++ Suntikan Semangat! ++

Monday, February 21, 2011

:: kembali berputik ::

....................

Ternyata, cinta mereka masih utuh. Segala-galanya masih dapat diselamatkan. Berkat kesabarannya, semuanya kembali seperti sedia kala. Cinta lelaki itu masih untuknya, dan cintanya masih menjadi milik lelaki itu. Kini mereka kembali berbahagia seperti di awal percintaan.

Perkara yang terjadi menginsafi dirinya untuk lebih menghargai lelaki itu. Walaupun sakit dilukakan, tapi cinta dan kasih yang lelaki itu berikan mengubati semuanya. Ia ibarat penawar yang dapat menyembuhkan penyakit yang sudah kronik. Dia bersyukur, benar-benar bersyukur.

Segala-galanya begitu indah kini. Dan dia berharap biarlah iaa berkekalan. Segala yang terjadi dianggap sebagai dugaan dalam percintaan. Kerana walau apa pun yang terjadi, cinta dan sayangnya tetap buat lelaki itu...

....................

~to be continue

Wednesday, February 16, 2011

:: masihkah ada harapan? ::

....................

Dia akui, hidupnya tidak bererti tanpa lelaki itu. Kerana lelaki itulah yang banyak membantu memberikan semangat dalam hidupnya. Maka, salahkah dia jika terus mengharap? PUTUS CINTA. Sesuatu yang amat ditakuti oleh semua pasangan yang asyik bercinta. Tapi andai keasyikan itu tiada lagi, perlukah ditakuti lagi dengan hakikat yang bakal terjadi?

Dia tidak sanggup menerima kenyataan yang hubungan mereka kini sudah sampai di garisan terakhir. Jauh di sudut hati, dia terlalu mengharapkan semuanya kembali seperti sedia kala. Salahkan dia mengayam impian itu? Argh! Betapa susahnya memujuk hati agar melupakan lelaki itu. Dia benar-benar buntu kini.

Benarkah cinta pertama cinta yang agung? Jika benarlah ungkapan itu, kini dia merasai keagungan cinta itu kerana seteguh mana pun hati menidakkan cinta buat lelaki itu, rasa itu tetap menyapa hatinya, hingga membuahkan rasa rindu yang tidak terperi. Biarpun bibir tersenyum dan membiaskan tawa, dalam hati terselit duka. Duka kerana terlalu merindui lelaki itu.

Kini, hanya doa yang mengiringi setiap langkahnya. Hanya ALLAH yang benar-benar mengerti hatinya, hanya ALLAH yang terbaik untuk dia mengadu, hanya ALLAH yang terbaik untuk dia meluahkan segala-gala yang terpendam di hati. Dan, kepada ALLAH juga dia meminta pertolongan. Andai benar lelaki itu ditakdirkan untuknya, maka dia terlalu mengharapkan yang terbaik. Dengan kuasanya, insya-ALLAH... segala-galanya akan menjadi bertambah baik. Doakan dia...

....................

~to be continue

Sunday, February 13, 2011

:: Dia Memendam Rasa ::

....................

Hubungan mereka kembali pulih. Ternyata, lelaki itu masih menyayangi dia seperti dulu. Tiada sedikit pun yang berubah. Walaupun segala-galanya masih menjadi tanda tanya pada dia, dia nekad melupakan segalanya. Dia mahu membuang yang keruh, dan ambil yang jernih. Lupakan segala perkara lalu. Buka buku baru bersama lelaki itu. Mungkin semua yang terjadi ini membawa hikmah tersendiri. Selepas peristiwa itu, dia jadi lebih menghargai lelaki itu sebagai kekasih hatinya. Kerana dia amat menyayangi lelaki itu...

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Entah apa silap dirinya, lelaki itu berubah dengan tiba-tiba. Dia dipinggirkan. Harapannya untuk kembali bahagia dengan lelaki itu punah begitu sahaja. Dia terluka, benar-benar terluka. Segala yang dilakukan demi lelaki itu langsung tidak membawa apa-apa erti. Dia bagaikan tidak wujud dalam hidup lelaki itu...

