kepadaMu dengan penuh rasa hina.....

Tuhan Beri Aku Cinta - Ayushita
Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini... hampa

Ku bertemu sang Adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan, berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan, berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan... beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan, berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan, berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan... beri aku cinta

_____________________
Salahkah dia mengharap dan terus mengharap?

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

~end

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...