++ Suntikan Semangat! ++

Wednesday, September 7, 2011

:; hobi baru ::

Assalamualaikum...

Nak tau tak apa hobi baru aku? Nak tau tak? Nak tau tak? Kalo tak nak tau pun, aku tetap nak gitau jugak. hehhee... Hobi baru ialah..... TENGOK ANIME!!! =D

Aku memang suka tengok drama Jepun. Tapi yang real punyalah. Sampailah baru2 ni kakak aku suruh aku tengok anime Itazura Na Kiss. Alahh... cite Playful Kiss yang Korea punya tu. Itazura Na Kiss ni yang original punya. Lepas tu baru diadaptasikan jadi drama Korea.

Terus terang, aku tak minat drama Korea. Jadi aku malas nak tengok Playful Kiss. Sebabnya kannn... heroin dia tak cantik dan hero dia pun tak hensem! Bagi akulah....weeeeeee~ :p
[Jangan marah ye peminat2 artis dan drama Korea ;) ]. Bila tengok anime, tak timbul masalah heroin tak cantik atau hero tak hensem. Sebab lukisan dia tu memang lawa dan cantik2 sume... :)
Ni antara gambar2 yang sempat aku curik. Jom tengok!








Irie Naoki dan Aihara Kotoko. Sangat3 best!! Sape yang tengok Playful Kiss mesti dah tau jalan cerita dia macam mana kan. Dan maybe dalam cite tu tak berapa best sangat sebab heroin yang tergila2 kan hero. Kannnn? Tapi dalam anime, sumenya best. Tak timbul masalah heroin gila kat hero. Sebab tu cuma KARTUN!! Atau nak sedap lagi ANIME!! Dalam anime ni kannnn, ending dia agi best. Sebab last sekali diorang dapat anak dan hidup bahagia! =)

Anime kedua aku tengok, cite Bokura Ga Ita. Ya Allah.... bestnyaaaa.... Tak nyesal tengok. Siyes! Sangat2 best. Hero dia, tersangat2 sweet. Sayang gila kat dia punya makwe. Tapi jalan cite dia agak sedih... dan menyebabkan air mata ni jatuh... =(. Cite ni otw jadi drama sekarang ni. Nak tau tak sape hero dia?
Tadaaaaaa!!


Sape2 tengok Hana Zakarino Kimi Tachi e (hana kimi) mesti kenal mamat ni. Alahhh... yang jadi Nakatsu tu.. hehehhe... Ni pulak gambar2 aku yang sempat rembat. Jom tengok!








Yano Motoharu dan Takahashi Nanami!! Sweet gila dua orang ni. Walaupun cuma anime, tapi cite memang tinggalkan kesan laa... Ending dia... makkk aiii...menitis air mataku. Kalo sambung sikit je lagi, memang superb ah! hehehe... Lepas ni, aku nak tengok anime lain pulak. Senang je, copy je ngan supplier. Sape supplier? Kakak aku daa... hahahha...

Okey, esok ada test ngan presentation. Bila laa nak sedar diri ni. eemmmm....

p/s ---> "I've live to love her..." - Yano Motoharu <3

~end

2 comments:

Anonymous said...

tgk kat mne sume 2?
mcm best je..huhu

[AYUMI AFIQAH] said...

my sister download...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...