Puas dihitung khilaf diri, puas dicongak salah sendiri... namun, segalanya masih menjadi tanda tanya. Dia lelah. Dia penat dengan semuanya. Pernah terlintas untuk menoktahkan hubungan ini, tapi dia tidak sanggup. Jauh di sudut hati, harapannya menggunung agar semuanya kembali normal. Dia mahu mendapat tempat yang dahulunya pernah diisi di ruangan hati lelaki itu...

Dia tidak lagi diperlukan dalam hidup lelaki itu. Lantas, untuk apa perlu dijaja lagi cintanya? Dia gadis yang punya maruah. Namun, demi cinta... dia tetap setia menanti lelaki itu...

....................

~to be continue

Wednesday, February 9, 2011

:: kimia - melda ahmad ::

aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama...

pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita
kau kucup pipiku
kau bisikkan cintamu
kau kata "baby, I love you"
kau cairkan hatiku...

bahagia kurasa di saat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu...

Tuesday, February 8, 2011

:: Dia Terluka ::

....................

Puas dipujuk, puas juga dirayu... Namun, tiada apa yang berubah. Dia semakin terluka dengan sikap lelaki itu. Walaupun dia tahu lelaki itu punya alasan tersendiri sehingga sanggup meminggirkan dia, tapi dia tidak sanggup lagi membiarkan maruahnya dipijak-pijak. Dia gadis yang punya harga diri. Tak akan dibiarkan orang lain memperbodohkannya semudah itu. Kerana itu, dia nekad melupakan lelaki itu...

Mulut kata lain, hati kata lain. Dia terpaksa mengaku, amat berat untuk melupakan lelaki itu. Lelaki itu cinta pertamanya. Mana mungkin boleh dilenyapkan dari hati semudah mengira 1 2 3. Kata temannya, jangan terlalu cepat mengikut perasaan. Ingatlah segala saat manis sewaktu segalanya masih indah, jangan hanya berfikir yang buruk-buruk saja tentang lelaki itu. Sayangnya, kata-kata temannya itu tetap tidak dapat merubah apa-apa. Jika hanya dia yang mengenangi kenangan manis itu, untuk apa? Hatinya sudah cukup terluka kerana lelaki itu...

Kini dia mengambil langkah berdiam diri. Hatinya perlu dipujuk. Lukanya perlu diubati agar tidak ada lagi darah yang mengalir keluar. Pun begitu, dia yakin parutnya tidak akan hilang begitu saja. Mustahil! Tapi dia tetap mencuba. Dia tidak mahu berdendam. Dia menerima segalanya. Dia akan memberikan masa untuk lelaki itu menyelesaikan apa jua masalahnya, dan dia akan memberikan ruang kepada dirinya sendiri untuk mengubati luka di hati. Luka yang dihadiahkan oleh lelaki itu...

Bukan maksudnya mahu menghilangkan diri, tapi dia perlu menyendiri. Dia mahu merenung silap sendiri, dan mahu membetulkan apa yang salah. Dia berharap lelaki itu memberi dia peluang. Dia berjanji akan menggunakan peluang itu sebaiknya. Tapi dengan hati yang telah parah begini, mana mungkin dia mampu menghadapinya? Kerana itu dia mahu melenyapkan segala-galanya buat seketika. Biarpun hatinya teramat merindui lelaki itu...

....................

~to be continue

Monday, February 7, 2011

:: LELAKI ITU ::

....................

Dia tak pernah jatuh cinta. Tapi, sejak mengenali lelaki tu, dia dah mula rasa perasaan tu. Dia mula mengerti apa itu cinta. Dia mula belajar bagaimana mahu menyayangi. Dia mula faham apa itu rindu. Hidupnya dipenuhi bunga-bunga cinta yang harum mewangi. Dia menjadi insan yang lebih ceria, selalu tersenyum tak kira apa jua yang terjadi. Teman-temannya juga menegur perubahannya yang mendadak. Senyuman yang terukir di bibir amat manis dan ikhlas pada pandangan mata. Semuanya kerana lelaki itu...

Walaupun belum pasti lelaki itu adalah jodohnya, tapi dia tetap memberikan yang terbaik dalam hubungan mereka berdua. Segala masalah yang terjadi cuba diselesaikan dengan cara baik tanpa tercetus peperangan. Merajuk, marah, gaduh... semua itu sudah biasa berlaku dalam setiap perhubungan. Namun, dia tetap berusaha untuk mengelakkan peperangan. Dia tidak mahu ikatan percintaan itu terputus begitu sahaja. Biarpun memakan tahun, dia berjanji untuk terus setia pada lelaki itu...

