++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, July 17, 2011

:: Bersaksikan Kejora ::

Assalamualaikum...

Da lama rasanya tak wat ulasan novel kat blog ni. So hari ni aku nak wat ulasan novel yang aku baru je abes baca petang tadi. Nak tau novel pe? Tadaaaaaa!!



Bersaksikan Kejora karya Erin Zehana. Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Chempaka Aimi yang bagi aku seorang yang tabahlah. Mula2 putus tunang, abah meninggal dan kena fitnah kat ofis. Kalau aku jadi Chempaka ni da lama da aku ganyang minah senget Darlina tu. Over betoi! huhuhu... Lepas abah dia meninggal, Chempaka jumpa diari arwah abah dia. Dia nak tunaikan wasiat abah dia dan bermulalah kehidupan dia di Vila Vanessa...

Chempaka Aimi... Karakter dia ni boleh tahanlah bagi aku. Tak menyakitkan hati sangat cam heroin novel2 lain yang aku pernah baca. Aku paling suka masa Chempaka tolak Fakhrul mentah2 lepas mamat tu da curang ngan pompuan lain. Da laa da curang, ada hati pulak nak baik balik ngan orang. Eii... benci tol laki camni. Satu lagi aku suka Chempaka ni sebab dia TAHU MARAH. Bila orang wat pape kat dia, dia tau melawan. Cuma tu laa kan... kurang puas hati sikit masa dia kena fitnah kat ofis. Kenapa Kak Erin tak wat Darlina dan Khari tu dapat balasan?

Zafrie... weeeeeeee! Suka3!!! Aku tatau nape aku suka sangat kat Zafrie ni. Yang pastinya aku suka. Aku suka. Aku suka. Aku suka. hehhee.... Watak Zafrie ni digambarkan sebagai lelaki yang bese2 je, baik, suka tengok bintang malam2... Cuma satu je aku kureng sikit. Nape dia botak?! Bukan laa botak terus licin sampai takde rambut. Tapi rambut dia ala2 cam Mawi gitu. Aku tak minatlah laki camtu. Disebabkan tu, aku abaikan ciri2 botak tu dan aku bayangkan Zafrie ni ada rambut. Lebih kurang cam Ashraf Muslim. hahahaha :D . Jangan marah ya, Kak Erin :) .  Tapi nape bekas tunang dia sanggup tinggalkan dia demi lelaki lain?

Fakhrul... Aku benci tol ngan mamat ni. Entahlah... dari permulaan cite lagi. Dari mula2 Chempaka jumpa dia, aku da tak berkenan ngan dia ni. Agaknya sebab aku da tau yang dia bukan hero. Sebab tu aku tak minat. Tapi tak jugak... ada jugak novel yang aku tak minat hero, tapi aku minat hero nombor 2. Dalam novel ni hero nombor 1 mesti laa Zafrie, hero nombor 2 lak Fakhrul. Dan semestinya aku lagi suka hero nombor 1! hehe =p . Walaupun Fakhrul da insaf kat akhir2 cite, aku tetap tak minat dia. Nape? No reason! ngeeeeeeeee~

Antara watak2 lain yang ada lam cite ni Tuan Basir, Haji Azlan, Hajah Kamila, Aisya, Milia, Datin Nadia dan bla... bla... bla... Masa Chempaka nak kena bunuh tu leh tahan saspen gak. Tapi aku da dapat agak da sape yang nak bunuh dia tu. Tatau nape... aku cam tau2 je minah tu yang nak bunuh Chempaka. Sape? hehe... tak leh laa gitau. Nak tau kena baca sendiri. Keseluruhan cite ni bagi aku okey, cuma aku kurang puas hati dengan ending dia. Kan best kalau Kak Erin panjangkan lagi kisah Zafrie ngan Chempaka kat hujung cite ni. Buatlah diorang kawen ke... dapat anak ke... mesti syokkkk! [suka suki hati aku je kan? =p ]. So aku bagi 3 bintang setengah daripada 5 bintang untuk novel ni. Ada banyak peningkatan dalam gaya penulisan Kak Erin kalau nak banding ngan Jiwa Merindu. Pape pun, good luck untuk Kak Erin. Teruskan menulis. Nanti da kuar novel baru jangan lupa hebohkan k... hehehe...

p/s ---> apa jadi ngan Mak Ngah Zara?

~end

2 comments:

erin zehana said...

salam ummi, tq sudi wat entri utk BK :) really appreciate what u done :)n komen yg diberikan :)

[AYUMI AFIQAH] said...

sme2 kak erin.. :)
<3 zafrie..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...