Tapi, ternyata semuanya tidak indah seperti yang dibayangkan. Di saat hatinya sudah diserahkan sepenuhnya untuk lelaki itu, dia dikecewakan. Sikap lelaki itu membuat dia makan hati. Dia cuba mengalah. Dia meminta maaf jika ada salah dan silap yang tidak disedarinya. Tetapi lelaki itu tetap begitu. Dia masih berusaha untuk membuat hubungan itu pulih seperti sedia kala, seperti di awal percintaan. Namun, makin dia mencuba, lelaki itu makin jauh. Dia tidak tahu apakah salahnya. Lelaki itu semakin jauh dan terus jauh. Dia amat merindui lelaki itu...

Lantas, apa yang perlu dilakukan? Adakah putus jalan terbaik? Biarpun hatinya sendiri remuk redam, dia tetap mempertahankan cintanya buat lelaki itu. Dia tidak mahu yang lain. Hanya lelaki itu yang dia mahu. Entah kenapa, dia merasakan hubungan dia dan lelaki itu telah sampai ke titik noktah. Tapi bukan itu yang dia mahukan. Dia mahukan lelaki itu kembali dalam hidupnya seperti dulu. Tapi, kenapa lelaki itu terus menyepi? Salah apa dia pada lelaki itu...

Kini dia hampir putus asa. Mungkin inilah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Walau hati tidak merelakan, dia tidak mampu lagi untuk meneruskannya. Andai jodoh mereka ada, dia memohon pada ALLAH supaya menyatukan hati mereka. Tapi andai jodoh mereka tiada, dia redha dengan segala-galanya, biarpun sayangnya tidak pernah padam buat lelaki itu...

....................

~to be continue

:: Cinta Aku Seadanya ::

Tadaaaaaaaaa !!!


Aku suka novel ni!!! Teramat-amat suka!!! Novel ni memang best!!!

CAS karya Murni Aqila mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syifa yang ada tanda lahir di pipi. Disebabkan pipi dia yang buruk tu, ramai orang yang pandang hina pada dia, termasuk kakak sendiri. Tahniah kepada Murni Aqila sebab berjaya buat aku 'rasa' jalan ceritanya. Penghayatan aku untuk novel ni memang terbaik arr!! Sampai nak menitis air mata ni... huhuhu...

MUSZAHRI... hmm... Agak pelik sebenarnya. Tak percaya pun ada. Ada jugak ek lelaki macam dia ni dalam dunia ni. Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Tapi terselit juga perasaan kesian. Yalah... cinta, tapi tak tahu macam mana nak tunjukkan. Depan mak ayah dia boleh pulak... huhu...

SYIFA... Pertama kali! Ya, pertama kali aku baca novel yang mana heroinnya tak berapa cantik, walaupun sebenarnya macam Jessica Alba! Aku suka Jessica Alba dan aku boleh bayangkan betapa cantiknya Syifa yang sebenar tanpa tanda lahir di pipi! Memang aku simpati gila dengan Syifa ni. Yalah, siapa tahan kalau selalu kena hina dan kena ejek sebab rupa yang tak cantik. Kalau aku ada kat tempat dia, dah lama give up nak hidup kot... huhuhu...

FARIZAL... Terpaut jugak hati ni dengan adik Muszahri ni... hehehe... Kalau Kak Moon nak sambung kisah Farizal lepas ni dalam novel lain, aku SETUJU sangat-sangat! haha... Tapi agak kesianlah, jatuh cinta dengan kakak ipar sendiri... hmm...

LUNA... Tahniah sekali lagi kepada Kak Moon sebab berjaya buatkan aku BENCI gila-gila kat Luna ni. Memang jahat! huhuhu... Tapi balasan yang diterima di akhir cerita memang setimpal dan aku SETUJU sangat-sangat! Padan muka! huhuhu....

4 daripada 5 bintang aku bagi!! Tak sabar nak tunggu novel seterusnya daripada Murni Aqila... Teruskan berkarya dan selamat maju jaya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...